Mungkin ramai di antara kita sudah merancang untuk membuat lemang sendiri sempena hari raya Aidilfitri nanti, memandangkan masyarakat Malaysia masih tidak lagi dibenarkan untuk keluar beramai-ramai pada hari raya nanti.
Jadi, macam biasa resipi yang dikongsi di media sosial banyak membantu memberi idea bagi menyediakan lemang DIY yang lebih mudah tanpa menggunakan buluh. Ada juga yang berkongsi cara penyediaan menggunakan tin.
Tin memang digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan/minuman yang selamat, tetapi tin tersebut tidak dibuat untuk digunakan sebagai bekas memasak.
Kalau masakan tak jadi, boleh post dalam group Facebook tapi kalau masakan tak selamat, boleh membahayakan Kesihatan!
Gambar hiasan
Berikut merupakan sebab-sebab kenapa masak lemang dalam tin tidak selamat untuk kesihatan:
Ads
• Tin minuman tidak selamat digunakan semula untuk memasak makanan
• Bahan makanan yang dimasak akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu panas
Ads
• Ada risiko tinggi untuk berlaku pencemaran kimia pada makanan
• Makanan yang tercemar dengan bahan kimia berlebihan boleh membahayakan kesihatan
Jadi, sebelum korang buat lemang nanti, pastikan guna bahan yang sewajarnya dan bukannya tin. Paling penting, utamakan kesihatan diri terlebih dahulu. Jangan sebab nak makan lemang, kesihatan korang tergadai.
#SyukurBersama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya ARMY tersenyum lebar apabila melihat sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh McDonald’s tentang kolaborasi mereka bersama bintang K-pop popular BTS.
Semalam, McDonald’s telah mengumumkan pelancaran ‘BTS Meal’ yang akan berlangsung pada bulan Mei di hampir 50 negara seluruh dunia termasuklah Malaysia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura, Australia dan banyak lagi.
Menurut siaran akhbar, ‘BTS Meal’ dirancang untuk mengikut menu pilihan ahli kumpulan BTS sendiri. Ia terdiri daripada 10 keping Chicken McNuggets, kentang goreng, minuman bersama sos cili manis dan sos Cajun asli dari Korea. Kerjasama ini adalah sebahagian daripada menu hasil kolaborasi bersama bintang k-pop ini.
‘BTS Meal’ bakal dilancarkan 26 Mei 2021 di Malaysia.
Semua sedia maklum, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan larangan drastik bermula Januari 2019.
Walaupun pada awalnya mendapat tentangan, namun larangan merokok di dalam kawasan kedai makan ataupun larangan ‘Rokok 3 Meter’ diimplementasi demi menjaga kesihatan dan keselesaan pelanggan lain.
Setelah 7 bulan dikuat kuasa, REMAJA melihat masih ramai perokok dan pemilik premis kedai yang tak mengendahkan larangan itu terutamanya dia kedai mamak dan warung makan titian jalan.
Vape dan shisha juga dilarang dalam lingkungan 3 meter.
Bagi mereka yang tak ‘makan saman’ ini, nampaknya korang perlu berhati-hati bermula Ogos ini. Kerajaan akan mula mengeluarkan saman kepada perokok yang enggan mengikuti larangan.
Menurut laporan, perokok yang masih berdegil atau sengaja merokok dalam lingkungan 3 meter dari premis boleh dikenakan denda tak melebihi RM10,000 atau penjara tak melebihi 2 tahun.
Bukan hanya perokok saja, pengusaha premis juga boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara tak melebihi 6 bulan jika didapati bersalah membiarkan perokok ‘melayan’ di dalam kawasan premis.
Bagi penulis, ini adalah adil kepada pelanggan lain terutamanya yang sudah berkeluarga, mempunyai bayi dan anak kecil serta kepada warga emas. Mereka juga merupakan pelanggan tetapi mereka tak meminta untuk menjadi penghisap asap rokok sekunder.
Hati-hati ya gaiss..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
Ia akan membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 dan iklan pengambilan itu akan disiarkan pada 7 Julai nanti, manakala penempatan secara berperingkat-peringkat bermula pada Oktober nanti.
Sehubungan dengan itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencadangkan agar KPM memberi keutamaan kepada graduan pendidikan bagi mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan calon pendidik terlatih dan telah mengikuti pelbagai latihan profesionalisme guru.
Menurutnya lagi, selain kemahiran mendidik, graduan ISMP juga dilengkapi pelbagai kemahiran profesionalisme keguruan, komunikasi, penyelesaian masalah, teknologi IR 4.0 dan pengurusan hubungan antarabangsa.
Gambar hiasan
UPSI akan segera menghantar senarai nama graduan pendidikan dalam bidang yang disebutkan KPM selain meminta semua graduan ISMP agar segera mendaftarkan diri untuk mengisi kekosongan penempatan itu.
Ha, bagi graduan yang berkelayakan, korang boleh bersedia untuk memohon pada 7 Julai nanti. Ini merupakan peluang untuk individu yang layak mendapatkan pekerjaan dan menimba pengalaman dalam bidang perguruan.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.