Isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sering mendapat perhatian, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang melanjutkan pelajaran menggunakan wang pinjaman.
Sudah jadi tanggungjawab seorang peminjam bukan untuk membayar semulah apabila sudah meminjam.
Bagi korang yang masih menanggung hutang PTPTN hingga ke hari ini walaupun telah menamatkan pengajian, sila ambil pengajaran daripada perkongsian seorang pengguna Facebook ini.
Wanita yang dikenali sebagai Cikgu Fateema ini sudahpun menyelesaikan hutang pinjaman pada tahun 2015. Namun, baru-baru ini dia terkejut setelah menerima makluman yang dirinya masih berhutang dengan PTPTN.
Ads
Rupa-rupanya, wanita tersebut masih berhutang dengan nilai RM0.01. Apabila dicongak semula nilainya selepas enam tahun, ia telahpun menjadi RM515!
Pula dah, 1 sen menjadi RM515. Siapa je yang tidak terkejut.
Kekeliruan ini berlaku apabila ada kos lain yang mungkin dimasukkan apabila bayaran tidak dibuat sepenuhnya. Di antara kos yang dimaksudkan adalah seperti servis dan insurans. Itu belum termasuk dengan kadar faedah kos tersebut lagi.
Saban bulan, jumlah hutangnya itu bertambah selagi ia masih belum dibayar.
Ads
Menurut Cikgu Fateema, pada 6 tahun lalu, dia masih ingat apabila diminta oleh PTPTN untuk menunggu selama sebulan sebelum surat dari mereka tiba. Namun surat yang ditunggu tidak sampai hingga menyebabkan dia terus terlupa mengenainya.
Cikgu Fateema turut membayar baki pinjaman menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan urusan jumlah bayaran akhir itu akan diuruskan PTPTN bersama KWSP.
*
Menerusi ruangan komen, rupa-rupanya ramai lagi yang senasib dengan Cikgu Fateema.
Dalam perkembangan terbaharu, Cikgu Fateema memaklumkan yang kesnya sudah selesai. Malah dia juga sudah menerima surat mengesahkan penyelesaian hutangnya.
Jadi guys, ambil pengajaran daripada kes ini jika korang tidak mahu ia terjadi kepada diri sendiri. Pastikan korang lakukan beberapa langkah ini:
Simpan semua dokumen penting untuk dijadikan bukti pada kemudian hari.
Hubungi pegawai PTPTN yang berkaitan untuk maklumat lanjut.
Ingat, hutang PTPTN adalah tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu peminjam.
Masih ramai yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran. Jangan disebabkan kita sudah mendapat ijazah dan kerja, segala bantuan yang diberikan sebelum ini tidak dihargai dan memberi mudarat pada orang lain pula.
Jika sebelum ini 3X Extra Spicy Ayam Goreng McD mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat Malaysia, kini McDonalds telah memperkenalkan Spicy Chicken McNuggets pula.
Memang kena dengan selera orang Malaysia yang suka pedas, Spicy Chicken McNuggets ini khabarnya dijual dengan harga RM9.43 untuk 6 ketul, RM13 untuk 9 ketul dan RM24 untuk 20 ketul nugget.
Hm, baru tengok poster pun kami dah telan air liur, belum lagi kalau dapat rasa kan? Confirm meletop ni.
Malah, ada juga pelanggan yang sudah mencuba dan mengatakan nugget pedas ini memang sedap.
Ha guys, so lunch ni makan dekat mana? Boleh la try nugget pedas ni. Let's!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam tempoh kurang dua minggu lagi, Piala Dunia 2018 akan berlangsung di Russia. Sudah tentu kejohanan ini mendapat perhatian dari ramai kaki bola yang akan menyokong pasukan kegemaran masing-masing.
Di sebalik isu pembelian hak penyiaran RM40 juta seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo di mana 27 perlawanan dapat disaksikan di RTM, tentu korang tak sangkakan bahawa suatu ketika dahulu, demi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia 1982, rakyat Malaysia bersatu hati menubuhkan sebuah tabung demi membolehkan RTM membeli siaran tersebut.
Tabung ini ditubuhkan atas inisiatif seorang ejen insurans bernama Peter Teo, pembaca setia akhbar berbahasa Inggeris, The Malay Mail, telah menelefon Hotline The Malay Mail dan mencadangkan agar setiap rakyat Malaysia menyumbang RM1 dalam satu dana atau tabung untuk membiayai kos penyiaran siaran langsung Piala Dunia 1982. Ini kerana satu siaran ketika itu mencecah RM60,000 dan RTM tiada kewangan kukuh.
Hasilnya, tak kira besar kecil, tua muda, semuanya berpakat memberikan sumbangan dan hasilnya rakyat Malaysia dapat menyaksikan sebahagian game dengan rasa bangga hati.
Inilah yang membanggakan kita sebagai warga Malaysia yang boleh bersatu hati dan membentuk permuafakatan seperti mana yang dilakukan kini dengan menyumbang ke Tabung Harapan bagi mengurangkan hutang negara yang terlalu banyak.
Baca bagaimana rakyat Malaysia bersatu hati demi mahu menonton Piala Dunia 1982 di Sepanyol yang ditulis dari fb Retro Bola Sepak.
Inilah keratan akhbar yang mempaparkan betapa rakyat Malaysia bersatu hati demi menyaksikan perlawanan Piala Dunia 1982. Cuba lihat juga karikatur di mana komedinya nenek tak menyumbang, jadi nenek tak boleh tengok tv! Very deepkan!
TABUNG HARAPAN HENDAK TONTON PIALA DUNIA
Piala Dunia 1982 di Sepanyol.
Skuad kebangsaan Malaysia gagal layak, sungguhpun sebelum itu dikatakan mempunyai himpunan pemain terbaik, selain pernah layak secara merit ke Sukan Olimpik 1980.
Radio Televisyen Malaysia (RTM), satu-satunya stesen penyiar pada waktu itu telah menyiarkan secara langsung Piala Dunia 1974 dan Piala Dunia 1978. Liputan siaran langsung bukanlah menyeluruh, hanya pada perlawanan tertentu sahaja.
Namun ketika Piala Dunia 1982, RTM mengumumkan, mereka hanya akan menyiarkan empat siaran langsung sahaja iaitu melibatkan perlawanan pembukaan, dua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir. Lain-lain perlawanan tiada siaran langsung, hanya perlu menunggu pengumuman keputusan perlawanan di televsiyen ataupun radio.
Alasannya, faktor kos yang cukup tinggi.
Tarikh 13 Jun 1982, adalah perlawanan pembukaan Piala Dunia 1982, antara Belgium dan Argentina. Belgium melakukan kejutan, menewaskan juara bertahan yang diperkuat dengan bintang muda, Diego Maradona.
Rakyat Malaysia mula teruja. Tapi terpaksa ‘berpuasa’ dari menonton Piala Dunia 1982 memandangkan hanya di peringkat separuh akhir baharulah ada siaran langsung.
Lalu pada 14 Jun 1982, seorang ejen insurans bernama Peter Teo, pembaca setia akhbar berbahasa Inggeris, The Malay Mail, telah menelefon Hotline The Malay Mail dan mencadangkan agar setiap rakyat Malaysia menyumbang RM1 dalam satu dana atau tabung untuk membiayai kos penyiaran siaran langsung Piala Dunia 1982.
Cadangan Peter Teo itu mendapat maklum balas yang cukup memberangsangkan dan positf apabila diuar-uarkan keesokan harinya di akhbar.
Imej RTM suatu ketika dahuluHasbullah Awang antara pengulas sukan yang cukup digemari dan disegani kerana ketika membuat ulasan pendengar akan rasa bersemangat
Pihak RTM sendiri bersetuju dengan cadangan tersebut andai ada pihak yang sudi dan sedia menjadi pengelola.
Orang ramai mula bercakap-cakap tentang cadangan Peter Teo.
The Malay Mail kemudiannya telah melancarkan kempen People’s Live Telecast Fund (PLTF), selepas mendapat makluman dan pengesahan dari RTM tentang persetujuan pengutipan dana untuk siaran langsung Piala Dunia.
PLTF menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM60,000 untuk satu siaran langsung perlawanan, dan ia haruslah dikumpul secepat mungkin sebelum Piala Dunia 1982 berakhir.
Rakyat Malaysia amnya mahukan lebih banyak perlawanan yang mendapat liputan siaran langsung. Jika pada hari pelancaran PLTF pada 19 Jun, kira-kira RM228 sahaja terkumpul, jumlah tersebut bertambah dengan mendadak.
Ribuan orang perseorangan, syarikat, wakil NGO tampil dan hadir sendiri ke pejabat The Malay Mail (Balai Berita di Kuala Lumpur) untuk menyalurkan sumbangan.
Kelompok tersebut termasuklah kanak-kanak yang membawa tabung masing-masing, kakitangan kerajaan, pekerja swasta, golongan profesional, dan pesara, tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Ada juga yang mengumpul dana di kalangan penduduk kampung dan sesama rakan, lalu dihantar wakil untuk menyampaikan sumbangan.
Jika pada 20 Jun 1982, jumlah terkumpul hanyalah RM730, ia meningkat kepada RM5,000 pada 21 Jun 1982, RM20,000 pada 22 Jun 1982, dan hampir dua kali ganda pada 23 Jun 1982, iaitu kira-kira RM40,000. Pada 23 Jun 1982, jumlah terkumpul melebihi sasaran awal, iaitu kira-kira RM66,116.45.
Setiap hari, akhbar The Malay Mail akan menyenaraikan nama-nama penderma dan penyumbang dana dan jumlah yang disalurkan, termasuklah nama Yang Di-Pertuan Agong (Sultan Ahmad Shah) dan Perdana Menteri (Dr. Mahathir bin Mohamad ) sendiri yang menyalurkan sumbangan peribadi.
Waktu itu, dana untuk satu perlawanan siaran langsung sudah mencukupi. Akhbar The Malay Mail kemudiannya membuat gesaan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menderma sebanyak mungkin agar nanti ianya kelak mampu menampung kos untuk dua, tiga atau lebih banyak siaran langsung.
25 Jun 1982, PLTF telah pun mengumpul kira-kira RM90,000, dengan Caltex Malaysia menyumbang sebanyak RM50,000 untuk menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM156,000.
Akhirnya, PLTF telah mengumpul kira-kira RM300,000, mencukupi untuk menampung kos empat penyiaran siaran langsung perlawanan Piala Dunia 1982.
Hasilnya, RTM dengan bantuan ‘Dana Rakyat’ berjaya untuk menyiarkan perlawanan antara England dan Jerman Barat pada 29 Jun 1982, Kesatuan Soviet menantang Poland pada 5 Julai 1982, dan dua lagi perlawanan pada 6 Julai 1982 iaitu antara Itali dan Brazil serta England dengan Sepanyol. Campur dengan siaran langsung rasmi oleh RTM, rakyat Malaysia akhirnya dapat menikmati Piala Dunia 1982, cukup berbaloi, walaupun hanya empat perlawanan tajaan dan empat perlawanan rasmi oleh RTM.
Baki dana PLTF yang masih berbaki, digunakan untuk siaran langsung perlawanan amal UNICEF pada 7 Ogos 1982, yang melibatkan para pemain handalan dari seluruh dunia.
Dan di setiap perlawanan tersebut, tertera ayat;
‘DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA’.
*****
Retro Bola Sepak kata inilah ‘kuasa rakyat’. =)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober depan. Justeru itu, remaja berusia 18 tahun ke bawah dikatakan bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula minggu hadapan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, inisiatif ini akan dimulakan di Sarawak susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasa divaksin.
Jelas beliau lagi, tetapan sasaran bagi remaja yang divaksin akan dibuat berdasarkan jumlah bekalan vaksin yang diterima.
“Saya berharap, lebih ramai golongan remaja mendapat vaksinasi dalam tempoh 100 hari akan datang. “Kita mahu, apabila bermulanya penggal persekolahan baharu pada tahun hadapan, semua remaja telah melengkapkan suntikan vaksin mereka,” katanya.
Untuk rekod, setakat ini, kerajaan hanya meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech buat remaja berusia 12 ke 17 tahun.
Mengulas berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, ujar beliau, perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.
Walau bagaimanapun, susulan berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, Khairy menjelaskan perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.
Apa-apa pun kita doakan agar inisiatif yang dilakukan ini berjalan lancar dan penularan wabak COVID-19 dapat dikurangkan agar pelajar lebih rasa selamat untuk pulang semula ke sekolah.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...