“Memang ada niat nak kahwin tapi jodoh belum jumpa”
Demikian pertuturan pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak yang lebih tenang membicarakan soal jodoh…
Menurut bintang berusia 39 tahun itu, dia mengakui ada masa dirinya berasakan soal jodoh bukan lagi menjadi keutamaan buatnya. Selain, kegagalan menjalinkan cinta sebelum ini membuatkan dia bimbang untuk kembali berhubungan dengan mana-mana wanita.
“Sekarang ini saya lebih tenang kalau bercakap soal hubungan. Kalau ada berjumpa dengan mana-mana wanita, saya rasa lebih senang jadi kawan baik.
Ads
“Apabila sudah menjadi kawan baik memang tak fikir ke arah bercinta, ada juga datang ketika saya sibuk bekerja, jadi tidak fokus ke arah perkahwinan.
“Mungkin ada juga kerisauan daripada kisah lampau. Oleh itu, saya ambil jalan untuk abaikan dahulu soal bercinta,” tuturnya.
Ads
Perkara tersebut dikongsikan Zizan ketika ditemui di sidang media dan majlis berbuka puasa bersama barisan pelakon Polis Evo 3 yang berlangsung di Six In The City, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Dalam pada itu, bercakap mengenai karya hit berkenaan yang bakal ditayangkan pada 25 Mei depan, penyanyi lagu popular Bawa Aku Pergi itu berkata dia tidak mengalami sebarang masalah besar ketika sesi penggambaran meskipun bekeria dengan pengarah baharu iaitu Syafiq Yusof.
Ads
Sekadar informasi, Polis EVO 3 merupakan filem aksi Malaysia dengan arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions. la merupakan kesinambungan daripada Polis EVO 2 (2018) dan filem ketiga dalam trilogi Polis EVO, filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak.
Lebih menarik, Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Dato’ Afdlin Shauki, Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial, Zukieeeee.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon lelaki berusia 39 tahun itu pernah menjadi sebutan peminat filem Hollywood setelah filem lakonannya seperti 500 Days of Summer (2009), Inception (2010) dan Snowden (2016).
Kali ini, Joseph kembali menjadi sebutan orang Malaysia – bukan kerana lakonannya di hadapan kamera tetapi kerana kerja di belakang tabir pula.
Joseph telah berkolaborasi bersama produksi hitRECord! untuk menghasilkan sebuah filem pendek berjudul ‘This Is Malaysia’.
Ia merupakan sebuah filem pendek berkonsepkan dokumentari dan menceritakan mengenai keindahan yang ada di negeri-negeri di Malaysia.
Dari budaya yang pelbagai di tengah Kuala Lumpur serba kesibukan, hinggalah ke kawasan pergunungan di banjaran negeri di seluruh negara.
Sambil berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan projek ini direalisasikan, Joseph turut berkata, “Saya bangga dengan apa yang kami berjaya lakukan bersama-sama, dan kami tak sabar untuk menjayakan projek yang seterusnya.”
Jom kita baca beberapa bait monolog yang disebutkan sepanjang filem pendek berdurasi 1 minit 56 saat itu.
Its jungle is our nest
The kaleidoscope is our colour
Sews and twines are in the blueprint of our veins
With seas of bright blue beauty
And marvelous minerals mines.
This is Malaysia
Where our hearts belong
*
Untuk pengetahuan, foto dan video yang dipaparkan dalam filem ini adalah ihsan daripada 88 orang ahli komuniti hitRECord!
Jom tonton video penuhnya di bawah:
Sebelum ini, Apple juga pernah mengiktiraf seorang remaja yang membidik gambar berlatar belakangkan sawah padi.
Penyanyi rap, Benjamin Hammond Haggerty atau lebih dikenali sebagai Macklemore tular di media sosial selepas melancarkan lagu terbaru yang berjudul Hind’s Hall. Lagu ini menjadi sorotan ramai pendengar bukan kerana kekuatan muziknya, tetapi pesanan yang lantang disuarakan melalui lagu ini mengenai isu tragedi kemanusiaan di Gaza juga amat jelas.
Pelantun lagu terkenal seperti Thrift Shop dan Can’t Hold Us ini menyuarakan sikap solidaritinya terhadap mahasiswa dan mahasiswi di seluruh dunia yang berani berpartisipasi dalam protes gencatan senjata di Gaza, Palestin.
Kredit: Good Good Good
“Hind’s Hall” bukan hanya merujuk terhadap penunjuk perasaan di kampus Hamilton Hall, Universiti Columbia, tetapi ia juga sebagai bentuk penghormatan terhadap Hind Rajab, seorang kanak-kanak Palestin berusia enam tahun yang tewas dalam serangan di Gaza.
Dalam lirik rapnya, Macklemore tidak hanya mengkritik tindakan keras yang dilakukan oleh pihak Polis Los Angeles terhadap penunjuk perasaan. Malah, penyanyi itu juga mengecam Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sekaligus mempersoalkan sikap rakan-rakan industri muzik.
“The blood is on your hands, Biden, we can see it all”
“What happened to the artist? What d’you got to say?”
“If I was on a label, you could drop me today”
Menurut Macklemore dalam lagu Hind’s Hall dia tidak akan mengundi Biden pada pilihan raya seterusnya. Dalam pada itu, dia juga menyatakan bahawa jika dia adalah bernaung dibawah label muzik, dirinya sedia untuk dilepaskan kerana dia terpanggil untuk menyuarakan kebenaran.
Kredit: Instagram Macklemore
Melalui perkongsiannya di aplikasi Instagram, video lagu Hinds Hall telah ditonton sebanyak lebih 159 juta setakat hari ini. Ramai juga peminat yang memuji langkah yang diambil Macklemore kerana berani menyuarakan isu yang sedang hangat ini.
“Once it’s up on streaming all proceeds to UNRWA,” kata Macklemore.
Macklemore juga menyatakan bahawa semua hasil keuntungan dari lagunya akan disumbang kepada United Nations Relief and Works Agency (UNRWA). UNRWA merupakan organisasi bantuan dan manusia yang membantu dari segi pendidikan, kesihatan, layanan sosial, serta bantuan darurat untuk mangsa di Gaza.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sikap ramah dan penuh kasih sayang yang ditunjukkan oleh aktres jelita, Anzalna Nasir bersama sekumpulan anak-anak istimewa baru-baru ini membuatkan ramai warganet sebak.
Menerusi satu hantaran di TikTok, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat melayan sekumpulan kanak-kanak yang sedang mencari baju raya di sebuah gedung tekstil terkenal, Jakel.
Pada awalnya, Anzalna menyangka kanak-kanak berkenaan adalah anak-anak yatim, namun ternyata mereka adalah anak-anak OKU pekak dan bisu.
“Semasa sesi meet and greet di Jakel, saya bertemu dengan anak-anak yang pada mulanya disangka anak yatim tetapi rupanya mereka adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu.
“Allahuakbar, tersentuh hati. Paling seronok bila tengok semua anak-anak gembira sebab dapat baju raya,” kata Anzalna dalam hantaran tersebut.
Apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila kanak-kanak tersebut memeluk erat pelakon berusia 37 tahun itu.
Rata-rata warganet yang menonton video itu tidak dapat menahan sebak dan memberikan pelbagai komen positif terhadap sikap Anzalna.
Mereka memuji keikhlasan Anzalna dalam melayan anak-anak OKU tersebut dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
“Kasih sayang dia kepada anak kelainan upaya tak palsu, nampak keikhlasan hatinya,” komen seorang warganet.
“Nak menangis dan sayu aku tengok dia peluk budak tu, anak-anak syurga semua ini. Bestnya kaya, teringin nak kaya dan buat macam ini,” ujar warganet lain.
Tidak kurang juga, ada yang memuji sikap Anzalna yang mesra dengan semua lapisan masyarakat.
“Anzalna ni baik sangat. Walaupun dia T20 tetapi dia pernah layan kami B40 baik macam video ini. Dia peluk dari hati, saya masih ingat keikhlasan layanan Anzalna,” tulis seorang pengguna media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Anzalna Nasir
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!