Model dan personaliti media sosial, Marissa Dania Hakim akhirnya tampil buka mulut mengenai keputusan bernikah secara senyap dengan Aslam, pada Disember lalu.
Memetik laporan media tempatan, anak perempuan kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim itu terlebih dahulu memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak kerana mengambil masa lama untuk menjelaskan tentang pernikahannya.
Menurutnya, dia memerlukan masa dan ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
“Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga. Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit.
Ads
“Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
“Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.
Ads
Ditanya pula mengenai hubungan antara suaminya dengan ahli keluarga, gadis berusia 19 tahun itu bersyukur mereka dapat memaafkan dan menerima kehadiran Aslam.
“Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda. Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah.
Ads
“Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama. Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu,” ujarnta lagi.
Sekadar info, Marissa dan Aslam telah mendirikan rumah tangga secara senyap di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan intim di antara Hyun Bin dan Son Ye Jin yang terkenal sebagai peneraju utama drama popular Korea Selatan, Crash Landing On You bukanlah satu perkara asing dalam kalangan peminat mereka berdua. Percintaan pasangan selebriti moden ini amat diikuti rapat oleh industri hiburan di Korea sehinggakan banyak khabar angin berkaitan mereka yang disampaikan dari semasa ke semasa.
“Adakah mereka masih bersama?”
“Adakah mereka bakal berkahwin?”
Apa jua khabar angin yang pernah korang dengar mengenai Hyun Bin dan Son Ye Jin, korang tidak dapat menafikan betapa sepadannya pasangan ini apabila digandingkan bersama.
Selama mereka bersama, banyak momen-momen manis yang menyaksikan mereka menikmati masa temu janji romantik serta bercuti bersama yang berjaya dihidu oleh media di sana.
Terbaru pada hari Rabu, Son Ye Jin; 40 telah meleraikan segala ura-ura yang bertebaran menerusi akaun rasmi Instagram beliau dengan mengumumkan perkhabaran mengernai perancangan perkahwinan mereka berdua pada bulan Mac 2022!
Beliau telah memuat naik sekeping foto berupa gaun putih ‘miniature’ diikuti dengan kapsyen panjang lebar untuk memberitahu berita gembira itu kepada peminatnya.
“Sebelum menulis surat ini, saya agak bimbang mengenai cara untuk meluahkan perasaan saya. Saya ingin menceritakan kisah yang indah-indah kerana ia amat berharga dan penting untuk saya.
“Saya telah menemui seseorang untuk bersama-sama menghabiskan sisa hidup saya. Ya, benar tekaan anda. Dia seorang yang mesra dan saya berasa tenang hanya dengan keberadaannya.
“Saya tidak pernah menjangkakan seorang lelaki dan perempuan boleh bertemu, berkongsi perasaan dan membina masa depan bersama.. Kami berdua tiba ke saat ini secara semulajadi.”
“Terima kasih kepada semua pihak yang menjadikan perhubungan kami sebagai takdir kami. Kamu semua, berkatilah masa hadapan yang akan kami cipta bersama. Dan kepada para peminat yang sentiasa menyokong saya, saya tidak mampu untuk membalas kasih sayang yang telah anda tunjukkan kepada saya. Saya hanya mampu unuk bersyukur.
“Saya ingin menjadi seorang pelakon dan insan yang lebih matang. Namun ia tidak semudah yang saya sangkakan. Satu hari nanti, saya berharap akan berjaya mencapai impian tersebut.
“Jujurnya, saya berharap agar anda gembira pada setiap hari,” catatnya.
*
Hyun Bin turut tidak terkecuali untuk memuat naik kenyataannya; juga menerusi akaun Instagram beliau. Dengan menggunakan foto yang menunjukkan pasangan itu berpegangan tangan, ia berbunyi, “Hello, ini ialah Hyun Bin. Adakah anda semua sihat?”
“Saya menulis demi berkongsi keputusan yang paling penting pernah saya lakukan dalam hidup saya; pertamanya, buat para peminat yang sentiasa mengambil berat walaupun syaa mempunyai banyak kekurangan. Saya pasti sebahagian daripada kamu sudah dapat mengagak (mesej) saya bukan?
“Ya, saya bakal berkahwin dan perlahan-lahan melangkah ke fasa kedua dalam hidup saya. Saya telah membuat keputusan ini dengan insan yang selalu membuatkan saya tersenyum.
“Saya berharap kamu akan menyokong keputusan kami ini dengan rasa gembira dan penuh kasih sayang. Saya juga berharap kamu semua sihat dan gembira hinggalah satu hari nanti kita dapat bertemu dan bertanya khabar,” catatnya.
Dalam pada itu, agensi yang mewakili pasangan itu berkata bahawa majlis perkahwinan mereka bakal dilangsungkan secara tertutup di Seoul pada bulan Mac dan ia hanya akan dihadiri oleh ibu bapa Son Ye Jin dan Hyun Bin serta kenalan rapat mereka.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai perhubungan Hyun Bin dan Son Ye Jin telah diumumkan secara rasmi pada 1 Januari 2021.
Tragedi tak jadi kahwin boleh jadi mimpi buruk kepada setiap wanita, lebih-lebih lagi dengan lelaki yang paling mereka sayang.
Bukan cerita dongeng, kisah ini memang benar berlaku dalam masyarakat kita. Lebih tragis lagi bila tiba hari pernikahan, tapi si pengantin lelaki tidak munculkan diri. Ini yang berlaku kepada Anna (bukan nama sebenar) yang turut berkongsi pengalaman dukanya kira-kira tiga tahun yang lepas.
Perkenalan yang cukup singkat, pertama kali bertemu dengan lelaki tersebut di majlis perkahwinan sepupunya menjadi bibit permulaan kisah cinta mereka. Seminggu selepas majlis, pada first date mereka, A (bukan nama sebenar) ingin berjumpa dengan ibu dan ayah Anna dan memberitahu bahawa dia ingin menjadikan Anna sebagai isteri.
Gambar hiasan
Mama saya terima jika saya terima. Ok, at the same time saya beritahu dia, nak juga kenal dengan mama abah and family dia… Mak dia terus tanya saya belajar sampai mana, kerja ke tak? Dia cakap dekat mak dia. Nanti dia tak nak isteri dia kerja. So ok la kot. Mak dia boleh terima dengan kehendak anaknya. Ok, kami start moving forward terus berkenalan keluar dating same macam org lain. Sepanjang perkenalan kami, kami takde la gaduh-gaduh besar. Cuma gaduh manja je. Sampai satu masa dia kena pergi training anggota unit beruniform.
Masa inilah ramai yang mula mengatakan bahawa Anna desperate. Nak dipendekkan cerita, keluarga A menghantar rombongan meminang dan kebetulan masa tu juga si A baru habis training dan dapat posting kerja. Biasalah kalau anggota beruniform, nak kahwin pun kena buat permohonan kepada pihak atasan.
So, dia buat permohonan tarikh kahwin yang ditetapkan sendiri. Bukan dari saya. Then, dia beritahu pada keluarga saya tetapi saya tak tahu yang tarikh tersebut belum mendapat kelulusan dari pihak atasan untuk buat majlis akad nikah. Tak sampai sebulan sebelum tarikh tersebut, A baru beritahu yang tarikh tu belum diluluskan lagi. Saya dah prepare apa yang patut, walaupun buat persiapan last minit. Tapi, saya tak nak salahkan A.
Mungkin dia ingat sempat lulus. Saya tunggu pihak keluarga lelaki datang berbincang elok-elok atas masalah yang kami hadapi ini tapi tu la, tak ada tindak balas daripada pihak mereka. Saya memang tak sedap hati dah. A nak balik untuk terangkan apa yang terjadi tapi tak dapat, atas kekangan kerja dan memang tak dapat cuti.
Keluarga A pun tak nak datang untuk ceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Mak dia memang tak suka saya sebab saya tak ada pekerjaan tetap. Pernah jugalah kena sindir tapi saya buat tak tahu je.
Bila menjelang hari perkahwinan kami, A ada menelefon Mama dan menyatakan memang tarikh tak lulus untuk kami akad nikah, tapi nak buat macam mana, majlis tetap diteruskan sebab kami dah jemput orang. Buatlah macam makan-makan tapi pengantin tak ada. Hehe..
Gambar hiasan
Orang datang majlis saya dengan air mata bila tahu cerita sebenar. Ramai yang bagi kata-kata semangat. Pihak lelaki memang tak datang. Senyap tanpa khabar berita. Kami memang handle sendiri majlis sehingga selesai.
Tiba-tiba, 15 hari selepas itu saya dapat panggilan daripada mak lelaki tersebut yang mengatakan permohonan perkahwinan kami baru diluluskan oleh pihak atasan. Tapi, saya menolaknya dengan baik. Saya bagi tahu mak dia, carilah jodoh yang terbaik untuk anaknya. Mungkin kami memang bukan ditakdirkan bersama.
Gadis ini bangkit semula kerana dikelilingi oleh orang-orang yang banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat buatnya. Alhamdulillah, dia tidak mengambil masa yang lama untuk move on. Baginya, Allah tidak akan hilangkan orang yang kita sayang, malah akan menggantikan dengan yang lebih baik.
Gambar hiasan
A pun ada meminta maaf kepada Anna tentang semua yang telah terjadi ini. Tiada dendam di antara mereka dan apa yang berlaku ini sedikit pun tidak membuatkan Anna berasa serik atau fobia untuk bercinta lagi. Tapi mengakui bahawa selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk memilih pasangan.
Untuk wanita di luar sana, nasihatnya sebelum nak cari bakal suami, pastikan kenal terlebih dahulu dengan keluarga mereka. Bercinta dengan keluarga, barulah bercinta dengan anaknya. Hehe!
Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua. Tak kiralah apa yang terjadi, langsung tidak simpan dendam pada bekas pasangan. InsyaAllah kami doakan agar Anna dapat berjumpa dengan calon suami yang boleh menjaganya nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang masih single tu, hari ini adalah hari sambutan untuk korang!
Pada tarikh 22 November setiap tahun, Happy National Single Day diraikan secara menyeluruh di Amerika Syarikat. Di negara itu saja, seramai 110.6 juta rakyat mereka masih bujang dan tidak mempunyai pasangan.
Ramai yang bertanya, jika terdapat ramai orang bujang seperti itu, mengapa mereka masih tidak dapat mencari pasangan? Well, kami tak mempunyai jawapan untuk persoalan itu. Tetapi yang pasti, tak semua orang sudah bersedian untuk menjalani hubungan cinta.
Kenapa perlu paksa diri kalau rasa masih belum bersedia untuk memberi komitmen kepada seseorang, betul tak?
Sesetengah orang lebih selesa single kerana mereka ingin fokus kepada kerja, pelajaran dan malah terhadap keluarga sendiri. Dah-dah, jangan sedih jika korang masih single. Ini 5 kelebihan yang hanya korang saja dapat rasakan.
01
Boleh Ke Mana-Mana Saja Dengan Bebas
Remaja yang sudah mempunyai pasangan selalu perlu meminta izin sebelum pergi ke mana-mana. Cuba bayangkan jika korang tiba-tiba memberitahunya korang sedang bercuti di negara lain. Tak pula di meletup dengar..iyalah, dia akan risau dengan keadaan korang.
Berbeza dengan orang single mereka bebas melakukan apa-apa saja. Nak ke manapun, tak perlu fikir panjang. Book tiket, terus terbang!
02
Boleh Berkenalan Tanpa Had
Let’s face it, semua orang suka tengok berkawan dengan seramai mungkin remaja lain, tidak kiralah lelaki atau perempuan. Dan tidak semua orang yang mempunyai pasangan boleh terima jika buah hatinya berkenalan dengan lelaki atau perempuan lain di media sosial ataupun di luar.
Lebih parah jika pasangan itu seorang yang insecure dan cemburu buta!
Okay, kami tak bermaksud mereka yang sudah berpasangan itu tidak mampu berdikari jika pasangan tiada. Tapi, pernah tak korang melalui masa yang menyukarkan selepas putus cinta? Seminggu lamanya kamu rasa tak berdaya dan lemah, sounds familiar?
Cinta merupakan satu ‘kuasa’ yang boleh menjadi sumber kekuatan dan juga kemusnahan. Bila sudah lama berpasangan segala perkara dilakukan bersama dan selalunya bergantung di antara satu sama lain. Berbeza dengan remaja yang single, mereka mampu berdikari untuk bergerak bersendirian.
04
Ada Masa Untuk Rakan-Rakan
Inilah lumrah bagi mereka yang sudah berpasangan.
Bila bercinta hubungan kamu dengan rakan-rakan lain sedikit sebanyak akan berubah. Kamu akan lebih banyak luangkan masa bersama pasangan. Lama-kelamaan mungkin kamu pun sudah tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan kawan-kawan. Bagi remaja single ini bukan satu isu langsung.
05
Duit Kamu Hak Kamu
Pernah tak korang dengar rakan yang sudah berpunya mempunyai isu kewangan dengan pasangannya. Mereka bukannya tidak cukup duit, tetapi mereka selalu tersepit dengan cara bagaimana untuk menentukan siapakah yang seharusnya membayar untuk makan, membeli tiket wayang, berapa yang harus mereka laburkan untuk membeli hadiah untuk si dia dan macam-macam lagi.
Berbeza dengan remaja single yang tidak berdepan masalah itu. Apa saja kos yang dilakukan bersama rakan-rakannya akan dibahagikan sama rata. Sekiranya mereka mempunyai impian membeli barang idaman atau ingin ke sesebuah negara, mereka hanya perlu fikirkan kos tersebut seorang diri.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.