Kemenangan Andina Julie yang terpilih menjadi Miss Grand Indonesia 2022 ternyata membawa tuah buat gadis berusia 21 ini. Dia yang berasal dari Palembang telah dianugerahkan biasiswa oleh Universiti Indo Global Mandiri untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat sarjana.
Pemberian biasiswa ini merupakan satu inisiatif pihak universiti bagi menghargai usaha Andina yang berjaya membanggakan institusi terbabit. Dia yang ketika ini merupakan pelajar jurusan perakaunan dalam peringkat sarjana muda di universiti tersebut sangat gembira dengan hadiah yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti kepadanya.
Saat menerima perjanjian biasiswa
“Bidang perakaunan merupakan bidang pelajaran yang saya minati dan menurut saya boleh memberi peluang kerja yang luas di dalam bidang apa pun,” ujar gadis cantik ini. Dia yang tidak menyangka sama sekali akan dianugerahkan biasiswa tersebut mengungkap rasa syukur kerana kini dia boleh melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.
Menjengah ke laman Instagramnya, Andina berterima kasih kepada semua pihak yang mempercayai dirinya.
“Terima kasih untuk ketua Yayasan Indo Global Mandiri , Bapak Fadhiel Alie, S.Kom., B.I.T., M.T.I dan seluruh rektor, pensyarah dan pengurus Yayasan Indo Global Mandiri yang telah memberikan peluang besar ini untuk Andina. Semoga dengan amanah ini, saya boleh membawa nama baik UIGM, dapat menyelesaikan pengajian tepat waktu dan membanggakan orang tua,” kongsinya panjang.
Ads
Adina bersama Ivan Gunawan
Pemilik Yayasan Dunia Mega Bintang yang memegang lesen Miss Grand Indonesia, Ivan Gunawan turut bangga dengan pencapaian Andina. Ujarnya, “Saya berasa bangga kerana bagi saya Miss Grand Indonesia bukan sekadar pertandingan kecantikan yang hanya memandang fizikal sahaja, tetapi Miss Grand Indonesia juga harus memiliki nilai intelektual dan etika kerja yang tinggi.”
Untuk pengetahuan pembaca, Andina atau nama asalnya Andina Yulianti merupakan Miss Grand Indonesia ketiga di bawah directorship Ivan Gunawan. Tahun ini pertandingan Miss Grand International 2022 dijangka mengambil tempat di Indonesia sebagai tuan rumah.
Ads
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ikon 90-an yang paling dikenali seantero dunia? Nama Pokémon antaranya, bukan disukai kanak-kanak saja tapi golongan dewasa turut sama naik teruja setiap kali melihat ikon ini. Bagi peminat setia siri kartun Pokemon, mesti korang familiar dengan siri animasi popular Pokemon, Pikachu.
Namun, selapas 25 musim bersama nampak gayanya watak ikonik Pokemon, Pikachu akan mengucapkan selamat tinggal kepada siri tersebut selepas 25 tahun siri berkenaan mula-mula diperkenalkan pada tahun 1997.
Ash dan Pikachu Via BBC
Menurut laporan Manila Times, siri animasi Jepun yang mengetengahkan watak tikus elektrik ceria, Pikachu serta jurulatihnya, Ash Ketchum yang mula bertarung dengan watak Pokemon lain sejak 1997 ini akan ‘bersara’ secara rasmi tahun ini.
Mulai 2023, watak ikonik Pokemon akan kembali menemui peminat, namun tanpa kehadiran Pikachu selepas ia dan jurulatihnya memenangi “Siri Pertabalan Dunia Pokemon”.
Mengikut laporan, pengembaraan seterusnya akan memberikan tumpuan kepada watak terbaharu iaitu Liko dan Roy dalan siri Pokemon Ultimate Journeys:The Series yang bakal menemui peminat pada tahun hadapan.
Malah, Sarah Natochenny yang merupakan pelakon suara Inggeris yang memainkan watak Ash selama 17 tahun yang lalu turut memuat naik dilaman Twitternya,
It’s been an extraordinary privilege to have been the English voice of Ash Ketchum for what will be 17 years. No matter what lies beyond his final chapter, he’ll live forever in the hearts of many generations to come. I’ll keep him present for all of us in every way I can. ❤️ pic.twitter.com/UZxPO4xD6E
Sarah Natochenny, menulis mesej perpisahan yang sebahagiannya berbunyi: “Tidak kira apa yang berlaku di luar bab terakhirnya, dia akan hidup selama-lamanya di hati banyak generasi akan datang . Saya akan memastikan dia hadir untuk kita semua dalam setiap cara yang saya boleh.”
Watak protagonis tersebut akan memulakan pengembaraan mereka di Paldea, dan akan mengetengahkan watak baharu Pokemon seperti Fidough dan Lechonk.
Watak baharu Pokemon Fidough dan Lechonk
Namun, kata laporan lagi, sebelum siri baharu tersebut bermula, 11 episod khas Pokemon akan ditayangkan bagi meraikan pengembaaan Ash di setiap ‘negeri’ Pokemon yang akan menggamit kenangan buat semua peminat.
Hmm…mesti ramai antara kita yang membesar dengan siri ikonik Pokemon, Pikachu ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali akhir tahun menjelma, ia sinonim dengan musim percutian dengan insan yang tersayang. Pada waktu inilah, korang ‘diberi pengecualian’ untuk lebih banyak meluang masa berehat sejenak – bukan sahaja kerana baki cuti tahunan yang masih banybak tetapi disebabkan mood perayaan yang dapat dirasai oleh kita semua.
Setelah dua tahun kita semua dikekang daripada bersama-sama menyambut cuti akhir tahun, 2022 membuka lembaran baharu bersama keluarga dan kawan tersayang dengan pilihan makanan dan minuman istimewa.
The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia memahami keinginan rakyat Malaysia itu dan kembali dengan juadah musim percutian akhir tahun yang biasa kamu nikmati serta aneka minuman baharu pada tahun ini.
Khas buat menggemar minuman yang mengandungi ramuan coklat dan pudina, pastikan kamu tidak terlepas daripada mencubanya!
Bagi pencinta Latte, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia menyediakan tiga pilihan termasuklah Macadamia White Chocolate Latte(kecil RM17.90, biasa RM18.90), Double Chocolate Peppermint Latte (kecil RM17.90, biasa RM18.90) dan Gibraltar Peppermint Latte(biasa RM15.80). Ketiga-tiganya mempunyai rasa berbeza biarpun di bawah kategori minuman jenis Latte. Jadi pastikan kamu mencuba satu-persatu untuk pengalaman kopi berlainan.
(Dari Kiri): Double Chocolate Peppermint Latte (kecil RM17.90, biasa RM18.90) & Macadamia White Chocolate Latte (kecil RM17.90, biasa RM18.90).
Jika kamu lebih menyukai minuman jenis Ice Blended®, jangan terkejut dengan pelbagai pilihan yang disediakan hingga boleh membuat kamu rambang mata!
The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia tidak mengecewakan apabila ia menyediakan pilihan Ice Blended® seperti Macadamia White Chocolate Ice Blended® (kecil RM18.90, biasa RM19.90), Pure Macadamia White Chocolate Ice Blended® (kecil RM18.90, biasa RM19.90) dan Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (kecil RM18.90, biasa RM19.90).
REMAJA juga sempat mencuba minuman jenis Cold Brew daripada menu akhir tahun The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia ini. Ia terdiri daripada Macadamia White Chocolate Cold Brew Latte(kecil RM14.50, biasa RM15.50) danPeppermint Cream Cold Brew (kecil RM14.50, biasa RM15.50). Pilih sahaja sama ada kamu lebih menggemari perisa manis coklat ataupun daun pudina.
Turut disediakan adalah minuman berasaskan koko yang cukup sesuai dinikmati pada waktu malam ataupun hari-hari bercuaca sejuk. Dalam keselesaan berada di rumah dalam persalinan sweater masing-masing, tentunya masa releksasi lebih bermakna dengan kehadiran minuman Double Chocolate Peppermint Cocoa (biasa RM18.90).
Pencuci Mulut Pelengkap Musim Perayaan
Tidak sah rasanya sekiranya The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia tidak menyediakan juadah pencuci mulut beraneka jenis pada musim perayaan. Pilihannya memang pelbagai, cukuplah untuk kamu ‘rotate’ sepanjang Disember!
Dapatkan menu kegemaran kamu ramai seperti Winter Berry dan Starry Starry Night merupakan manisan bercoklat yang hadir dengan sentuhan buah beri.
Winter Berry. Sebiji kek (RM159.00/1.8 kg), potongan (RM15.90/potong) dan saiz kecil (RM65.00/0.6 kg).Starry Starry Nights. Sebiji tart (RM159.00/1.4 kg) dan potongan (RM15.90/potong).
Sementara itu,Warm Winter Log, Happy Holiday Log dan Snowy Holiday bukan sahaja cantik untuk dilihat tapi juga lazat dimakan. Totally Instagrammable!
Warm Winter Log. Sebiji kek (RM159.00/0.7 kg) dan potongan (RM15.90/potong).Happy Holiday Log. Sebiji kek (RM159.00/1.0 kg) dan potongan (RM15.90/potong).
Jingle Berry Swirldan Panettone Frost mungkin menjadi pilihan kamu, manakala adik-adik kamu yang masih kecil pasti terpikat dengan Lil’ Mr Snow dan Jolly Breadman.
Panettone Frost. Setiap satu berharga RM7.50.
Secara peribadi, paling REMAJA gemari adalah Grandpa’s Chicken Sandwichdan Grandma’s Smoked Duck Salad. Bukan sahaja ia mengenyangkan, malah dapat mengembalikan nostalgia kepada musim perayaan dahulu kala.
Grandma’s Smoked Duck Salad. RM28.00
Tambah istimewa pada tahun ini, kamu bersama-sama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia boleh meraikan musim perayaan bersama mereka yang memerlukan bantukan di Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia (ADFM).
Sebagai sebahagian daripada program Caring Cup, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia memberi peluang untuk kamu berkongsi keriangan bersama mereka di sekeliling.
Caranya mudah sahaja, kamu boleh mendapatkan tag hadiah musim cuti yang dijual pada harga RM2 untuk setiap hadiah ataupun RM8 bagi set berempat. Di antara barangan hadiah yang boleh korang dapatkan daripada siri Holiday Amber Wing terdiri daripada Chill Amber Wing, Arendal Amber Wing dan Sustain Amber Wing.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, kunjungi platform dalam taliannya seperti Facebook, Instagram. TikTok, atau laman sesawang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perjalanan Luar Biasa Balvinder Kaur Dhillon Dari Teluk Intan
Dari sebuah pekan di Teluk Intan terus ke pentas dunia, itulah perjalanan luar biasa Balvinder Kaur Dhillon, pelajar kejuruteraan bioperubatan yang sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi Global Undergraduate Award for Engineering buat tahun kedua berturut-turut. Anugerah ini bukan biasa-biasa; ia dikenali sebagai ‘Junior Nobel Prize’, antara pengiktirafan paling prestij untuk pelajar universiti seluruh dunia.
Antara 1% Terbaik Dunia
Menurut laporan Asia Samachar, Balvinder yang baru menamatkan Ijazah Sarjana Muda MEng in Biomedical Engineering di Queen Mary University of London, berjaya mengatasi ribuan penyertaan global, 3,567 penyertaan daripada 352 universiti di 99 negara. Projeknya ditempatkan dalam 1% teratas dunia, menjadikannya salah seorang pemenang paling cemerlang dalam sejarah anugerah tersebut.
Lebih membanggakan, Balvinder kini menjadi satu-satunya individu yang memenangi kategori Kejuruteraan dua kali berturut-turut, dan hanya dua orang dalam sejarah Global Undergraduate Award pernah mencapai rekod seumpama itu.
Kajian Berimpak Tinggi Dalam AI & Penjagaan Kesihatan
Projeknya yang memenangi anugerah “Developing a Multimodal Deep Learning Pipeline for Automated Glioma Subregion Segmentation and 3D Reconstruction with Integrated Spatial Analysis for Clinical Insight” menggabungkan kecerdasan buatan, robotik dan teknologi kesihatan. Kajian ini dijalankan sepanjang tahun keempatnya di Queen Mary di bawah seliaan Prof Zion Tse dan Dr Hadi Sadati.
Walaupun bunyinya teknikal, impaknya sangat besar: projek ini membantu memperkemaskan proses pengimejan tumor otak (glioma), memberikan pandangan klinikal yang lebih tepat dan berpotensi menyokong rawatan masa depan.
Kejayaan Tidak Datang Bergolek
Mengulas tentang rahsia kejayaannya, Balvinder menegaskan bahawa perjalanan ini penuh konsistensi dan kerja keras.
“Kemajuan jarang datang daripada kejayaan tiba-tiba. Ia datang daripada konsistensi, langkah kecil yang bertambah dari semasa ke semasa dan rasa ingin tahu untuk mencabar status quo.”
Kata-kata ini menjadi inspirasi kepada ramai remaja bahawa kejayaan besar bermula daripada perubahan kecil yang dilakukan setiap hari.
Bangga Sebagai Anak Teluk Intan
Kini melanjutkan pengajian sarjana dalam ‘Human and Biological Robotics’ di Imperial College London, Balvinder tetap tidak melupakan akar umbinya. Dia percaya lebih ramai bakat dalam komuniti tempatan termasuk komuniti Sikh di Malaysia mampu menyerlah sekiranya diberi peluang dan sokongan.
“Saya percaya terdapat peluang sebenar untuk membina lebih banyak inisiatif memupuk bakat, terutamanya dalam teknologi, kejuruteraan dan penjagaan kesihatan tidak kira peringkat umur.”
Inspirasi Untuk Remaja Malaysia
Kisah Balvinder membuktikan bahawa remaja dari mana-mana latar, termasuk pekan kecil seperti Teluk Intan, mampu berdiri megah di pentas global. Kejayaannya adalah simbol kegigihan, intelektual tinggi dan semangat ingin belajar yang tidak pernah padam.
Majalah Remaja mengangkat topi untuk Balvinder seorang ikon generasi baharu yang membuktikan Malaysia mampu melahirkan juara dunia.
Kisah seperti ini membuktikan bahawa apabila peluang, sokongan dan ketekunan bergabung, kejayaan luar biasa dapat dicapai. Semoga lebih ramai remaja Malaysia mengambil inspirasi daripada beliau untuk mencipta impak di pentas global.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...