Tidak ada yang mustahil untuk dikecapi selagi kita gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Itulah yang dilakukan oleh pemegang biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang berjaya mendapat keputusan cemerlang serta konsisten dengan mencapai purata gred kumulatif (CGPA) 4.0 sepanjang tempoh pembelajarannya di Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat.
Pencapaian ini menjadikan dia sebagai pelajar di kedudukan pertama dikalangan hampir 10,000 pelajar di sana.
Gadis berusia 24 tahun ini merupakan graduan Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik dan pada mulanya dia sedikit gementar kerana kursus pengajiannya itu didominasi oleh kaum lelaki. Namun, berkat usaha yang dilakukan itu berhasil apabila Irdina Shahriman berjaya memperoleh keputusan cemerlang setiap semester.
Dia juga menerima pingat Phi Kappa Phi untuk Kolej Kejuruteraan, iaitu anugerah kepada graduan senior dengan pencapaian akademik terbaik.
“Saya bukan seorang yang ‘genius’ semula jadi, disebabkan itu saya bekerja keras untuk memperoleh keputusan cemerlang. Saya tidak ponteng kelas, saya membuat nota dengan bersungguh-sungguh dan paling penting, saya mengambil inisiatif untuk berhubung dengan profesor dan rakan sekelas untuk meningkatkan pemahaman tentang pembelajaran,” jelasnya.
Tambahnya lagi, sistem akademik di Amerika Syarikat memerlukan pelajar untuk konsistem dalam pelajaran kerana kebiasaannya mereka mempunyai peperiksaan dua kali seminggu sepanjang semester.
“Ada ketikanya saya terpaksa batalkan rancangan untuk keluar dengan rakan-rakan atau menonton filem bersama-sama. Cuti hujung minggu dan hari bekerja tidak ada bezanya dengan saya kerana banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan tugasan dan belajar untuk peperiksaan,”
Irdina juga sering mengingkatkan diri sendiri tentang tujuan utama dia di sana dan ia secara tidak langsung dapat menyesuaikan dirinya dengan persekitaran yang didominasi golongan lelaki di fakultinya itu.
Ads
“Sepanjang berada di VT, saya tidak pernah mempunyai ahli kumpulan perempuan dalam apa-apa projek dan kadang-kadang ia menakutkan saya,” tambahnya.
Menurut Irdina, gaya hidup yang diamalkan ketika menuntut di VT adalah tidur lapan jam sehari, bersenam dan makan makanan yang dimasak di rumah. Nasihatnya, ketahui sempadan diri anda dan jangan terlalu keletihan.
Gadis yang berasal dari Subang Jaya ini telah pun menamatkan pelajarannya pada Disember tahun lalu dan kini sedang menunggu tawaran pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad.
Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan di atas pencapaian kecemerlangan akademik yang diraih oleh Irdina Shahriman. Semoga kisah kejayaannya ini dapat menyuntik semangat dan memberi inspirasi kepada remaja di luar sana untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tertinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penantian Malaysia selama tujuh tahun nyata membuahkan hasil setelah pasukan e-Sukan remaja negara, Selangor Red Giants (SRG) menjuarai kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 malam tadi; sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah USD1,000,000 atau kira-kira RM4,669,303.78 berserta trofi.
Pada aksi perlawanan final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi itu, SRG mengenepikan saingan juara bertahan dari Filipina iaitu Team Falcons AP Bren Sport dengan keputusan 4-2.
Bagaimanapun, laluan SRG malam tadi tidaklah semudah yang diharapkan apabila skuad negara itu terlebih dahulu tewas di pusingan pertama dengan keputusan 23-16.
SRG bangkit semula pada pusingan kedua (14-11) untuk menyamakan kedudukan 1-1 sebelum kembali tewas pada pusingan ketiga (6-22) bagi membolehkan AP Bren mendahului perlawanan dengan selesa.
Skuad di bawah kendalian Michael Angelo Bocado (Arcadia) itu tidak menjadikan situasi itu sebagai peluntur semangat mereka apabila kembali mendapat rentak dengan memenangi pusingan keempat (18-4) dan pusingan kelima yang sengit (12-11).
SRG sekali lagi menemui cabaran apabila pasukan Filipina itu menyamakan pula kedudukan dengan memenangi pusingan keenam (14-2) sekaligus mengheret kejohanan ke detik penentuan.
Di sinilah detik di mana SRG jelas berusaha bermati-matian untuk tidak membenarkan AP Bren mendominasi seperti di pusingan-pusingan terdahulu dan mereka sekaligus mengesahkan kejuaraan MSC sulung dengan keputusan 21-10!
Tambah manis apabila pemain ‘jungler’ SRG iaitu Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul (Sekyss) dinobatkan sebagai pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.
Terdahulu, SRG mencetuskan sensasi setelah menewaskan pasukan dari Singapura, NIP Flash di aksi separuh akhir dan menjadi pasukan e-Sukan pertama dari Malaysia yang menempah tiket ke pentas final kejohanan MLBB dalam sejarah penyertaan negara.
Tahniah Selangor Red Giants!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Nampaknya berkat menjadi seorang content creator bertahun-tahun lamanya membuahkan hasil kepada Aqil Zulkiflee apabila dia dinobatkan sebagai Favorite Asian Creator di acara berprestij Nickelodeon Kid’s Choice Award 2023.
Memiliki 1.73 juta pengikut di laman YouTube, video yang dihasilkan Aqil mencecah jutaan tontonan. Kebanyakan pengikutnya merupakan kanak-kanak dan remaja yang gemar melihat kreativiti dan juga keletah perkongsiannya.
Sejurus mengetahui dirinya berjaya menggondol anugerah tersebut, Aqil memanjat rasa syukur dan berkongsi berita gembira itu di laman Instagram.
“Alhamdulilah. Macam tak percaya Aqil menang anugerah Kid’s Choice Award 2023 untuk kategori Favourite Asian Creator. Walaupun faham rakyat Malaysia tak seramai negara lain yang bertanding, tapi kita MENANG!!!
“Terima kasih semua yang dah vote Aqil banyak kali & support Aqil sampai sekarang. Usaha kita tidak sia-sia selama ni. MALAYSIA BOLEH,” ujar jejaka berusia 27 tahun ini.
Bukan calang-calang, Aqil berjaya menewaskan nama-nama besar seperti wakil dari Indonesia, Gen Halilintar (yang merupakan keluarga besan Krisdayanti), Hikakin dari Jepun dan Niana Guerrero yang mewakili Filipina.
Selain menjadikan dunia digital sebagai kerjayanya, Aqil turut memiliki perniagaan makanannya tersendiri yang dinamakan Corndog Aqilicious.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh olahraga tanah air, Umar Osman berjaya merakam masa yang amat menakjubkan dengan catatan bawah 46 saat (s) apabila beraksi pada final 400 meter (m) pada Sukan Universiti Dunia (Universiade), yang berlangsung di Chengdu, China, baru-baru ini.
Atlet berusia 20 tahun itu terus mencipta sensasi tersendiri apabila memecahkan rekod kebangsaan buat kali kedua dalam tempoh kurang 24 jam, dengan masa baharu 46.09s, pada kelmarin.
Selain itu, Umar juga merakam masa tersebut sewaktu separuh akhir 3 di Stadium Shuangliu sehari selepas memecahkan rekod kebangsaannya di peringkat saringan dengan catatan 46.33s di peringkat saringan kelmarin.
“Semalam saya berjaya kurangkan masa saya hampir 0.30 saat. Namun, saya perlu lebih berusaha keras untuk dapatkan catatan sub-46 dan saya akan cuba lakukannya di final esok (hari ini),” katanya kepada media.
Menariknya, masa dilakukan atlet dari Johor itu pada kelmarin adalah catatan keempat terpantas di separuh akhir, di belakang empat lagi pesaing yang lain.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Todak Academy mencipta kejayaan membanggakan di RoboG Asia Cup 2026 apabila pelajar Malaysia meraih kemenangan menerusi bidang robotik, AI dan teknologi.