
BTS muncul sebagai model di pameran fesyen Louis Vuitton di Seoul baru-baru ini.
Jimin BTS

RM BTS

Suga BTS

J-Hope BTS

V BTS

Jungkook BTS

Jin BTS

Wow, bukan calang-calang ya penangan BTS!
Bijak sungguh percaturan Louis Vuitton untuk memilih BTS sebagai duta global mereka. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiru Fesyen ‘Dr Yoon’ Dalam Hometown Cha-Cha-Cha Dengan Koleksi +J Fall/Winter UNIQLO

Fesyen dalam K-Drama memang buat penonton menangis. From head to toe, pihak produksi sajikan pilihan outfit yang trendy. Tak pernah nampak tak cantik!
Memang jatuh cinta lepas tengok penampilan Shin Min Ah sebagai Yoon Hye Jin dalam K-Drama “Hometown Cha-Cha-Cha” ni. Sudahlah memang cantik, tambah pula dengan gaya fesyen dan mekap ringkas dan segar lagi naik seri wajahnya.
Kalau bercakap bab jenama pula, rasanya semua jenama mahal mereka sarungkan pada para pelakon. Tapi tak apa, ini caranya nak bergaya ringkas dan segar seperti Yoon Hye mengunakan koleksi UNIQLO 21 fall/winter.
Look 1


Look 2

Look 3


Lebih kurang je kan? So kenapa nak buang duit beli jenama yang mewah kalau kita boleh dapat look yang lebih kurang.
Tahun berganti tahun, musim berganti musim, ada saja benda baru yang Uniqlo bawa masuk memikat rakyat tempatan. Setiap rekaan koleksi yang minimalis, praktikal, trendy dan sopan sesuai dengan gaya hidup majmuk masyarakat kita.
Antara highlight yang memikat kamu semua kena sambar bulan November nanti ialah dengan +J Fall/Winter 2021. Kerjasama yang bermula pada musim lalu membawa kepada satu kejayaan. Kali ini, pereka legenda Jil Sander, yang membawa gaya moden yang lagi luar biasa untuk wanita dan lelaki.
Koleksi + J Fall / Winter 2021 melahirkan campuran musim sejuk dan musim luruh, tapi masih mengekalkan standard Uniqlo – minimalis, sofistikated dan keselesaan.




Masih lagi mengekalkan sofistikated tapi sedikit light, fun dan freedom.
Koleksi + J Fall/Winter 2021 akan berada di semua butik Uniqlo dan secara atas talian uniqlo.com mulai 11 November 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
PKP Bukan Penghalang, Amazè Ambil Pendekatan Digital Dalam Melancarkan Koleksi Terbaharu

Banyak perniagaan yang terjejas dek pandemik Covid-19. Ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sektor ini semakin sepi dari pelanggan. Namun begitu ia bukanlah penghalang bagi duo pereka muda yang merupakan orang kuat di sebalik jenama fesyen Amazè.
Terkenal menerusi rekaan yang mengagumkan dan berkualiti, daftar pelanggan mereka bukan hanya terhad kepada rakyat Malaysia bahkan turut mendapat sambutan di Brunei dan juga Singapura. Baru-baru ini biarpun dalam keadaan PKP, mereka telah melancarkan dua koleksi perkahwinan 2021yang diberi nama Nostalgia dan Melodrama.

“Dua koleksi ini mempunyai gaya dan harga yang berbeza. Koleksi Nostalgia merupakan koleksi yang dihasilkan khusus untuk harga mampu milik manakala koleksi Melodrama pula bersifat lebih personal untuk mereka yang mahukan kelainan. Apa yang pasti rekaan-rekaan ini mengimbau memori zaman silam bahkan si pemakai akan tampil ‘timeless’ dalam foto kenangan bakal pengantin,” ujar mereka.
Mengambil inspirasi dari trend pakaian Melayu lama seperti kurung pesak gantung, kurung kedah, kebaya dan kebarung, cetusan idea ini diolah dengan suntikan rasa yang lebih kontemporari dan moden. Pemilihan fabrik pula cukup ideal dengan jenis fabrik yang selesa dan tidak panas seperti poly crepe, chiffon, jacquard dan renda Chantilly.

Pendekatan Digital
PKP membantutkan perjalanan operasi perniagaan terutamanya perniagaan fesyen yang mana memerlukan sesi menyedang (fitting) bagi mendapatkan ukuran dan rekaan yang sempurna. Namun begitu perkara ini tidak menjadi penghalang bagi duo pereka ini yang mana mereka menggunakan pendekatan secara digital yang mana sesi konsultasi dilakukan secara maya dan sesi ukuran pun dilakukan di atas talian.

Walaupun tidak boleh berjumpa ini adalah cara mereka berhubung dengan pelanggan yang berada di dalam negara dan juga luar negara. Tahun ini juga mereka bakal melancarkan laman e-dagang amazeofficial.com yang bakal bermula pada 14 Februari ini. Harga rekaan mereka pula sangat berpatutan bermula dari RM899 sehingga RM3299.
Sumber gambar: Amazè
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wakil Malaysia Bakal ‘Angkut’ Rumah Kampung Ke Miss Universe 2020

Penyertaan wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Universe semakin diperkatakan saban tahun. Bukan hanya kredibiliti wakil negara yang menjadi simbol kepada kekuatan dan kegigihan wanita menjadi tumpuan.
Malahan, ramai juga akan tertarik dengan kreativiti yang disuntik oleh pasukan pereka kostum nasional setiap kali negara menghantar wakil ke pertandingan tersebut.
Jika dilihat kembali kepada tahun-tahun sudah, Malaysia dengan bangganya pernah mempamerkan kostum lain daripada yang lain seperti Menara Berkembar Petronas, Nasi Lemak, Perahu Kolek dan sajian makanan Peranakan pada tahun 2019.
ARTIKEL BERKAITAN : Unik Dan Kreatif. Kostum Nasional Menarik Miss Universe Malaysia. – REMAJA
BACA LAGI : Gaun Miss Universe Malaysia 2019 Ilham Pantai, Kostum Pula Ada ‘Meja Makan’ – REMAJA
Kostum ‘Kampungku’
Penyertaan Malaysia untuk edisi 2020 kali ini tidak kurang hebatnya apabila wakil negara, Francisca Luhong James dan pereka fesyen, Carven Ong membawakan idea rumah kampung untuk ‘diangkut’ ke lokasi pertandingan di Hollywood Florida, Amerika Syarikat pada 16 Mei ini.
Kostum yang mempunyai struktur rumah kampung untuk dibawa oleh Francisca ke atas pentas itu hadir dengan dua versi berbeza di bahagian hadapan dan belakang.

Dalam majlis pratonton yang dianjurkan oleh pihak Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) semalam, Francisca dilihat ‘keluar’ dari pintu rumah kampung serba hitam dan putih dalam persalinan gaun kaftan batik.
Kaftan monokrom dengan corak Pua Kumbu bagi memberi signifikan kepada identiti Fran sendiri dari Sarawak lengkap dengan perhiasan kepala (head gear) dalam bentuk basikal tua.

Francisca kemudiannya kembali masuk ke dalam prop rumah tersebut, memusingkannya dan mempamerkan sisi berbeza rumah kampung yang kini ceria berwarna.


Persalinan Francisca turut berubah wajah menjadi busana yang lebih moden dengan perincian manik serta headgear baru yang mempamerkan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan serta ‘anak patung’ Francisca oleh Wesley Hilton dari Borneo Doll.
Wow, meriah ya kostum nasional kali ini ya!
Bercakap mengenai konsep di sebalik kostum ini, REMAJA bertemu dengan Carven untuk mendapatkan maksud di sebalik setiap elemennya.
Kata beliau, warna hitam putih dalam versi pertama memberikan makna nostalgia mengenai kisah kita semasa zaman kanak-kanak di kampung halaman. Ia mendatangkan memori indah buat mana-mana rakyat Malaysia yang kini sudah menetap di bandar.

“Bagi versi kedua kostum ini pula, ia lengkap dengan beberapa perkara yang akan ada di mana kampung halaman seperti replika ayam, pokok kelapa, rumah kampung yang mempunyai langsung, kerawang keemasan dan tikar mengkuang yang disiapkan khas dari Kelantan.
“Pada bahagian tikar itu juga ada rambu emas yang merupakan metafora kepada bendang sawah kita yang menjadi punca rezeki serta makanan ruji rakyat Malaysia.
Bendang Sawah

Tikar Mengkuang

Bunga Raya

“Warna jingga keemasan pada kostum ini pula diinspirasikan daripada waktu senja di mana ia merupakan waktu yang nyaman dan hening – sesuatu yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata,” katanya. Jelas Carven lagi, kostum seberat 45 kilogram ini mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan.
Penulis turut tertanya-tanya, bagaimanakah Francisca akan membawa rumah kampung ini ke Florida?!


Haa, untuk pengetahuan, Carven sudah berpengalaman menyiapkan kostum bersaiz besar bernama Peranakan Indulgence yang dipakai oleh wakil negara, Shweta Sekhon pada tahun 2019.
ARTIKEL BERKAITAN : Kekeliruan Mega, Miss Philippines Pemenang Sebenar Kostum Nasional Terbaik? – REMAJA
Justeru, beliau sudah arif dalam soal memasang dan meleraikan kostum seakan ini dengan mudah.

“Jika diteliti secara dekat, rumah kampung ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang boleh dilipat mengikut sistem nombor. Jadi mudah untuk Francisca memasangnya nanti di sana dengan hanya mengikut langkah-langkah yang kami telah sediakan.”
*
Apa pendapat korang?
Adakah kostum nasional ini sekali lagi akan menjadi topik perbualan sedunia di pentas Miss Universe seperti yang berlaku dua tahun lalu? Sama-samalah kita nantikan.
Sementara itu, korang boleh menunjukkan sokongan terhadap Francisca Luhong James yang mewakili negara kita ke Miss Universe 2020 dengan mengundinya bagi menempah slot ke pusingan Top 21.
Undian boleh dilakukan di aplikasi rasmi Miss Universe bermula sekarang hingga hari pertandingan kelak.
Dalam pada itu, majlis pratonton semalam turut mengumumkan Rizman Ruzaini selaku pereka gaun rasmi untuk disarungkan Francisca. Tonton pautan video di bawah untuk melihat ‘walk’ Francisca dalam busana berkonsepkan Puteri Sejinjang ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

