Ini merupakan berita baik buat korang yang selalu dan gemar menggunakan perkhidmatan tren elektrik (ETS). Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini tampi dengan ‘produk terbaharu’ mereka apabila perkhidmatan tren elektrik terbaharunya, ETS2 bakal diperkenalkan pada bulan hadapan.
Business Class Dalam ETS2 Siap Ada Peramugari/Pramugara
Selain menjadi lebih luas, setiap sebuah koc kelas perniagaan (business class) akan dilengkapi dengan pramugara/pramugari bagi memberikan perkhidmatan buat penumpangnya lebih selesa.
Ads
Bukan itu sahaja, sebuah koc kelas perniagaan (business class) juga diperkenalkan yang merupakan salah satu daripada enam koc ETS2. Untuk anda yang tertanya, apakah perbezaan business class dengan yang lain? Bagi koc ini di dalam ETS2, penumpang bakal merasai pengalaman
Tempat duduk yang lebih luas
Perkhidmatan pramugara dan pramugari KTMB
Kit Perjalanan (Travel Kit)
Audio Video on Demand (AVOD)
Port USB pada tempat duduk
Harga Tiket Business Class ETS2
Ads
Dalam pada itu, bersempena dengan pengenalannya pada umum kelak, KTMB telah mengadakan promosi bagi tiket perjalanan bermula pada 11 Oktober hingga 30 November 2019. Bagi warga emas, pesara kerajaan dan isteri, kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun layak untuk menerima diskaun konsesi manakala kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah adalah percuma. Kami tidak pasti mengenai tetapan harga sebenar bagi business class ini, namun berikut adalah harga tiket promosi yang ditawarkan untuk masa terhad.
Posted by KTM Berhad on Tuesday, September 10, 2019
Perjalanan sehala Kuala Lumpur dan Ipoh – RM50 untuk dewasa
Perjalanaan sehala Kuala Lumpur dan Padang Besar – RM112 untuk dewasa
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan rasmi KTMB
Pastinya buat anda yang ingin mengelakkan kesesakan lalu lintas dan ingin cepat sampai ke destinasi, ETS adalah pilihan yang tepat..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam hidup manusia, setiap amal perbuatan akan ditanda, baik atau buruk oleh Malaikat Rakib dan Atib. Sebab itulah setiap makhluk mesti tahu membezakan apa yang baik dan buruk dalam setiap perbuatannya agar kita terpelihara dan dapat memasuki syurga Allah taala.
Sebagai hamba Allah yang cukup kerdil, ada kisah yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan. Pengalaman yang dikongsi oleh seorang pengamal perubatan yang turut sering dipanggil memindahkan kubur-kubur bagi memberi laluan kepada pembinaan jalan raya, pembinaan bangunan boleh dijadikan pengajaran.
Menurut Haji Abdul Rohman, 50-an, dia sedia berkongsi pengalamannya semasa memindahkan tanah perkuburan di sebuah kawasan di Klang/ Banting demi memberikan pengajaran kepada masyarakat.
Pada tarikh 9/8/ 2015, kongsi Haji Abdul Rohman, dia diamanahkan untuk memindahkan lebih kurang 108 kubur milik orang Islam bagi pembinaan jalan raya di kawasan terbabit bersama dua lagi pembantu yang dibawanya untuk memudahkan urusan.
Menurutnya, sebelum diberi tanggungjawab berat itu, biasanya dia sudah merasai “getaran” sekurang-kurangnya lima hari sebelum panggilan diterimanya.
“Susah untuk diceritakan secara terperinci. Biasanya saya akan diberi gambaran “keseronokan” yang bergetar-getar di dalam hati. Rasa ini lebih seronok nikmatnya berbanding semasa malam pernikahan.
“Masa yang sama, tidur malam biasanya saya sudah dinampakkan “sesuatu”bayangan seperti cahaya kemerah-merahan dan keputih-putihan. Biasanya bagi cahaya merah, saya akan dinampakkan pocong dan sebagainya,”katanya berkongsi cerita. Malah pernah juga dia tidak dapat tidur malam selepas “gagal” menemui semua tulang temulang mayat sehingga mayat itu menuntut darinya kembali.
Haji Abdul Rohman diberi amanah memindahkan kubur lama ke tapak baru
Kata Haji Abdul Rohman, kejadian itu berlaku selepas dia memindahkan 108 kubur ke lokasi baru.
“Mungkin ada sedikit serpihan tulang yang tidak dikutip habis. Malam itu, saya bermimpi didatangi mayat yang meminta agar tulangnya dipulangkan kembali. Sampai tak tidur malam saya memikirkan hal ini. Bagaimana boleh berlaku begini. Bila mahu lelapkan, bayang itu muncul kembali.
“Esoknya saya kembali ke tanah perkuburan ini dan alhamdulillah, saya temui baki tulang miliknya. Alhamdulillah, sejak itu, saya tak ada mimpi-mimpi lagi,” katanya memulakan perbualan.
Kongsi Haji Abdul Rohman lagi, semasa di tanah perkuburan itu, dirinya dan para sahabat diberi peluang melihat kebesaran Allah taala.
“Ada satu kubur mualaf. Mayatnya masih utuh biar sudah lama dikebumikan. Begitu juga seorang isteri yang semasa semasa hidupnya hanya mengamalkan al-fatihah dalam setiap langkah dan tindakannya. Solatnya biasa-biasa saja tapi arwah bibirnya tak pernah lekang dengan bacaan al-fatihah.
“Alhamdulillah, semasa saya berbual dengan suaminya, katanya, isterinya sering membaca membaca surah itu. Jenazahnya masih elok, tulangnya masih panjang. Kain kafannya juga masih utuh,” katanya turut memaklumkan, ada satu jenazah melibatkan seorang gadis remaja yang turut utuh.
Jelas Haji Abdul Rohman, kata bapanya arwah anaknya itu meninggal akibat disihir kerana menolak cinta seorang lelaki semasa hayatnya dan ternyata, Allah memperlihatkan keagungannya di mana mayat remaja berkenaan masih utuh seperti masih baru ditanam.
Tidak hanya diperlihatkan sesuatu yang luar biasa, Haji Abdul Rohman dan pembantunya dipertontonkan jenazah seorang lelaki yang kurang seminggu meninggal dunia sudah membusuk dan tulang temulangnya sudah hancur.
“Masya Allah, bau kuburnya terlalu busuk. Baunya melekat ke semua pakaian biar saya sudah membasuh tubuh saya di lombong berhampiran. Bila ditanya-tanya kepada orang yang mengenali jenazah ini, rupanya semasa hidup lelaki ini selalu memukul isterinya dan turut panas baran. Memang arwah seorang yang suka tunjuk kuat kepada orang lain semasa hayatnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Dalam pada itu, Haji Abdul Rohman menasihati pembaca agar sentiasa berbuat baik sesama manusia kerana kita tidak tahu apa yang dihadap semasa di alam kubur dan di padang masyhar kelak.
“Syurga itu ada, neraka juga wujud. Kalau kita sentiasa berbuat kebaikan, insya Allah, Allah memberikan kebaikan juga baik semasa di alam kubur mahupun di akhirat kelak,” katanya yang cukup merendah diri.
Allah menjadikan manusia itu makhluk yang mulia, tulang juga bercahaya berbanding haiwan – Haji Abdul Rohman
Tulang manusia bercahaya, ada satu tulang takkan hancur
Mengorek dan menanam kembali jenazah bukanlah satu perbuatan mudah. Kerja-kerja penggalian perlu dilakukan secara berhati-hati dan disaksikan oleh waris ahli keluarga.
“Upah juga tidak banyak, Cuma RM20 untuk satu kubur. Tapi saya puas melakukannya,”katanya yang menganggap biarlah segala perbuatannya diterima sebagai amal jariah.
Kongsi Haji Abdul Rohman lagi, tulang manusia biasanya bercahaya berbanding tulang haiwan.
“Inilah beza manusia berbanding makhluk lain yang Allah ciptakan di dunia ini. Malah seberapa lama pun seorang manusia itu meninggal dunia, di saat semua tulang temulangnya sudah hancur tetapi ada satu tulang di bahagian punggung yang tidak akan hancur sama sekali.
“Rebuslah, pangganglah tulang ini akan kekal begitu. Katanya juga, tulang di bahagian punggung inilah nanti yang akan dibawa naik ke akhirat bertemu Allah taala,”’ katanya memaklumkan selepas kubur digali dan jenazah dialihkan, biasanya kubur akan dibiarkan selama seminggu sebelum dikambus.
“Malah kita juga biasa bekerja di tengah malam di bawah sinaran bulan kerana tulang lebih mudah bersinar,” katanya mengakhiri perbualan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini Raharja dan Rizky Febian dilaporkan telah selamat disatukan sebagai suami dan isteri dalam sebuah majlis yang berlangsung di hotel di Jakarta, Indonesia, tadi.
Berita gembira tersebut itu dikongsikan penyanyi lagu popular Hingga Tua Bersama itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, SAH!” coretnya ringkas.
Menerusi beberapa perkongsian foto tersebut, pasangan ini sama cantik dan padan mengikut busana adat Sunda berona putih.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta teman rapat.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan perasaan teruja selain tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan dua merpati sejoli itu.
“Alhamdulillah, barakallah & geklin. Bahagia selalu, selamat menjalani ibadah terpanjang,” komen seorang pengikut.
“Happy wedding day aiky liniii! So happy for both of you, samawa bahagia selaluuu. Selamat bermuara,” komen juga pengguna lain.
Pada Ahad lalu, pasangan ini mengadakan acara adat mepamit iaitu meminta kebenaran keluarga pengantin perempuan sebelum memulakan pernikahan.
Bapa kepada Rizky iaitu pelawak Sule mengesahkan proses yang berlangsung dan turut memaklumkan Mahalini bakal memeluk agama Islam sebelum bernikah dengan anaknya.
Mahalini sebelum ini merupakan seorang penganut Hindu dan acara mepamit merupakan salah satu istiadat yang biasa dijalankan oleh masyarakat Bali.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Daripada imej penari 'nakal' di jalanan, komuniti B-Boys di Malaysia enggan lagi dipandang sepi dan negatif oleh masyarakat.
Ini telah dibuktikan oleh penari B-Boy negara, Sam Jee Lek (lebih dikenali sebagai Lego Sam) setelah dia mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas kedua Malaysia di Sukan SEA Filipina, Ahad lalu.
Menurut penari yang mencipta kemenangan dengan skor 12 markah penuh itu, dia tak dapat menidakkan rasa bangga menjadi wakil negara pertama yang bergelar penari B-Boy yang memenangi pingat emas di acara sukan dwi-tahunan itu.
"Saya telah lama mempersiapkan diri untuk membuktikan diri di atas pentas dan untuk membuatkan Malaysia berbangga.
"Akhirnya dengan kejayaan ini, saya berharap agar kerajaan Malaysia sedar akan potensi yang ada di kalangan penari B-Boy di Malaysia dan boleh menyokong kami untuk meningkatkan prestasi budaya tarian ini.
"Apabila melihat perkembangan break dance dalam tempoh beberapa tahun ini, ia masih terasa seperti mimpi. Tanpa mengira sama ada menang atau kalah, saya rasakan kesemua B-Boy yang bertanding di Filipina adalah pemenang pada hari pertandingan lalu.
"Kami semua adalah sebahagian daripada atlet yang mencipta sejarah kali pertama bertanding di peringkat ini. Saya sendiri tak sabar untuk mengulangi kejayaan ini dan mungkin terlibat di Sukan Olimpik 2024 di Paris, kelak," kata Sam menerusi akaun Instagram miliknya.
Congrats Sam! Harapnya budaya break dance akan lebih berkembang secara positif selepas ini dengan sokongan ramai pihak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!