Di dunia media sosial yang serba pantas ini, masing-masing kini berlumba-lumba untuk menjadi pencipta kandungan (content creator) selepas dimomokkan dengan tanggapan yang bidang ini mampu menjana pendapatan lumayan selain boleh meraih populariti.
Namun, tahukah anda, kebanyakkan pencipta kandungan tidak bermula dengan nak mencari duit atau keuntungan semata tetapi sebab minat.
Lantaran itu, para anak muda dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa dalam memilih content creator sebagai kerjaya tetap sehingga memutuskan untuk menamatkan pengajian di peringkat sekolah mahupun universiti.
Menurut pempengaruh terkenal, Khairul Aming, kerjaya sebagai pencipta kandungan sepenuh masa tidak semudah yang disangka. Malah, ia menuntut komitmen yang sangat tinggi serta kebijaksanaan dalam pembikinan konten.
“Janganlah sampai berhenti belajar. Nasihat saya kepada anak-anak muda yang nak menceburi bidang ‘content creator’, habiskan belajar dahulu.
“Bidang media sosial ini bukan mudah. Nak kekal relavan pun makan masa yang banyak. Alhamdulillah, saya kini dah memasuki tahun ke lapan sebagai pembikin konten.
“Namun, perjalan ini bukanlah sesuatu yang mudah sebaliknya ia sangat susah. Kepada adik-adik di luar sana, habiskan belajar dahulu.
“Saya pun lepas kerja baru mula bukannya ketika belajar. Masa itu tetap ada jangan risau,” katanya kepada Remaja.
Ads
Hal ini turut diakui oleh seorang lagi pempengaruh Tik Tok terkenal, Boss James yang merasakan setiap perkara yang ingin dilakukan dalam hidup haruslah disertakan dengan niat dan matlamat yang betul.
“Memang senang pun nak jadi content creator tapi cubalah sendiri dahulu. Nak memastikan apa yang kita buat ini menjadi, memang ada caranya. Nak jadi terkenal pun boleh melalui cara yang baik atau buruk. Janji menjadi.
“Namun, bila anda nak membuat sesuatu, adakah matlamat dan niatnya betul?Adakah destinasi terakhir anda akan membantu anda untuk jangka masa yang panjang,” katanya.
Jelas Pengarah Urusan, Berjaya Mega Motors ini lagi, dia melihat ilmu pengetahuan akan membantu penghasilan kandungan yang lebih berkualiti selain membantu menetapkan hala tuju bagi pencipta kandungan.
Ads
“Pada anak muda yang nak berhenti belajar walaupun daripada tingkatan satu, tak mengapa. Tapi anda kena ingat, adakah anda mahu ilmu anda setakat itu sahaja?
“Adakah anda mahu bila bersembang dengan orang tapi anda tak faham apa yang diperkatakan. Orang sembang fasal basic ekonomi pun anda tidak faham. Malu nanti.
“Kita tak tahu bila masanya kita akan berjaya. Andai kata satu hari nanti anda berjaya tapi tak memiliki ilmu dan nilai-nilai hidup, susah juga nak survive,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Boss James turut berpandangan untuk menjadi pencipta kandungan berjaya, seseorang itu haruslah percaya kepada proses.
Ads
“Saya mengambil masa selama hampir empat tahun setengah untuk sampai ke tahap ini. Ia bukan perjalanan yang mudah.
“Saya sudah belanjakan banyak wang ringgit untuk menimbal ilmu tentang pembikinan konten. Saya berhabis banyak untuk jurukamera dan peralatan untuk menghasilkan konten.
“Pelaburan itu penting tapi kena hati-hati kerana bukan semua orang mengajar perkara yang betul,” akhirinya.
Terdahulu, Boss James dan Khairul Aming ditemui ketika majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia 2023 yang berlangsung The Godown Arts Center, Kuala Lumpur pada Selasa.
Malah, kedua-dua mereka juga tercalon bagi kategori Tik Tok Creator Of The Year.
Tik Tok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Anugerah yang diadakan buat julung kalinya ini akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 bermula jam 9 malam.
Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson telah diberikan tanggungjawab selaku pengacara.
Kredit Foto: Instagram Boss James
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seniwati Noorkumalasari menzahirkan kesyukuran apabila anak lelaki bongsunya, Wan Mohammad Yusof berjaya menamatkan pengajian Bachelor in Graphic Design (Hons) Faculty of Information Sciences and Engineering (FISE) di MSU baru-baru ini.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon Wanita Terbaik (Drama TV), Anugerah Seri Angkasa pada 1984 dan 1991 itu menerusi sebuah hantaran dilaman rasmi msumalaysia.official.
‘Definitely I am proud of my son, he work so hard di rumah. Kadang-kala sampai tidak tidur. Saya jenguk pukul 4 pagi pun masih working.
“Dia komited dan dedikasi kepada tugasannya. Saya sangat bangga dengannya hari ini dengan pencapaiannya yang diraih,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Irfan pula menzahirkan pengajiannya di MSU memberi satu pengalaman yang sangat berharga.
“Lakukan apa yang anda fikirkan dan berhenti daripada sikap terlalu berfikir (overthinking).
“Kalau boleh, buat sesuatu secara berperingkat iaitu lakukan (perkara) untuk hari pertama, kedua dan seterusnya. Itu lebih mudah,” katanya menerusi TikTok MSU.
Rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah buat keluarga Noor Kumalasari atas kejayaan puteranya.
Sekadar info, Noor Kumalasari berkahwin dengan suaminya pada tahun 1990 dan dikurnaiakn tiga lagi cahaya mata iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq. Selain itu, primadona tinggi lampai itu juga memiliki seorang anak lelaki, Abdul Qayyum daripada perkahwinan pertamanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, atlet Sabah Bartholomew Marius berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 memasang impian untuk membantu ibunya membina semula rumah warisan yang ditinggalkan bapa di negeri kelahirannya itu.
Beliau berkata, mimpinya itu bakal terlaksana sekiranya menerima insentif daripada kerajaan negeri Bumi di Bawah Bayu itu bersempena kejayaannya meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F33 (kecacatan fizikal) selepas meraih emas pada acara sama pada edisi 2022 lalu.
“Ayah sudah tiada, tapi tinggalkan rumah warisan untuk keluarga, rumah lama, jadi saya mahu tolong mak buat semula rumah itu, saya anak sulung daripada tiga orang adik beradik, jadi mesti saya mahu beri kesenangan kepada mak dan adik-adik”
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sarawak menyaksikan Bartholomew meraih pingat emas selepas melakukan lontaran sejauh 5.94m di hadapan pencabar dari Sarawak Marshall Lu Canner dengan catatan 5.25m dan pingat gangsa menjadi milik Hilman Zafri Zulkifli dari Selangor (5.08m).
Sementara itu, acara lompat jauh T11 (kecacatan fizikal) menyaksikan atlet Pulau Pinang Sulaiman Nor Azizan meraih pingat emas dengan lompatan sejauh 4.13m mengatasi atlet Kedah Mohd Fitry Abd Ghani dengan lompatan 4.05m, manakala pingat gangsa menjadi milik Jeffery Ajang dari Sarawak (3.26m).
Sulaiman menyifatkan kejayaannya hari ini merupakan tuah buatnya kerana beliau tidak sempat melakukan persiapan rapi dan hanya menjalani latihan sebanyak dua kali sebelum temasya berlangsung kerana kesibukannya bekerja sebagai tukang urut di Selangor.
Sumber artikel dan foto: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Singapura berjaya mencatatkan penambahan jumlah pelancong dari Malaysia dari bulan Januari hingga April pada tahun 2024 dan dijangka akan terus rancak menyambut lebih ramai pelancong dalam usahanya untuk kembali merancakkan tarikan baharu selepas pandemik Covid-19.
Menerusi satu sesi pengenalan tarikan baharu oleh Badan Pelancongan Singapura (Singapore Tourism Board) di ibu negara semalam, ia mengumumkan seramai 5.7 pelancong telah memasuki Singapura sepanjang empat bulan pertama tahun 2024 dan 420,030 orang pelancong daripada jumlah itu berasal dari Malaysia.
Sebagai perbandingan, jumlah tersebut dianggarkan 90 peratus daripada tempoh masa yang sama pada tahun 2019.
Maka, tidak hairanlah apabila Singapura kini sedang merancang pelbagai tarikan baharu yang menarik untuk korang kunjungi bermula tahun ini sehingga ke tahun 2025.
Salah satu tarikan yang menarik perhatian REMAJA semalam adalah kemunculan taman zoologikal pertama Asia di Singapura seawal tahun 2025.
Terletak di Mandai Wildlife Reserve, ia dikenali sebagai Rainforest Wild Asia and Africa dan merupakan depiksi elemen alam semulajadi yang dicipta semula berdasarkan landskap asal yang ada di benua Asia dan Afrika. Ini termasuklah landskap yang diilhamkan daripada negara Madagascar dan Sarawak, Malaysia!
Diilhamkan daripada Gua Mulu yang berada dalam pekarangan Taman Negara Mulu yang terletak di utara negari Sarawak, gambaran artis terhadap pembinaan tarikan baharu itu mencerminkan formasi batuan di Gua Mulu dan pohon-pohon ikonik dari Sarawak agar pengunjung dapat merasai pengalaman seperti berada di Gua Mulu sebenar.
Jom lihat sedikit perbandingan antara Gua Mulu di Sarawak dan gambaran artis yang ditunjukkan di bawah:
Gua Mulu
Rainforest Wild Asia and Africa
Gambaran artis.
Menanti pengunjung di sebelah kawasan ‘Asia’ ini ialah kehadiran haiwan yang berasal dari Malaysia seperti harimau Malaya dan Beruang madu ‘Malayan Sun Bear’.
Turut ada di sini adalah spesis monyet François’ langur yang ditemui di negara Laos serta di utara Vietnam serta kawasan trek sepanjang 220 meter yang menempatkan spesis ular ‘cave racer’, kala jengking, lipas mendesis dan haiwan reptilia serta invertebrata lain.
Manakala di kawasan Afrika pula, korang akan menemui haiwan ‘rare’ seperti badak air kerdil (Pygmy Hippo) dan kuda belang hutan yang dikenali sebagai Okapi.
Harimau Malaya
Terdahulu, Mandai Wildlife Reserve menempatkan empat buah taman wildlife termasuklah Singapore Zoo, Night Safari, River Wonders dan Bird Paradise. Dengan pengenalan Rainforest Wild ini, tentunya ramai yang ternanti-nantikan pembukaannya seawal tahun 2025.
Mandai Rainforest Resort
Di samping tarikan-tarikan tersebut, Mandai Wildlife Reserve juga memperkenalkan sebuah resort mesra alam baharu dikenali sebagai Mandai Rainforest Resort di bawah pengurusan Banyan Tree.
Berkonsepkan penginapan di dalam habitat alam semula jadi, ia menempatkan 338 bilik pelbagai konsep termasuklah bilik berkonsepkan ‘treehouses’ berhadapan dengan kolam teduhan air.
Salah satu rekaan bilik di Mandai Rainforest Resort.
Tak sabarnya nak tunggu tahun 2025!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!