Suatu ketika dahulu, sebelum masyarakat Malaysia ‘menggilai’ k-drama, drama Tagalog pernah mendapat tempat di hati penonton negara kita. Kecantikan dan kekacakan pelakon Filipina sering kali mendapat perhatian, selain jalan cerita dengan episode yang agak panjang membuatkan peminat sering ternanti-nanti.
Antara drama-drama Filipina yang mendapat sambutan hangat di sini adalah Pangako Sa Yo, Be Careful With My Heart, Endless Love, Sanay Wala Nang Wakas dan banyak lagi.
Kalau sebut tentang Pangako Sa Yo, mesti korang ingat pelakon wanitanya yang cantik, Kristine Hermosa yang banyak juga membintangi siri drama Filipina yang popular di Malaysia.
Seawal kemunculannya sekitar tahun 2000 menerusi drama Pangako Sa Yo, pelakon cantik manis ini baru berusia 17 tahun dan kini, selepas lebih kurang 20 tahun, Kristine Hermosa sudah pun memiliki keluarga kecilnya bersama suami dan empat orang anak. Wanita berusia 38 tahun ini juga kini sedang sarat mengandung anaknya yang kelima.
Pasti ramai yang merindui dan ingin melihat wajah terkini personaliti cantik ini. Walaupun sudah menjadi ibu kepada lima orang anak, Kristine Hermosa masih cantik seperti dahulu. Apa rahsianya ya?
Jom kita lihat foto terkini pelakon wanita Filipina ini.
Hujung minggu korang bosan? Tak ada plan nak lepak mana dengan kawan-kawan? Apa kata ajak kawan korang naik Genting untuk merasai sendiri pengalaman di enam lokasi menarik di SkyAvenue mall, Resort World Genting.
Pergi ramai-ramai dengan geng mesti lagi best kan. Tapi, apa je enam lokasi menarik tu?
1. Alive Museum
Bagi korang yang suka bergambar, Alive Museum memang tempat paling tepat untuk korang serbu. Lukisan mural 3 Dimensi membuatkan korang nampak real bila bergambar.
Karya seni ini dihasilkan oleh pelukis dari Korea Selatan dan pastinya korang akan terpukau dengan hasil 3D daripada mereka.
2. Ripley’s Believe It Or Not! Odditorium
Lebih daripada 400 pameran artifak lama dikumpulkan dan korang bakal merasai satu ‘dunia baru’ yang lari daripada dunia sebenar. Koleksi-koleksi seperti model Pontianak dan kaki pemain bola terkenal David Beckham turut dibawa dalam pengembaraan ini.
3. Jurassic Research Centre
Masuk saja dalam tempat ni, korang akan terdengar ngauman lebih daipada 300 spesis replika dinosaur. Korang boleh feeling-feeling macam ada pada zaman dinosaur. Kelas!
4. Zombie Outbreak
Dah cukup berani? Bolehlah cuba masuk ke dalam Zombie Outbreak. Rasai pengalaman dikejar zombie dan macam-macam bunyi yang menyeramkan bakal korang dengar. Kalau tak menjerit, kami belanja korang teh o ais satu. Hiks!
5. Snow World
Kawasan yang berkeluasan 22,000 kaki meter persegi dengan suhu -10 darjah celcius memang tak sesuai untuk korang yang tak tahan sejuk. Serious sejuk beb! Kadang-kadang feeling macam Winter Sonata pulak. Heeee..
6. Food Court Moden Mewah
Dah penat berjalan mesti la perut rasa lapar. Nak makan makanan yang sedap tapi dengan harga berbaloi? Pergi saja ke medan selera berkonsep mewah yang baru saja dibuka di SkyAvenue, Resorts World Genting.
Sajian makanan Nusantara yang terdiri daripada pilihan masakan Nasi, Mi, Laksa, Timur Tengah membuatkan korang tak ada lagi alasan tak tahu nak makan apa.
Paling penting, semua makanan di sini adalah halal dan boleh dimakan tanpa rasa ragu-ragu. Hehe!
Apa lagi guys, let’s lepak Genting weekend ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
K-drama yang kini popular ditonton oleh peminat di Malaysia tidak lain tidak bukan ialah The Glory yang sudahpun ditayangkan di platform penstriman Netflix.
Rata-rata menggemari jalan ceritanya yang menyentuh tentang impak perlakuan buli di sekolah terhadap kehidupan seseorang biarpun sudah menginjak ke usia dewasa.
Malah lakonan bersahaja oleh Song Hye-kyo yang membawakan watak Moon Dong-eun dan Shin Ye-eun/Lim Ji-yeon yang melakonkan watak Park Yeon-jin semasa usia remaja serta dewasa juga membuatkan penonton ‘ketagih’ mengikuti The Glory dari awal hinggalah ke episod penamat.
Begitupun, The Glory tidak terlepas daripada kontroversi juga.
Di Korea Selatan, seorang pembaca ramalan cuaca sebenar yang bertugas di bilik berita MBC News Desk baru-baru ini tampil mengkritik cara K-drama tersebut menggambarkan kehidupan serta tugasan seorang wartawan cuaca.
Wartawan merangkap meteorologis itu dikenali sebagai Kim Ga-young.
Menerusi hantaran di media sosial, dia mengulas bahawa pekerjaan Park Yeon-jin sebagai seorang pembaca ramalan cuaca tidak sama seperti dunia realiti yang tidaklah seglamor yang digambarkan dalam drama The Glory.
Pembaca ramalan cuaca saluran MBC, Kim Ga-young.Watak Park Yeon-jin (tengah) sebagai wartawan cuaca lakonan Lim Ji-yeon dalam The Glory.
Menerusi The Glory, Yeon-jin memilih untuk menjadi seorang pembaca ramalan cuaca kerana ia dianggap popular dan glamor. Perwatakan ini disanggah Ga-youn sama sekali.
“Pekerjaan yang glamor? Tidak. Ini merupakan satu pekerjaan yang memerlukan anda bekerja dengan amat keras.
“Seorang wartawan cuaca bukan sahaja bertanggungjawab ke atas rutin harian orang ramai yang menonton tetapi juga ke atas keselamatan mereka,” catatnya.
Watak Park Yeon-jin sebagai wartawan cuaca lakonan Lim Ji-yeon dalam The Glory.
Ga-young kemudian mengkritik salah satu adegan yang menunjukkan watak Yeon-jin memiliki sebuah pasukan penulis khas bagi menyediakan kesemua skrip yang akan dibacakan olehnya sewaktu bersiaran langsung dalam slot berita.
Kata Ga-young, cara kerja itu tidak tepat dengan dunia sebenar di mana seorang wartawan cuaca akan bertanggungjawab ke atas skrip mereka sendiri termasuklah rekaan grafik serta data yang diperolehi daripada pihak berkuasa.
REMAJA juga percaya skit menari yang dipopularkan oleh Park Ga-young dalam segmen cuacanya juga dicipta sendiri oleh dia dan pasukan di belakang tabir.
Antara selebriti yang pernah dijemput bagi mewarnai segmen tersebut termasuklah Park Jin-young atau JYP daripada J.Y.Park and The Asiansoul serta rapper, Zico.
Memandangkan industri perfileman dan drama di Korea Selatan amat mengambil berat mengenai persamaan di antara dunia realiti dan skrip di set penggambaran, pastinya pasukan produksi The Glory terkena tempias akibat kritikan Park Ga-young.
Bagaiamanapun, wartawan MBC News Desk itu tidaklah membenci The Glory. Sebaliknya, dia mengaku dirinya merupakan salah seorang peminat K-drama itu dan setia mengikutinya.
Ga-young turut memuji skil lakonan Lim Ji-yeon sebagai seorang pembaca ramalan cuaca.
Kim Ga-young.
“Lim Ji-yeon benar-benar bertukar menjadi seorang wartawan cuaca, serius saya percaya dengan watak yang dibawakan secara bersungguh-sungguh.
“Saya menjadi penggemar drama ini disebabkan dedikasi yang ditunjukkan olehnya memainkan watak itu. Bila agak bahagian kedua (The Glory) akan tiba?” ulas Ga-young
Well, bagi menjawab persoalan Kim Ga-young itu, The Glory bahagian kedua dijadualkan menemui penonton di Netflix Malaysia pada bulan Mac nanti. Sementara itu, korang boleh menonton lapan buah episod daripada bahagian pertamanya sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada apa yang mustahil dalam dunia fesyen, dan nampaknya musim durian kali ini menjadikan raja buah ini sebagai satu idea kreatif rekaan dengan beg yang trendy dan bergaya.
Baru-baru ini, sebuah kedai di Thailand yang diberi nama ‘Famrak’ telah berjaya menarik perhatian ramai dengan koleksi beg tangan yang menyerupai buah tersebut. Apa yang membuatkan rata-rata daripada warganet teruja melihatnya adalah kerana rekaannya yang hampir sama dengan sebiji durian apabila dilihat secara sekali pandang.
Kreatif habis kan pereka fesyen dari Thailand ni. Untuk pengetahuan korang, rekaan beg tangan ini didatangkan dalam tiga saiz berbeza yang mana anda boleh pilih sendiri mengikut kesukaan. Untuk beg pertama dan kedua,
ianya berharga THB390 (RM54) manakala beg yang ketiga berharga THB990 (RM137).
Korang jangan risau tak dapat pergi ke negara jiran kita ni, penghantaran beg ini akan turut dilakukan di Malaysia. Ini sudah pastinya merupakan berita baik buat mereka yang meminati rekaan yang unik seperti ini.