Seorang pelajar Malaysia berusia 25 tahun di Norway telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan kerana disyaki mengintip, seperti mencuri dengar secara haram.
Menurut New Straits Times, agensi perisikan polis Norway, Politiets Sikkerhetstjeneste (PST), telah mendakwa lelaki itu kerana mengintip Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan pejabat kerajaan lain di Oslo.
Media tempatan melaporkan bahawa dia diberkas selepas dia ditangkap oleh kamera pengawasan memandu di luar pejabat kerajaan dengan kereta sewa, ketika didakwa cuba memanfaatkan komunikasi elektronik mereka pada malam Jumaat, 8 September.
Tambahan lagi, lelaki itu dilaporkan sudah berada di bawah pengawasan PST sebelum ditahan. Polis juga telah merampas pelbagai alat pembawa data dan barangan elektronik daripada suspek, yang akan menjalani siasatan lanjut.
Ads
Lelaki itu didakwa di mahkamah dengan operasi pengintipan dan risikan terhadap negara Nordik itu pada Ahad, 10 September.
Lelaki itu, yang identitinya tidak didedahkan, telah mengaku tidak bersalah semasa siasatan awal polis.
PST juga berkata suspek telah mendakwa dirinya sebagai seorang pelajar, tetapi tidak mendaftar di mana-mana institusi pendidikan Norway, dan dia juga tidak pernah tinggal di Norway untuk masa yang lama. Aik…pelik ni!
Pihak berkuasa Norway telah menegaskan bahawa mereka tidak percaya pihak berkuasa Malaysia berada di sebalik dakwaan mengintip lelaki itu. Mereka mencadangkan dia memegang pasport untuk kemudahan, tetapi juga tidak menyatakan negara mana yang mereka percaya dia mungkin bekerja.
Ads
Mahkamah telah memerintahkan lelaki berusia 25 tahun itu ditahan dalam tahanan sekurang-kurangnya empat minggu sementara siasatan diteruskan.
Pendakwa raya negeri Thomas Fredrik Blom memberitahu Norwegian Broadcasting bahawa suspek juga akan diasingkan selama dua minggu pertama untuk menghalangnya daripada menghubungi orang lain. Pihak berkuasa percaya suspek tidak beroperasi bersendirian.
Ads
“Kami tidak begitu tahu apa yang kami hadapi. Kami berada dalam fasa kritikal dan masih terlalu awal dalam penyiasatan,” katanya dipetik sebagai berkata.
Dalam satu kenyataan hari ini, 12 September, kementerian itu berkata Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Norway untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi perkahwinan diraja atau royal wedding berlangsung. Tetapi kali ini ia bertempat di Malaysia dan bukannya di United Kingdom.
Sudah lama kita tak melihat perkahwinan seglamor ini berlangsung di sini. Kali terakhir ia mendapat liputan menyeluruh adalah semasa Faliq Nasimuddin mengahwini Chryseis Tan. Atau semasa Tengku Shariffuddin Shah mengahwini Che Puan Juliana Evans.
Kelmarin telah menyaksikan majlis resepsi nan glamor di antara Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan dan Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad.
Bertempat di Hotel Shangri La Kuala Lumpur, majlis tersebut dihadiri oleh kerabat diraja, tetamu VIP, kenalan rapat pengantin berdua dan ahli keluarga. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada juga para selebriti atau personaliti popular yang turut dijemput dan hadir.
Jom tengok siapa mereka dan bagaimana OOTD masing-masing..
Setiap tahun, boleh dikatakan kebanyakan kawasan di sekitar Pantai Timur akan mengalami banjir ketika musim tengkujuh.
Sumber Gambar : Astro Awani
Namun malang tidak berbau apabila satu berita sedih diterima menerusi penguna Twitter dengan nama Mohd Redzuan Abdul Manap apabila dilaporkan seorang pelajar dilaporkan hilang dan bapanya ditemui lemas.
Banjir di Pahang ragut nyawa pertama, seorang lagi masih hilang.
Mangsa lemas, kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut Zulkarnain Hitam 58
Anak lelakinya, Ukai Iskandar 23 masih hilang.
Mereka dibawa arus semasa meredah banjir di Kampung Gintong, Jerantut malam tadi. pic.twitter.com/zJ5EELMZOO
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 4, 2021
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan berkata mangsa Zulkarnain Hitam, 58, ditemukan lemas sekitar 10.30 malam, dipercayai akibat dihanyutkan arus deras semasa berjalan kaki pulang ke rumah bersama tiga anak lelakinya selepas memindahkan kereta ke kawasan tinggi.
Selain dari itu, dalam kejadian yang sama seorang daripada anak lelakinya Ukai Iskandar, 23, yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang di sini, turut hilang dan sehingga pagi ini masih belum ditemukan.
Sumber Gambar : Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap
“Kesemua mereka difahamkan berjalan kaki dari Kampung Gintong untuk pulang ke rumah di Taman Perdana yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi tempat Iskandar meletak kenderaan semasa kejadian berlaku,” katanya semasa dihubungi.
Mazlan berkata dua lagi anak mangsa yang berusia 15 dan 13 tahun bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam
Operasi mencari Ukai yang dimulakan sekitar 11 malam melibatkan 17 anggota pasukan mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada 3.30 pagi ekoran cuaca yang semakin buruk.
Justeru itu beliau sempat menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan perkembangan banjir dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang musim banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Jadi, elakkan bermain air sewaktu musim tengkujuh terutamanya korang yang berada disekitar Pantai Timur. Stay safe!
Minggu lalu kecoh di media sosial apabila kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi telah menangguhkan pendaftaran fizikal bagi kesemua pelajar IPT secara mendadak. Ramai yang menyuarakan rasa marah kerana rata-rata daripada mereka sudah pun membuat persediaan, termasuklah bayaran rumah sewa dan kos pengangkutan ke universiti.
Walau bagaimanapun, Malaysia Airlines Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. serta dua syarikat bas ekspres telah memberi kelonggaran terhadap penukaran tarikh perjalanan kepada pelajar yang terlibat dengan pengangguhan kemasukan ke IPT ini.
Mas telah memaklumkan pengecualian caj tambahan bagi penjadualan semula tiket penerbangan untuk tempoh setahun daripada tarikh pembelian.
Manakala, AirAsia turut menyediakan kemudahan pertukaran tarikh perjalanan tanpa had untuk laluan yang sama bagi pelajar dan ibubapa mereka sebelum 31 Disember 2020. Mereka yang mahu menukar tarikh perjalanan boleh berbuat demikian dengan menghubungi IPT masing masing bagi mendapatkan cara melakukannya.
Bagi pengangkutan darat pula, dua syarikat bas ekspress, Sani Express dan Ekspres Perdana turut memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas bagi mengangguhkan atau menjadual semula perjalanan mereka ke IPT masing-masing.
Sani Express memberi kelonggaran itu bermula 3 Oktober hingga 31 Disember dengan perlu memaklumkannya menerusi Whatsapp di talian +0619-2685050 atau +6019-6279129 atau merujuk ke kaunter syarikat yang berdekatan dengan melampirkan pengesahan identiti pelajar dan surat rasmi penangguhan kemasukan IPT.
Sementara itui, bagi penumpang Ekspres Perdana, mereka perlu memaklumkan permohonan penangguhan kepada pengurusan syarikat melalui Whatsapp di talian +60148128000 atau merujuk di kaunter syarikat yang berhampiran.
Pelajar juga dikehendaki melampirkan pengesahan identiti pelajar dan surat rasmi penangguhan daripada IPT masing-masing.
Dengan adanya inisiatif seperti ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban para pelajar yang terkesan dengan keputusan mendadak ini.
Bukan hanya syarikat gergasi di Malaysia yang prihatin dengan nasib pelajar IPT ini, malah boleh dikatakan ramai individu luar yang turut menghulurkan bantuan bagi pelajar yang memerlukan.
Begitulah sikap rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin terhadap satu sama lain. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.