Terbaru, penyanyi rap dari kumpulan NCT, Mark mencuri perhatian apabila dilaporkan bakal meninggalkan agensi naungannya, SM Entertainment selepas lebih sedekad. Khabar ini sekaligus mengejutkan ramai peminat yang selama ini mengikuti perjalanan kerjayanya sejak debut.

Menerusi sebuah perkongsian di media sosial, Mark atau nama sebenarnya Mark Lee (27) turut mengesahkan perkara tersebut dan berkongsi sepucuk surat istimewa buat peminat sebagai jawapan kepada berita yang tular. Keputusan itu difahamkan dibuat selepas melalui perbincangan panjang bersama pihak agensi.

Sepanjang kariernya, Mark dikenali sebagai antara ahli paling aktif dalam NCT sejak debut pada tahun 2016. Bukan sahaja terlibat dalam kumpulan utama, malah beliau juga memainkan peranan penting dalam sub-unit seperti NCT 127 dan NCT Dream.

Mark Lee Keluar NCT Selepas 10 Tahun, Tinggalkan Surat Istimewa Buat Peminat

Ads

Tidak terhenti di situ, Mark turut mengembangkan bakatnya sebagai artis solo apabila melancarkan album “The Firstfruit” pada April tahun lalu, sekaligus membuktikan versatiliti dan kekuatan identiti beliau dalam industri muzik.

Dalam kenyataan rasmi, pihak agensi menyifatkan Mark sebagai seorang artis yang konsisten dan berbakat sepanjang 10 tahun bersama mereka, selain mendoakan kejayaan buatnya dalam fasa baharu kehidupan.

Ads

Di samping itu, menerusi surat kepada peminat, Mark meluahkan rasa penghargaan yang mendalam atas segala sokongan yang diterima sepanjang perjalanan kariernya serta mengakui peminat memainkan peranan besar dalam membentuk dirinya seperti hari ini.

Mark Lee Keluar NCT Selepas 10 Tahun, Tinggalkan Surat Istimewa Buat Peminat

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark (@onyourm__ark)

Tambahnya lagi, keputusan yang diambil bukanlah sesuatu yang dibuat secara sambil lewa, sebaliknya melalui pertimbangan yang teliti dan mendalam demi memastikan masa depan yang lebih baik serta membuka lembaran baru dalam perjalanannya sebagai anak seni.

Di akhir surat, Mark memberi jaminan bahawa beliau akan terus bekerja keras dan tidak akan melupakan peminat terutama NCTzen yang sentiasa berada di belakangnya. Perkembangan ini pastinya membuatkan ramai tertanya-tanya apakah langkah seterusnya buat bintang K-Pop tersebut.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads