“Hey tak baik makan mi segera tau”. “Jangan makan panadol, tak elok”. Familiar kan dengan statement-statement macam ni? Memang ramai dah yang bercakap soal keburukan makanan segera serta beberapa jenis makanan lain.
Adakah ini semua hanya mitos semata-mata atau mungkin ia memang benar? Bagi menjawab persoalan ini, REMAJA akan berkongsi jawapan yang diberikan di page Facebook Medical Mythbusters Malaysia terhadap mitos dengan empat makanan ini.
Mitos 1: Mi segera
Tahu tak kenapa mi segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax (lilin) dalam mi tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mi segera , dan esoknya korang terasa nak makan mi segera lagi, jangan makan ok.
Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk di hadam. Bayangkanlah kalau anda makan mi segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
Jawapan:
Bahaya mi segera sebenarnya terletak pada tinggi garam dari perencah dia. Ia adalah diet yg tak seimbang kalau makan selalu. Ia tak menyebabkan kanser dan tiada kes ‘potong usus’ dilaporkan setakat ini.
Mitos 2: Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh.
Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.
Jawapan:
Sardin atau makanan dalam tin tidak menyebabkan fibroid dalam rahim wanita (tiada kes dilaporkan). Walaupun ada pendapat mengatakan perkaitan makanan dalam tin termasuk sardin dengan kanser yang mana dikatakan makanan tersebut terdedah pada logam plumbum (lead poisoning) dari tin.
The world health organisation’s international agency for research on cancer (IARC) melaporkan ‘mungkin’ ia carcinogenic pada manusia. Laporan yang tidak konklusif. Namun begitu bahayanya adalah sebenarnya terletak pada kandungan garam (salt- sodium chloride) dan bisphenol A (BPA) yg tinggi sardin/makanan dalam tin. Jangan makan makanan tinggi garam nanti darah tinggi adik kakok. Tak seimbang tu kalu mkn slalu… Hihi.
Ads
Mitos 3: Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram, terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimer.
Jawapan:
Bahayanya sebab tinggi kandungan gula. Gula tinggi macam-macam la dpt penyakit bermula dengan diabetis. Bukan hanya minuman 3 in 1 tapi semua yg manis-manis. Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan dalam senyuman ye.
Mitos 4: Panadol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita.
Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya.
Ads
Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain-lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan, jom share untuk kebaikan bersama….. infomasi kesihatan
Jawapan:
Panadol (paracetamol/acetaminophen) dikatakan toksik pada badan adalah TIDAK BENAR. Panadol bukan ubat toksik pada badan jika ikut dos yg betul seperti disarankan oleh doktor atau pengeluar Panadol.
Dose yang disarankan adalah:
1. Tab paracetamol 1g bersamaan dengan 2 biji (500mg satu biji) setiap 6-8 jam sekali (maksima 4g sehari) untuk orang dewasa.
2. Untuk kanak2 sirap paracetamol adalah 15mg per kg dalam 6-8 jam (3-4 kali) sehari
3. Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap 6 jam sekali (maksimum 5g sehari).
Ads
4. Paracetamol juga ada dalam bentuk intravenous (IV Perfalgan) diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari 4 jam sekali: maksimum 4g sehari)
Paracetamol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yg paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak2, ibu-ibu mengandung dan tengah menyusu dan juga warga emas.
Dos toksik panadol (overdose) pada hati sebenarnya adalah >10g (20 biji) atau 200mg/kg. Yang ni memang sekali nyawa kita jalan kerana kerosakan hati. Hanya beberapa perkara perlu berhati-hati jika anda adalah G6PD deficiency (possible risk of hemolysis), pesakit buah pinggang dan hati dan alahan pada paracetamol.
Panadol tinggal dlm tubuh selama 5 tahun adalah MITOS. Panadol hanya dalam badan selama 4-6 jam sahaja kemudian akan dikumuhkan.
Saya hanya menjawab satu artikel yang banyak disebarkan dan circulate di media sosial khususnya di whatsapp. Ia akan membuatkan masyarakat jadi panik dan tidak mahu makan ubat. Saya sendiri berpengalaman jumpa pesakit yang kata panadol bahaya dan tak mahu mengambilnya setelah diberikan. Datang sakit demam jadi susah kami para doktor nak merawat.
Semoga tulisan pendek saya memberi sedikit info yang bermanfaat untuk semua.
Dr Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek)
Medical Mythbusters Malaysia
Diharap jawapan yang dikongsi oleh doktor ini memberi pencerahan buat anda yang selama ni tertanya-tanya apakah benar atau tidak berita yang sering dikhabarkan di media sosial tentang isu ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentu sebahagian daripada kita tertanya-tanya jika Pulau Langkawi sahaja yang menjadi pusat pelancongan yang dibenarkan dibuka kepada para pelancong yang telah lengkap dua dos vaksin buat masa ini?
Sabar guys. Kami ada berita baik untuk korang yang sedang mengintai pusat pelancongan lain yang boleh dikunjungi menggunakan kenderaan darat.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kerajaan sedang meneliti dan akan berbincang mengenai kebenaran merentas negeri untuk kembali menggalakkan industri pelancongan domestik selain pulau peranginan.
Itu bermakna, ia akan merangkumi lokasi pelancongan tanah tinggi seperti Genting Highlands, Cameron Highlands dan Bukit Fraser!
Menurut beliau, perkara tersebut dirancang bagi menggalakkan lagi pergerakan orang ramai untuk secara tidak langsung membantu meningkatkan semula ekonomi tempatan yang sudah sekian lama terjejas sejak tahun lalu.
Kalau korang ada perancangan untuk ke tanah tinggi, apa kata korang rancang dahulu dengan teliti sebelum sebarang pengumuman rasmi dikeluarkan.
Jom lihat di antara 13 tempat wajib kunjung jika korang memilih untuk bercuti di Cameron Highlands.
1. Boh Tea Centre
Terdapat dua ladang teh Boh di Cameron Highlands iaitu Boh Tea Center Ringlet dan Boh Tea Center Sungai Palas. Ladang tanaman luas menghijau dengan cuaca dingin ini membuatkan Boh Tea Center antara port lepak terbaik setelah penat mendaki.
2. Ladang Teh Cameron Valley/Bharat Tea
Lokasi yang strategik dan tidak tersorok seperti ladang teh Boh membuatkan ia lebih selalu dikunjungi. Korang juga boleh membawa pulang produk teh pelbagai jenis keluaran Bharat Tea.
3. Big Red Strawberry Farm
Ada macam-macam makanan berasaskan strawberi yang korang boleh dapatkan di sini. Antaranya seperti waffle, aiskrim sundae, muffin, tart, scone dan milkshake. Rugi kalau tak cuba.
4. Kebun strawberi
Ada banyak kebun strawberi yang boleh dikunjungi untuk merasa pengalaman memetik strawberi seperti:
a. KHM Strawberries & Jam, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.
b. EQ Strawberry Farm, Brinchang.
c. Kok Lim Strawberry Farm, Brinchang.
d. Raju’s Hill Strawberry Farm.
5. Cactus Valley Farm
Peminat tumbuhan kaktus mesti ‘gila’ jika ke Cactus Valley Farm. Daripada sekecil-kecil saiz sampailah yang setinggi manusia pun ada dijual pada harga berpatutan.
6. Cameron Adventurous
Siapa kata datang Cameron Highlands kena petik strawberi saja? Korang boleh juga cuba aktiviti lasak seperti menaiki 4×4 Safari, ATV Safari dan ATV Extreme di trek khas yang dikelilingi dengan ladang teh. Ditambah pula dengan cuaca sejuk di sana, memang syok!
7. Pasar Kea (Kea Farm)
Pasar yang terletak di antara Tringkap dan Brinchang ini menyediakan sayur-sayurannya segar dan kebanyakkannya lebih murah berbanding tempat lain. Ada juga pelbagai jenis bunga segar yang boleh didapati di sini.
8. Lavender Garden
Taman ini bukan hanya khusus untuk tumbuhan lavender saja tetapi juga menggabungkan tanaman bunga-bungaan lain. Kalau nak try aiskrim warna ungu, di sinilah tempatnya.
9. Avani Chocolate
Avant Chocolate merupakan sebuah perusahaan yang menanam sendiri strawberi dan menghasilkan coklat terbaik sejak 1995. Kalau korang sukakan coklat, mesti akan rambang mata dengan macam-macam jenis coklat serta aiskrim yang ada di sini.
10. Time Tunnel Museum
Kalau korang sejenis yang suka mengimbau zaman lampau, muzium ini mempunyai koleksi bahan pameran yang popular, unik dan menarik semasa zaman kanak-kanak dulu.
11. Nasi Lemak Sambal Strawberi
Macam mana rasanya nasi lemak sambal strawberi ya? Haa, korang kenalah datang dan cuba sendiri menu viral di 200 Seeds Café ini. Ada yang sanggup travel dari jauh semata-mata untuk mencari nasi lemak ini tau.
12. Rose Centre
Mesti tenang kalau dapat dikelilingi dengan lebih 100 jenis bunga mawar, kan? Menariknya, ada juga mawar berwarna hitam dan hijau di sini.
13. Air Terjun Robinson
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sering mendapat perhatian, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang melanjutkan pelajaran menggunakan wang pinjaman.
Sudah jadi tanggungjawab seorang peminjam bukan untuk membayar semulah apabila sudah meminjam.
Bagi korang yang masih menanggung hutang PTPTN hingga ke hari ini walaupun telah menamatkan pengajian, sila ambil pengajaran daripada perkongsian seorang pengguna Facebook ini.
Wanita yang dikenali sebagai Cikgu Fateema ini sudahpun menyelesaikan hutang pinjaman pada tahun 2015. Namun, baru-baru ini dia terkejut setelah menerima makluman yang dirinya masih berhutang dengan PTPTN.
Rupa-rupanya, wanita tersebut masih berhutang dengan nilai RM0.01. Apabila dicongak semula nilainya selepas enam tahun, ia telahpun menjadi RM515!
Pula dah, 1 sen menjadi RM515. Siapa je yang tidak terkejut.
Kekeliruan ini berlaku apabila ada kos lain yang mungkin dimasukkan apabila bayaran tidak dibuat sepenuhnya. Di antara kos yang dimaksudkan adalah seperti servis dan insurans. Itu belum termasuk dengan kadar faedah kos tersebut lagi.
Saban bulan, jumlah hutangnya itu bertambah selagi ia masih belum dibayar.
Menurut Cikgu Fateema, pada 6 tahun lalu, dia masih ingat apabila diminta oleh PTPTN untuk menunggu selama sebulan sebelum surat dari mereka tiba. Namun surat yang ditunggu tidak sampai hingga menyebabkan dia terus terlupa mengenainya.
Cikgu Fateema turut membayar baki pinjaman menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan urusan jumlah bayaran akhir itu akan diuruskan PTPTN bersama KWSP.
*
Menerusi ruangan komen, rupa-rupanya ramai lagi yang senasib dengan Cikgu Fateema.
Dalam perkembangan terbaharu, Cikgu Fateema memaklumkan yang kesnya sudah selesai. Malah dia juga sudah menerima surat mengesahkan penyelesaian hutangnya.
Jadi guys, ambil pengajaran daripada kes ini jika korang tidak mahu ia terjadi kepada diri sendiri. Pastikan korang lakukan beberapa langkah ini:
Simpan semua dokumen penting untuk dijadikan bukti pada kemudian hari.
Hubungi pegawai PTPTN yang berkaitan untuk maklumat lanjut.
Ingat, hutang PTPTN adalah tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu peminjam.
Masih ramai yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran. Jangan disebabkan kita sudah mendapat ijazah dan kerja, segala bantuan yang diberikan sebelum ini tidak dihargai dan memberi mudarat pada orang lain pula.
Ramai yang memuji kehebatan filem Joker yang baru ditayangkan baru-baru ini, so tak hairanlah filem ini berjaya memperoleh kutipan USD93 juta (RM389 juta) dalam tempoh satu minggu.
Kehebatan lakonan Joaquin Phoenix membawa watak Arthur Fleck memang tidak boleh disangkal lagi. Karakter psycho yang dibawanya mampu memainkan emosi penonton.
Namun baru-baru ini berlaku pertingkahan antara penguna-penguna twitter bila ada yang mengatakan Kluang Man sudah lama mengangkat isu sakit mental ini.
Kalau korang lahir awal 90an mesti kenal dengan siri animasi televisyen adiwira kanak-kanak, Keluangman. Kalau korang nak tahu Keluangman ni pun mengangkat martabat pesakit mental, yang dibantu rakannya, Tiong Man mereka cuba menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yan diketuai oleh Inspektor Sahab sering terlewat sampai ke lokasi kejadian.
Lucu, siap menyanyi lirik lagu Keluang Man.
Konsep asal animasi yang dicipta oleh Kamn Ismail dan pasukannya di bawah terbitan UAS Animation Studios (M) Sdn Bhd ini berkisar tentang kisah adiwira yang tidak klise; mempunyai kuasa ajaib sebaliknya hanya mengunakan naluri dan kejujuran sahaja.
Mengangkat watak pesakit mental juga, ada sesetengah netizen berpendapat filem Joker terlewat dalam mengetengahkan watak pesakit mental sebagai hero kerana Keluang Man muncul sekitar lebih 20 tahun awal daripadanya.
keluang man mentally ill pun still nak jadi superhero bukan macam joker. stan keluang man. the joker is literally a clown 🤡 . the joker is a joke. the joker is cancelled.
Tapi ada juga yang tidak bersetuju dengan “statement” ini.
Betul juga kan sebab filem Joker ini berlatarkan tahun 1980an dan filem ini berkisarkan tentang Joker yang gagal mencipta nama dalam bidang komedi dan tidak dihiraukan oleh masyarakat. Emm…
Apa pun, dua-dua hero ini memang mengangkat isu ‘Mental Illness’ dan memberi kesedaran pada masyarakat dan orang ramai.
Untuk info, Pengarah animasi Keluang Man, Kamn Ismail juga sebenarnya merupakan pengarah siri animasi Usop Sontorian.
Mengimbau betul la kan,walaupun pada zaman itu, teknologi agak limited tetapi pengalaman dan pengetahuan, kumpulan tenaga produksi tempatan ini berjaya menghiburkan dunia kanak-kanak akhir zaman 90-an. Cayalah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!