Tapi sekiranya sudah terang-terangan seseorang mempamerkan sifat dengki di bahagian komen media sosial, tentulah kita tidak mahu ia berlaku pada rakan sendiri.
Dua hari lalu, pelakon yang popular dengan watak Cempaka menerusi drama Sweat Dreams, Yuna Rahim telahpun menegur seorang netizen yang mempersoalkan peluang lakonan yang diterima oleh pemenang tempat ketiga Hero Remaja
2020, Shameer Shauqeen ataupun Meerqeen.
Dalam posting poster telefilem komedi seram, Kelaster yang dimuat naik oleh Meerqeen, seorang netizen telahpun mempersoalkan kelayakan pelakon itu untuk digandingkan dengan pelakon senior dalam telefilem tersebut seperti Azhan Rani, Nora Danish dan Achey.
Lalu tanpa teragak-agak, Yuna yang juga merupakan gandingan Meerqeen dalam drama baharu, Angkara Cinta menjawab semula komen tersebut. Komen netizen itu bagaimanapun telah dipadamkan setelah Yuna berbuat sedemikian.
*
Ads
Bercakap kepada REMAJA mengenai komen balasnya pada posting Meerqeen tersebut, Yuna mempertahankan tindakannya itu kerana baginya, peluang berlakon berbalik kepada rezeki seseorang.
“Salah ke kalau pelakon baru diberi peluang untuk bergandingan dengan pelakon senior atau pelakon yang mempunyai nama besar? Itu adalah rezeki pelakon itu dan juga merupakan batu loncatan untuknya mengasah bakat.
Ads
“Apabila berada di set bersama pelakon seperti Achey dan Nora, saya percaya dia (Meerqeen) juga banyak belajar dan menerima tip daripada mereka berdua, selain daripada pengarah. Jadi mengapa netizen perlu mempertikaikan pula?
“It is not right to say such things like ‘layak ke tak layak untuk berlakon dengan A dan B’. Janganlah kita dengki,” jelas Yuna.
Tambahnya lagi, di antara 10 orang yang mengenali kita, mungkin 9 orang saja yang menyukai kita. Oleh itu, dia berharap agar Meerqeen ataupun pelakon baru lain tidak mengambil peduli jika menerima komen negatif sedemikian.
“Saya bukanlah nak memperbesarkan sesuatu perkara. Namun, saya tidak akan teragak-agak untuk menegur jika ada komen daripada netizen yang saya rasakan tidak patut. Bila kita cuba educate, mungkin ada orang ingat kita sedang marah. Tidak marah, hanya tegur.”
Drama Takdir Kita
Bercakap mengenai drama Angkara Cinta yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di saluran Astro Prima, Yuna merasakan penonton akan addicted dengannya kerana ia menampilkan barisan pelakon baru dan lama yang mempunyai tarikan masing-masing. Malah, Yuna juga yakin jalan ceritanya yang berkisarkan keluarga ini akan mudah diterima.
“Saya memegang watak Jiji yang rapat dengan keluarga karakter lakonan Meerqeen, Hun Haqeem dan Nina Juren. Sebaik mungkin, Jiji ingin membantu keluarga tersebut.
“Walaupun sibuk di set kerana drama ini melibatkan 70 episod, namun kami seronok melayan perangai masing-masing apabila ada waktu lapang. Terutamanya Syazwan Zulkifly dan Meerqeen, ada je perangai mereka,” katanya lagi.
Yuna juga teruja apabila kembali bergandingan dengan Nina Juren setelah mereka akrab daripada drama Sweet Dreams yang tular pada tahun lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli akademik dan pemikir terkenal negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid telah meninggal dunia hari ini pada jam 4.30 petang di Hospital Prince Court di Ibu negara.
Ungku Abdul Aziz diahirkan pada 28 Januari 1922 dalam susur galur keluarga kerabat Diraja Johor dari sebelah ayahnya manakala ibunya, Hamidah Abdullah, merupakan wanita keturunan Turki. Beliau merupakan seorang tokoh yang disegani terutamanya dalam bidang Pendidikan. Selain itu, beliau juga pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, allahyarham merupakan seorang figura penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Jasanya ternyata memberikan kesan positif kepada kita sehingga hari ini.
Dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada tahun 1978, allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran jenazah Allahyarham Profesor Ungku Aziz akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan malam ini.
Pertama sekali, tahniah REMAJA ucapkan kepada Starbucks Malaysia kerana telah menjadikan salah sebuah cawangan mereka sebagai yang pertama diuruskan sepenuhnya oleh kakitangan yang mempunyai masalah pendengaran dan pekak.
Timbalan Menteri Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Hannah Yeoh menerusi tweet menarik yang dimuat naik olehnya, mengucapkan syabas kepada pihak Starbucks Malaysia kerana cukup peka dengan keperluan serta memberi peluang kepada orang kelainan upaya untuk mengendalikan 100% cawangan mereka.
Malah apa yang menarik, cawangan Starbucks Malaysia di Bangsar Village II yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur merupakan yang pertama di dunia diuruskan sepenuhnya oleh kakitangan kelainan upaya pendengaran.
Hannah Yeoh yang menjadi jemputan terhormat ke majlis Starbuck Signing Store’s 2nd Anniversary di cawangan tersebut turut ‘mention‘ Fahmi Fadzil yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai. Mereka berdua merupakan antara pemimpin muda dari kerajaan MALAYSIA BAHARU yang REMAJA lihat sangat berkaliber dan aktif di laman media sosial. Apa yang kami perasan mereka cukup pantas memberi respons terhadap apa jua permasalahan yang dilontarkan terutamanya di Twitter. Tahniah YB sekalian!
Rata-rata netizen memberikan reaksi cukup positif terhadap keterbukaan pihak Starbucks yang memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada golongan istimewa ini.
Bagi REMAJA ini merupakan satu langkah yang positif terutamanya bagi sebuah badan korporat dan jenama terkenal seperti Starbucks yang telah memberi peluang dan sekaligus menepis stigma bahawa golongan ini tidak mampu bekerja. Hentikan diskriminasi terhadap golongan kelainan upaya.
Diharapkan lebih banyak syarikat-syarikat swasta yang lain mengambil dan meniru contoh yang telah dilakukan oleh Starbucks Malaysia. Ke arah Malaysia yang lebih gemilang!
Foto: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peperiksaan O level di Singapura biasanya diduduki oleh pelajar berusia 16 tahun dan ke atas. Untuk memasuki kebanyakan universiti di negara itu, pelajar di sana wajib menjawab dan lulus peperiksaan tersebut.
Jadi, tidak hairanlah apabila timbul kes cubaan penipuan di kalangan pelajar.
Namun, istimewanya untuk kes penipuan yang satu ini, ia dikendalikan oleh seorang guru tuisyen (tutor) menggunakan gajet teknologi tinggi seperti telefon pintar, Bluetooth dan earphone bagi membantu 6 orang pelajarnya pada tahun 2016.
Sebagai balasan, para pelajar itu akan membayarnya deposit berkumpulan S$8,000 (RM23,700) dan tambahan S$1,000 (RM2,970) setiap seorang.
Bagaimana cara mereka menipu? Haa..
Gambar hiasan
Perancangan ini dibuat oleh tertuduh bersama para pelajar dengan terperinci. Ala filem ‘spy‘ pun ada!
Tutor itu, Tan Jia Yan, menduduki peperiksaan sebagai calon persendirian.
Pada masa yang sama, dia menghantar soalan peperiksaan menerusi aplikasi FaceTime kepada satu pihak lain, yang seterusnya menghubungi para pelajar dan membacakan jawapan.
6 pelajar terlibat pula membawa masuk telefon pintar, Bluetooth dan menggunakan earphone mirip warna kulit.
Plot penipuan itu terbongkar selepas pengawas peperiksaan terdengar bunyi yang ‘aneh’ daripada salah seorang pelajar terlibat.
Pelajar itu telah dipanggil selepas peperiksaan dan diminta menanggalkan ves yang dipakainya.
Tengok-tengok…telefon bimbit, peranti Bluetooth dan fon telinga telah ditemui.
Tiga suspek lain ialah pengetua pusat tuisyen, Poh Yuan Nie; tenaga pengajar lain, Fiona Poh Min dan Feng Riwen.
Wang itu difahamkan, akan dikembalikan jika para pelajar itu gagal dalam peperiksaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!