
Masih ramai orang awam yang degil dan ingkar kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sewenang-wenangnya, mereka dilihat masih menjalankan aktiviti seperti kebiasaan dalam situasi pandemik sekarang.
Menurut laporan, seorang pemuda terpaksa membayar kompaun berjumlah RM5,000 selepas didapati merentas daerah dari Jitra ke Alor Setar semata-mata untuk melepaskan rindu dan keluar bersiar-siar dengan teman wanitanya.
Kejadian berlaku di Jalan Limbong Kapal, Alor Setar itu dapat ditangkap selepas pihak polis menahan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dinaiki lelaki tersebut bersama teman wanitanya dalam rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP.
Pada waktu tersebut, pemuda berusia 30 tahun itu dilihat sedang bermain futsal ketika sepasukan anggota polis membuat rondaan di Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang.

“Melalui semakan, pemandu kenderaan mengaku datang dari Jitra, Kedah untuk keluar bersiar-siar bersama rakan wanitannya namun semakan lanjut mendapati wanita itu beralamat di Alor Setar.”
“Susulan itu, kita mengeluarkan kompaun ke atasnya kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran rentas daerah yang sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memasuki daerah ini semasa tempoh pelaksanaan PKP,” katanya dalam satu kenyataan.
Kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Perkara 4 dan 5 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) (No 4) (Pindaan) (No 15) 2021).
Namun, rakan wanita kepada lelaki berkenaan hanya dibenarkan pulang dengan amaran.
Haa, jangan ingat pasukan PDRM kita tidak mengambil serius tentang hal ini ya.
Tak fasal-fasal kena keluar RM5,000 untuk bayar kompaun. Nasihat penulis, kalau korang rindu girlfriend telefon sajalah. RM5,000 itu lebih elok dibuat hantaran saja hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ular Punca Wabak? Ada Sebab Mengapa Haiwan Eksotik & Berbisa Diharamkan Islam

Situasi trending yang sedang menakutkan kebanyakan negara terutamanya di benua Asia buat masa ini tak lain tak bukan ialah wabak Virus Corona.
Artikel Berkaitan: Terkejut Lihat Ramai Pelancong China Di Langkawi, Netizen Speku Dari Wuhan?
Walaupun pasukan saintis sedunia masih mencari punc sebenar wujudnya virus misteri ini sejak akhir Disember 2019, ramai yang mengaitkan Virus Corona dengan pengambilan haiwan eksotik terutamanya ular, tikus, kelawar dan lain-lain sebagai makanan di China.
Pada waktu yang sama, sebahagian pasukan saintis berkata kita tak seharusnya membuat kesimpulan sebelum ia benar-benar disahkan.

Apapun, seperti wabak Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) yang pernah melanda dunia sekitar tahun 2002-2003, Virus Corona juga berkait dengan kumpulan kelawar.
Mereka mensyaki ada di antara haiwan eksotik yang dijual di pasaraya basah Wuhan dijangkiti wabak tersebut daripada kumpulan Kelawar dan akhirnya merebak kepada manusia.
Lalu, masyarakat Muslim pantas mengingati semula akan larangan agama terhadap makanan eksotik seperti ini. Ada sebab dan hikmah mengapa kita dilarang untuk makan haiwan bertaring dan berbisa.

Ia telah disebut dalam Surah al-A’raf ayat 157.
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya : “Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”
Menurut perkongsian saudara Faiq Syahmi, apabila Allah mencipta dunia ini, Allah maha mengetahui kebaikan dan keburukan yang berada di dalamnya.
Contohnya makanan yang diharamkan adalah daging khinzir.
“Khinzir adalah binatang yang mempunyai peranan yang lain di muka bumi.
“Makanan untuk khinzir juga terdiri daripada sampah, bangkai dan serangga. Terlalu banyak jenis makanan yang dimakan oleh khinzir, maka ia tidak sesuai untuk badan manusia.”
Bagaimana pula hikmah Allah melarang kita daripada mengambil makanan binatang bertaring?

Menurut hadis yang diriwiyatkan oleh Ibnu Abbas, Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ وَعَنْ كُلِّ ذِي مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِ
Maksudnya : “Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.”
*
Kata Faiq lagi, “Hikmah tidak memakan binatang bertaring seperti kelawar, ular, dan lain-lain telah terbukti hari ini.
“Virus daripada sejnjs binatang boleh berjangkit ke binatang yang lain, akhirnya merebak kepada pengguna akhir iaitu manusia.”
Lalu, apakah fungsi sesuatu binatang jika mereka tidak dicipta untuk dimakan?
Fungsi siratan makanan adalah untuk mengawal sesetengah haiwan dari spesis yang lain untuk hidup berlebihan di bumi.
Jika tiada haiwan pemangsa di dalam hutan, maka jumlah haiwan herbivor akan bertambah, tidak terkawal lalu menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.
Begitulah hebatnya hukum dan hikmah yang telah ditetapkan islam.
Bukan sahaja sesetengah haiwan diharamkan. Malah makan berlebihan yang memberi mudarat pada tubuh badan seseorang.
Wallahualam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘No Dog. Only Rimau Allowed’: Chant ‘Anjing’, Pamer Sikap Tak Sensitif Rakyat Malaysia?

Sukan SEA 2017 edisi ke 29 menyaksikan negara kita menjadi tuan rumah. Ia merupakan kali keenam Kuala Lumpur diberikan penghormatan sebagai tuan rumah. Bagi kejohanan sukan yang cukup istimewa buat warga seluruh Asia Tenggara ini, Kuala Lumpur telah dipilih. Bagi ramai atlet, Sukan SEA merupakan platform untuk mereka menentukan penanda aras pencapaian mereka di peringkat Asia Tenggara; yang mungkin menjadi pembuka jalan untuk meningkatkan prestasi seterusnya ke peringkat lebih tinggi.
Antara acara sukan yang selalu mendapat perhatian ramai ialah bola sepak. Di angkat sebagai sukan nombor satu bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia Tenggara, setiap perlawanan bola sepak pastinya mendapat perhatian serta liputan yang lebih meluas. Edisi kali ini juga tidak kurang hebatnya. Pasukan negara kita diletakkan di dalam kumpulan A bersama Singapura, Brunei, Laos dan Myanmar.
Terkini, pasukan negara telah berjaya meraih tiga kemenangan dengan yang terbaru semalam menewaskan Myanmar dengan jaringan tiga berbalas satu. Setiap kali pasukan negara turun pastinya ribuan penyokong akan turun ke stadium. Mereka terdiri daripada pelbagai golongan tidak kiralah tua, muda atau pelbagai bangsa. Benarlah kata orang, tiada perkara lain yang boleh menyatukan rakyat Malaysia melainkan sukan.
Namun dalam perlawanan menentang Brunei dan Singapura baru-baru ini telah kedengaran satu nyanyian atau chant yang cukup tidak sedap didengar. Memanggil negara/pasukan lawan dengan gelaran ‘anjing’ bukanlah satu perkara yang boleh kita banggakan. Apatah lagi ditujukan kepada negara seperti Brunei yang sebelum ini tidak pernah ada perseteruan secara serius dalam mana-mana sukan dengan negara kita.
Sokongan yang ditunjukkan oleh penyokong Malaysia; tidak kiralah bagaimana bentuknya memang cukup ditagih oleh pasukan kebangsaan. Namun, adakah dengan memperlekehkan lawan dengan menggunakan gelaran ‘anjing’ boleh melemahkan semangat mereka? Kita sebagai negara tuan rumah seharusnya memberikan contoh terbaik. Dalam bersaing kita perlu ada rasa hormat kepada pihak lawan. Dengan hormat itu bukan bererti kita lemah atau takut, malah boleh menjadikan kita lebih kuat dengan sokongan yang total daripada semua pihak.
Adakah nyanyian/chant ‘anjing’ diterima oleh semua orang? Melihat reaksi daripada pelbagai pihak di media sosial, ia ternyata memberikan reaksi cukup berbeza/ rata-ratanya cukup tidak bersetuju dengan tindakan ini. Di bawah meurpakan antara rekasi-reaksi daripada netizen;
Malaysians singing/chanting “brunei anjing” during a match is so biadab. Like sure, go ahead & be an uncivilized nation.
— Putri El (@trxelvs_) August 21, 2017
Man, watching that video of malaysians chanting “Brunei anjing” pisses me to no end.
— H A (@DammitZiq) August 21, 2017
OMFG WTF i just saw the video where the Malaysians proudly chanting out loud “Brunei anjing” ???? OMG WHERE IS THE RESPECT??
— •°•Aurora•°• (@azaaaleeeza_A) August 21, 2017
Just saw a video of Malaysian fans chanting “Singapore itu anjing”. What kind of sportsmanship is that? Where’s the class expected as hosts?
— 天行者 (@IqbalHarith97) August 21, 2017
As Malaysian, when the crowd started to sing “Singapore Anjing”, I feel like we did not respect our neighbor at all. Change the chant guys
— Staylone Simbaku (@TelonTelon) August 16, 2017
Di kalangan penyokong bola sepak, perkara ini bukanlah perkara yang baru. Pada edisi Piala AFF 2012, ia pernah menjadi viral kerana perkara yang sama telah berlaku ketika pasukan negara menentang Singapura. Mungkin ada mengatakan sentimen ini berlaku kerana rivalry cukup kuat antara Malaysia dan Singapura. Ada juga mengatakan ia berlaku kerana sebagai tanda protes disebabkan penyokong kita menerima layanan teruk dan tidak dibenarkan masuk ke Singapura dalam perlawanan sebelum itu.

Walau apa jua alasan, kami di Remaja tidak menyokong sebarang bentuk cercaan atau provokasi yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia serta hubungan dengan negara-negara jiran. Di manakah sempadan yang harus kita letakkan? Usahlah kita terlalu taksub dan menceduk idea daripada penyokong bola sepak daripada Eropah atau Amerika Selatan. Mari sama-sama kita bina sokongan dengan cara kita sendiri. Apa jua sub budaya yang di bawa ke dalam bola sepak perlulah kita selarikannya dengan budaya kita sebagai orang Timur dan biarlah mempunyai adab seperti yang diajarkan oleh agama.
Ambil yang jernih, buang yang keruh. Semoga sokongan penyokong bola sepak Malaysia terus berkekalan. Demi Harimau Malaya, demi negara tercinta, demi maruah demi Malaysia!
Raikanlah Sukan SEA 2017 ini dengan moto yang kita laungkan. Bangkit Bersama! Rising Together! #RisingTogether #BangkitBersama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan Enjoy Sangat, Ini 23 Benda Yang Tak Boleh Buat Dan Kena Patuhi Sepanjang PKPB

Kerajaan telah mengumumkan pelan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal dilaksanakan pada 4 Mei ini.

Ini merupakan usaha untuk membenarkan pembukaan semula ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan pelaksanaan PKPB ini sebahagian besar kegiatan ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan boleh mendedahkan risiko kepada golongan tertentu.

Berikut aktiviti yang tidak dibenarkan sepanjang PKPB:
1. Hiburan dan Riadah
Panggung Wayang
Pusat Karoake
Taman Tema
Muzium
Busking
2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan
Perarakan Keagamaan
Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)
3. Persidangangan dan Pameran
Pameran Kerjaya
Pameran Perkahwinan
Promosi dan Pakej Pelancongan
Karnival Jualan
Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai
4. Pendidikan
Sukan semasa sesi persekolahan
Aktiviti kokurikulum bersemuka
Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang
5. Sukan
Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)
Kolam renang
Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang
6. Aktiviti Sosial
Kenduri – kendara
Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
7. Pengangkutan
Kapal Persiaran
8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman
Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
Bazar Ramadan
Bazar Hari Raya
9. Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor)
Terima pelawat
Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain
10. Pemasangan dan Penyenggaraan Jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina
Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang
11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen
Aktiviti fitting pakaian
12. Dobi ( khusus dobi layan diri)
Aktiviti melipat pakaian
13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka
14. Aktiviti Pensijilan bagi Agrikomoditi
15. Kedai Gunting Rambut dan Salun Kecantikan
Aktiviti PKP Bersyarat
16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak
17. Pengurusan Perhutanan
Ekopelancongan Hutan
Latihan Perhutanan
18. Perlombongan dan Pengkuarian
Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)
19. Perladangan dan Pertanian
Hari Bertemu Pelanggan
Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
Pesta makan buah-buahan
Kursus/ Seminar
Konvokesyen Institut Pertanian
Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya
20. Perikanan
Aktiviti perikanan rekreasi
Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium
21. Seni Kreatif
Penggambaran filem
Acara/konsert/program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam
22. Kebudayaan dan Kesenian
Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat
23. Pelancongan dan Perhotelan
Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran dan Café (bagi tujuan buffet)
So korang jangan pula bila dah habis PKP korang dah boleh enjoy, kita masih dalam ‘peperangan’ melawan Covid-19 ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

