Perkahwinan di antara Puteri Beatrice dan Edoardo Mapelli Mozzi mungkin sudah berlangsung lebih setahun lalu. Namun momen cucu kepada Ratu Elizabeth II muncul di khalayak ramai menggayakan busana milik nendanya itu menarik perhatian, tidak kurang ramai tersentuh hati melihat busana tersebut ‘dihidupkan’ kembali.
Berkahwin pada 17 Julai 2020, pekahwinan pasangan ini sebelum itu pernah terpaksa ditunda disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Majlis yang dilangsungkan di The Royal Chapel of All Saints di Royal Lodge Windsor itu hanya diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
.
.
Ads
Berbicara mengenai gaun kembang ikonik tersebut, gaun rekaan pereka fesyen Norman Hartnell itu dipakai oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1962 ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Lawrence of Arabia di Odeon, Leicester Square, London.
Gaun yang direka dengan tali halus dibahagian bahu ini diserikan dengan perincian pada bahagian badan bagi memberikan sentuhan yang regal dan mewah. Menariknya khas untuk majlis perkahwinan tersebut, Angella Kelly dan Stewart Parvin yang selalu bekerja untuk Ratu Elizabeth II telah ditugaskan untuk memberi sentuhan khas dan juga menyedang busana tersebut agar terletak cantik pada tubuh Puteri Beatrice.
Ads
.
Ads
.
Busana asal digayakan oleh Ratu Elizabeth II tanpa tekaan lengan yang menutup bahu, namun untuk perkahwinan ini elemen tersebut ditambah agar nampak lebih sopan bagi sebuah majlis perkahwinan di gereja. Menambah lagi keserian Puteri Beatrice, dia turut mengenakan tiara dipakai nendanya ketika perkahwinannya pada tahun 1947.
Dalam perkembangan terbaharu, Puteri Beatrice sedang mengandung anak sulung dan dijangka bakal melahirkan pada musim luruh yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali penyanyi dan komposer berbakat ini naik ke pentas untuk menjayakan sesebuah persembahan, jarang sekali dia gagal untuk membawakan sesuatu yang baharu untuk tatapan umum.
Aina Abdul nyata ialah seorang artis yang mementingkan originaliti dan makna mendalam dalam setiap apa yang dilakukannya.
Sama ada dala bait-bait lagu ciptaannya, klip videonya hinggalah ke busana yang disarungnya. Segalanya difikirkan dengan teliti dan terperinci.
Semalam (pun intended) di Anugerah Juara Lagu 35, Aina kembali mencuri tumpuan dengan busana avant-garde serba hitam ciptaan pereka duo muda, Wan & Mary ketika membawakan lagu Semalam.
Dalam perbualan bersama REMAJA, pereka Wan & Mary iaitu Hazzerwan Lee berkata, Aina seboleh mungkin ingin menerapkan maksud di sebalik lirik lagu Semalam dalam penataannya.
“Tahun lalu, Aina dan penata gaya NazLivingStyle baru pertama kali menjejakkan kaki ke AJL dan tidak tahu berkenaan syarat-syarat persembahan yang ditetapkan saluran. Kami kurang jelas berkenaan elemen darah yang tidak dibenarkan.”
“Tahun ini, kami elakkan kontroversi namun masih tampil epik serta memberi impak.”
“Idea pakaian yang lebih feminin ini hadir dari Aina sendiri atas permintaan ibunya. Mereka pernah bercuti ke Vietnam dan menyukai pakaian tradisi wanita di sana. Sebab itulah kami mencedok ilham daripada pakaian tradisonal Vietnam ‘Ao Dai’.
“Alhamdulillah proses penyediaan busana kali ini hanya memakan masa dua minggu saja,” jelasnya ketika dihubungi penulis.
Interpretasi Lirik Pada Busana
Sekiranya ada sesetengah warganet yang menyamakan aksesori topinya dengan topi kanak-kanak, korang sebenarnya tidak salah.
Aksesori kepala itu diilhamkan daripada figura seorang bayi yang ‘ada’ bersama-sama Aina. Lirik “Tinggalku sendiri, ditemani jasad ini..” merujuk kepada bayi atau kanak-kanak kecil itu.
Kata Hazzerwan, aksesori topi ini adalah atas permintaan Aina sendiri dan mereka memberikan statement dengan menjadikan saiznya besar daripada kebiasaan. Lagipun, aksesori topi dempak seperti ini sedang menguasai trend di pentas runway.
Berikut merupakan beberapa lagi intepretasi yang diambil daripada busana Aina semalam.
01
Perincian pleats pada jaket diispirasikan daripada daun pohon palma yang dikaitkan dengan lirik “diri ini bagai daun gugur.”
Sumber Foto: Instagram @ainaabdul.
02
Warna hitam melambangkan daun yang sudah layu dan keadaan serba gelap pada waktu malam. Manakala warna merah pada bahagian belakang busana melambangkan kesan luka emosi yang dirasakan oleh wanita.
Bezanya dengan kesan darah mengalir dalam persembahan AJL34 Aina, kali ini warna merah dijadikan sebagai efek potongan dan corak gaun.
Kongsi Hazzerwan, ‘kejutan’ corak berwarna merah itu hanya ditonjolkan pada bahagian klimaks persembahan. Ibaratnya, Aina ingin meletakkan kisah pahit ‘semalam’ (merujuk kepada persembahan Sumpah tahun lalu) sebagai kisah silam.
03
Aina seperti berdiri di atas potongan gaun bulat. Bulatan tersebut membawa maksud daun yang terapung. Teringat pula kepada daun lotus yang sinonim dengan unsur kebudayaan Asia.
04
Fabrik gaun kelihatan fragile dan ia melambangkan hati seorang wanita yang mudah rapuh dan cepat tersentuh.
05
Pastinya, kita semua tak boleh lupakan elemen payung terjun gergasi yang menjadi latar kepada persembahan Aina semalam.
Di atasnya, terdapat corak ungu yang dipancarkan ke atas fabrik tersebut. Ia lambang kepada lirik, “calar ungu” yakni kesan lebam yang dirasakan oleh wanita yang menderita
itu.
*
*
Segalanya difikirkan penuh terperinci oleh penyanyi berusia 27 tahun ini bersama-sama skuad glamnya.
“Tahniah sekali lagi kepada Aina Abdul yang berjaya membawa pulang posisi kedua terbaik menerusi lagu Semalam. Dari skuad glam, kami bersyukur dan berterima kasih kepada saluran TV3 yang memberikan kuasa kepada penyanyi untuk menetapkan konsep persembahan pada tahun ini.
“InsyaAllah, akan ada lagi kolaborasi di antara Aina Abdul dan Wan & Mary pada masa akan datang,” tuntas Hazzerwan.
Siapa yang tidak kenal dengan jenama asal Sweeden ini, sejak mula memasuki Malaysia pada September 2012 jenama ini menjadi pilihan fesyen terkini mampu milik kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya golongan Remaja. Menarik tentang H&M, jenama ini membawakan kelainan apabila berkolaborasi bersama pereka terkemuka antarabangsa yang kebanyakannya menawarkan busana pada harga yang tidak semua mampu miliki.
Menerusi kolaborasi ini, mereka yang mahukan gaya terbaik namun pada harga yang munasabah, sekurang-kurangnya mampu merasa ‘air tangan’ pereka fesyen ternama. Bermula pada tahun 2004 dengan koleksi Karl Lagerfeld x H&M, konsep ini telah mencetuskan fenomena dalam dunia fesyen. Peminat-peminat fesyen sanggup beratur di luar butik sehari awal sebelum penjualan koleksi semata-mata mahu menjadi antara orang pertama memiliki koleksi eksklusif tersebut.
Antara jenama dan pereka fesyen yang pernah mengisi senarai kolaborasi ini antaranya Stella McCartney, Lanvin, Sonia Rykel, Kenzo, Alexander wang dan ramai lagi. Terbaru memasuki tahun 2021, H&M mengumumkan yang pereka fesyen asal Ireland, Simone Rocha bakal duduk di kerusi kolaborasi terbaru. Mengujakan! Idea fesyennya yang moden dan segar membuatkan ramai ternanti-nanti.
Look at the cute hairpin! Love. Sumber gambar: H&M
Dalam satu kenyataan yang disiarkan news24.com, pereka fesyen berusia 35 tahun ini berkata, “Saya sangat teruja untuk bekerjasama bersama H&M bagi koleksi istimewa ini. Ia merupakan sambutan kepada gaya signatur jenama saya dan juga pengaruh yang telah membentuk saya.
“Sebagai seorang pereka fesyen dan juga pelanggan, saya merupakan peminat kepada konsep kolaborasi yang dilakukan H&M. Paling saya suka semestinya kolaborasi bersama Alber Elbaz, Margiela dan Comme de Garcons. Ia satu perasaan yang luar biasa untuk berada bersama senarai alumni hebat ini.”
Koleksi ini akan merangkumi rekaan busana yang gaun bercorak, busana berkait, outerwear, t-shirts kasual dan juga aksesori termasuk rekaan signatur aksesori mewah dan juga sepatu bertatah mutiara. Apa yang pasti ia merangkumi rekaan untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. Bakal dilancarkan pada 11 Mac 2021, sama-sama kita nantikan bilakah tarikh koleksi ini akan sampai ke Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anna Sueangam-iam ketika ini mungkin sedang berada di berada di New Orleans, Louisiana. Teman sebilik Lesley Cheam, Miss Universe Malaysia ini mengagumkan semua dengan gayanya yang versatil, personalitinya yang menarik dan kemahiran komunikasi yang baik.
Dalam kekalutan sesi pendaftaran dan suai kenal yang baru bermula hari ini. Pertubuhan Miss Universe Thailand, telah mendedahkan pakaian kebangsaan yang indah yang akan digayakan Anna pada pertandingan kostum nasional Miss Universe 2022 nanti kepada umum menerusi hantaran Instagram.
Mengambil inspirasi daripada Pesta Songkran yang popular seluruh dunia. Kostum nasional yang diberi nama ‘Songkran Devi’ telah diilhamkan oleh Wanita Songkran 2023 bernama “Kimita Devi”. Ia merupakan salah seorang daripada tujuh puteri dewi Raja Kabilaprom dan menjadi simbol perayaan Songkran.
Corak busana tersebut itu diilhamkan daripada corak air mengalir fabrik tenunan tangan tradisional hasil pembuatan seni kraftangan Thai. Untuk menampilkan sisi kemodenan, pakaian itu dihiasi dengan sulaman, manik, kristal, labuci dan juga botol terbuang. Pakaian ini dilengkapi dengan mangkuk perak yang dibuat oleh tukang besi berpengalaman Thai.
Mangkuk perak merupakan simbol yang digunakan untuk menuang air ke tangan orang tua, menyimbah air semasa perayaan, dan juga untuk kegunaan harian. Ini mempamerkan cara hidup, budaya, tradisi dan kearifan tempatan yang halus dan kreatif
Rekaan kostum nasional ini jelas mencerminkan dan mempamerkan aktiviti membina kerjaya untuk penduduk tempatan dan masyarakat. Tambahan pula, ia mencerminkan kebahagiaan, cinta, kerendahan hati dan keindahan budaya Thai yang diturunkan dari generasi ke generasi.
Walaupun busana ini kelihatan ringkas, namun perincian yang diserlahkan cukup bermakna. Adakah kostum nasional ‘Songkran Devi’ ini mampu bergelar kostum nasional terbaik? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.