Sikap ramah dan penuh kasih sayang yang ditunjukkan oleh aktres jelita, Anzalna Nasir bersama sekumpulan anak-anak istimewa baru-baru ini membuatkan ramai warganet sebak.
Menerusi satu hantaran di TikTok, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat melayan sekumpulan kanak-kanak yang sedang mencari baju raya di sebuah gedung tekstil terkenal, Jakel.
Pada awalnya, Anzalna menyangka kanak-kanak berkenaan adalah anak-anak yatim, namun ternyata mereka adalah anak-anak OKU pekak dan bisu.
“Semasa sesi meet and greet di Jakel, saya bertemu dengan anak-anak yang pada mulanya disangka anak yatim tetapi rupanya mereka adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu.
“Allahuakbar, tersentuh hati. Paling seronok bila tengok semua anak-anak gembira sebab dapat baju raya,” kata Anzalna dalam hantaran tersebut.
Apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila kanak-kanak tersebut memeluk erat pelakon berusia 37 tahun itu.
Rata-rata warganet yang menonton video itu tidak dapat menahan sebak dan memberikan pelbagai komen positif terhadap sikap Anzalna.
Ads
Mereka memuji keikhlasan Anzalna dalam melayan anak-anak OKU tersebut dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
“Kasih sayang dia kepada anak kelainan upaya tak palsu, nampak keikhlasan hatinya,” komen seorang warganet.
Ads
“Nak menangis dan sayu aku tengok dia peluk budak tu, anak-anak syurga semua ini. Bestnya kaya, teringin nak kaya dan buat macam ini,” ujar warganet lain.
Tidak kurang juga, ada yang memuji sikap Anzalna yang mesra dengan semua lapisan masyarakat.
“Anzalna ni baik sangat. Walaupun dia T20 tetapi dia pernah layan kami B40 baik macam video ini. Dia peluk dari hati, saya masih ingat keikhlasan layanan Anzalna,” tulis seorang pengguna media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Anzalna Nasir
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem seram bakal menemui penonton di pawagam pada 15 April ini, The Unholy yang diadaptasi berdasarkan novel popular ‘Shrine’ karya James Herbert.
Filem yang dibintangi oleh Jeffrey Dean Morgan, Katie Aselton, William Sadler, Cricket Brown, Diogo Morgado, Cary Elwes menceritakan tentang seorang wartawan yang bernama Gery Fenn cuba untuk menghidupkan kembali kerjayanya dan berhijrah ke bandar kecil New England untuk menyiasat.
Fenn menemui seorang gadis muda yang cacat pendengaran dikenali sebagai Alice. Namun selepas dikunjungi ‘Virgin Mary’, dia mampu mendengar, berbicara dan menyembuhkan penyakit. Berita mengenainya tersebar, dan ramai orang datang untuk melihat keajaibannya.
Daripada keajaiban itu rupa-rupanya tersembunyi sebuah rahsia yang dapat dirungkai oleh lelaki itu. Fenn berusaha untuk membantu Alice dan masyarakat di sekitar Benfield agar tidak terpedaya dengan ‘Virgin Mary’ itu.
Filem ini memaparkan kepercayaan yang dianuti oleh agama Kristian yang menyanjung ‘Bonda Tuhan’ mereka iaitu Mary. Marry dianggap mampu memberikan keajaiban kepada masyarakat yang mempercayai kewujudannya dan melihatkan kepada penyembuhan Alice dan seorang lagi kanak-kanak lelaki cacat yang sudah boleh berjalan, ramai yang menyanjung dan memuja ‘Bonda Tuhan’ itu.
Jalan cerita filem ini boleh dikatakan straight forward dan tidak akan membuatkan penonton tertanya-tanya kerana semuanya telah disusun dengan baik. Pada mulanya, kami juga terfikir apakah konflik filem ini kerana diawalnya semuamya seperti ‘baik-baik’ sahaja. Bermula dengan agak perlahan, The Unholy berjaya mengalihkan semula perhatian penonton untuk lebih fokus melihat apakah yang akan berlaku seterusnya.
Apa yang menariknya, diakhir filem ini ada tertulis mesej yang bermaksud lebih kurang “jangan mempercayai musang berbulu ayam yang menggunakan agama untuk memperdayakan orang lain”. Tiba-tiba kami terfikir tentang isu yang sering disebut oleh masyarakat Malaysia, si ‘penunggang agama’. Tak sangka pula ‘mat salleh’ pun ada yang ‘menunggang agama’. Hiks!
Jangan lupa saksikan The Unholly yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 15 April 2021. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap selebriti mempunyai nama pentas mereka yang biasanya agak berbeza sedikit dengan nama sebenar. Ia mungkin kerana untuk lebih mudah diingati dan lebih komersil.
Disebabkan itu, ramai yang tidak tahu nama sebenar selebriti pujaan mereka, malah ada yang terkejut kerana ada yang namanya memang jauh berbeza dengan nama ‘glamour’.
Seperti di Malaysia, selebriti Indonesia juga menggunakan nama pentas mereka dalam dunia hiburan ini. Berikut kami senaraikan antara nama sebenar selebriti-selebriti Indonesia yang mungkin korang tidak tahu.
Ha kalau kami sebut nama sebenar selebriti ini tanpa beritahu siapakah gerangan orangnya, pasti ada yang korang tak kenal kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kadangkala kita sebagai rakyat biasa mudah lupa, figura publik seperti keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hanyalah insan biasa.
Mereka makan, mereka tidur (mungkin kurang sedikit daripada kita) dan mereka juga mempunyai ahli keluarga untuk dilayan.
Oleh sebab itu, apabila ditanya oleh rakan media semalam mengenai perancangan DS Anwar selepas dibebaskan daripada tahanan, beliau menjawab, “Saya ingin gunakan masa ini untuk bersama keluarga. Cucu saya sudah bertanya, ‘Papa Tok, mana aiskrim?’
“Dapat berjumpa dan berkumpul sekali, itu adalah satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Ramadan ini adalah masa untuk bersama mereka,” kata beliau kepada rakan di Astro AWANI.
3 tahun bukanlah tempoh yang sekejap untuk menunggu dapat makan aiskrim bersama. Tapi janji tetap janji!
Semasa berbuka puasa hari ini, DS Anwar menerusi perkongsian foto salah seorang rakan media dilihat sedang ‘lepak’ di meja makan kediaman beliau sambil menikmati aiskrim.
Wartawan Channel News Asia, Sumisha Naidu berada di kediaman beliau hari ini untuk sesi temuramah.
Hakikatnya, DS Anwar tidak habis-habis ditemuramah daripada semalam sehingga hari ini dan hendak atau tidak, Sumisah dan kru terpaksa menunggu giliran mereka.
Ketika dia meminta izin untuk menggunakan bilik air di bahagian kediaman, Sumisha tidak menyangka sebaik saja keluar dari situ, DS Anwar dan cucu-cucu beliau berada di meja makan sambil menikmati aiskrim!
Apa lagi, tergamam lah akak! Hehe, iyalah takut dikatakan mengganggu privasi.
Sambil tergelak, YB Nurul Izzah berkata, “I’m sorry Sumisha but he promised them.”
Iya, janji tetap janji walaupun janji kepada cucu sendiri yang mungkin belum mengerti senario politik membabitkan keluarga mereka sendiri dan Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.