Setelah seharian isu melempang pelakon Chris Rock secara live di anugerah Oscars hangat diperkatakan oleh penonton di seluruh dunia, hari ini Will Smith telahpun memohon maaf secara terbuka kepada Chris.

Will yang memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard mengeluarkan kenyataan tersebut setelah Chris difahamkan enggan mengenakan dakwaan ke atas Will semalam atas tindakan keganasan fizikal yang dilakukan olehnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Will Smith Mungkin Kehilangan Trofi Oscars Susulan Tindakan Lempang Chris Rock – REMAJA

“Keganasan dalam semua bentuk adalah ‘beracun’ dan merosakkan. Tindakan saya sewaktu anugerah Akademi semalam tidak boleh diterima dan dimaafkan. Jenaka yang dilakukan terhadap saya adalah sebahagian daripada pekerjaan ini, tetapi jenaka mengenai keadaan kesihatan Jada adalah terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas mengikut emosi.

IKLAN

Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris (Rock). Saya bertindak secara melampau dan saya bersalah,” catat Will yang mengakui tiada alasan untuk bertindak secara ganas dalam dunia ini.

Malu Dengan Tindakan Di Oscars, Will Smith Mohon Maaf Daripada Chris Rock

Malu dengan tindakannya yang mencerminkan dirinya, tindakan Will semalam juga membuatkan ramai peminatnya selama 30 tahun berkecimpung dalam industri lakonan keliru dengan diri Will yang mereka sangkakan sebagai seorang lelaki budiman.

IKLAN

Tambahnya, “Saya ingin memohon maaf kepada pihak Akademi, para penerbit acara, kesemua hadirin dan mereka yang menonton di seluruh dunia. Saya ingin memohon maaf kepada keluarga Williams dan keluarga (produksi) King Richard. Saya menyesali tindakan saya yang telah merencatkan keadaan untuk kita semua. Saya masih dalam proses (memperbaiki diri),” catatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Will Smith (@willsmith)

Malu Dengan Tindakan Di Oscars, Will Smith Mohon Maaf Daripada Chris Rock
Selepas kejadian menampar Chris Rock dan menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Will Smith dan keluarga tetap menghadiri acara parti Vanity Fair.

Sementara itu, pihak penganjur Anugerah Akademi berkata mereka bakal bersidang secara rasmi bagi membincangkan tindakan susulan ke atas Will Smith dan trofi kemenangannya.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : Will Smith Mungkin Kehilangan Trofi Oscars Susulan Tindakan Lempang Chris Rock – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI