Baru-baru ini, Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperkenalkan inisiatif baharu dengan melantik warden sepenuh masa di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) daripada kalangan bekas anggota tentera dan polis. Langkah ini bertujuan membanteras isu buli dan meningkatkan tahap disiplin pelajar di asrama.

Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi sebuah perkongsian di Facebook, berkata kumpulan pertama warden beruniform ini akan mula bertugas di MRSM Besut dan MRSM Balik Pulau bermula Isnin depan dan mereka telah melalui proses saringan ketat termasuk sesi temuduga menyeluruh bagi memastikan kriteria yang ditetapkan dipenuhi.

“Tegas pada prinsip, hikmah pada pendekatan. Dengar sebelum menghukum, nasihat sebelum menegur, memulih sebelum mendisiplin,” katanya menerusi perkongsian yang sama.

MARA Lantik Bekas Tentera & Polis Jadi Warden MRSM Sepenuh Masa, Fokus Bendung Isu Buli MARA Lantik Bekas Tentera & Polis Jadi Warden MRSM Sepenuh Masa, Fokus Bendung Isu Buli

Ads

Dalam pada itu, beliau juga menekankan bahawa asrama MRSM adalah ‘rumah kedua’ bagi pelajar.

“Di sinilah mereka belajar tentang tertib hidup bermasyarakat, mengurus masa, serta amanah dan tanggungjawab,” ujarnya.

Ads

Sementara itu, Datuk Dr Asyraf menjelaskan tentang peranan warden bukan sekadar memantau rutin harian, tetapi menjadi pendidik watak dan ibu bapa kedua yang memastikan keselamatan, disiplin, dan kasih sayang menjadi budaya di asrama. Tiada toleransi terhadap salah laku, namun pendekatan yang digunakan adalah mendidik dan memulihkan.

Ads

Beliau sempat memetik pesanan Saidina Ali RA yang berbunyi, “Jangan terlalu berkeras hingga patah, jangan pula terlalu berlembut hingga cair,” sebagai panduan kepada warden-warden tersebut.

Jelasnya lagi, antara sebab pelantikan warden sepenuh masa ini adalah kerana guru-guru MRSM sebelum ini merungut bahawa tugas warden membebankan mereka, tanpa imbuhan setimpal. Namun, menerusi langkah baharu ini diharap dapat membolehkan guru fokus kepada pengajaran, manakala warden mengurus aspek kesejahteraan dan disiplin pelajar.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads