Greta Gerwig kembali hadir dalam arahan filem terbarunya, Little Women yang diadaptasi oleh sebuah novel klasik tahun 1869 karya Louisa May Alcott dengan judul yang sama.
Berlatarkan pada tahun 1860an di Massachusetts, Amerika Syarikat selepas Perang Saudara, ia berkisarkan tentang kehidupan tiga beradik perempuan iaitu Meg, Jo dan Amy selepas berpindah keluar dari rumah keluarga mereka.
Filem ini juga bercerita tentang bagaimana kedudukan wanita pada zaman tersebut dalam mengejar impian dan masa hadapan yang baik. Jo memiliki keinginan untuk menjadi penulis dan berhijrah ke New York bagi mengejar cita-citanya. Jo juga seorang yang sangat dekat dengan ketiga-tiga adik beradiknya sehingga sanggup mengorbankan cinta kerana mendahulukan keluarga dan cita-cita.
Menerima enam pencalonan dalam anugerah Oscars dan baru sahaja tadi memenangi kategori Best Costume, ternyata filem ini menjadi antara yang wajib ditonton pada bulan Februari ini.
Apa yang menarik, kostum yang berlatar belakangkan sekitar tahun 1860an berjaya menambat hati juri. Tidak dinafikan, rekaan yang ditampilkan dalam filem ini memang menarik dan boleh membawa penonton menyelami semula era ratusan tahun yang lepas.
Ads
Jalan ceritanya lengkap dengan kisah keluargaan dan cinta yang mana masing-masing cuba untuk mendapatkan jodoh terbaik. Berasal dari keluarga miskin, makcik mereka cuba untuk mengubah nasib keluarga dengan ingin menjodohkan anak-anak saudaranya bersama lelaki yang kaya raya.
Namun, mereka mempunyai pilihannya sendiri yang akhirnya membawa kepada kebahagiaan masing-masing.
Ads
Walau bagaimanapun, kami merasakan durasi filem selama 2 jam 15 minit ini agak panjang bagi filem bergenre drama seperti ini. Walaupun jalan ceritanya mempunyai isi dan mesej, namun kerana kemeleretannya membuatkan kami rasa agak bosan di waktu awal permulaan cerita.
Sehinggalah di pertengahan filem, barulah kami merasakan pergerakan cerita semakin pantas dan mempunyai perkembangan yang menarik.
Ads
Ikatan kekeluargaan yang sangat erat
Apa-apa pun kami sangat tertarik dengan ikatan kekeluargaan yang ditonjolkan dalam filem ini. Keakraban mereka adik-beradik mengingatkan kehidupan norma kita bersama keluarga. Biasalah, dalam adik-beradik ada yang baik, degil, dan macam-macam perangai lagi.
Kami suka watak yang dimainkan oleh Florence Pugh sebagai Amy March. Seorang adik yang pernah merasa dengki terhadap kakaknya, tetapi dalam masa yang sama mengalah dalam cinta kerana mencintainya lelaki yang sama dicintainya kakaknya.
Babak inilah yang mengusik emosi penonton apabila melihat pengorbanan yang dilakukan dua beradik ini.
Ha, tak bolehlah cerita panjang lebar lagi. Korang kena saksikan sendiri Little Women yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 13 Februari 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi popular era 80-an dan 90-an, Rohana Jalil telah disahkan meninggal dunia pada jam 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.
Menurut Astro Awani, berita tersebut disahkan sendiri oleh rakan rapat allahyarhamah, Haiza.
Sebelum ini, bekas juara Bintang RTM 1980 itu dikatakan dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat berlakunya kebocoran usus.
Akibat komplikasi tersebut dia diletakkan dibawah pemantauan bagi membolehkan pihak hospital memberi lebih perhatian kepadanya.
Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Rohana atau nama sebenarnya Dara binti Abdul Jalil popular dengan lalu-lagu seperti Rayuanku, Cinta Yang Terbiar dan Naluri Cinta.
Berkahwin dengan Jahanghir Khan pada tahun 1984, allahyarhamah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Salah seorang anaknya adalah pelakon dan penyanyi, Kila Fairy.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Ben Amir tampil mengakui bahawa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan rapat sambil mengenal hati budi seorang wanita yang berasal dari Filipina.
Menurut Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin (35), beliau dan wanita tersebut sebenarnya sudah mula berkenalan sejak dua tahun lalu dan kini mahu ke fasa yang lebih serius.
“Saya masih lagi dalam fasa baru berkenalan hati budi. Kami sudah berkenalan selama dua tahun. Wanita itu bukanlah berasal dari Malaysia tetapi dari Filipina”
“Saya kenal dia sejak saya menetap di sana,” katanya ketika ditemui pihak media selepas acara malam gala dan tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code yang berlangsung di GSC Mid Valley, semalam.
Kredit foto: Instagram Ben AmirKredit foto: Instagram Ben Amir
Pada masa yang sama, Ben turut menepis dakwaan apabila beliau dikatakan berhijrah ke negara tersebut disebabkan cinta sebaliknya ia merupakan perancangan peribadi yang sudah lama dirancang.
“Dia bukanlah punca saya berpindah ke Filipina. Pindah ke Filipina itu memang sudah lama saya plan. Ini bukan kerana seseorang, tetapi lebih kepada usaha untuk membuka buku baharu dalam hidup saya,” jelas Ben yang membawakan watak Gibbs dalam filem Gantung: Musketeer Code.
“Sebagai seorang anak lelaki, saya rasa sudah menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa upgrade diri dari segi kerjaya, mental dan pelbagai aspek lain,” ujarnya lagi.
Kredit foto: Instagram Ben AmirKredit foto: Instagram Ben Amir
Dalam pada itu, Ben turut menjelaskan keputusan berpindah ke Filipina bukanlah sesuatu yang mudah dan ia lebih kepada fasa ‘reset’ dalam hidup serta melihatnya sebagai satu cabaran baru sambil memikul tanggungjawab besar demi kemajuan diri serta perkembangan peribadi.
“Saya rasa bila saya duduk di Filipina merupakan satu perkara yang sangat susah untuk saya lakukan tapi saya tetap cuba. Di sana saya cuba untuk membuka satu restoran halal. Jadi, benda inilah yang saya rasa senang untuk lakukan buat masa kini,” katanya.
Sekadar info, sebelum ini keputusan Ben Amir untuk menetap di Pulau Siargao, Filipina telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat mengenai halatuju kerjayanya sebagai anak seni di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Korea terbaru, ‘Now, We Are Breaking Up’ yang dilakonkan oleh pelakon utama Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong kini telah pun secara rasminya mengumumkan barisan pelakon lain yang bakal membintangi drama tersebut.
Menurut Soompi, Sehun EXO dan Yura Girl’s Day antara pelakon yang mengambil bahagian dalam drama tersebut dan kenyataan ini telah pun disahkan sendiri oleh agensi Sehun, SM Entertainment dan agensi Yura, Awesome ENT.
‘Now, We Are Breaking Up’ mengisahkan tentang kisah cinta emosi dan perpisahan. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Song Hye Kyo membawa watak Ha Young Eun, pengurus bahagian rekaan di sebuah syarikat fesyen label dan Jang Ki Yong merupakan seorang jurugambar, Kim Joo Heon berperanan sebagai CEO syarikat PR yang diberi nama Seok Do Hoon.
Manakala Sehun bakal membawa watak seorang pereka baru di syarikat fesyen label tersebut, di mana dia akan bekerja di bawah seliaan Ha Young Eun dan Choi Hee Seo. Yura pula berperanan sebagai Hye Rin, selebriti media sosial yang terkenal dan mempunyai ramai followers.
Drama ini ditulis oleh Je In dan arahan Lee Gil Bok, yang sebelum ini pernah mengarahkan drama-drama popular termasuklah My Love From The Star, Vagabond dan Dr. Romantic 2.
Berita gembira ini disambut baik oleh rata-rata peminat Sehun dan mereka sudah tidak sabar melihat kemunculannya dalam drama tersebut.
Mesti ramai yang dah tak sabar nak melihat gandingan mereka berdua kan?
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.