Ramai yang memuji kehebatan filem Joker yang baru ditayangkan baru-baru ini, so tak hairanlah filem ini berjaya memperoleh kutipan USD93 juta (RM389 juta) dalam tempoh satu minggu.

Kehebatan lakonan Joaquin Phoenix membawa watak Arthur Fleck memang tidak boleh disangkal lagi. Karakter psycho yang dibawanya mampu memainkan emosi penonton.

Selain Joker, Keluang Man Pun Superhero Yang Angkat Isu ‘Mental Illness’

Namun baru-baru ini berlaku pertingkahan antara penguna-penguna twitter bila ada yang mengatakan Kluang Man sudah lama mengangkat isu sakit mental ini.

Kalau korang lahir awal 90an mesti kenal dengan siri animasi televisyen adiwira kanak-kanak, Keluangman. Kalau korang nak tahu Keluangman ni pun mengangkat martabat pesakit mental, yang dibantu rakannya, Tiong Man mereka cuba menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yan diketuai oleh Inspektor Sahab sering terlewat sampai ke lokasi kejadian.

IKLAN

Lucu, siap menyanyi lirik lagu Keluang Man.

Selain Joker, Keluang Man Pun Superhero Yang Angkat Isu ‘Mental Illness’

Konsep asal animasi yang dicipta oleh Kamn Ismail dan pasukannya di bawah terbitan UAS Animation Studios (M) Sdn Bhd ini berkisar tentang kisah adiwira yang tidak klise; mempunyai kuasa ajaib sebaliknya hanya mengunakan naluri dan kejujuran sahaja.

Selain Joker, Keluang Man Pun Superhero Yang Angkat Isu ‘Mental Illness’

IKLAN

Mengangkat watak pesakit mental juga, ada sesetengah netizen berpendapat filem Joker terlewat dalam mengetengahkan watak pesakit mental sebagai hero kerana Keluang Man muncul sekitar lebih 20 tahun awal daripadanya.

Tapi ada juga yang tidak bersetuju dengan “statement” ini.

Selain Joker, Keluang Man Pun Superhero Yang Angkat Isu ‘Mental Illness’

Betul  juga kan sebab filem Joker ini berlatarkan tahun 1980an dan filem ini berkisarkan tentang Joker yang gagal mencipta nama dalam bidang komedi dan tidak dihiraukan oleh masyarakat. Emm…

IKLAN

Apa pun, dua-dua hero ini memang mengangkat isu ‘Mental Illness’ dan memberi kesedaran pada masyarakat dan orang ramai.

Untuk info, Pengarah animasi Keluang Man, Kamn Ismail juga sebenarnya merupakan pengarah siri animasi Usop Sontorian.

Mengimbau betul la kan,walaupun pada zaman itu, teknologi agak limited tetapi pengalaman dan pengetahuan, kumpulan tenaga produksi tempatan ini berjaya menghiburkan dunia kanak-kanak akhir zaman 90-an. Cayalah!

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI