Naskhah fenomena, Projek: High Council sememangnya menaikkan nama bakat baharu seorang ini. Amir Ahnaf, dengan cemerlang membawa watak Kapla menerusi drama berkenaan sekaligus dikenali ramai pada masa ini.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah peserta Hero Remaja 2021 ini juga mempunyai suara yang ‘merdu’ dalam mengalunkan bacaan surah.
Terbaharu, Amir Ahnaf sekali lagi meraih tumpuan warganet apabila klip videonya menghafaz dan melantunkan Ayatul Kursi tular di aplikasi TikTok.
Ads
Menerusi sebuah video berdurasi seminit yang dimuat naik seorang pengguna (@areafullsun), jejaka berusia 23 tahun itu kelihatan khusyuk sambil memejamkan mata ketika membaca Ayatul Kursi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji suara pelakon itu yang sangat merdu tatkala mengaji dan membaca surah selain ada yang berseloroh menyifatkan Amir sebagai calon suami yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
Ads
“Bakal suami siapalah ini, setiap malam sebelum tidur kena dodoi dengan suara ini, solat suara ini, nyanyi suara ini, I cannot lah melting,” komen seorang pengguna.
“MasyaAllah, merdunya suara cinta hati saya,” pujian pengguna lain.
Ads
“Ini baru betul… bila bercakap macam suara Kahar Kapla… sekali mengaji macam imam Masjid Nabawi,” komen peminatnya lain.
Sehingga kini, hantaran klip video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan dan 177,500 tanda suka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perubahan perancangan sepanjang baki tahun 2020 dijangka berlaku kepada banyak sektor dan tiada apa yang boleh kita lakukan kecuali mengharapkan stuasi pandemik ini bertukar lebih stabil dalam masa terdekat.
Sektor Pendidikan juga tidak terkecuali terutamanya berkaitan jadual peperiksaan mega bagi peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi?
Kementerian Pendidikan segera menjelaskan perubahan semasa yang telah diputuskan selepas meneliti semua kurikulum subjek dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai contoh akan dipinda ke 16 November hingga 7 Disember. Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 juga akan dipinda ke 28 dan 29 September bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, 1 lagi peperiksaan utama di peringkat sekolah iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kekal dengan tarikh yang ditetapkan iaitu pada 1, 2, 3, 7 dan 8 September kelak.
Bagi mereka yang dijadualkan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester ketiga dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pula, tarikh peperiksaan masih kekal seperti asal.
*
Dalam pada itu, terdapat perubahan tarikh melibatkan beberapa ujian yang dilalui oleh kebanyakan pelajar pengajian tinggi.
Ujian bertulis Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) akan dipinda ke 5 September, manakala peperiksaan semester Kolej Matrikulasi sesi 2019/2020 dipinda dari 30 Ma – 6 April ke 27 April – 4 Mei.
Begitu juga dengan Sijil Vokasional Malaysia bagi Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 1251 yang ditunda ke 16 dan 25 November. STPM semester 2 ke 18, 19, 23 dan 24 November, STPM ulangan satu ke 25, 26, 30 November dan 1 Disember serta STPM ulangan dua bermula 15 hingga 18 Mac 2021.
*
We know it is a lot to take in. Namun penundaan ini juga bermakna korang boleh mempersiapkan diri dengan lebih kolektif dan rapi.
Bagi sesiapa yang mempunyai pertanyaan bolehlah menghubungi Pusat Panggiilan COVID-19 Kementerian Pendidikan di talian 03-88849383/88849325/88849401 atau 88886749.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Singapura, rata-rata sudah sedia maklum bahawa perbelanjaan di negara itu boleh tahan mahal juga.
Tapi sebenarnya kalau korang pandai, ada banyak tempat menarik yang percuma boleh dilawati ketika berada di Singapura.
Rugilah kalau tak menjengah ke negara jiran kita kan? Jangan risau, kalau tak nak keluar duit yang banyak korang boleh saja cari tempat-tempat menarik yang percuma seperti berikut:
1. Taman Botani Singapura
Ditubuhkan lebih 150 tahun yang lalu dan berkeluasan 82 hektar, Taman Botani Singapura telah pun diiktiraf menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2005. Di taman ni korang boleh lihat lebih daripada 10,000 spesis flora yang berbeza. Siapa yang suka kan kehijauan alam semesta tu memang wajib singgah ke sini.
2. Pantai Palawan, Sentosa
Terdapat banyak spot menarik untuk korang mengambil gambar OOTD dan salah satunya adalah jambatan gantung yang dapat menghubungkan ke pulau kecil lain yang terkenal sebagai 'Titik Hujung Benua Asia'.
3. Changi Point Coastal Walk
Terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, korang boleh berjalan di laluan tepi laut sambil menyaksikan kapal terbang berlepas dan mendarat.
4. Marina Bay Sands Boardwalk
Kalau pergi bercuti di Singapura, tak lengkap jika tidak singgah di Marina Bay Sand Boardwalk. Tempat ni paling best kalau nak lepak waktu petang sambil tunggu matahari terbenam. Pada waktu malam pula, korang berpeluang untuk melihat light show secara free disini.
5. Haji Lane
Nah, sekali lagi port terbaik untuk korang yang suka berOOTD, Lorong Haji atau lebih dikenali sebagai Haji Lane mempunyai banyak dinding dan lukisan mural yang cantik untuk bergambar. Selain itu, terdapat juga banyak kafe moden dan hipster yang korang boleh lepak.
6. Treetop Walk di MacRitchie
Kalau sukakan aktiviti outdoor, jangan lepaskan peluang untuk menaiki jambatan gantung sepanjang 250 meter di Treetop Walk. Korang boleh lihat panorama hutan secara langsung waktu berjalan di atas jambatan ini.
7. Gardens By The Bay
Setiap malam akan ada pertunjukan lamu yang korang boleh lihat secara percuma. Gardens By The Bay ni masuk percuma saja tapi kalau korang nak naik ke kawasan atas baru dikenakan bayaran.
Kecoh sebentar dunia hiburan K-Pop dan Malaysia pada hari ini apabila sebuah lagu yang pernah dirakamkan oleh penyanyi, Jay Park kembali diperkatakan kerana kandungan liriknya yang didapati tidak sensitif.
Lagu berjudul Twisted Dreams itu telah dinyanyikan oleh Jay Park bersama-sama beberapa penyanyi lain seperti Jay Electronica dan juga rapper terkenal negara, Joe Flizzow.
Sebelum ini, Jay dan Joe pernah berkolaborasi menerusi lagu Ciao dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat mereka di kedua-dua buah negara. Jadi, apakah yang menyebabkan ramai pendengar bengang dengan lagu Twisted Dreams ini?
Ia didapati menggandungi kalimah Allah dan didakwa tidak sensitif terhadap penerimaan pendengar beragama Islam seperti yang dapat disaksikan menerusi komen-komen warganet yang kecewa dengan penglibatan Joe dalam lagu ini.
Dalam lirik yang dinyanyikan oleh Jay Electronica, ia berbunyi,
“Astaghfirullah, all we want is salam-salam. But all these f****s givin’ out is haram-haram.”
Biarpun Jay Electronica merupakan seorang rapper beragama Islam, namun penggunaan kalimah tersebut masih tidak disenangi oleh pendengar umum kerana ia bercampur-baur dengan perkataan tidak senonoh.
*
Isu ini tidak terhenti setakat di situ saja apabila Joe turut dikaitkan dengan sebuah lagi lagu nyanyian Jay Park berjudul Mukbang! yang turut menampilkan kalimah Allah, haram dan wanita Arab dalam liriknya.
Hari ini, Jay yang juga merupakan pengasas kepada AOMG dan H1GHR MUSIC telah tampil dengan penjelasan ringkas di akaun Twitter rasminya.
Kata Jay, liriknya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa atau tidak menghormati kepercayaan masyarakat dan menganggap ia hanyalah ‘sekadar lirik’.
“Kepada sesiapa yang merasakan ia sebegitu (menyinggung perasaan), saya mohon maaf. Kamu terus mengeluarkan komen seperti ‘dia mempergunakan agama’ dan ‘rasis’, hentikan naratif yang tidak benar itu. Bagi saya, ia hanya lirik, kepada sesetengah orang lain ia adalah lebih serius. Ia semudah itu.”
Biarpun kedengaran seperti Jay tidak mahu mengalah dengan tiket kebebasan untuk berkarya, tidak lama selepas itu dia tampil semula dengan beberapa lagi ciapan untuk memohon maaf dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Tentunya, saya faham respon yang diterima ini. I will be more mindful next time dear. Saya sayang semua peminat muslim sejati saya dan saya berharap isu ini tidak akan membuatkan kamu memandang saya dari sudut berlainan.
“Kepada yang ingin terus membenci, biarkan mereka,” catatnya.
Setelah beberapa jam, Jay Park kembali semula ke Twitter setelah beberapa jam untuk menjelaskan bahawa dia kini benar-benar faham isu yang telah menyentuh sensiviti masyarakat Muslim.
“Pada mulanya saya tidak melihat lirik itu adalah salah. Namun setelah saya membaca komen (bukan komen yang berbaur kebencian tetapi komen yang cuba menerangkan mengapa ia offensive), saya sedar saya telah menggunakan kalimah yang penting. Ada orang yang sanggup hilang nyawa demi kalimah tersebut (kalimah Allah).
“Saya tidak mempunyai hak untuk menggunakan sesuatu yang penting kepada masyarakat Islam dalam lirik rap saya. Saya memohon maaf kepada anda semua. Niat saya bukanlah untuk tidak menghormati sesiapa dan saya akan lebih berhati-hati. Saya sayang dan hormati semua peringkat masyarakat berlainan budaya, etnik dan agama.”
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.