Bagi meraikan International French Fry Day, McDonald’s Malaysia dan Menara KL berganding bahu menonjolkan paparan indah yang menerangi langit malam Kuala Lumpur dengan ‘The Tallest French Fry in Malaysia’, pada Khamis.
Malam tersebut, Menara KL yang ikonik menjadi kanvas yang cukup sempurna, dan ditransformasi menjadi McDonald’s French Fry yang luar biasa besarnya, sekali gus menyatukan dua ikon yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia.
Acara tersebut merupakan penghargaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira usia, dengan kecintaan mereka terhadap McDonald’s French Fries yang cukup digemari.
Selain itu, kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Menara KL menjadi lebih istimewa dengan kehadiran ikon muzik Malaysia, Dato’ Sheila Majid, yang cukup dikenali sebagai ‘Ratu Jazz’, untuk memeriahkan sambutan berkenaan.
Ads
Sebagai wajah untuk acara ini, Sheila Majid yang telah mencipta nama di rantau ini dan membawa pengiktirafan kepada Malaysia, membantu meraikan dua ikon kesayangan rakyat Malaysia ini melalui bakat dan daya tarikan muzik beliau yang tiada tandingan, sekaligus mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
“Kami teruja dapat bekerjasama dengan Menara KL untuk sambutan yang cukup istimewa ini. Sambutan ini memberi kami peluang untuk meraikan kasih sayang yang berkekalan rakyat Malaysia terhadap McDonald’s French Fries, kebanggaan mereka terhadap Menara KL yang tidak tergoyahkan, dan daya tarikan Sheila Majid sebagai ikon muzik tanah air.
Ads
“Acara pada malam ini merupakan penghormatan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan setia kami. Ini juga merupakan usaha kami mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan, melalui kegembiraan yang dibawa oleh ikon-ikon ini dalam kehidupan rakyat Malaysia,” kata Melati Abdul Hai, Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
Menerusi acara tersebut, sebagai pengiktirafan terhadap pendekatan kreatif dan unik untuk sambutan International French Fry Day, McDonald’s Malaysia juga direkodkan dalam Malaysian Book of Records untuk ‘The Tallest French Fry in Malaysia.’
Ads
“Pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records secara langsung mengukuhkan lagi komitmen kami dalam mencari cara baharu dan kreatif untuk mendekati rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.
“Ia juga menonjolkan dedikasi McDonald’s, bukan sahaja dalam menyediakan makanan yang lazat, tetapi juga kenangan terindah atau ‘feel-good moments’ untuk pelanggan kami. Ini tidak akan mampu tercapai tanpa sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia,” tambah Melati.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zuriat adalah idaman semua pasangan yang sudah berkahwin. Namun, tidak semua yang beruntung untuk dikurniakan dengan cahaya mata kerana ianya merupakan rezeki yang diberikah oleh Allah s.w.t menurut kehendaknya. Biarpun begitu, kita sebagai manusia tidak boleh berputus asa bahkan perlu terus berusaha dan berikhtiar.
Walaupun masih didalam kajian, mungkin berita ini akan memberi sedikit kegembiraan bagi mereka yang mempunyai masalah untuk hamil terutama yang berkaitan dengan rahim wanita.
Arus kemodenan dan inovasi sains kini membolehkan teknologi rahim buatan manusia digunakan bagi memastikan janin dapat berkembang di luar tubuh manusia. Selalu kita tengok dalam filem fiksyen je kan? Tapi kini ia giat dibangunkan dan tidak mustahil jadi kenyataan.
Bukan lagi angan-angan Pak Jenin ye!
Menurut laporan South China Morning Post, saintis dari Suzhou Institute of Biomedical Engineering and Technology telah berjaya membangunkan kecerdasan buatan yang memantau perkembangan janin tikus dalam rahim buatan manusia.
Kecerdasan buatan ini akan menjadi penjaga yang boleh mengesan perubahan nutrien dan tahap karbon dioksida janin tikus. Jika perubahan dikesan, ia boleh campur tangan untuk menggalakkan perkembangan dan memberikan notifikasi sekiranya janin mati.
Kajian pada waktu ini hanya dilakukan ke atas janin tikus kerana eksperimen menggunakan janin manusia diharamkan oleh komuniti sains kerana isu etika perubatan. Walaupun kertas kajian telah diterbitkan tiada maklumat sama ada janin tikus yang dibesarkan dalam rahim buatan manusia ini berjaya berkembang sepenuhnya ke tahap akhir.
Harap teknologi baru ini mampu membantu dan menyinari hidup pasangan yang mempunyai masalah tidak boleh mengandung kerana tiada rahim, kerjaya yang terhalang kerana bunting dan mereka yang tidak boleh mengandung akibat masalah kesihatan. Pada tahun 2017, janin biri-biri berjaya dibesarkan dalam rahim buatan manusia khusus untuk menyelamatkan bayi pra-matang.
Secara umumnya, kajian masih di peringkat awal tetapi tidak mustahil ia akan jadi kenyataan kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelari pecut wanita negara, Shereen Samson Vallabuoy berjaya meraih gelaran juara pertamanya pada tahun ini apabila mengungguli kategori 400 meter (m) wanita pada Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025 di Florida, Amerika Syarikat.
Menerusi satu perkongsian di Facebook pada Ahad, semalam, Olahraga Malaysia memaklumkan bahawa atlet berusia 26 tahun yang mewakili pasukan Life Speed itu berhasil menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 53.72 saat (s) untuk meraih emas.
Dalam pada itu, pingat perak dimenangi oleh Gabby Johnson daripada pasukan North Florida dengan catatan masa 55.17s.
Manakala, kedudukan pingat gangsa diraih oleh Nevaeh Lorjuste daripada pasukan Rowan dengan catatan masa 56.91s.
Kredit: Olahraga Malaysia
Menurut Shereen, 200 meter pertama agak mencabar disebabkan oleh cuaca berangin dan angin bertentangan.
“Secara keseluruhan, saya merasakan sangat baik dari segi teknikal dan berlari dengan penuh kekuatan,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengambil kemuliaan bulan Ramadan; kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Chelsea telah melakukan sesuatu yang jarang sekali dilakukan oleh mana-mana pasukan lain.
Chelsea telah membuka ruang tepian stadum Stamford Bridge kepada ratusan komuniti Muslim di London yang ingin membuka puasa mereka sekaligus menjadi stadium pertama yang melakukannya daripada pasukan-pasukan yang bertanding dalam liga paling popular di dunia itu.
Ia dimulakan sejak petang hari Ahad lalu di mana ruang untuk berbuka bersama-sama dalam persekitaran yang tenang dan selamat.
Pada majlis tersebut, pemain pertama berkulit hitam pertama bagi pasukan Chelsea pada tahun 1981; Paul Canoville telah menjadi jurucakap bagi menyampaikan kenyataan berikut.
“Saya terharu melihat komuniti kita semua di sini. Inilah makna sebenar sukan bola sepak itiu membawa orang ramai bersama-sama.”
“Saya tidak tahu apa untuk dijangkakan sebelum tiba di sini tetapi ia adalah pengalaman yang belum pernah saya rasai dan ingin sekali saya lakukannya semula,” kata Paul.
Turut menyertai Paul Canoville pada Ahad lalu adalah ahli komuniti tempatan di Fulham, para penyokong Chelsea dan juga pelajar sekolah di samping staf Chelsea FC.
Sukanya bila melihat mereka saling bersatu secara harmoni seperti ini di bumi Inggeris.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.