Ternyata hanya kerana dilarang keluar bermain dan disuruh menumpu kepada pelajaran, seorang pelajar sekolah di Pandan Indah sanggup mereka cerita dia hampir diculik oleh dua lelaki menaiki van berwarna putih.
Remaja ada menyiarkan kisah ini semalam dan ternyata berita ini tidak benar sama sekali. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pelajar berkenaan juga telah menarik semula laporan polis yang telah dibuat. Malah katanya tiada dakwaan akan dilakukan terhadap pelajar berkenaan kerana mahu terus menambah tekanan sedia ada dialaminya.
“Tujuan pengadu mereka-reka cerita adalah dia tertekan kerana tidak dibenarkan banyak bermain serta perlu tumpukan kepada pelajaran,” katanya.
Beliau turut menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak cepat tularkan cerita-cerita yang tidak tentu kesahihannya sehingga boleh mengakibatkan kegusaran kepada masyarakat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata pelajar berkenaan sudah menarik kembali laporan dibuat.
Isu pelajar mendakwa diculik bukan baru namun siasatan rapi pihak polis mendapati kebanyakan cerita seperti didakwa adalah tidak benar.
Semalam Remaja menyiarkan kisah seorang pelajar hampir diculik dua lelaki namun berjaya melarikan diri selepas meronta.
Beberapa tahun lalu, kecoh kisah van putih yang aktif menculik kanak-kanak sekolah. Isu ini sememangnya menakutkan ramai ibu bapa malah pelajar juga diajar untuk berkata tidak kepada orang tidak dikenali.
Memandangkan isu ini pernah menjadi viral, pihak polis pernah mengeluarkan kenyataan mereka akan mengambil tindakan jika benar malah menafikan kewujudkan van putih yang sangat misteri ini.
Ads
Senyap untuk beberapa ketika, isu van putih kembali lagi apabila Jumaat lepas tular seorang pelajar didakwa hampir menjadi mangsa culik van putih ini dalam satu kejadian di Ampang.
Pelajar ini mendakwa diculik oleh dua lelaki menaiki van putih
Gambar pelajar ini bertebaran di media sosial dan masa yang sama ibu bapa dinasihati agar berwaspada dengan van putih yang mulai mengganas. Tular juga tangan mangsa berdarah-darah.
Berkaitan isu penculikan Jumaat lepas yang didakwa berlaku, pihak polis sedang menyiasat kes seorang pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah sekolah menengah yang mendakwa dirinya cuba diculik oleh dua individu yang menaiki van berwarna putih, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu.
Ads
“Walau bagaimanapun, kita belum pasti kesahihan cerita yg diberikan oleh mangsa. Kita masih siasat dan setakat ini tiada saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh membantu siasatan.
“Difahamkan berkaitan luka di tangan mangsa itu…bukan disebabkan cedera masa kejadian cuba diculik, tetapi luka akibat tergesel pada pintu ketika dia di sekolah,” katanya.
Ketika kejadian jam 12 tengahari itu, mangsa sedang menunggu bas di perhentian bas di Taman Pandan Indah, sebelum mangsa didatangi oleh dua suspek yang menaiki sebuah van, mangsa kemudian ditarik masuk ke dalam kenderaan tersebut.
Ketika dalam kenderaan itu, mangsa mendakwa telah ternampak papan tanda Pandan Jaya, kemudian bertindak menggigit tangan suspek.
Ads
Rakan suspek yang sedang memandu telah memberhentikan kenderaan itu, lalu membuka pintu. Mangsa kemudian menendang suspek untuk melarikan diri, mangsa telah menaiki sebuah bas pergi ke sekolahnya.
Mangsa telah memaklumkan insiden itu kepada gurunya pada jam 5.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Ampang akibat tangannya cedera kerana terlanggar pintu sekolah, guru berkenaan terus menghubungi ibu bapa mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seseorang yang muda dan berusia di antara usia 17 hingga 25 tahun antara 7 hingga 9 jam sehari. Tapi berbeza buat seorang gadis yang juga seorang pelajar berusia 18 tahun dari Wales di mana dia mampu tidur selama seminggu tanpa bangun.
Ya tidur seminggu tanpa bangun walaupun untuk makan, minum dan ke bilik air!
Hermione Cox-Denning yang berasal dari Aberystwyth, Wales mula mendapati dirinya berdepan kondisi ini sejak tiga tahun lalu. Namun, dia telah didiagnos oleh doktor menghidapi sejenis kondisi kesihatan dikenali sebagai Kleine-Levin Syndrome.
Pada mulanya Hermione menyangka dia hanya deman selesema biasa dan menyebabkan dia berasa mengantuk dan tidur dalam jangka waktu yang lama. Tetapi sebenarnya dia mempunyai kondisi neorologikal yang jarnag berlaku yang menyebabkan dirinya mampu tidur selama berhari-hari.
Dia juga mula perasan jika pada malam sebelumnya dia mengambil minuman keras, ia boleh menjadi ‘trigger‘ kepada tidur yang sangat lama.
“Sebelum ini saya kurang pasti apakah yang menyebabkan saya boleh tidur dalam masa yang sangat lama. Tapi rupanya saya mempunyai kondisi neurologikal yang sangat jarang berlaku. Jika saya minum lebih daripada tiga atau empat minuman ia pasti menyebabkan kondisi ini menjadi lebih teruk,” jelasnya yang turut diberi gelaran Sleeping Beuaty oleh rakan-rakannya.
Ia bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan dan diketawakan kerana kondisi ini memberi impak yang sangat besar terhadap kehidupan harian Hermione.
Sekarang dia berdepan dengan situasi agak sukar untuk mencari kerja dan juga memohon menyambung pelajaran ke universiti atau kolej.
“Memori terhadap episod pertama kondisi ini agak kabur bagi saya. Apa yang saya ingat bila tersedar dan bangun selama beberapa minit pertama ialah berasa sangat keliru. Sepanjang tempoh tidur badan seolah-olah shut down dan tak mampu berbuat apa-apa”.
Hubungan Hermione dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya turut terjejas. ‘Kehilangannya’ selamana berhari-hari membuatkan mereka berasa sangat risau akan keselamatannya. Walhal hakikatnya dia sedang tidur dengan cukup nyenyak.
Ketika peringkat awal ia berlaku, Hermione memberitahu dia ada berjumpa doktor. Dan pada mulanya doktor mengesyaki dia mempunyai masalah kemurungan dan ada isu masalah kesihatan mental.
Selepas beberapa tahun diagnos daripada doktor pakar dikeluarkan pada Mac 2018 dan mendapati ia adalah Kleine-Levin Syndrome.
Disebabkan simptom ini juga hasrat Hwermione untuk melakukan kerja amal di luar negara juga terpaksa dilupakan. Hermione yang bercita-cita menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan veterinari berharap pada suatu hari nanti kondisinya dapat pulih dan dirawat sepenuhnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kegembiraan selepas habis kertas SPM yang terakhir memang tidak boleh dinafikan. Yelah setelah bertahun-tahun bersekolah dan menanggung beban dibahu akhirnya berakhir di dewan SPM.
Jika minggu lalu, viral di media sosial gambar dua pelajar sekolah yang dipercayai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru selesai menduduki peperiksaan menunggang motosikal dengan pakaian sekolah di bahagian belakang ditulis dengan kata-kata kesat terhadap guru.
Gambar Hiasan
Tapi lain pula tindakan yang dilakukan oleh pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi. Mereka melakukan sujud syukur beramai-ramai selepas selesai menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menyentuh hati para guru dan orang ramai.
Melalui perkongsian guru yang dikenali sebagai Hafizi Amran dilaman sosialnya, beliau menzahirkan rasa bangga melihat cara pelajar MTD ni menamatkan peperiksaan akhir SPM dengan sujud syukur.
Permandangan ini begitu menyentuh hati masyarakat. Mereka meraikan hari kegembiraan mereka dengan bersukur dan berterima kasih kepada Tuhan. Difahamkan kegiatan pelajar tersebut adalah bagi meraikan kejayaan mereka selepas menduduki kertas terakhir SPM semalam.
Sebak dan sangat tersentuh. Itulah perasaan bila melihat situasi ini. Putera tersangat berdisiplin dan hormat kami. Senang kami untuk jaga putera ini semua.
Rata-rata netizen juga meninggalkan komen memuji para pelajar ini dan mendoakan yang terbaik di masa akan datang.
Sumber : Facebook Hafizi Amran
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Luluh hati seorang ibu disaat melihat bayi yang dikandung sembilan bulan terbujur kaku di pangkuannya…
Agak berat juga mahu terima hakikat apabila anak yang dikandungnya telah pergi buat selama-lamnya. Demikian ujian yang terpaksa dilalui buat si ibu ini apabila hasrat untuk membawa bayinya bagi menerima rawatan di hospital tidak kesampaian selepas anaknya meninggal dunia di dalam bas ekspress ketika dalam perjalanan.
Terkejut dengan pemergian anaknya, menerusi satu video tular, kelihatan wanita tersebut dalam keadaan tergamam sambil memeluk erat tubuh bayinya itu yang sudah tidak bernyawa lagi selain mengucup dahi bayinya itu tanpa memberi sebarang kata-kata.
Difahamkan, kejadian yang menyayat hati itu berlaku pada Isnin lalu dimana si ibu mahu membawa anaknya pergi ke pusat rawatan untuk mendapatkan rawatan dari pekan Julau ke Kuching.
Namun begitu, menurut sumber, semasa dalam perjalanannya, secara tiba-tiba bayi yang baru berusia sembilan bulan itu sudah tidak bernafas ketika bas tersebut sedang berhenti di Jelukong Rest Stop.
Turut difahamkan, seorang ketua rumah panjang (tuai rumah) telah menawarkan bantuan untuk membawa anaknya itu mendapatkan rawatan di pusat perubatan Betong berharap anaknya dapat diselamatkan. Bukan itu sahaja, dia juga menghulurkan RM300 kepada wanita terbabit sebagai wang perbelanjaan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa sebak dan simpati terhadap nasib yang menimpa si ibu itu yang dilihat begitu tenang atas pemergian si kecilnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari pentas Hero Remaja 2019/2020 hingga kini bergelar duta Xiaomi Malaysia, Meerqeen terus melangkah lebih jauh. Bersama REMAJA, dia berkongsi tentang aspirasi, keberanian mengambil risiko, definisi kejayaan serta mengapa kolaborasinya bersama Xiaomi lebih daripada sekadar menjadi wajah sebuah jenama.