Pasti ramai yang pernah alami kecederaan setiap kali bersukankan. Tak kira sukan apa dilakukan seperti bola sepak, hoki, berlari, bermain badminton dan lain lagi, kita biasanya akan terdedah kepada kecederaan seperti terjatuh, terkehel anggota badan dan lain lagi.
Namun setiap kali alami kecederaan, sebelum ke hospital atau klinik, kita pasti akan lakukan tuaman bagi meredakan kesakitan. Apa beza antara tuam ais dan tuam haba. Baca perkongsian bermanfaat ini dari doktor perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan seperti ditulis di fbnya.
Dr Kamarul
Kedua-dua tuam ais dan haba memberi kesan yang baik kepada pemulihan kecederaan sukan. Namun perlu tahu bila tuam ais atau haba lebih sesuai digunakan.
Tuam ais, atau cryotherapy sesuai untuk kecederaan akut seperti terseliuh, terkehel, otot atau tendon terlebih regang, trauma tumpul pada otot dan sebagainya.
Rawatan ini memanfaatkan reaksi pembuluh darah yang akan mengecut jika didedahkan kepada kesejukan. Reaksi ini akan menyebabkan penurunan bekalan darah dan secara tidak langsung mengurangkan reaksi keradangan. Hal ini mengekang pembentukan bengkak yang teruk.
Selain itu, tuam ais dapat menurunkan aktiviti saraf. Ini boleh memberi kesan kebas lantas mengurangkan kesakitan kepada kawasan kecederaan.
Oleh yang demikian, tempoh yang sesuai untuaman ais adalah pada awal tempoh kecederaan, iaitu sebaik sahaja kecederaan berlaku dan 3 hari berikutnya.
Buku lali terkehel antara perkara biasa dialami oleh mereka yang bersukan
Cara-cara melakukan tuaman ais:
1. Letakkan ais atau pek ais ke dalam balutan tuala kecil.
Ads
2. Tuam ais pada bahagian yang tercedera selama 10 minit dan angkat tuaman 5 minit.
3. Ulang langkah 2 selama 4 kitaran.
Boleh ulang set ini 2-3 kali sehari
Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit, tisu dan saraf.
Tuam haba, atau thermotherapy pula sesuai kecederaan kronik atau kecederaan yang melibatkan kekejangan dam sengal otot. Contoh: silap bantal dan simpul biawak.
Haba memperbaiki aliran darah ke kawasan yang di tuam dan merelakskan otot dan melegakan kesakitan kekejangan otot. Selain itu haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi efek yang selesa selain mempercepat proses pemulihan.
Ads
Tuam haba sesuatu dibuat pada hari ke-4 dan seterusnya selepas kecederaan.
Cara-cara lakukan tuaman haba:
1. Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala.
2. Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika.
3. Ulang langkah beberapa kali sehingga kesakitan lega.
Elak daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit. Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.
Jika ada luka, elakkan lakukan mana-mana tuaman. Berjumpalah dengan doktor jika ada kesangsian berkenaan pilihan tuaman.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Rehabilitasi #MedTweetMY
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Sophia Albarakbah di acara sulung Gempak Most Wanted Awards 2022 semalam telah menjadi perbualan ramai sejak semalam memandangkan ini merupakan kelibat pertama Sophia di khalayak ramai serta rakan pemberita.
Bukan sahaja kehadiran Sophia bersama seorang jejaka mencuri tumpuan, bahkan penampilan Sophia dalam persalinan serba gaun serba juga menjadi hangat diperkatakan. Paling menonjol tentunya akseseori ‘kepak’ merah pada belakang badannya yang melengkapkan gaya tersebut.
Gaun rekaan Ambianze by Schaawwall ini dicipta khas hasil inspirasi daripada filem bersiri terkenal, Hunger Games lakonan Jennifer Lawrence yang selalu menampilkan rekaan gaun lain daripada yang lain ketika karakternya ditemubual di hadapan rakyat Capitol.
Ditambah pula dengan gaya rambut chignon rendah dengan aksesori kepala keemasan, Sophia tampak cukup bersedia untuk berdepan dengan orang ramai di bangunan MBSA Shah Alam semalam.
Begitupun, di medan media sosial, tidak semua warganet dapat menerima gaya berkepak yang dipilih oleh Sophia.
Ada dengan sinis berkata gaya berkepak ini selalunya sinonim dengan imej bidadari berwarna putih manakala yang imej berona merah pula selalu dikaitkan dengan… korang pandai-pandailah habiskan ayat itu.
“Kepakk. Sama dalam otak aku sekarang ini. Why kepak itu?? Macam budak tadika pergi birthday party.”
“Angel supposed to be warna putih tapi dia sesuai lah warna merah.”
“She is she devil. Help pulis tolong!”
“Kepak tu kacau arrr…. dress cantik bethol dah…”
Err, memang komen tak ada insurans ya!
Apa-apapun, REMAJA rasakan solekan dan gaya mekap yang dipilih untuk Sophia Albarakbah semalam memang sesuai dengan gaya serta warna rambut. Persis si pengantin perempuan yang menunggu masa untuk naik ke jenjang pelamin. Eh!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehebatan pereka fesyen Malaysia yang tersohor seantero dunia, Datuk Seri Bernard Chandran tidak dapat disangkal lagi. Busana rekaannya senantiasa menjadi pilihan golongan bangsawan, orang kenamaan dan juga selebriti terkenal.
Terbaharu, anak jati Selangor berusia 54 tahun ini telah diberikan tugas untuk mereka busana khusus buat Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah sempena hari bahagianya.
Dalam satu hantaran di laman Instagram yang dimuat naik oleh jurusolek, Newtron Wangvisarn dapat dilihat pereka fesyen itu sedang meletakkan layah di atas kepala puteri Sultan Brunei itu.
Solekan tipis dan ringkas menaikkan seri Puteri Fadzilah. Kredit foto: Instagram Newtron Whangvisarn
Rekaan baju kurung dalam potongan klasik berona putih itu terlihat ringkas namun diserikan dengan sulaman dan juga taburan batuan berkilau yang meliputi keseluruhan busana. Penampilan Puteri Fadzilah dilengkapkan lagi dengan layah berenda yang memberi nuansa kemewahan.
Menaikkan lagi serinya, penampilan Puteri raja berusia 37 tahun itu cukup manis dengan sentuhan solekan Wangsivarn dan juga dandanan oleh Sheereen Makeup Studio.
Puteri Fadzilah telah selamat diijabkabulkan dengan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di Bandar Seri Begawan, Brunei dalam majlis penuh gemilang.
Melihat kepada busana yang digayakan oleh Puteri Fadzilah, mengimbau kenangan ketika Datuk Seri Bernard Chandran mengadakan pameran istimewanya di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang pada tahun 2013.
Ketika itu antara busana yang dipamerkan adalah busana ikonik rekaannya yang digayakan oleh kerabat Diraja dan juga orang kenamaan.
Busana kebaya pendek dalam fabrik songket jong sarat rekaan Bernard Chandran untuk Tengku Dato’ Nurul Kamalia bt Tengku Kamil Ismail.Busana yang dipakai Dayangku Ratna Siti Nooraishah untuk majlis Muleh Tiga Hari.Baju perkahwinan dalam siluet kurung moden untuk Datin Dr Halina, isteri kepada angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar.
Sememangnya setiap satu busana yang direka oleh Datuk Bernard Chandran memiliki keistimewaan tersendiri. Selain idea yang berbeza dari yang lain, sentuhannya mencetuskan keunikan yang jelas menyuntik aura agung dan mempesona.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mungkin ramai yang menganggap bahawa penyakit hipertensi/darah tinggi adalah merupakan penyakit bagi ‘orang-orang’ tua.
Namun begitu, tahukah korang bahawa mengikut National Health and Morbidity Survey (2015), 30.3% rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas menghidapi hipertensi/tekanan darah tinggi.
Perkongsian ini telah dibuat oleh seorang dietitian di laman Twitternya, doktor Jazlina Syahrul yang turut memberi pendedahan kepada orang ramai tentang penyakit tekanan darah tinggi.
Bila bercakap tentang hipertensi/tekanan darah tinggi, ia takkan dapat lari daripada garam. Antara faktor risikonya adalah pengambilan garam atau lebih spesifik lagi, pengambilan sodium yang berlebihan.
Garam ada pelbagai jenis dan kandungan sodiumnya lebih kurang sama saja.
Mana datangnya pengambilan sodium dalam pengambilan harian korang? Ha, kebanyakannya daripada pengambilan makanan proses.
Saranan pengambilan sodium untuk sehari adalah 200mg = 1 sudu kecil garam
Tapi korang kena berhati-hati juga sebab sodium banyak tersembunyi dalam sos/perasa tambahan.
15ml/g = 1 sudu besar
Kalau makan kicap satu sudu besar dah hampir daripada keperluan sodium sehari. Itu belum termasuk lagi sos cili dan sebagainya.
Rujuk gambar dibawah untuk rujukan kandungan sodium bagi jenis-jenis sos berikut:
Untuk mengurangkan pengambilan sodium ini, korang boleh tukarkan dengan rempah ratus dan pilih makanan segar daripada makanan berproses.
Dalam usia yang masih muda macam ini la yang korang kena betul-betul jaga pengambilan makanan harian korang. Jangan nanti dah sakit baru nak jaga.
Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Cewah!