
Dengan sasaran Malaysia akan menjadi negara ‘cashless’pada tahun 2050, ini bermaksud kita ada lagi 30 tahun untuk menukar sistem wang yang kita guna pakai sekarang kepada sistem kad.

Korang perasan tak sejak beberapa bulan ini, bila pengunaan kad debit mula diperluaskan penulis dapati penulis jarang menyimpan duit tunai dalam dompet.
Kadangkala berdepan masalah juga apabila kita perlu membayar secara tunai tapi seluk-seluk duit tak ada dek kerana semakin jarang ke ATM mengeluarkan wang tunai.

Malah tidak lama lagi, untuk membeli tiket bas di kesemua terminal pengangkutan bas awam di seluruh negara juga akan menggunapakai sistem pembelian tanpa tunai dan cuma menggunakan e-dompet yang dikendalikan oleh 3 pengendali platform iaitu Boost, Touch ‘n Go serta GCash.
Buat masa ini, antara terminal yang telah mengamalkan pembelian tiket cashless ini adalah Terminal Amanjaya di Ipoh, Perak.

Langkah sama disusuli oleh Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang baharu saja melancarkan sistem pembelian menggunakan e-dompetnya semalam (22 Jan 2020).
Inisiatif sama akan juga dilakukan di terminal bas lain, namun secara berperingkat.
Ini kerana pengusaha syarikat bas terutama bas henti-henti yang mendapat subsidi daripada kerajaan, mereka disyaratkan untuk melaksanakan sistem pembelian tiket tanpa tunai.

Begitu juga bagi syarikat bas ekspres yang melalui destinasi utama turut disaran melaksanakan usaha ‘cashless’ ini.
Tahun ini, perkhidmatan pengangkutan awam disasar untuk ditransformasikan kepada sistem pendigitalan bagi memudahkan lagi urusan pengguna di Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
HYROX Rasmi Ke Malaysia, Kuala Lumpur Bakal Gegarkan Dunia Kecergasan Disember 2026

HYROX Kuala Lumpur bakal mencipta sejarah tersendiri apabila acara kecergasan global ini secara rasmi akan diadakan di Malaysia buat pertama kali pada Disember 2026.
Kuala Lumpur telah disenaraikan sebagai salah satu destinasi utama dalam HYROX Racing Series Asia Pacific 2026, sekali gus meletakkan negara ini sebaris dengan bandar-bandar utama dunia seperti Osaka, Bangkok, Singapura, Hong Kong dan Incheon.
Kemasukan Malaysia dalam kalendar rasmi HYROX ini bukan sekadar satu pencapaian simbolik, malah menandakan perkembangan pesat komuniti kecergasan tempatan serta peningkatan minat terhadap gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ia juga mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab baharu bagi penganjuran acara sukan dan kecergasan bertaraf antarabangsa di rantau Asia Pasifik.
Pengumuman rasmi ini dibuat serentak dengan pelancaran kerjasama strategik antara AirAsia dan HYROX APAC, yang menyatukan dunia kecergasan, gaya hidup dan perjalanan.
Kerjasama ini bertujuan menghubungkan komuniti HYROX merentasi Asean dan seterusnya, dengan menekankan nilai keterangkuman, kebolehcapaian serta semangat komuniti yang menjadi teras kepada pergerakan HYROX itu sendiri.

Apa Itu HYROX dan Mengapa Ia Begitu Popular
HYROX bukan sekadar perlumbaan kecergasan biasa. Ia merupakan sukan hibrid dalam dewan yang menggabungkan larian sejauh lapan kilometer dengan lapan stesen senaman berintensiti tinggi.
Setiap peserta perlu melengkapkan larian dan cabaran fizikal secara bergilir, menjadikan HYROX satu ujian menyeluruh yang menuntut kekuatan, ketahanan fizikal serta mental yang tinggi.
Keunikan format ini menjadikan HYROX sesuai untuk pelbagai tahap atlet, daripada penggemar kecergasan biasa hinggalah atlet elit.
Melalui kerjasama strategik ini, AirAsia akan tampil sebagai Title Partner bagi dua acara utama HYROX di rantau Asia Pasifik, iaitu AirAsia HYROX Jakarta yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 7 Jun 2026, serta AirAsia HYROX Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada Disember 2026.
Selain itu, peserta HYROX terpilih bagi musim 2026 turut akan menikmati diskaun eksklusif 10 peratus penerbangan AirAsia.
Inisiatif ini dilihat sebagai usaha untuk memudahkan pergerakan atlet dan penyokong, di samping menggalakkan lebih ramai individu menyertai acara HYROX di pelbagai destinasi.
Inisiatif Komuniti & Simbol Pergerakan Global

Kerjasama AirAsia dan HYROX juga merangkumi pelbagai aktivasi komuniti yang akan dilaksanakan di luar hari perlumbaan.
Antara simbol utama kerjasama ini ialah pelancaran pesawat khas dengan livery kolaborasi bertemakan “Keep Moving, Keep Rising”, yang melambangkan semangat pergerakan, kemajuan dan kuasa perjalanan dalam menyatukan komuniti kecergasan merentasi sempadan.
Inisiatif ini dijangka merancakkan lagi penglibatan komuniti tempatan melalui sesi latihan berkumpulan, acara pop-up kecergasan dan kempen kesedaran tentang kepentingan gaya hidup aktif.
Ia secara tidak langsung membantu membina ekosistem kecergasan yang lebih mampan dan inklusif di Malaysia.
Peluang Besar Menjelang HYROX Kuala Lumpur

Dengan tempoh persiapan sekitar 10 hingga 11 bulan sebelum acara berlangsung, kehadiran HYROX Kuala Lumpur membuka peluang luas kepada komuniti kecergasan tempatan untuk mula membuat persediaan rapi.
Gimnasium, studio kecergasan dan jurulatih profesional dijangka mula menawarkan program latihan khusus bagi membantu peserta mencapai tahap kecergasan optimum.
Bagi atlet baharu mahupun berpengalaman, acara ini memberi peluang untuk menguji kemampuan diri dalam format perlumbaan yang standard dan diiktiraf di peringkat global.
Pada masa yang sama, ia turut memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagaikan Mimpi, Ini Syarikat Penerbangan Bajet Yang Tawarkan 10KG ‘Cabin Baggage’

Setiap kali terbang pulang daripada percutian, muatan kabin di dalam pesawat penerbangan tambang murah umpama menjadi mimpi ngeri kepada kita.
Semasa perjalanan pergi, memanglah segalanya ringan. Tetapi sewaktu pulang segalanya ingin diangkut balik sehinggakan muatan kabin terlebih.
Sebenarnya, itu bukanlah masalah yang tak boleh diselesaikan.
Terdapat banyak saja syarikat penerbangan tambang murah yang menawarkan muatan kabin melebihi jumlah 7 kilogram seperti kebiasaan.
Di rantau Asia Tenggara, hanya satu sahaja syarikat penerbangan yang menawarkan bebanan sehingga 10 kilogram iaitu Scoot.


Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Singapura itu pernah tercalon dalam senarai 10 penerbangan tambang murah dunia oleh Skytrax pada tahun 2015 dan 2018, mungkin disebabkan oleh kemudahan kabin ini.
Pada tahun lalu juga, Scoot telah memenangi kategori ‘Penerbangan Tambang Murah Terbaik’ di anugerah TTG Asia ke-30.
*
Bagi korang yang tidak berapa familiar dengan Scoot, mereka menawarkan penerbangan dari Singapura ke lebih 60 destinasi di 17 buah negara dan kebanyakan daripada destinasi tersebut jarang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tambang murah lain.

Antaranya termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah dan Sydney. Terbaru, mereka telah membuka lalu baharu ke Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Korang juga boleh mengambil Scoot untuk ke destinasi di dalam Malaysia seperti Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Jadi ingat, korang ada banyak pilihan lain sebenarnya apabila memilih syarikat penerbangan. Semuanya bergantung kepada bajet dan keinginan masing-masing.
*
Anyway, korang sebenarnya berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan daripada Scoot dengan kolaborasi mereka bersama Dewi Remaja 2019.

Tunggu sehinggap bermulanya episod pertama Dewi Remaja 2019 dan kumpulkan soalan pada setiap minggu di www.remaja.my/dewi.
All the best!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
As’ad Motawh Dahului Pencalonan APM Dengan 5 Kategori, Congrats!

Hanya berbekalkan 1 single popular, siapa sangka penyanyi remaja As’ad Motawh mampu menggondol jumlah pencalonan terbanyak di kalangan penyanyi / band dari Malaysia untuk Anugerah Planet Muzik 2018 (APM 2018).
As’ad yang menempah populariti melalui single Senyum diumumkan tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik (Lelaki), Lagu Terbaik (Malaysia), Lagu Paling Popular APM, Artis Paling Popular APM dan akhir sekali, Ikon Media Sosial.
Bagaimanapun, As’ad terlepas peluang untuk dicalonkan dalam kategori Artis Terbaik (Lelaki) yang menyaksikan dominasi nama-nama penyanyi senior seperti Faizal Tahir, Judika dan Noh Salleh.

Selain daripada As’ad, beberapa lagi penyanyi / band lain yang menerima pencalonan yang banyak juga termasuklah Alif Aziz (Sg), Aisyah Aziz (Sg), Isyana Sarasvati (Indo) dan Sheila On 7 (Indo) dengan empat ke enam pencalonan.
Anugerah Planet Muzik bakal berlangsung di Singapura pada 28 September ini dan akan ditayangkan secara langsung menerusi salusan Astro RIA dan RIA HD. Jom sama-sama kita tengok sama ada As’ad boleh menang besar pada malam tersebut.
Namun sebelum itu, ini merupakan pencalonan penuh untuk APM 2018. Ada tak penyanyi / band favourite korang tercalon?
ARTIS BARU TERBAIK (LELAKI)
1 ADRIAN KHALIF – FLAWLESS / MERONA
2 AS’AD MOTAWH – SENYUM
3 FRELO – KEMBALILAH
4 KUDIEN RAFEE – RUANGAN GELAP GERHANA
5 NAIM DANIEL – SEKALI LAGI
ARTIS BARU TERBAIK (WANITA)
1 CHARIS – SUPERNOVA
2 MIMIFLY – SUPERFLY
3 RAHMANIA ASTRINI – MENUA BERSAMA
4 SARA FAJIRA – YOU KNOW
5 TIESHA – BONEKA
DUO/KUMPULAN TERBAIK
1 CALIPH BUSKERS & FAIZAL TAHIR – BUTA
2 D’MASIV & ROSSA FEAT. DAVID NOAH – PERNAH MEMILIKI
3 GAMALIEL AUDREY CANTIKA (GAC) – SUARA
4 JAGAD EDGE FEAT. FIRWAN JOHAN & MIIKO THE 13TH – ONLY
5 RAN FEAT. YURA YUNITA – MELAWAN DUNIA
BAND TERBAIK
1 INSOMNIACKS – SELALU
2 LAST CHILD – DUNIA UNTUKMU
3 NOAH – JALANI MIMPI
4 SEARCH – NAMA YANG KAU LUPA
5 SHEILA ON 7 – FILM FAVORIT
KOLABORASI TERBAIK (ARTIS)
1 DATO’ SRI SITI NURHALIZA & JUDIKA – KISAH KU INGINKAN
2 FAZURA & SAMSONS – CINTA LANGKA
3 ISMAIL IZZANI & ALIF – LUAR BIASA
4 RIZKY FEBIAN & AISYAH AZIZ – INDAH PADA WAKTUNYA
5 RYAN SUFIYAN & MIMIFLY – GILA
KOLABORASI TERBAIK (LAGU)
1 AKU SENDIRI – SUFI RASHID (SUFI RASHID & HAQIEM RUSLI)
2 BUKAN MAKSUDKU – ROSSA (TAUFIK BATISAH)
3 JANGAN – AZIZ HARUN (FAIZAL TAHIR, EZRA KONG,MIKE CHAN & ROMEO)
4 TAK PERLU KATA APA-APA – HANNAH DELISHA (HANNAH DELISHA, ROMEO, FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN)
5 TEMAN BAHAGIA – JAZ (RAMADHAN HANDY “SOULVIBE” & ASTA ANDOKO “RAN”)
ARTIS TERBAIK (LELAKI)
1 FAIZAL – TAHIR MENANG
2 JAZ – TEMAN BAHAGIA
3 JUDIKA – JIKALAU KAU CINTA
4 KUNTO AJI – KONON KATANYA
5 NOH SALLEH – RENJANA
ARTIS TERBAIK (WANITA)
1 DATO’ SRI SITI NURHALIZA – SEGALA PERASAAN
2 DAYANG NURFAIZAH – SEPARUH MATIKU BERCINTA
3 ISYANA SARASVATI – LEMBARAN BUKU
4 RAISA – TEDUHNYA WANITA
5 RINNI WULANDARI – CINTAI AKU
LAGU TERBAIK (SINGAPURA)
1 ADAKAH DIA – LIWANI IZZATI
2 BONEKA – TIESHA
3 BUAT SELAMANYA – ALIF
4 ONLY – JAGAD EDGE FEAT. FIRWAN JOHAN & MIIKO THE 13TH
5 RACUN – FARHAN SHAH
LAGU TERBAIK (MALAYSIA)
1 MATA – AYDA JEBAT
2 NAMA YANG KAU LUPA – SEARCH
3 SENYUM – AS’AD MOTAWH
4 SEPARUH MATIKU BERCINTA – DAYANG NURFAIZAH
5 SUPERFLY – MIMIFLY
LAGU TERBAIK (INDONESIA)
1 JERA (HATIKU MASIH MILIKMU) – BUNGA CITRA LESTARI
2 JIKALAU KAU CINTA – JUDIKA
3 KEMBALILAH – FRELO
4 LEMBARAN BUKU – ISYANA SARASVATI
5 LOVE AGAIN – AFGAN
IKON MEDIA SOSIAL
1 RAISA
2 ISYANA SARASVATI
3 RIZKY FEBIAN
4 JAZ
5 SHEILA ON 7
6 AYDA JEBAT
7 KHAI BAHAR
8 AIMAN TINO
9 AS’AD MOTAWH
10 ALIFF AZIZ
11 AISYAH AZIZ
12 HANNAH DELISHA
ARTIS PALING POPULAR (SINGAPURA)
1 BHUMIBAND
2 SUFI RASHID
3 ALIF
4 HAIKAL ALI
5 FARHAN SHAH
6 DIDICAZLI
7 THE PINHOLES
8 HAQIM MOKHTAR
9 JAGAD EDGE
10 AISYAH AZIZ
11 RYAN SUFIYAN
12 ISNINA
LAGU PALING POPULAR (SINGAPURA)
1 HANYA KAMU – BHUMIBAND
2 AKU SENDIRI – SUFI RASHID
3 BUAT SELAMANYA – ALIF
4 KAULAH MIMPI – STEREOHYPE
5 RACUN – FARHAN SHAH
6 SEJUJURNYA – DIDICAZLI
7 SABARLAH SAYANG – DIN ILANGO
8 ANTARA NASIB DAN TAKDIR – HAQIM MOKHTAR
9 ONLY – JAGAD EDGE FEAT. MIIKO THE 13TH & FIRWAN JOHAN
10 KEPALA BATU – THE PINHOLES
11 IYALAH – DEFFI
12 WARNA – ISNINA
LAGU PALING POPULAR APM
1 AKU SENDIRI – SUFI RASHID
2 GILA – RYAN SUFIYAN & MIMIFLY
3 BUAT SELAMANYA – ALIF
4 DI MATAMU – SUFIAN SUHAIMI
5 BUNGA – ALTIMET
6 TERGANTUNG SEPI – HAQIEM RUSLI
7 ZALIKHA – FLOOR 88
8 SENYUM – AS’AD MOTAWH
9 LEMBARAN BUKU – ISYANA SARASVATI
10 FILM FAVORIT – SHEILA ON 7
11 INDAH PADA WAKTUNYA – RIZKY FEBIAN & AISYAH AZIZ
12 BUKTI – VIRGOUN
ARTIS PALING POPULAR APM
1 SUFI RASHID
2 AISYAH AZIZ
3 ALIF
4 JAZ
5 ISYANA SARASVATI
6 RAISA
7 SHEILA ON 7
8 ANJI
9 AS’AD MOTAWH
10 AIMAN TINO
11 AYDA JEBAT
12 KHAI BAHAR
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

