Nahas pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Shah Alam petang semalam bukan sahaja meragut nyawa enam penumpang dan dua kru pesawat ringan terbabit.
Malah, dua orang awam yang masing-masing merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta jenis e-hailing Grab yang kebetulan berada di tempat kejadian juga maut sekaligus menjadikan jumlah mangsa kepada sepuluh orang.
Bercakap kepada pemberita sewaktu ditemui pagi ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pemandu kereta yang bertugas untuk Grab Malaysia itu disyaki berseorangan di dalam kenderaan semasa kejadian berdasarkan kepada pemeriksaan log dengan pihak Grab Malaysia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (tiga, kanan) meninjau lokasi kejadian nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam hari ini. Kredit Foto: BERNAMA
“Pemandu kereta (e-hailing) itu sebenarnya dia sudah reject ambil penumpang dari pukul dua (petang). Kita sudah check dengan Grab (Malaysia) dan dia memang reject penumpang. Jadi kita syaki bahawa dia seorang (bersendirian). Buat masa ini, kita anggap dia seorang (di dalam kereta),” katanya.
Begitupun, pihaknya masih menunggu laporan ujian DNA dan proses pengenalan identiti yang dijalankan terhadap cebisan mayat mangsa-mangsa yang ditemui sebelum membuat kesimpulan rasmi.
Dalam perkembangan berkaitan, anak kepada pemandu Grab, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53 berkata, kali terakhir bapanya menghubungi ibunya adalah pada jam 2.15 petang semalam semasa sedang berehat di sebuah restoran. Mangsa juga katanya sempat berada di sekitar Elmina bagi mengambil pelanggan dan bercadang untuk pulang awal selepas selesai bekerja.
Sementara itu, menerusi sidang media oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada jam 7.20 petang semalam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang; beliau menyatakan nama-nama mangsa secara rasmi kepada pemberita dan ia terdiri dariapda kru, penumpang serta orang awam.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa disedari, pengguna akaun yang dipilih olehnya merupakan seorang pesakit positif wabak Covid-19.
Sepanjang waktu perintah kawalan pergerakan (PKP), jelas ramai yang memilih saluran Live Instagram untuk berinteraksi dengan rakan, keluarga dan followers. Bagi para selebriti pula, mereka menggunakan Live Instagram sebagai cara untuk berinteraksi dengan peminat masing-masing.
Salah satu sesi live yang berlangsung pada malam ini menarik perhatian penulis.
Ia dikendalikan oleh penyanyi remaja, Kucaimars bersama beberapa peminat yang menghantar request untuk muncul berinteraksi.
Tanpa disedari oleh Kucai sendiri, salah seorang pengguna akuan yang dipilih olehnya merupakan seorang pesakit positif wabak Covid-19.
Remaja berusia 19 tahun itu memperkenalkan dirinya sebagai Talha Taufiq dan menjawab pertanyaan Kucai mengenai keberadaan dirinya di dalam jubah hospital.
“Saya dalam wad disebabkan positif Covid-19. Tetapi sekarang saya ditempatkan dalam bahagian wad jururawat kerana kondisi telah lebih stabil,” katanya yang turut meminta sekiranya Kucai tidak keberatan untuk menghasilkan video cover untuk lagu Titip Rindu Buat Ayah nyanyian semula Betrand Peto.
Kucai kemudiannya bertanya sekiranya Talha rindukan ayahnya memandangkan dia sedang menetap di wad.
Kucai bersama-sama penonton terkedu apabila Talha menyatakan ayahnya telahpun meninggal dunia disebabkan oleh wabak Covid-19.
Penyanyi tersebut mengambil masa beberapa saat untuk kembali memberikan semangat kepada Talha dan berjanji untuk belajar chord serta lirik lagu tersebut.
Allahu, inilah yang dikatakan sebagai petunjuk yang Esa, barangkali. Tanpa disedari, Kucaimars memilih insan yang amat memerlukan dorongan untuk pulih dari segi fizikal dan emosi.
Bagi korang yang nak mendengar 5 lagu cinta pilihan Kucai, klik video di bawah:
Aduh, mungkin pemerhati Indonesia ni dah habis idea nak claim apa lagi yang ada di Malaysia dan Nusantara.Kini dia beralih ke negara Eropah pula dorang.
Perbalahan antara peminat Indonesia dan Malaysia bukan sesuatu yang pelik. Isu seperti ini sering terjadi dan ini bukanlah kali pertama berlaku. Tapi kali ni special sikit sebabnya seorang penguna youtube memuat naik video dengan tajuk THE BEATLES TERINSPIRASI BAND INDONESIA “THE TIELMAN BROTHERS” ??Eh Yakinnya kamu.
Siapa tak kenal dengan band muzik legenda The Beatles. Malah, lagu-lagu dari kumpulan ni masih dapat didengari sehingga sekarang walaupun kumpulan ini sudah tiada. Jika ditanya tentang The Beatles, pasti akan menyebut lagu yang romantik seperti ‘Yesterday’, ‘Hey Jude’, ‘Something’ dan ‘Let It Be’ kerana ia merupakan lagu paling terkenal.
The Beatles berasal dari Liverpool dan ditubuhkan pada tahun 1960. Kumpulan ini dianggotai oleh John Lennon, Paul McCartney, Ringo Starr dan George Harrison. Kumpulan ini memainkan muzik rock and roll dan romantik. Lagu-lagu kebanyakan terkenal dari kategori romantik.
Terbaru seorang gadis dari Indonesia iaitu Nadia Omara ini sempat memuat naik video #claim yang mengatakan bahawa band The Beatle diinspirasi daripada band Rock Indonesia di zaman Belanda The Tielman Brothers.
Nadia Omara sempat menunjukkan bukti dan faktanya untuk memberi info bahawa The Beatles sempat melihat persembahan The Tielman Brothers di German.
Sempat claim The Beatles hadir untuk melihat persembahan The Tielman Brothers
Ahli yang paling berjasa bagi mantan pemain bass The Beatles, Paul McCartney turut dikaitkan, menurut gadis ini Paul Mccartney mengagumi aksi dan turut meniru gaya The Tielman Brothers!
Antara komen dari netizen
Rata-rata netizen tidak begitu menyokong dan setuju dengan gadis dari Indonesia ni.
Penulis membesar dengan muzik The Beatles sejak dari zaman rock n roll mereka sehinggalah ke zaman eksperimen dan revolusi muzik mereka yang berjaya mengubah dunia.
Bagi saya The Beatles adalah kumpulan muzik yang teragung di dunia dan kombinasi Lennon-McCartney adalah singer-songwriter yang terbaik sepanjang abad. Tak kisah la siapa terinspirasi siapa yang penting The Beatles punya lagu memang terbaik dan tak lekang dek zaman.
Sumber : Youtube Nadia Omara
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini harga pasaran bagi pelitup muka agak terlalu tinggi, kini harga maksimum face mask tiga lapis jenis pembedahan dan perubatan di peringkat borong dan runcit akan diturunkan kepada 70 sen daripada RM1 sekeping.
Harga baru ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan akan berkuat kuasa mulai awal bulan hadapan.
Bagi harga maksimum peringkat borong, ia akan diturunkan daripada 95 sen kepada 65 sen seunit, manakala di peringkat runcit membabitkan penurunan daripada RM1 kepada 70 sen.
Kredit foto: millstonenews.com
KPDNHEP membuat kajian semula harga pelitup muka membabitkan pengeluar tempatan dan pengimport selepas mengambil kira keperluan untuk rakyat terus mengamalkan norma baharu terutama penggunaan pelitup muka secara berterusan.
Selain itu, harga borong pelitup muka satu lapis jenis sama yang mempunyai gelung telinga dijual 5 sen dan 7 sen di peringkat runcit. Bagi pelitup muka dua lapis jenis sama, katanya ia dijual 16 sen di peringkat borong, manakala 20 sen di peringkat runcit.
Bagi memastikan bekalan mencukupi dan peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan, pihak KPDNHEP sentiasa akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan yang berterusan di semua premis perniagaan serta kedai dalam talian.
Berdasarkan operasi dijalankan, beliau mendapati pematuhan yang sangat memuaskan di mana hampir semua peniaga menjual pelitup muka sama ada pada paras harga maksimum RM1 seunit atau lebih rendah daripada itu.
Baguslah jika ramai peniaga yang tidak mengambil kesempatan menjual pelitup muka dengan harga yang mahal. Kita semua sedia maklum dengan kehidupan norma baharu sekarang, masyarakat diwajibkan untuk memakai pelitup muka bagi mencegah virus daripada menular. Bukan semuanya berkemampuan dan diharap agar usaha ini setidak-tidaknya dapat meringankan beban ramai pihak.