
Pergh, empat tahun menunggu tarikh istimewa ini.
Hari lompat ataupun leap day wujud dalam kalendar Masihi kerana ia selari dengan perkiraan pusingan planet bumi kita mengelilingi matahari.
Bumi mengambil masa kira-kira 365.242189 hari ataupun 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 45 saat bagi mencukupi 1 pusingan mengelilingi matahari.
Lalu, tanpa hari lompat pada setiap 29 Februari; 4 tahun sekali, manusia akan kehilangan hampir 6 jam pada setiap tahun.
Antara budaya paling popular hari lompat adalah budaya yang datang dari Ireland. Masyarakat di sana mempercayai 29 Februari adalah tarikh terbaik untuk perempuan melamar teman lelaki mereka.

Ia adalah sebahagian daripada perjanjian di antara St Brigid bersama St Patrick untuk (okay ini akan kedengaran pelik) mengimbangi tugasan melamar di antara lelaki dan perempuan.
Ini bermakna mereka mempercaya jumlah lelaki yang melamar dalam tempoh 4 tahun sama dengan jumlah perempuan yang melamar pada 29 Februari; setiap tahun lompat.
Di kalangan masyarakat berdarah Yunani (Greeks) pula, 29 Februari dianggap malang bagi pasangan yang berkahwin pada tarikh tersebut.

Bagi korang yang akan menyambut hari lahir pada 29 Februari esok, REMAJA ucapkan Happy Birthday in advance!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Segalanya Terjawab: Penamat Drama Thariq Ridzuwan His Treasure Diraikan Oleh Penonton Tegar

Setelah ditayangkan selama lapan minggu, tirai drama bersiri Thariq Ridzuwan: His Treasure (TRHT) akhirnya dilabuhkan dengan rahsia yang terbongkar satu per satu.
Lebih daripada sekadar kisah cinta atau dendam, minggu terakhir TRHT menyingkap keindahan sebenar rasa redha yang ada dalam diri. Ia adalah penutup yang mengajarkan bahawa kebahagiaan tidak selalu hadir dengan kemegahan, sebaliknya lahir daripada hati yang ikhlas dan penuh pengertian.


Episod 15: Penyatuan Semula Yang Tidak Disangka
Pada minggu ini, Thariq (Meerqeen) masih dihantui kerinduan terhadap Radwa (Qasrina Karim). Pada masa yang sama, dirinya tetap mencuba untuk menjadi bapa terbaik untuk Thea. Kasih sayangnya pada si kecil itu jelas terpancar, seolah-olah Thea adalah satu-satunya kekuatan yang masih tinggal buatnya terus bertahan.
Semuanya nampak tenang apabila Thariq dan Thea hadir ke majlis persaraan Dato’ Tizz di Hotel Grand Tizz. Thariq juga diumumkan sebagai pemilik baru hotel tersebut. Namun suasana bertukar huru-hara ketika majlis makan malam selepas bunyi tembakan tiba-tiba bergema.
Di dalam kekalutan itu, lampu terpadam dan Thariq terserempak dengan Farez (Evertts Gomes) bersama seorang wanita misteri. Walaupun Thariq cuba menyekat mereka, kedua-duanya berjaya lolos. Situasi menjadi lebih parah selepas Thea didapati hilang dan Aina pula berpura-pura seakan tidak tahu-menahu apa yang sedang terjadi.
Misi menyelamat Thea membawa Holy Dragons ke sebuah bangunan terbiar di mana mereka berdepan dengan pertempuran sengit. Saat Thariq mencari Thea, dia tergamam bila pistol diacukan ke arah kepalanya dan yang memegangnya adalah isteri yang disangkakan sudah mati, Radwa!

Rahsia besar akhirnya terbongkar, Radwa sebenarnya masih hidup cuma memorinya telah dimanipulasi oleh Farez. Semua plot culik dan tipu daya ini dirancang rapi olehnya. Namun akhirnya, Farez tewas di tangan Thariq. Episod ini berakhir dengan penyatuan semula keluarga kecil itu; Thariq, Radwa, dan Thea.


Episod 16: Harga Sebuah Kejujuran, Bayangan Silam & Cahaya Baharu
Episod terakhir TRHT menyaksikan Thariq dan Holy Dragons berjuang mengembalikan ingatan Radwa.
Mereka membawanya ke tempat-tempat yang menyimpan jejak kenangan. Perlahan-lahan, memori Radwa mula terbuka kembali.
Namun di sebalik cahaya, kegelapan hidup masih mengekori. Raudhah dikejar ‘Ah Long’ kerana berhutang sebanyak RM10,000 iaitu hutang sama yang selama ini dipikul oleh Radwa tanpa pengetahuan sesiapa.
Raudhah dan Rozita merancang untuk meminta belas ihsan daripada Thariq tanpa menyedari bahawa Radwa sudah kembali.
Terkejut ketika menemui semula Radwa, Rozita menuduh Radwa berbohong mengenai kematiannya dan menuntut pampasan di atas luka yang ditanggung.
Pada ketika itu, Thariq membawa Radwa menemui Husaini dan menyesal kerana gagal menjaga anaknya itu. Radwa redha untuk memaafkannya dengan harapan ia akan mengubah ayahnya itu.
Tidak lama selepas pertemuan itu, Husaini memaklumkan Rozita sedang parah di hospital setelah setelah ditikam dan dilanggar ‘ah-long’ ketika cuba melarikan diri. Manakala, Raudhah pula meninggal dunia dalam pergelutan yang sama.
Radwa sempat memohon maaf dan Rozita menghembuskan nafas terakhir setelah memaafkannya. Akhirnya, Radwa bebas daripada belenggu silam, Thariq kekal menjadi pelindung dan Thea setia di sisinya. Walau ada luka yang tertinggal, mereka melangkah ke hadapan dengan harapan yang baharu.


Di hujung kisah TRHT, kita belajar mengenai makna cinta, kejujuran dan keredhaan. Walau apa pun pengakhiran yang menanti, ia tetap menjadi cermin kepada perjuangan jiwa dan kekuatan hati insan yang mencari erti kebahagiaan sejati.
Jom usha semua episod Thariq Ridzuwan: His Treasure di Astro On Demand dan sooka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Idea Asal Dari Saya Tapi..” – Sufian Suhaimi Jawab Isu Pelamin Seakan Sama

Tak sudah-sudah lagi dengan highlight Anugerah Juara Lagu 33.
Semuanya gara-gara terlalu banyak persoalan yang bermain di minda penonton sepanjang menyaksikan rancangan tersebut semalam.
Salah satu daripadanya adalah mengenai konsep persembahan Sufian Suhaimi yang membolehkannya memenangi kategori Persembahan Terbaik AJL 33.

Dari berdiri di dalam ‘sangkar’ lampu chandelier sehinggalah lampu diangkat naik. Kemudian, kain rentang dijatuhkan dan terlihatkan pelamin yang – hhm – familiar rekaannya.
Kemudian (belum habis lagi), pelamin digerakkan ke kiri kanan untuk memberi ruang Sufian duduk keseorang sambil menanggalkan kaca mata. Dan akhirnya, visual kelopak bunga/duit berterbangan ditayangkan sebagai pengakhir persembahan.


Hamik kau!
Bak kata pereka sut Sufian semalam iaitu Hatta Dolmat, konsep persembahan tersebut cukup mendalam.
Namun, dek kerana wujudnya elemen pelamin di situ, ramai yang menyamakan ia dengan pelamin nikah bekas tunangnya, selebriti Elfira Loy pada Januari lalu.
Sengaja dirancang atau cuma kebetulan?
“Saya tak tahu pula konsep ini disamakan dengan apa yang terjadi sebelum ini (pernikahan Elfira Loy) kerana saya tidak in charge sepenuhnya. Kalau sama sekalipun, saya tak sedar.
“Idea asal memang dari saya tetapi bukan seperti apa yang kita lihat pada malam ini. Idea asal berubah-ubah sepanjang persiapan ke AJL kerana ada pihak yang ingin bekerjasama. Jadi kita beri ruang kepada mereka untuk berkarya.
“Jalan cerita dari chandelier, kain rentang putih dan akhir sekali, pelamin juga datang melalui interpretasi ramai pihak. Hasil akhir ini bukan sepenuhnya idea saya.
BACA: 8 Stail Pilihan REMAJA Di AJL 33 – Siapa Paling Lit?
Bukan Persembahan Peribadi
Apabila ditanya mengenai tweet viral Elfira Loy semalam yang mengucapkan selamat berjaya kepada Sufian sebelum bermulanya AJL 33 semalam, Sufian seakan tidak mahu mengiya atau menidakkan dia sudah melihat tweet tersebut. Namun…
“Terima kasih untuk ucapan (di Twitter) itu, tetapi persembahan saya di AJL bukanlah persembahan peribadi. Ia adalah persembahan umum kepada pendengar lagu Di Matamu. Saya percaya ramai yang boleh kaitkannya dengan kisah sedih masing-masing.
“Saya dan team tak ada niat peribadi terhadap mana-mana pihak.

“Saya sendiri dah move on walaupun masih ramai yang cuba mengaitkannya dengan peristiwa lama. Jikalau saya tidak melalui peristiwa itu pun, lagu ini masih akan dipersembahkan sebegitu rupa,” jelas Sufian lagi.
So gaisss, Sufian DAH MOVE ON.
Sewajarnya kita semua pun haruslah fokus ke depan, jangan diungkit apa yang telah berlaku sebelum ini okay. TAHNIAH #babyPian ,eh!
Ini dia video penuh persembahan Di Matamu oleh Sufian Suhaimi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jangan Timbulkan Sebarang Teori…” Nora Danish dan Nedim Nazri Sah Bercerai

Pelakon terkenal, Nora Danish dan bekas suami, Nedim Nazri bersetuju untuk bercerai talak satu secara baik kira-kira jam 8.40 malam tadi, menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Nora turut memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenai keputusan mereka untuk berpisah kerana mahu anak-anaknya hidup dalam keadaan tenang dan positif.
“Saya harap semua boleh hormati jawapan yang saya boleh kongsikan iaitu saya dan bekas suami saya, telah dapat persetujuan bersama untuk mengakhiri hubungan kami setelah tujuh tahun telah berakhir di sini”
“Paling penting, tujuan kami, hanya mahu bersama-sama membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap sangat pada anda semua mendoakan baik-baik buat kami sekeluarga”

“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga”
Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada pukul 8.34 malam tadi.
Sekadar info, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelumnya, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

Episod 15: Penyatuan Semula Yang Tidak Disangka