Ada apa ya dengan orang yang namanya bermula dengan huruf F ini?
Setelah tiga bulan menyembunyikan identiti anak mereka atas keputusan peribadi, Fattah Amin & Nur Fazura mengambil tarikh istimewa 1 Disember 2021 ini untuk berkongsi wajah cahaya mata sulung mereka, Nur Fatima Aisya buat kali pertama di media sosial.
Dua foto yang telah dimuat naik oleh Fazura pada tengah malam tadi dan pagi ini telah mengesahkan tekaan peminat betapa comelnya wajah Fatima yang berada dalam pangkuannya itu.
Muat naik tersebut telah mendapat respon hangat di kalangan selebriti apa apabila masing-masing menyampaikan rasa teruja di ruangan komen. Netizen pula jelas merasakan wajah Fatima buat masa ini menyamai wajah Fattah yang calm, cool & collected.
Ads
Karakter Insan Berhuruf F
Apapun, penulis pasti karakter Fatima akan mirip karakter peribadi Fattah & Fazura. Kata orang, insan yang namanya bermula dengan huruf F ini adalab seorang yang idealistik dan romantis.
Dia akan mencari pasangan terbaik yang dapat dia temukan dan setelah tercapai hasratnya itu, dia akan kekal setia.
Ads
Insan berhuruf F ini juga yakin dengan kecantikan dan rupa paras yang dimilikinya. Lihat beberapa lagi karakter mereka di bawah:
1 Suka menyenangkan hati orang lain.
2 Bermurah hati
Ads
3 Energetik pada masa yang tepat, ceria dan mudah berkawan.
4 Mampu menerima pendapat orang lain walaupun ia mungkin bertentangan dengan pendapatnya.
5 Suka mengajak orang lain untuk positifkan diri.
6 Manja dan suka merajuk.
7 Seorang yang bersifat kental dengan fighting spirit demi perkara yang dipercayai olehnya.
Sejak mula menemui penonton pada tahun 2010, program variety ‘Running Man’ telah mencapai tahap populariti global yang luar biasa.
Malah tidak salah untuk REMAJA katakan bahawa inilah program televisyen Korea Selatan yang telah berjaya menembusi pasaran dunia dengan cukup berjaya.
Nama-nama ahlinya seperti Yoo Jae Suk, Kim Joong Kook, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Ji Suk Jin, Haha, Yang Se Chan dan Jeon So Min kini menjadi sebutan setiap minggu dengan kemunculan pelbagai telatah mencuit hati mereka.
Ahli-ahli lama seperti Kang Gary, Song Joong Ki dan Lizzy juga sentiasa tersemat di hati peminat.
Menariknya setiap hali Running Man mempunyai personaliti berbeza dan unik. Maka tak hairanlah peminat mereka ada favourite yang tersendiri. Jom try kuiz di bawah untuk ketahui ahli Running Man yang manakah kena dengan personliti korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun 2 hari telah berlalu sejak insiden anak kapal Dayang Topaz meninggal dunia, rata-rata netizen Malaysia masih berduka dengan berita tersebut.
Dalam insiden di Kuala Baram, Miri Sarawak itu, dua orang kru warganegara Malaysia disahkan telah meninggal dunia setelah kapal penyelenggara, Dayang Topaz karam akibat cuaca buruk di sana.
Salah satu sauhnya terputus sehingga menyebabkan ia hilang kawalan dan melangar sebuah pelantar minyak yang berada berhampiran.
Dalam pada itu, 173 orang daripada 185 kru kapal Dayang Topaz telah selamat dibawa ke jeti Pelabuhan Miri.
Kerjaya sebagai seorang anak kapal dalam industri minyak & gas – atau dalam bahasa glamornya, petugas offshore – sememangnya mempunyai risiko yang tinggi.
Walaupun kerjaya ini menawarkan gaji lumayan sehingga boleh mencecah RM7,000 ke atas, kesusahan dan cabaran yang perlu mereka hadapi pada setiap hari tidak selalu diketahui oleh orang awam. Itu belum lagi kepayahan perlu berjauhan dengan ahli keluarga dan orang tersayang.
Susulan insiden Dayang Topaz, seorang pemilik akaun Twitter @faizalsani12 telah berkongsi contoh situasi berisiko yang perlu dihadapi petugas offshore. Setinggi gaji mereka, kadangkala tinggi lagi ombak di lautan.
Memang padan lah diorang ni dibayar gaji tinggi kalau macam ni risiko kerja yang diorang kena hadap pic.twitter.com/CRinc6TsQF
Rata-rata netizen berkongsi pendapat mereka mengenai pekerjaan ini.
Teringin sangat nak ‘naik offshore’
Kejadian ombak besar satu perkara normal
Petugas selalu akan hargai kehidupan
Kalau bad weather memang semua cuak sebab ombak boleh buat platform 8 kaki bergoyang angin pn boleh buat orang terbang,tapi kalau weather cantik kau nampak laa cantik nya ciptaan Allah ✨ pic.twitter.com/FyT8g8Jozs
Impian kumpulan duo, Dem Lepak Boys untuk bertanding di pentas akhir Big Stage minggu hadapan terkubur begitu sahaja apabila mereka disingkirkan dari pertandingan nyanyian tersebut malam semalam.
Dengan lagu C.H.R.I.S.Y.E, kumpulan duo lelaki ini ternyata gagal meninggalkan impak persembahan yang kuat kepada barisan juri apabila markah yang diberikan membawa mereka ke pentas penyingkiran.
Justeru dengan penyingkiran mereka dan penyanyi/komposer Firdaus Rahmat sekaligus mengurangkan jumlah peserta lelaki yang akan berentap di pentas final Big Stage minggu hadapan.
Namun, kumpulan duo tersebut enggan menganggap penyingkiran tersebut sebagai tanda noktah dalam perjalanan seni mereka.
“Kami akan keluarkan single terbaru pada 7 Julai ini dan yang paling menarik tentang lagu ini ialah rakan duet kami iaitu Elica Paujin, juara Big Stage musim lalu.
“Genre lagu ini juga sangat menarik bagi kami. Selalunya orang expect untuk kami keluarkan lagu rancak namun kini kami berpaling arah dengan fokus ke arah genre balada,” jelas mereka ketika sidang media semalam.
Bekas juara Showdown 2012 ini turut menzahirkan kegembiraan mereka kerana berjaya menempuh tempoh 9 minggu yang penuh dengan pelbagai dugaan.
“Ianya satu kebanggaan bagi kami untuk sampai ke tahap ini dalam pertandingan. Nak lawan dengan peserta lain yang lebih mantap dari segi vokal bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sejujurnya, kami sangat gembira dan bersyukur,
“Lagu ini juga bukanlah sebuah lagu yang mudah dibawa namun kami dah buat yang terbaik dan sehabis mampu. Kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada rakan duet kami yang banyak membantu selama ini,” jelas dua penyanyi muda ini.
Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan COEX merupakan peserta yang tersingkir dari pentas Big Stage musim ke-5.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Gempak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!