Kecur liur apabila penulis menyaksikan perkongsian resipi tradisi ini. Masak lemak cili api merupakan salah satu masakan yang tidak asing bagi kita rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai jenis dan cara pembuatannya.
Namun, pernahkan anda mencuba masak lemak cili api yang dipadankan bersama pucuk asam gelugor? Memang sedap!
Ads
Perkongsian masakan daripada SuiSan Aliezsha ini nampak menyelerakan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan ini juga amat ringkas dan mudah untuk dibuat. Sesuai dijadikan juadah untuk dijamah sekeluarga hujung minggu ini.
Bahan-bahan
Kelapa parut (perah untuk mengambil pati santan)
Udang
Cili Api (ditumbuk halus)
Kunyit hidup (ditumbuk halus)
Serai (dititik)
Pucuk asam gelugor
Garam (secukup rasa)
Cara membuat
Ads
Sediakan kuali, masukkan bahan yang ditumbuk lumat (cilia pi & kunyot hidup), serai yang dititik dan santan.
Kepekatan kuah bergantung kepada berapa banyak udang yang digunakan. Kalau bahannya banyak, lebihkan lagi santan.
Apabila kuah mendidih masukkan pucuk asam gelugor.
Kemudian masukkan udang.
Garam secukup rasa
Anda boleh juga masukkan asam keping namun jika tidak pun tak mengapa kerana pucuk asam gelugor sudah memiliki rasa yang masam.
Hidangan ini sesuai dipadankan bersama nasi putih dan juga ikan goreng panas-panas. Memang sedap, terangkat!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pastinya mengucapkan syukur apabila pihak kerajaan telah pun membenarkan untuk menjalankan acara perkahwinan tetapi masih perlu diikuti dengan SOP yang betul.
Tapi musim-musim sekarang ni banyak kedai dan butik pengantin yang belum buka.Takkan tak ada dulang hantaran kan? So apa kata kita DIY je hantaran tema rustic seperti yang dikongsikn oleh penguna Facebook Haura Tasnim ini.
Boleh beli online melalui Shopee sahaja. Senangkan? Ini antara kedai di Shopee yang anda boleh survey dan beli.
Check this out!
Ada yang minat tema rustic ke? atau tengah pening lagi nak gubah barang hantaran? If korang tak ada hantaran lain time pkp ni mesti wajib ada hantaran untuk cincin/cheque kan?
Tema rustic ni senang sahaja nak gubah uols sebab tak banyak barang untuk guna. Sekarang banyak bahan yang boleh beli dekat shopee. So, I nak share barang yang dekat shopee dan semua bawah RM10 sahaja tau.
1. Pertama, mestilah dulang pallet macam ini. Harga dulang size paling besar RM10 sahaja. Ada macam macam design.
Wanita berusia 40 tahun ini mencipta sejarah apabila dia memecah kemarau Kanada dengan memenangi gelaran Miss Universe pada tahun 2005 setelah negara tersebut memenangi mahkota tersebut kali pertama pada tahun 1981.
Berasal dan dilahirkan pada 1 November 1981 di Rusia, Natalie Glebova membesar di sana sehingga berusia 13 tahun sebelum dia dan keluarganya berhijrah ke Kanada. Selepas tamat pengajian sekolah menengah, Natalie berkerja secara sambilan sebagai seorang peragawati. Dia merupakan graduan dalam bidang Pengurusan & Pemasaran dari Universiti Ryerson.
Ketika memenangi gelaran Miss Universe 2005. Kredit foto: hotmagazine.website
Pada usia 23 tahun dia menyertai pertandingan Miss Universe Canada 2004 namun hanya berada di kedudukan keempat. Kekalahan ini tidak mematahkan semangatnya, setahun kemudian dia mengambil bahagian lagi dan akhirnya dinobatkan sebagai juara.
Seiring itu, dia mendapat hak untuk mewakili Kanada di pertandingan Miss Universe yang diadakan di Thailand. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dengan kecantikan, kebijaksanaan dan personaliti yang menarik, Natalie dinobatkan sebagai Miss Universe 2005 mengalahkan 80 peserta lain yang datang dari seluruh dunia
Gaun putih yang digayakannya menjadi ikonik sehingga kini. Foto: missosology.info
JATUH CINTA
Kenapa penulis menyatakan yang wanita anggun ini jatuh cinta dengan negarta gajah putih ini? Selepas memenangi takhta Miss Universe 2005, dia banyak berulang alik di antara negaranya dan juga Thailand atas faktor kerja. Pada tahun 2006 Natalie telah bertemu cinta dengan pemain tenis profesional Thailand, Paradorn Srichapan dan berkahwin setahun kemudian. Namun jodohnya tidak panjang, pasangan ini bercerai empat tahun kemudian pada tahun 2011.
Natalie pernah mewakli Thailand dalam The Amazing Race Asia pada tahun 2008 dan berjaya menduduki tempat ke-8 dalam pertandingan itu.
Selepas lima tahun bercerai, Natalie berkahwin dengan usahawan Panama dan pengasas ‘Travelbook Inc.’ dan Mister Panamá 2001 Dean Kelly pada 2016. ‘Travelbook’ ialah platform perkongsian perjalanan untuk menemui dan menempah pengalaman. Kedua-duanya adalah pengembara yang gemar dan telah pergi ke lebih 100 negara.
Pasangan ini suka berkongsi pengalaman dengan orang lain dan menggalakkan mereka melihat lebih banyak dunia kerana mereka percaya mengembara adalah cara terbaik untuk berkembang, belajar dan menjadi orang yang lebih berpendidikan. Mereka mempunyai seorang anak perempuan dan kini menetap di Bangkok, Thailand.
Menggayakan replika mahkota Mikimoto yang diberikan kepadanya sebagai pemenang Miss Universe. Kredit foto: Instagram Natalie Glebova
Dalam satu temubual bersama Property Guru, Natalie menyatakan kecintaannya kepada Thailand dan mengapa dia memilih untuk menetap di negara itu.
“Negara dan rakyat di sini memberi kami sambutan yang begitu mesra, sukar untuk tidak jatuh cinta dengannya. Saya berasa begitu selesa di Thailand dan orang Thai telah memberi saya nama panggilan tempatan, Fah. Saya sangat gembira dengan keputusan saya untuk menetap di sini, kerana begitu banyak perkara yang indah dan menakjubkan telah berlaku kepada saya sekaligus menjadikan ini tempat yang sangat istimewa di hati saya,” ujarnya.
Gelaran Fah yang diberikan kepadanya oleh orang Thai adalah kerana matanya yang biru seperti warna langit.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika mengikut perancangan awal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekolah menengah di seluruh Malaysia dijangka akan bersedia untuk dibuka kembali bermula 3 Oktober ini membabitkan ‘batch’ pertama pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.
Namun persoalan sama ada ia selamat untuk membenarkan keseluruhan pelajar tingkatan lima dan enam untuk berada dalam kompaun sekolah tersebut masih menjadi tanda soal terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang risau akan faktor kesihatan dan keselamatan anak mereka.
Apakah meja kelas perlu disusun pada jarak 1 meter? Adakah cukup ruang kelas yang ada bagi memuatkan para pelajar yang pastinya akan melimpah disebabkan penjarakan fizikal ini. Banyak persoalan yang timbul sebenarnya. Lalu, sidang media khas yang dikendalikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin pada sebelah petang ini sedikit sebanyak memberikan pencerahan baharu dengan strategi pembukaan semula sekolah.
Pertamanya, sekolah akan menggunakan sistem penggiliran minggu di dalam kelas. Kaedah ini membahagikan pelajar kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dan kedua akan dibenarkan mengikuti kelas di sekolah secara bergilir-gilir.
Kapasiti 50 peratus saja kumpulan pelajar yang akan hadir pada minggu pertama manakala 50 peratus lagi akan mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah atau PDPR. Memasuki minggu kedua, mereka akan bertukar giliran dan pusingan ini akan terus dilaksanakan.
Kaedah ini demi mengurangkan risiko jangkitan di dalam kelas serta mengelakkan keadaan bersesak yang dialami di luar sekolah sewaktu masa kehadiran dan masa pulang pada tahun lalu.
Pendekatan terbaru ini diambil setelah pihak kementerian menerima pandangan dari semua pihak terbabit bagi mencari jalan tengah terbaik. Akui Datuk Radzi, ini bukanlah satu kerangka sempurna dan ia tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Namun buat masa ini, ia adalah satu kerangka terbaik dalam konteks pemulihan negara terutamanya dalam sektor pendidikan.
“Apa yang penting adalah membawa kembali anak-anak ini ke sekolah kerana mereka telah lama renggang daripada sekolah. Maka sebab itu, keputusan dibuat melihat kepada fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.
Bagaimanapun, terdapat pengecualian kepada kaedah penggiliran ini. Mereka bebas untuk hadir ke sekolah pada setiap minggu atau tidak perlu hadir ke sekolah lalu meneruskan sistem PdPR yang dilaksanakan selama ini. Ia diberikan kepada:
Murid Berkeperluan Khas (MBK) di SMKPK/SMPKV/SKPK dan PPKI.
Murid tingkatan 6 semester 2 dan IBD Tahun 2.
Murid sekolah asrama sepenuhnya – Sekolah Berasrama Penuh (SBP), SABK Berasrama Penuh, Sekolah Seni Malaysia dan Sekolah Sukan Malaysia.
Murid kelas peperiksaan antarabangsa – IGSCE O-Level, A Level, Australia Higher School Certificate & IBDP.
Murid prasekolah/tadika swasta/pusat perkembangan minda (4-6 tahun)
Sekolah kurang murid (kurang dari 150 murid)
*
Datuk Radzi juga mengingatkan bahawa semua sekolah di negeri Fasa Satu perlu meneruskan sistem PdPR dan masih tidak dibenarkan pulang ke sekolah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!