
Semagaimana kita tahu, kebanyakan kawasan di Lembah Klang mengalami masalah air selama empat hari bermula hari ini. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
Memandangkan sudah menjadi keperluan buat setiap keluarga untuk memiliki bekalan air yang ditapis dan bersih melalui penyediaan mesin penapis air di rumah.
Baru-baru ini, terdapat sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, pemanas air yang dibiarkan berfungsi tanpa bekalan air akan menyebabkan overheating dan boleh mengakibatkan kebakaran.

Jadi, jangan lupa tutup suis bagi mesin penapis air dirumah jika kawasan korang turut mengalami gangguan air. Yelah malang tak berbau kan.
Sumber: Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju KL
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Pulau Langkawi, Perlis Pula Intai Untuk Ada Geopark Sendiri

Sejak dahulu lagi, negara kita sering mencari negara yang ditinjau oleh penduduk dunia sebagai lokasi indah dengan flora, fauna dan ciptaan semula jadinya.
Bukan sekadar sesebuah negeri saja yang menyimpan seribu satu keistimewaan alam. Malah, setiap negeri yang berada di Malaysia ada keunikan tersendiri yang sukar dicari di mana-mana tempat lain.
Jika sebelum ini, beberapa kawasan hotspot di Malaysia telahpun menerima pengiktirafan daripada pertubuhan dunia sebagai lokasi kaya budaya serta alam semulajadi yang harus dipelihara seperti di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Pulau Langkawi, kini sebuah lagi kawasan baru ingin dijadikan sebagai kawasan yang tidak dicerobohi oleh kerakusan pembinaan moden. Ini tidak lain tidak bukan ialah negeri Perlis.
Antara tempat yg power dekat Perlis,Bukit Keteri. Nasib baik dh bawak drone siap2. Tapi kamera pulak tak bawak. Biar lah panas pun, nak touring jgak ke sini kalau free bulan 3 ni.https://t.co/aX4EmdFI1u pic.twitter.com/RLPe4YU95U
— Jason Yat Samosa 🏴 (@mhidayatullah31) January 30, 2020
Sebagai sebuah negeri yang terbentuk di bawah lembah banjaran batu kapur tertua di Malaysia, Perlis baru-baru ini menyimpan hasrat untuk diisytiharkan sebagai salah sebuah geopark terbaru di Malaysia selepas Pulau Langkawi menerima pengiktirafan itu oleh Global Geopark Network (GGN) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2007.
Menurut laporan oleh akhbar Harian Metro pada hari ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Perlis Nature & Wildlife (PNW) baru-baru ini telah berkunjung ke Hutan Simpan Bukit Bintang untuk melihat dengan lebih dekat lagi pembentukan tiang batu semula jadi hasil daripada hakisan hujan dan angin sejak ratusan juta tahun dahulu.


Keunikan yanga da padanya itu disokong dengan pembentukan formasi batu kapur yang terbentuk secara semula jadi. Tiang stylolitic yang terletak di atas sebuah puncak permatang itu dikelilingi oleh dusun buah-buahan. Hasrat ini juga selari dengan projek terbaru PNW yang dinamakan sebagai Perca Kain Project di mana ia merekodkan gua-gua dan formasi di Perlis.
Untuk sesebuah kawasan memperolehi status Geopark ini bagaimanapun bergantung kepada penilaian semula oleh pihak GGN setiap empat tahun. Perlis juga dilihat perlu ‘bersaing’ dengan tujuh lagi kawasan kebangsaan yang merancang menddapatkan pengiktirafan sebagai Geopark.
Mungkin dengan kurangnya populariti dalam kalangan pelancong yang diraih Perlis buat masa ini, hasrat negeri itu untuk diiktiraf sebagai Geopark agak berliku sedikit.
Namun, itu tidak bermakna negeri utara itu tidak mempunyai potensi. Jika kita tidak memulakan projek pemeliharaan alam semula jadi di sana, bila lagi? Betul tak Yuna?
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Cuba Sembunyi Berasal Dari Malaysia, Sebaliknya Yunalis Zarai Bangga! – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bapa & Anak Ukir Kenangan Manis, Berjaya Tamatkan Pengajian PhD Bersama Di UiTM

Baru-baru ini, pentas Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berlangsung pada 6 Mei, semalam menyaksikan detik paling bermakna buat Dr. Jafni Ghazali (60) dan anak sulungnya Dr. Nurul Huda (29) selepas mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan setelah melalui perjalanan akademik yang penuh cabaran sejak tahun 2021.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook UiTM, kisah kejayaan dua beranak itu menjadi perhatian ramai apabila mereka bukan sahaja menyambung pengajian PhD pada tahun yang sama, malah berjaya menamatkan perjalanan akademik tersebut dan berkongsi momen bersejarah menerima ijazah bersama.
Menurut Dr. Jafni yang juga bekas Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Transkrian, Nibong Tebal, impian untuk menyambung pengajian sebenarnya telah lama tersimpan dalam dirinya sebelum ia menjadi kenyataan selepas beliau menemani anak sulungnya mendaftar pengajian di UiTM Permatang Pauh.

“Alhamdulillah, kira-kira 30 tahun lalu arwah ibu bertanya apa hasrat saya dan saya jawab mahu belajar sampai habis. Hari ini, impian itu tertunai,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau mengakui perjalanan menamatkan PhD bukan sesuatu yang mudah apabila perlu membahagikan masa antara kerjaya sebagai pendidik dan tanggungjawab menyiapkan penyelidikan akademik sebelum akhirnya bersara kira-kira tiga tahun lalu.
Namun, peluang untuk melalui pengalaman itu bersama anak tersayang menjadi kekuatan terbesar sepanjang pengajian.
“Saya akui PhD bukan mudah dan perjalanannya memang kena laluinya sendirian, tetapi saya beruntung ada anak bersama-sama untuk kami berkongsi perjalanan pengajian ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bagi Nurul Huda yang kini bertugas sebagai Pakar Komunikasi Serantau di Kulim Hi-Tech, momen menerima skrol bersama bapanya menjadi antara kenangan paling manis dalam hidup kerana mereka bukan sekadar bapa dan anak, malah turut menjadi rakan seperjuangan sepanjang pengajian.
Lebih istimewa, istiadat konvokesyen kali ini juga merupakan pengalaman pertama beliau menaiki pentas selepas tidak sempat meraikan hari graduasi terdahulu susulan menyambung pengajian di Universiti Manchester, United Kingdom serta kekangan pandemik Covid-19.
BACA: Antara 27 Bakat Terbaik Vertical Flight Dunia! Anak Terengganu Ini Raih PhD Kejuruteraan Aeroangkasa
“Terharu dapat menerima ijazah dengan ayah. Walaupun kami daftar pada tahun yang sama, kami tidak jamin akan habis pengajian bersama kerana PhD ialah perjalanan yang panjang,” katanya.
Tambahnya, kejayaan menamatkan pengajian bersama bapanya menjadi antara detik paling bermakna dalam hidup mereka sekeluarga. Selain itu, Nurul Huda turut berharap agar dapat terus mengembangkan kerjayanya dalam industri serta tidak menolak peluang untuk menyumbang dalam bidang akademik pada masa hadapan.
Sumber: FB UiTM
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gadis Ini Buktikan Anak Kampung Mampu Bina Kerjaya Di Syarikat O&G Antarabangsa

Selagi ada usaha, pasti ada kejayaan yang diraih. Benarlah kata pepatah berikut, tidak ada yang mustahil jika kita lakukan sesuatu dengan penuh minat dan kegigihan pasti membuahkan hasil.
Lim Chia Wei atau pun dikenali sebagai Cempaka oleh teman-teman rapatnya telah membuktikan bahawa segala impiannya tercapai walaupun pada mulanya ramai yang menganggap anak kelahiran Perlis ini hanya menyimpan angan-angan kosong.

Bertugas sebagai Technical Sales Engineer di salah sebuah syarikat Oil & Gas terbesar di dunia, Cempaka sudah pun berkhidmat dalam industri tersebut kira-kira 5 tahun. Biar pun mendapat tentangan daripada orang disekeliling, namun gadis ini tidak mudah patah semangat.
“Saya sering dipanggil sebagai anak kampung kerana dibesarkan di sebuah pekan kecil di Perlis. Daripada tidak pandai berbahasa Inggeris, sehinggalah dimana saya berada sekarang iaitu memegang jawatan sebagai Technical Sales Engineer di salah sebuah syarikat Oil & Gas (O&G) terbesar dunia,”
“Bila saya menyatakan hasrat untuk belajar dalam bidang kejuruteraan teknikal dan ingin bekerja di industri O&G, ramai yang membangkang dan mengatakan bahawa kerjaya ini bahaya dan bukannya untuk orang perempuan. Saya menerima banyak tentangan dan halangan tetapi ia sedikit pun tidak mematahkan hasrat saya untuk meneruskan impian menjadi seorang jurutera teknikal,”

“Menjadi seorang yang agak lasak, saya suka bekerja di luar ofis dan kerana itu juga saya memilih kerjaya ini. Paling mencabar tentang kerjaya saya terutamanya di atas laut adalah cabaran fizikal. Kami perlu menyelenggarakan barang-barang berat, tetapi bukanlah bermaksud saya perlu mengangkat kesemua barangan tersebut. Jika ia terlalu berat, ia akan diangkat oleh kren. Cuma operasi di offshore ini sangat bahaya, macam saya pernah bekerja di telaga minyak. Jadi kita tak tahu dibawah itu suhunya bagaimana dan oleh kerana itu, semuanya memerlukan perancangan yang rapi,” jelas Cempaka.
Walau bagaimanapun, kerjaya ini banyak memberikan ilmu mahu pun pengalaman yang manis buat Cempaka. Tambahnya lagi, pekerjaan ini juga memberinya peluang untuk berkunjung ke merata tempat di seluruh dunia. Jadi baginya, jika korang memang suka bekerja sambil berjalan, ini adalah pekerjaan yang sesuai untuk korang.

“Kemahiran teknikal memang perlu dilatih dan sewaktu saya mula bekerja dulu, bukannya saya terus pandai. Saya masih perlu belajar dan menghadiri banyak sesi latihan. Saya melakukan latihan di beberapa negara luar seperti Perancis dan Abu Dhabi. Tahun lepas, saya juga berkesempatan untuk bekerja di Thailand. Jadi, korang boleh lihat bidang O&G ini memang begitu luas di seluruh dunia dan bagi korang yang memang suka travel sambil menimba ilmu, I think O&G is the best place for you,” jawabnya.

Inspirasi untuk anak muda
Mungkin kisah Cempaka ini boleh dijadikan sebagai inspirasi, khususnya buat anak kampung yang kurang berkeyakinan dan menganggap mustahil bagi mereka untuk mengejar impian. Dengan usaha dan semangat, tidak ada perkara yang tidak boleh dilakukan serta semuanya terpulang kepada diri sendiri.
“Bukan senang nak jadi senang. The more you want something, the harder it is for you to achieve the dreams. Hidup ini penuh cabaran tetapi sebagai anak muda, kita perlu berani untuk mengambil risiko. Jangan risau, kalau plan A korang tak jadi, masih ada Plan B dan Plan C. Semua orang bermula daripada bawah,”

“Saya juga dulunya langsung tidak tahu berbahasa Inggeris. Selagi korang ada keinginan untuk belajar, semuanya masih belum terlambat. Korang masih ada masa untuk meningkatkan kemahiran dengan menyertai kelas bahasa Inggeris contohnya. Sekarang ni pun banyak perkara yang kita boleh belajar secara online. Ambil peluang sewaktu PKPB ini untuk mengisi masa menambah baik ilmu yang ada,” tambahnya lagi.
Masih ramai remaja diluar sana yang takut untuk mencuba dan menganggap adalah mustahil untuk mereka mengubah hidup. Apa yang paling penting adalah usaha yang diiringi doa, pasti korang akan dapat melihat hasilnya. Paling penting, jangan pernah berhenti berharap selagi korang tidak pernah berusaha untuk merealisasikannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

