Baru-baru ini, kontijen dari negeri Pahang meraih perhatian apabila berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan Malaysia Techlympics 2026 di Peringkat Akhir Kebangsaan yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Kejayaan tersebut membuktikan kehebatan bakat muda negeri itu dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Difahamkan, kejayaan tersebut hadir selepas Pahang berjaya mengumpul lima pingat emas untuk mengatasi negeri-negeri lain dalam saingan berkenaan. Selangor pula menduduki tempat kedua, manakala Melaka berada di tempat ketiga keseluruhan.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang berkata, pencapaian serta sambutan terhadap Malaysia Techlympics membuktikan program tersebut semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.

“Sambutan menggalakkan ini membuktikan keberkesanan Malaysia Techlympics sebagai platform utama dalam menarik lebih ramai pelajar menceburi bidang STEM,” katanya.

Malaysia Techlympics 2026 Cipta Rekod MBOR, Pahang Unggul Sebagai Juara Keseluruhan, Tahniah! Malaysia Techlympics 2026 Cipta Rekod MBOR, Pahang Unggul Sebagai Juara Keseluruhan, Tahniah!

Ads

“Keutamaan kementerian adalah untuk memastikan akses yang saksama kepada setiap pelajar, termasuk mereka yang berada di kawasan luar bandar, agar tidak ketinggalan dalam meneroka bidang STI,” ujarnya lagi.

Lebih membanggakan, Malaysia Techlympics 2026 turut mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori ‘Penglibatan Agentic AI Sebagai Ahli Aktif Pasukan Pertandingan’. Pengiktirafan ini sekaligus menyerlahkan penerapan teknologi baharu dalam pertandingan yang melibatkan generasi muda.

Peringkat akhir yang berlangsung selama dua hari pada 15 dan 16 November itu menyaksikan sebanyak 54 pertandingan fizikal serta dalam talian dipertandingkan. Antaranya termasuk Cabaran Robot Tempur, Inovasi AI Malaysia, reka bentuk 3D, siasatan jenayah dan pengendalian dron, selain penyertaan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Ads

Malaysia Techlympics 2026 Cipta Rekod MBOR, Pahang Unggul Sebagai Juara Keseluruhan, Tahniah! Malaysia Techlympics 2026 Cipta Rekod MBOR, Pahang Unggul Sebagai Juara Keseluruhan, Tahniah!

Tidak terhenti di peringkat kebangsaan, Malaysia Techlympics 2026 turut membuka ruang kepada peserta antarabangsa menerusi segmen World Techlympics. Kontinjen Kemboja misalnya berjaya mencuri tumpuan selepas muncul juara bagi kategori Crime Scene Investigation.

Ads

Pada masa yang sama, Kelantan muncul negeri dengan jumlah penyertaan tertinggi sepanjang penganjuran program dari Jun hingga November dengan lebih 1.06 juta penyertaan. Secara keseluruhan, Malaysia Techlympics 2026 merekodkan sebanyak 3.19 juta penyertaan di seluruh negara, menunjukkan minat generasi muda terhadap STEM semakin berkembang.

Untuk rekod, penganjuran tahun ini turut berlangsung serentak dengan Minggu Sains Negara 2026 Finale serta enam program satelit di bawah Ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi (E-STI 2026). Melihat kepada sambutan memberangsangkan itu, Malaysia Techlympics berpotensi untuk terus berkembang sebagai platform penting dalam mencungkil bakat muda dan mengangkat nama Malaysia ke pentas teknologi serantau.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads