Maxis tampil memohon maaf susulan insiden tular di media sosial yang melibatkan pendedahan butiran akaun seorang pelanggan. Syarikat telekomunikasi itu mengesahkan siasatan dalaman sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan rasmi, Maxis memaklumkan bahawa semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan syarikat.

Menurut Maxis, hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut merupakan satu insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran dan tidak menunjukkan sebarang petunjuk bahawa pelanggan lain turut terkesan.

“Kami sedang menyiasat satu insiden yang tular di media sosial malam tadi berkenaan butiran akaun seorang pelanggan Maxis.

Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya. Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran. Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas. Kami akan menghubungi pelanggan berkenaan pagi ini berkaitan perkara tersebut.

Kami telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden ini dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang.

Kami memohon maaf atas insiden ini. Kami kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi.”

Maxis Mohon Maaf Susulan Insiden Data Pelanggan, Siasatan Sedang Dijalankan

Isu Tular Libatkan Khairul Aming

Kenyataan itu dipercayai dibuat susulan insiden yang tular di platform Threads melibatkan pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads berkongsi maklumat yang didakwa berkaitan bil telefon milik Khairul Aming secara terbuka. Individu berkenaan mendakwa usahawan itu mempunyai tunggakan bil sebanyak RM498 sebelum berseloroh bahawa talian telefon tersebut mungkin akan disekat sekiranya bayaran tidak dibuat.

Ads

Hantaran itu bagaimanapun menarik perhatian Khairul Aming yang tampil menjelaskan bahawa beliau sememangnya membuat pembayaran bil lebih awal untuk beberapa bulan. Menurutnya, baki kredit yang tersedia telah digunakan sehingga menyebabkan beliau tidak menyedari keadaan semasa bil tersebut.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan bagaimana maklumat berkaitan bil telefon peribadinya boleh diketahui dan dikongsikan kepada umum.

“Tak perlu beritahu sebab ini hal peribadi saya. Saya memang bayar bill in advance untuk beberapa bulan ke depan, tak perasan dah drained balance.

Tapi yang jadi creepy macam mana awak boleh tahu info bill saya ni sampai post ke public? Ini personal data saya.”

Maxis Ambil Tindakan Undang-Undang

Susulan siasatan yang dijalankan, Maxis memaklumkan bahawa individu yang dikaitkan dengan insiden tersebut telah dikenal pasti. Syarikat itu turut mengesahkan tindakan segera sedang diambil, termasuk memulakan tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

Ads

Pada masa sama, Maxis memberi jaminan bahawa perlindungan data pelanggan kekal menjadi keutamaan syarikat. Semua akses kepada maklumat pelanggan dipantau secara berterusan bagi memastikan sebarang penyalahgunaan dapat dikesan dan ditangani dengan segera.

Privasi Data Pelanggan Jadi Perhatian

Insiden itu turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai kepentingan menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan. Ramai berpendapat maklumat seperti rekod bil telefon, nombor akaun dan butiran pembayaran merupakan data peribadi yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum tanpa kebenaran pemiliknya.

Kes berkenaan juga mengingatkan semua organisasi yang mengendalikan data pelanggan supaya terus memperkukuhkan kawalan keselamatan dalaman bagi mengelakkan penyalahgunaan maklumat serta mengekalkan kepercayaan pengguna terhadap sistem perlindungan data mereka.

Ads

Setakat ini, Maxis menegaskan bahawa siasatan masih diteruskan dan syarikat akan mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads