Anyeonghaseyo! Siapa pengikut dan penggemar muzik K-pop yang awal di negara kita kini pastinya sudah memasuki usia lewat 20-an dan sudah bekerjaya. Muzik K-pop sebenarnya bukanlah baru bertapak di Malaysia tapi ia sudah lama berkaya menerap masuk mencuri hati ribuan peminat dengan keunikan mereka.

Antara lagu K-pop yang paling awal mencuri perhatian peminat di Malaysia ialah ‘Nobody’ yang dinyanyikan oleh Wonder Girls. Siapa boleh lupa dengan gerak tari mereka serta korus yang sangat catchy hinggakan ia mendapat putaran kerap di pelbagai saluran radio negara kita. Lagu inilah juga yang bagi ramai orang telah bertanggungjawab meletakkan K-pop di peta muzik global.

Kali ini Remaja ingin kongsikan 10 buah yang dikeluarkan 10 tahun lepas dan masih popular di kalangan peminat K-pop!

1. SHINee – Replay

Ini merupakan lagu debut mereka yang secara tidak langsung meletakkan nama SHINee sebagai antara grup K-pop hebat pada masa kini. Dengan pemergian Jonghyun baru-baru ini, lagu ini cukup bermakna terutamanya buat peminat mereka.

2. Lee Hyori – U-Go-Girl

Lee Hyori antara penyanyi paling jelita pernah muncul di Korea Selatan juga dikenali dengan nickname Nation’s Fairy! Pada musim panas 2008 dengan konsep seksi dan sassy, Lee Hyori memperkenalkan sebuah lagu pop rancak berjudul U-Go-Girl.

3. 2AM – This Song

IKLAN

Ramai yang sedih dengan pembubaran grup ini yang berlaku pada tahun lalu. Mengenang kembali penglibatan muzik mereka, ‘This Song’ menjadi single yang cukup penting sebagai lagu debut yang telah membawa mereka ke tahap global.

4. Wonder Girls – Nobody

Apa lagi yang kita boleh perkatakan tentang grup wanita hebat ini. Inilah lagu yang membawa grup bimbingan JYP Entertainment ini ke peringkat Asia, Eropah dan juga benua Amerika. Tak salah jika kami katakan ia telah menjadi lagu klasik moden terhebat K-pop pernah dihasilkan.

5. 2PM – 10 Out of 10

Lihat saja gaya mereka ketika ini… cukup colourful sekali. Penampilan 2PM dengan lagu debut mereka ’10 Out of 10′ pantas mencuri perhatian ramai. Dengan ahli-ahlinya yang berbakat dan mempunyai rupa tidak hairanlah mereka pantas mendaki anak tangga setiap carta lagu.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Ini 7 Perkara Yang Hanya Fans K-pop Je Buat!

6. Rain – Rainism

Senarai ini tidak akan lengkap tanpa kita membicarakan nama Rain. Muncul sebagai penyanyi solo yang pada ketika ini tidak ramai yang mampu menembusi pasaran antarabangsa, Rai menjadi nafas baru buat indsutri K-pop ketika itu. Kami percaya lagu legenda ini akan terus popular walaupun 20 tahun lagi.

7. TVXQ – Mirotic

IKLAN

‘Mirotic’ yang juga merupakan nama album TVXQ menampilkan elemen misteri, seksi dan maskukin yang berjaya mencuri hati peminat. Ia merupakan album terkahir menampilkan mereka secara berlima.

8. BIGBANG – Haru Haru

Kini bergelar anatra K-pop royalty, Big Bang dulu pernah popular dengan single ‘Haru Haru’. Ia bolehlah dianggap sebagai antara detik awal karier BIGBANG yang bertanggungjawab membawa mereka ke tahap sekarang/

9. Epik High – One

Dengan lagu melankoli mendalam, ‘One; memberikan impak cukup besar buat peminat Epik High. Cukup terkenal dengan lirik yang sentimental mereka telah menghasilkan antara sebuah lagu yang terbaik bagi tahun 2008.

10. K.Will feat. MC Mong – Love 119

Lagu romantik ini mampu mengembalikan nostalgia terutamanya dengan irama lagu balada cintanya. ‘Love 119’ sehingga kini masih popular dan digunakan dalam program variety dan drama.