Bahang sokongan ke atas atlet Malaysia yang sedang bertanding di Sukan SEA 2019 semakin hangat apabila mereka kini sudah menggondol 21 pingat emas dalam carta kutipan.
Lebih membanggakan apabila ramai atlet remaja lelaki bawah 25 tahun telah melakar kejayaan sebagai pemenang pingat emas.
01
YEOH LI TIAN – CHESS
Amat membanggakan apabila Yeoh Li Tian mencipta sejarah memenangi pingat emas pertama skuad chess Malaysia di Sukan SEA.
Mereka tidak pernah memenanginya selama Sukan SEA dianjurkan dan remaja berusia 20 tahun ini berjaya melakukannya. Li Tian memperolehi skor 6.5 poin dalam kategori rapid chess lelaki dan pingat emas yang dimenanginya itu adalah yang ke-12 bagi team Malaysia.
Pada awalnya, Li Tian sekadar inginkan pingat perak mahupun gangsa. "Saya tahu saya ada peluang itu tetapi disebabkan ini adalah Sukan SEA pertama saya, saya tak mahu meletakkan harapan yang tinggi. Tambahan pula pemain Vietnam memang hebat."
.
.
.
02
JULIAN YEE – LUNCUR AIS
Atlet berusia 22 tahun ini beraksi cemerlang untuk mempertahankan pingat emas dalam acara luncur ais lelaki yang pernah dimenanginya.
Dengan iringan lagu 'Kings & Queens', 'AC/DC' dan 'Seven Nation Army', Julian yang berasal dari Kuala Lumpur merangkul pingat dengan jumlah pungutan 202.62 mata.
Julian mencuri perhatian ramai pada tahun lalu apabila menjadi peluncur pertama negara yang beraksi di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan.
.
.
.
Ads
03
RASHID HASNAN – POLO
Atlet kacak berusia 20 tahun ini adalah sebahagian daripada skuad polo negara yang cemerlang menewaskan Filipina 7-5 1/2 pada hari Ahad lalu di peringkat akhir pertandingan. Sekaligus, Malaysia mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Lebih manis apabila Rashid juga bertanding pada kejohanan 2 tahun lalu.
.
.
.
04
SAM LEE JEK – DANCE SPORT
Ads
Lego Sam yang berusia 24 tahun telah menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia setelah mengumpul 12 mata dalam liga pusingan acara break dance.
Acara yang baru dipertandingkan ini memerlukan atlet mengumpul markah tinggi dalam 4 pusingan tarian sebelum Sam diisytiharkan sebagai pemenang.
Skuad gimnas negara meneruskan rentak cemerlang di Manila. Bukan saja menerusi gimnas wanita yang telah menggondol 2 pingat emas. Gimnas lelaki, Tan Fu Jie juga berjaya mempertahankan pingat emasnya dalam acara kekuda pelana setelah menewakan atlet tuan rumah, Carlos Edrial Yulo.
"Pingat ini amat bermakna kerana prestasi saya tidak konsisten selepas Sukan SEA 2017. Kemenangan ini membarakan lagi semangat saya untuk terus menjadi yang terbaik.
.
.
.
06
MUHAMMAD ADDEN – SKUASY
Pemain berusia 25 tahun ini melakar sejarah tersendiri apabila dia berjaya menewaskan lawan tuan rumah walaupun Manila Polo Club bergema dengan sorakan penyokong Filipina. Lebih manis apabila kejayaan ini adalah pingat emas pertama remaja dari Singapura itu dalam acara perseorangan selepas sekadar berpuas hati dengan pingat perak pada Sukan SEA 2015.
*
Kami jangkakan lebih ramai pemain remaja yang akan mencipta kejayaan di Filipina pada hari-hari mendatang ini. Bukan saja pemain lelaki malah pemain perempuan juga.
All the best Team Malaysia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengumumkan berita gembira kepada para peminta bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun depan.
Perkara itu diumumkan Aiman, 34, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Ujar pelakon itu, dia bersyukur dengan kehamilan isterinya dan tidak sabar untuk menanti kedatangan tahun 2024 demi menyambut cahaya mata baharunya tersebut.
“2023 hampir ke penghujung. Tidak sabar untuk 2024. Jumpa awak nanti anak kedua. Syukur Alhamdulillah,” katanya.
Menerusi hantaran sama, Aiman turut berkongsi gambar janin selepas Zahirah melakukan pemeriksaan ultra bunyi.
Bagaimanapun Aiman tidak memaklumkan tempoh kandungan dan juga jantina anak keduanya yang bakal lahir itu nanti.
Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut mengucapkan ucapan tahniah dan turut menantikan cahaya mata kedua pasangan itu.
“Wah tahniah! Isaac bakal menjadi seorang abang tidak lama lagi,” ucap Mira Filzah.
“Isaac akan dapat adiklah! Tahniah,” kata seorang netizen.
“Alhamdulillah, saya tumpang bahagia untuk kalian,” komen Catriona Ross.
Untuk makluman, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk koleksi terbaru Resort 20/21 pereka fesyen Alia Bastamam menampilkan sebuah koleksi yang diinspirasikan dari keindahan alam semula jadi. Garisan laut dan langit membentuk latar matahari terbenam yang sangat cantik.
Gradien warna yang terjadi tatkala matahari sedang terbenam menimbulkan suasana dan rasa yang cukup magis lantas menembus jiwa yang bebas mengembara dan berimaginasi tanpa perlu mengembara.
Menurut Alia, “Koleksi ini adalah tentang membawa estetik resort jenama ini ke hadapan. Tapi bagaimana kita dapat bersiap cantik dan bergaya di kala masa sebegini?
“Saya memastikan rekaan yang dihasilkan sangat ringan dan bebas agar menampilkan gaya yang tidak keterlaluan dengan impak yang maksimum. Semuanya beralun cantik dengan selesa tanpa siluet yang membataskan pergerakan.”
Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020 dalam balutan busana Alia Bastamam.
Rona yang diterapkan untuk koleksi kali ini juga berkisarkan ombre warna tropical yang lembut dan menenangkan.
Menarik dalam kempen ini, kelibat Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020 turut kelihatan memperagakan sebahagian busana yang direka bersama model-model lain.
Mungkinkah Alia Bastamam akan mereka busana Francisca di pentas Miss Universe nanti?
Gaun rona biru rekaan Alia Bastamam untuk Miss Universe Malaysia 2013. Sumber gambar via International Business Times
Sebelum ini Alia pernah mereka busana gaun petang khas untuk Miss Universe Malaysia 2013 yang memperagakan busana tersebut di Rusia selaku tuan rumah Miss Universe Ketika itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Model kasut Nike Air VaporMax sekian lama telah digemari oleh ramai pencinta sneakers.
Tidak kiralah sama ada korang adalah peminat tegar jenama Nike ataupun tidak, rekaan VaporMax tentunya pernah menarik perhatian korang untuk memiliki sepasang kasut tersebut.
Terbaru, Nike bakal memperkenalkan Nike Air VaporMax 2020 Flyknit yang dianggap sebagai kasut paling mesra alam dalam sejarah pembikinan mereka.Impian itu dapat dicapai oleh Nike setelah research berkesan dilakukan oleh jenama tersebut terutamanya teknologi rekaan circular-nya.
Nike kini memandang serius terhadap isu pembuangan sisa dalam penghasilan produk mereka. Sebolehnya sebagai salah satu jenama peneraju dalam pembikinan kasut, mereka ingin mengelak perkara itu daripada terjadi.
Jom tengok bagaimana Nike tukar impian itu kepada realiti menerusi Air VaporMax 2020 FlyKnit ini.
Batch pertamanya diperbuat 75 peratus daripada bahan guna semula. Ini mampu dilakukan kerana teknologi 1 fabrik dari hujung hadapan ke belakang.
Fabrik FlyKnit diperbuat dairpada 67 peratus bahan industri yang telah dikitar semula termasuklah botol plastik.
Bahan TPU pada belakang tapaknya mengandungi 60 peratus bahan kitar semula. Ia memberikan corak abstrak sebagai corak di bahagian belakang.Akhir sekali tentulah rekaan tapak kasut. Dikenali sebagai Nike Grind, tapak Nike Air VaporMax 2020 FlyKnit juga diperbuat daripada bahan kitar semula.
*
Menarik tak?
Bila dah tahu mengenai proses pembikinan kasut ini, penulis rasakan kita lebih dapat menghargai estetika kasut tersebut. Dengan konsep ‘Rawthenticy’, kami percaya ini lebih daripada sekadar sneakers biasa.
Malah dalam koleksi Nike Air VaporMax sekalipun, model ini jelas special dan tersendiri.
Korang boleh mendapatkan Nike Air VaporMax 2020 bermula 23 Julai ini.
Tinggal 3 hari je gaiss! BTW, bagi yang masih berdepan kesukaran untuk memilih sneakers, korang boleh mencuba beberapa tip BERKESAN ini.
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.