Suatu ketika dahulu, sebelum masyarakat Malaysia ‘menggilai’ k-drama, drama Tagalog pernah mendapat tempat di hati penonton negara kita. Kecantikan dan kekacakan pelakon Filipina sering kali mendapat perhatian, selain jalan cerita dengan episode yang agak panjang membuatkan peminat sering ternanti-nanti.
Antara drama-drama Filipina yang mendapat sambutan hangat di sini adalah Pangako Sa Yo, Be Careful With My Heart, Endless Love, Sanay Wala Nang Wakas dan banyak lagi.
Kalau sebut tentang Pangako Sa Yo, mesti korang ingat pelakon wanitanya yang cantik, Kristine Hermosa yang banyak juga membintangi siri drama Filipina yang popular di Malaysia.
Seawal kemunculannya sekitar tahun 2000 menerusi drama Pangako Sa Yo, pelakon cantik manis ini baru berusia 17 tahun dan kini, selepas lebih kurang 20 tahun, Kristine Hermosa sudah pun memiliki keluarga kecilnya bersama suami dan empat orang anak. Wanita berusia 38 tahun ini juga kini sedang sarat mengandung anaknya yang kelima.
Pasti ramai yang merindui dan ingin melihat wajah terkini personaliti cantik ini. Walaupun sudah menjadi ibu kepada lima orang anak, Kristine Hermosa masih cantik seperti dahulu. Apa rahsianya ya?
Jom kita lihat foto terkini pelakon wanita Filipina ini.
Bulan Januari nampaknya dipenuhi dengan rasa seram..
Bukan apa, kebanyakan penerbit filem seram memilih Januari 2020 untuk mengeluarkan filem masing-masing di pawagam. Senang cerita, setiap minggulah korang boleh menonton filem seram baru!
Jom lihat apa yang menanti korang.
The Grudge
Tidak, ini bukanlah filem sekuel kepada filem bertajuk sama pada tahun 2004. Kali ini, ia menceritakan kisah sama dari pandangan 3 keluarga lain dan detektif tersebut semasa mereka cuba menyelesaikan sumpahan yang melanda.
Tayangan: 3 Januari
Underwater
Sekumpulan saintis berusaha untuk menyelamatkan diri setelah makmal bawah tanah mereka hancur akibat gempa bumi. Masalahnya, mereka perlu berhadapan dengan pelbagai makhluk anih di bawah laut.
Tayangan: 10 Januari
The Turning
Filem adaptasi moden dari The Turn of The Screw ini menceritakan kisah seorang nanny yang dilantik untuk menjaga 2 orang anak yatim yang menyimla pelbagai rahsia gelap.
Tayangan: 24 Januari
Gretel & Hansel
Kisah kanak-kanak ini bertukar ‘dark’ apabila difilemkan. Hansel & Gretel perlu menyelamatkan diri setelah diculik oleh ahli sihir yang mempunyai motif jahat ke atas mereka.
Tayangan: 31 Januari
*
Jika seram bukanlah genre kegemaran korang, apa kata korang pergi menonton filem yang baru saja memenangi 2 anugerah Golden Globes 2020 – 1917. Baca reviu kami di bawah mengenai filem ini.
Sukar untuk penonton tegar program realiti Gegar Vaganza meramalkan siapakah akan membawa pulang gelaran juara Gegar Vaganza musim kelapan malam ini. Justeru apabila Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara sebentar tadi, reaksi orang ramai nyata bercampur-baur. Ada yang bersetuju dan tentunya, kita tidak mengelakkan reaksi mereka yang tidak bersetuju.
Dengan kemenangan ini, Aliff Aziz sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Di antara Aliff Aziz dan Nikki Palikat yang membawa pulang gelaran Naib Juara, saingan mereka berdua di pentas akhir malam ini sememangnya sengit sehingga mencetuskan ‘perbalahan’ para penonton yang menyaksikan konsert akhir Gegar Vaganza 8 secara langsung di laman YouTube.
Menariknya, Aliff Aziz juga ialah juara kedua dari Singapura sepanjang Gegar Vaganza bersiaran selama lapan musim selepas Hady Mirza pada musim keenam.
Dalam nada sebak dan reaksi seakan tidak percaya, Aliff berkata, “Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah SWT kerana telah mengurniakan saya kemenangan ini.”
“Kepada semua rakan-rakan peserta saya, anda telah melakukan yang terbaik. Terima kasih kepada Umi dan Ayah Aliff di Singapura, kepada keluarga saya dan isteri saya. Terima kasih kepada Datuk Ramli MS, Bonda (Hetty Koes Endang), Datuk Syafinaz Selamat dan Joe.
“ Terima kasih kepada semua yang mendoakan Aliff dan memberikan kata-kata semangat, kemenangan ini adalah milik kita semua. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berjuang bersama rakan-rakan saya sepanjang musim ini,” kata Aliff.
Tempat ketiga jatuh kepada Suki Low yang dilihat semakin menunjukkan ‘belang’ dari minggu ke minggu. Manakala Adibah Noor berada di tangga keempat, Azan Scan kelima dan akhirnya, Aweera mengejutkan ramai penonton apabila sekadar berada di tangga keenam.
Kegagalan Aweera untuk menempah sekurang-kurangnya slot Top 3 ini juga mengejutkan ramai pihak memandangkan dia telah mengungguli episod separuh akhir, minggu lalu.
Bercakap mengenai kemenangan Aliff Aziz ini, juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow turut bersetuju dengan kemenangannya ini.
Kata Joe, “Kita tahu Aliff ialah seorang superstar dan Gegar Vaganza adalah platfomr terbaik untuknya mengumumkan bahawa dia kembali semula dalam industri seni ini. Setelah melalui pelbagai harungan dan cabaran selama ini, saya rasakan dia benar-benar layak memenangi malam ini.
“Dia mempunyai bakat dan meletakkan minat serta jiwa dalam persembahan yang dilakukannya sepanjang musim ini,” ulas Joe yang dilantik sebagai juri jemputan pada pentas akhir. Terdahulu, Joe juga memuji Aliff dengan teknikaliti serta persembahan rap oleh Aliff Aziz sewaktu pusingan kedua para peserta.
Kata Datuk Syafinaz Selamat pula, dia merasakan Aliff layak membawa pulang kemenangan ini.
“Semua peserta termasuk Aliff mempunyai ‘ups & downs’ masing-masing sepanjang GV8. Kita boleh nampak semua orang mencuba sedaya upaya untuk berada di sini. Saya benar-benar maksudkannya apabila saya katakan tadi, ini ialah musim Gegar Vaganza terbaik dalam sejarah,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang Perak pasti kenal benar dengan nama Sultan Idris Shah II yang memerintah negeri itu selama 21 tahun bermula dari tahun 1963 sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1984. Sepanjang memerintah negeri Perak, almarhum terkenal sebagai sultan yang berjiwa rakyat dan sentiasa dekat dengan mereka yang berada di bawah naungannya.
Salah satu kegemaran baginda adalah seni muzik. Kecintaan baginda terhadap seni muzik dizahirkan menerusi penubuhan sebuah kumpulan kugiran yang diberi nama Orkes RIShah. Baginda bukan sahaja seorang yang gemarkan muzik bahkan berbakat dalam penciptaan lagu serta penulisan lirik.
Antara lagu popular yang ditulis baginda adalah lagu Kalau Rindu nyanyian penyanyi terkenal Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang yang menjadi antara lagu menguasai carta sekitar tahun 70an. Selain itu baginda juga menulis lagu-lagu lain seperti Semalam di Subang dan Pulau Pangkor yang dirakam ke dalam piring hitam dan dinyanyikan oleh Aminah Ahmad.
Kulit album piring hitam Aminah Ahmad bersama Orkes RIShah.
Lagu Kalau Rindu nyanyian Rafeah Buang menjadi halwa telinga masyarakat sehingga kini dan masih lagi dimainkan di corong radio. Hasil kreativiti dan juga puitisnya lirik yang dihasilkan membuat lagu ini terus malar segar merentas zaman.
Bagi anak muda yang kurang kenal dengan almarhum Sultan Idris Shah II. Sedikit trivia untuk anda, Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah merupakan salah seorang puteri baginda dan ini menjadikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai cucunda baginda. Selain itu, seorang lagi anakanda baginda, Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Zukarnain merupakan Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan kini.