Dalam arena pendidikan, menjadi impian setiap pelajar untuk memperoleh segulung ijazah sarjana dan sekaligus memiliki PhD yang membolehkan diri digelar sebagai seorang doktor falsafah. Namun perjalanan ini bukanlah semudah mendapatkan ijazah sarjana muda. Banyak kajian, pembacaan dan juga penulisan yang perlu dilakukan.
Terbaru selebirti terkenal Korea, Hong Jin Young telah meminta maaf dan mengaku telah melakukan plagiarism untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang pelaburan sekaligus melayakknya menyambung dan menyempurnakan pengajian peringan PhD dalam Pengurusan Perniagaan dari Chosun University pada tahun 2012.
Isu ini timbul pada 5 November 2020 apabila tesis untuk program ijazah sarjana yang dihasilkannya telah mendapat 74% sumber plagiat apabila dimasukkan ke dalam sistem ‘Copy Killer’. Walaupun begitu, pihak pengurusannya menafikan tuduhan itu dengan menyatakan bahawa sistem ‘copy killer’ tidak wujud pada tahun 2009 ketika tesis tersebut diperiksa oleh badan peperiksaan.
Setelah percubaan menafikan yang dia melakukan plagiat. Akhirnya pada 18 Disember 2020, penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan kpop Swan ini telah mengakui kesalahannya menerusi satu hantaran di Instagram.
“Hi, ini Hon Jin Young,
Sudah terlambat dan saya tahu bahawa saya tidak dapat berbuat apa-apa. Namun, saya menulis kerana saya ingin meminta maaf jujur dari hati, walaupun mungkin sudah terlambat.
Pada hari ketika saya membuat kemunculan semula dengan lagu baru, laporan keluar mengenai penipuan thesis. Ketika itu saya berasa sangat takut dengan apa yang harus saya katakan dan fikiran saya kosong.
Walaupun begitu, saya tidak dapat melepaskan kerakusan saya .. Saya sangat takut sehingga merasakan yang saya tidak akan dapat kembali ke pentas jika saya mengaku melakukan peniruan.
Oleh itu, saya sedaya upaya cuba memenangkan diri dengan mengatakan, ‘Profesor mengatakan bahawa tidak ada masalah’ dan ‘Saya tidak akan mengajar dengan ijazah yang diperolehi.’ Ini kerana saya takut bahawa semua perkara dalam hidup saya kelihatan seperti dusta.
Saya bahkan mempunyai pemikiran yang jika saya melepaskan ijazah ini mungkin mereka akan memaafkan saya. Itulah sebabnya saya menggunakan ungkapan ‘konvensyen’. Mungkin saya hanya memikirkan untuk mencari jalan keluar.
Sekiranya ada kesilapan, seseorang harus meminta maaf dengan tepat dan dihukum atasnya … Daripada merenung, saya hanya sibuk membuat alasan. Saya tidak dapat bertindak secara matang yang saya telah melakukan kesilapan.
Saya akan menerima keputusan plagiarisme sementara dari Universiti Chosun dan saya akan bertaubat. Tindakan say aini juga seolah-olah tidak menghormati mereka yangbekerja sepanjang hari pada tesis master dan doktor mereka. Saya minta maaf. Saya mengakui segala-galanya dan ini sebagai refleksi diri.
Saya telah menerima cinta yang lebih besar yang saya layak. Saya sekarang akan membalas cinta itu diam-diam sambil meluangkan masa untuk merenung diri dan melakukan perkara yang bermakna dan baik.
Anda mungkin berminat dengan
Saya sekali lagi minta maaf. Saya betul-betul minta maaf.”
*** P/S- Menjadi satu kesalahan besar untuk melakukan plagiarism dalam apa jua perkara yang kita lakukan, lagikan pula plagiarism untuk mendapatkan ijazah dan sekaligus bergelar doktor. Percayalah, hasil kerja yang jujur akan memberi kepuasan yang tiada tandingan. Penulis pun dalam semester akhir untuk mendapatkan Ijazah Sarjana di UiTM, kadar kesamaan perlulah 20% dan ke bawah untuk hasil penulisan dan tesis yang baik.
Sumber: Soompi
Sumber gambar utama: Instagram Hong Jin Young
∞
Definisi kacak mungkin berbeza mengikut persepsi setiap individu. Ada yang menganggap bahawa lelaki sado itu kacak, tapi ada pula yang merasakan bahawa seorang lelaki tampan itu adalah yang sentiasa kemas dan bergaya.
Kalau nak ikut taste masing-masing memang susahlah korang nak define maksud kacak tu.

Jadi, ini adalah senarai 10 konsep lelaki kacak menurut 10 negara berikut.
Jom kita tengok mana paling handsome..
USA – Berkulit putih, sedikit berjambang dan mempunyai otot.
Brazil – Rambut messy, badan sasa, mata coklat dan suntan.

India – Kulit tan, macho dan sasa, mata warna coklat dan rambut bergel.

Sweden – Tinggi lampai, kulit pucat, mata redup, rambut perang dan muka runcing.

Turki – Gaya rambut yang rapi, ada bulu di dada simbol kejantanan, wajah raut etnik dan mata warna jernih sama ada hijau atau coklat.

Itali – Berjanggut, berwajah agak kecil dan mementingkan penampilan yang bergaya.

Korea Selatan – Kulit cerah dan licin, muka ala-ala ‘jambu’, rambut dipotong bergaya, pakai aksesori.

UK – Kulit putih semula jadi, penampilan yang dicukur bersih, berotot.

Australia – Bertubuh sasa, kulit putih semula jadi, penampilan serba ringkas.

Arab – Berjambang, renungan tajam, kulit tan, hidung mancung.

Malaysia – Kulit gelap, tinggi, senyuman manis.

So korang taste negara mana? Tapi zaman sekarang rasanya tak penting semua ini janji ‘dompet’ kena tebal…confirm ramai gadis serbu…hiks
∞
Khabar gembira buat peminat apabila aktor tampan, Ikmal Amry berkongsi berita bahagia mengenai keluarga kecilnya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, dia mengumumkan isterinya kini sedang hamil anak ketiga, dengan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.

Menurut Ikmal, sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini cukup bermakna kerana ia merupakan raya terakhir mereka sebagai keluarga berempat sebelum kehadiran ahli baharu tahun hadapan.
“Tahun ini, macam-macam Allah kurniakan. Baru 4 bulan berlalu, tapi percaturan-Nya cukup indah, lebih dari yang kita sangka, cukup seadanya.
“Salam Aidilfitri dari kami, tahun ini berempat. InsyaAllah, tahun hadapan bertambah lagi seorang ahli keluarga.” tulisnya.

Perkongsian tersebut sekali gus mencuri perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang turut mendoakan kesejahteraan keluarga mereka.
Sebelum ini, media melaporkan Ikmal dan isterinya merancang untuk menambah cahaya mata selepas anak kedua mereka berusia tiga tahun.

Katanya, walaupun pada awalnya mereka merancang untuk memiliki tiga orang anak, namun tetap terbuka sekiranya dikurniakan rezeki tambahan.
Untuk rekod, bekas peserta Hero Remaja itu mendirikan rumah tangga bersama Najla pada 19 Disember 2020. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Cailie, 5, dan Gibran yang kini berusia tiga tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Makanan ringan choco jar kini mendapat tempat dikalangan masyarakat, bukan hanya kanak-kanak malah turut menjadi kegemaran orang dewasa. Mana tidaknya, bila makan choco jar ni tak sedar pun dah habis sebalang.
Disebabkan ia menjadi ‘kegilaan’, maka ramai orang yang mengambil peluang untuk menjual makanan ini, dan harganya juga boleh mencecah sehingga RM15.
Tahu tak sebenarnya jika korang buat sendiri di rumah, kosnya adalah jauh lebih murah dan berbaloi. Jangan kata sebalang, berbalang-balang pun korang boleh dapat dengan modal yang tidak terlalu besar. Hiks!

Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norhamiza, pada mulanya dia mengidam dan beli di tepi jalan, botol kecil sahaja tapi orang menjualnya dengan harga yang mahal. Jadi, dia berusaha untuk buat sendiri, beli bahan tak sampai RM20, tapi boleh dapat satu balang besar.
Berbaloi kan?
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh gadis ini di laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Bahan-bahan:
– 500gm coco crunch bersaiz kecil
– 500gm coklat beryl’s
– Setengah cawan minyak masak

Cara membuat:
1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil

2. Letakkan sedikit minyak supaya coklat tidak beku jika sejuk

3. Gaulkan coklat sehingga rata dan siap untuk dimakan. Korang juga boleh menggunakan apa-apa jenis coklat sahaja mengikut citarasa masing-masing.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!
Sumber: Norhamiza
∞