Golongan muda hari ini bukan sahaja perlu menguasai ilmu akademik, malah kemahiran dalam bidang sains dan teknologi juga semakin penting bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran masa hadapan.

Membuktikan minat generasi muda terhadap bidang tersebut semakin berkembang, Malaysia Techlympics 2026 berjaya mencatatkan sebanyak 3.19 juta penyertaan di seluruh negara sejak Jun hingga November tahun ini.

Lebih membanggakan, kontinjen Pahang muncul juara keseluruhan selepas berjaya membawa pulang lima pingat emas pada saingan akhir kebangsaan yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

3.19 Juta Penyertaan Malaysia Techlympics 2026, Bukti Anak Muda Semakin Minat Dunia STEM!

Pahang Raih Lima Emas, Kelantan Catat Penyertaan Tertinggi

Dalam keputusan keseluruhan pertandingan, Selangor menduduki tempat kedua, manakala Melaka berada di kedudukan ketiga.

Sementara itu, Kelantan turut mencuri perhatian apabila diumumkan sebagai negeri yang mencatatkan penyertaan tertinggi dalam Malaysia Techlympics 2026 dengan jumlah sebanyak 1.06 juta penyertaan.

Pencapaian ini sekali gus memperlihatkan sambutan positif dalam kalangan pelajar terhadap aktiviti berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang berkata, sambutan memberangsangkan tersebut menunjukkan potensi Malaysia Techlympics untuk menarik lebih ramai pelajar menceburi bidang STEM pada edisi akan datang.

3.19 Juta Penyertaan Malaysia Techlympics 2026, Bukti Anak Muda Semakin Minat Dunia STEM!

Bukan Sekadar Pertandingan, Peluang Asah Kreativiti Anak Muda

Menurut Chang, keutamaan kementerian adalah memastikan setiap pelajar, termasuk mereka yang berada di kawasan luar bandar, mendapat peluang sama rata untuk meneroka bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).

Ads

“Antara perkara yang selalu kita tekankan dalam semua program kita ialah setiap pelajar mendapat peluang yang saksama untuk pendedahan kepada sains, teknologi dan inovasi,” katanya.

Jelas beliau, Malaysia Techlympics bukan sekadar platform untuk pelajar bersaing, malah memberi ruang kepada mereka mengasah kreativiti serta kemahiran menyelesaikan masalah menerusi pelbagai pertandingan yang dianjurkan.

Menariknya, pengisian yang turut mengetengahkan elemen budaya juga membuka peluang kepada pelajar untuk mendekati dunia sains dan teknologi melalui pendekatan yang lebih luas serta kreatif.

3.19 Juta Penyertaan Malaysia Techlympics 2026, Bukti Anak Muda Semakin Minat Dunia STEM!

Cabaran Robot Tempur Hingga Inovasi AI, Pelbagai Acara Menarik Dipertandingkan!

Bagi saingan akhir kebangsaan, sebanyak 54 pertandingan secara fizikal dan dalam talian telah dianjurkan dengan mengetengahkan pelbagai cabaran yang menguji kreativiti serta kebolehan peserta.

Antara acara yang dipertandingkan termasuk Cabaran Robot Tempur, Inovasi AI Malaysia, reka bentuk tiga dimensi (3D), siasatan jenayah dan cabaran pengendalian dron.

Lebih menarik, murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) turut diberikan peluang untuk menyertai pertandingan Cabaran Mencipta Robot dan InnovaTech.

Ads

Penyertaan tersebut membuktikan bahawa bidang STEM boleh diterokai oleh semua lapisan pelajar tanpa mengira latar belakang mahupun keupayaan masing-masing.

3.19 Juta Penyertaan Malaysia Techlympics 2026, Bukti Anak Muda Semakin Minat Dunia STEM!

Malaysia Techlympics Berpotensi Jadi Acara Bertaraf Global

Dalam perkembangan sama, Chang turut menyuarakan hasrat untuk mengangkat Malaysia Techlympics sebagai acara utama di peringkat global menerusi penyertaan antarabangsa dalam World Techlympics.

Malah, Kemboja turut mencipta kejayaan apabila berjaya menjuarai salah satu pertandingan yang dipertandingkan, iaitu Crime Scene Investigation.

Menurut Chang, peluang untuk berinteraksi dan bertanding bersama peserta dari negara lain mampu memberikan pengalaman berharga kepada pelajar tempatan, selain membuka perspektif mereka mengenai penguasaan STEM di peringkat antarabangsa.

“Sains dan teknologi ini tiada sempadan. Apabila anak-anak kita dapat bergaul dengan pelajar dari luar negara, mereka juga dapat melihat sejauh mana rakan sebaya mereka menguasai STEM,” katanya.

Ads

Beliau turut berharap pengalaman tersebut dapat menyemarakkan minat pelajar untuk terus meneroka bidang STEM serta meningkatkan keyakinan mereka dalam menghasilkan sesuatu inovasi.

3.19 Juta Penyertaan Malaysia Techlympics 2026, Bukti Anak Muda Semakin Minat Dunia STEM!

Malaysia Techlympics 2026 Turut Raih Pengiktirafan MBOR

Bukan itu sahaja, Malaysia Techlympics 2026 turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kategori “Penglibatan Agentic AI Sebagai Ahli Aktif Pasukan Pertandingan”.

Untuk rekod, Malaysia Techlympics 2026 Peringkat Akhir Kebangsaan berlangsung pada 15 dan 16 November lalu di MAEPS, Serdang, seiring dengan Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Finale.

Kedua-dua program utama tersebut turut dihimpunkan bersama enam program satelit menerusi Ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi (E-STI 2026) di bawah Program Pembudayaan STI Bersepadu MOSTI Peringkat Akhir Kebangsaan 2026.

Dalam ucapan penutup, Chang turut menekankan kepentingan menyediakan peluang serta bimbingan sewajarnya kepada generasi muda agar mereka berani menghasilkan inovasi sendiri.

Usaha ini selari dengan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.

3.19 Juta Penyertaan Malaysia Techlympics 2026, Bukti Anak Muda Semakin Minat Dunia STEM!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads