Baru-baru ini, Malaysia mengukir kejayaan cemerlang apabila mendominasi ASEAN TVET Friendly Match 2025 dengan meraih tujuh pingat emas daripada sembilan kategori kemahiran vokasional yang dipertandingkan dalam bidang berkaitan sektor kemahiran vokasional.
Pertandingan serantau yang berlangsung dengan penyertaan 12 negara ini menyaksikan Malaysia muncul sebagai juara dalam bidang Penerapan Bata, Pertukangan Kayu, Pertukangan Kabinet, Pembinaan Digital, Pendawaian Elektrik, Paip dan Pemanasan serta Kimpalan.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, beliau menyifatkan kejayaan ini sebagai simbol semangat serantau dan komitmen kolektif ke arah masa depan ASEAN yang inklusif dan berdaya saing.
Kredit foto: FB TVET MARA
“Pertandingan ini membuktikan kemahiran adalah enjin pembangunan sesebuah negara. Misalnya, Dari Batu Bata ke Rekabentuk Digital, dari Pendawaian Elektrik hingga Penyaman Udara, setiap bidang kemahiran yang dipertandingkan bukan hanya menguji kepakaran teknikal, tetapi daya tahan mental, kreativiti penyelesaian masalah dan komitmen kepada kecemerlangan profesional,” katanya.
Tambah beliau, pertandingan ini menggunakan piawaian WorldSkills Occupational Standards (WSOS) sebagai asas penilaian, menjadikannya medan latihan penting menjelang WorldSkills ASEAN di Manila dan WorldSkills Asia di Taipei.
Ads
Dalam pada itu, Datuk Seri Abdul Rahman turut menegaskan misi Malaysia untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam TVET termasuk memadankan kemahiran dengan kehendak industri serta memperluas mobiliti tenaga kerja teknikal.
“Malaysia komited menjadi peneraju harmonisasi TVET serantau, selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN 2025: Inklusiviti dan Kelestarian,” jelasnya lagi.
Kredit foto: FB TVET MARA
Sementara itu, penerima pingat emas Penerapan Bata, Misto Mikin (18) berkata, antara cabaran utama ialah menyusun bata untuk paten ‘I Love TVET’ dalam masa 18 jam yang menguji fizikal dan mental.
Ads
“Saya teruja dengan kemenangan ini. Ia jadi pendorong untuk saya berjuang di WorldSkills di Taipei nanti,” kata pelajar IKM Kota Kinabalu itu.
Pada masa yang sama, Luqman Nurhafizi Abdul Kadir dari WISDEC Banting pula menyifatkan penyertaan dalam kategori Pertukangan Kayu sebagai peluang bernilai dan kemenangan emas membuka laluan ke peringkat antarabangsa.
Ads
Kredit foto: FB TVET MARA
“Paling bermakna apabila saya meraih pingat emas mengalahkan peserta dari negara lain yang hebat sekaligus membuka peluang saya mara ke peringkat seterusnya di Manila,” ujarnya.
Sekadar info, ASEAN TVET Friendly Match 2025 dianggap sebagai pemangkin kepada peningkatan profil sektor pembinaan dalam ekosistem TVET, dengan sembilan kategori kemahiran dipertandingkan dalam persekitaran intensif berstandard antarabangsa.
Untuk pengetahuan, antara pemenang utama yang mengharumkan nama Malaysia di pentas ASEAN TVET 2025 termasuklah Misto Mikin (Penerapan Bata), Khairul Idham (Pertukangan Kabinet), Luqman Nurhafizi (Pertukangan Kayu), Muhamad Nashrul (Pembinaan Digital), Muhammad Haziq (Pendawaian Elektrik), Muhammad Adam Haris (Kerja Paip dan Pemanasan), serta Muhammad Haris Irfan (Kimpalan) dimana kesemuanya berjaya membawa pulang pingat emas dan membuktikan bahawa anak tempatan bukan sahaja mahir, malah mampu bersaing di peringkat serantau dengan penuh keyakinan dan kelas tersendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 mencipta kenangan manis apabila seorang bapa dan anak perempuannya menerima ijazah yang sama, pada hari yang sama.
Mohd Zaki Awang, 53, dan anaknya, Aina Afiqah Mohd Zaki, 24, berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Bacelor Eksekutif Pengurusan Perniagaan, menjadikan konvokesyen kali ini lebih bermakna buat keluarga mereka.
Isteri tercintanya, Nor Azlina, yang turut hadir di majlis itu, meluahkan rasa bangga melihat suami dan anak perempuannya berkongsi detik bersejarah tersebut.
“Sebagai ibu dan isteri, saya berasa amat bangga kerana di usia 53 tahun, suami dapat menamatkan pengajian walaupun kekangan masa serta komitmen terhadap keluarga.
“Saya selalu memberi semangat kepada mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.” ujarnya.
Pada masa sama, Aina Afiqah pula berasa gembira dan terharu dapat berkongsi kejayaan dengan bapa tersayangnya.
“Saya berbangga dapat menamatkan pengajian ini dengan jayanya walaupun membuat dua kerja dalam satu masa. Tetapi yang paling terpahat memori adalah dapat kenal dengan rakan-rakan baharu dan menimba pengalaman sebagai pelajar jarak jauh.
“Hari ini kami berdua akhirnya berjaya, dan ia benar-benar satu kebanggaan buat keluarga,” kata Aina.
Bagi Mohd Zaki pula, cabaran terbesar sepanjang pengajian ialah perjalanan jauh dari Johor ke Pahang untuk menghadiri kelas.
Tambahnya lagi, dia juga bersyukur kerana UMPSA menyediakan program pembelajaran yang fleksibel, sesuai dengan tugasnya sebagai Eksekutif Perolehan dan Logistik di sebuah syarikat di Pengerang.
“Ia ternyata merupakan pengalaman manis yang akan diingati sepanjang hidup saya. Saya amat bersyukur kerana UMPSA telah menyediakan satu laluan pembelajaran yang fleksibel.
“Sesuai dengan komitmen dan kerjaya saya sebagai Eksekutif Perolehan dan Logistik di sebuah syarikat terkemuka di Pengerang,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UMPSA NEWS
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujung minggu ini bertambah hangat berbanding biasa apabila dua pasukan gergasi Premier League (PL), Manchester United dan Arsenal membuka tirai musim 2025/2026 menerusi perlawanan ‘Super Sunday’.
Untuk meraikan adrenalin yang dirasai oleh peminat bola sepak, Astro sebagai penyiar rasmi PL di Malaysia mengajak korang semua untuk sama-sama berkumpul di Ground Floor, Strand Mall, Kota Damansara pada 17 Ogos ini mulai jam 8 malam untuk menyaksikan tayangan langsung berbentuk watch party.
We got your back kerana masuk adalah percuma!
Tambah menarik, ia bukan sekadar tayangan di skrin gergasi sahaja. Turut dilangsungkan adalah program kendalian Adam Carruthers ‘Super Sunday Live’ bersama dua pundit bola sepak, Gary Stevens dan Carlton Palmer mengenai ulasan perlawanan yang berlangsung.
And get this! Astro tidak main-main apabila mengumumkan kehadiran bekas penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner sebagai jemputan khas sempena ‘Super Sunday’ berkenaan.
Nicklas Bendtner
Sambil berpeluang menemui Bendtner face-to-face dan berinteraksi dengan beliau, peminat pasukan Arsenal terutamanya tentu tidak mahu melepaskan peluang dengan fan cam masing-masing.
Tambahan pula, Arsenal sudah lama menantikan kejuaraan liga dan tentunya, Gooners termasuklah Bendtner sendiri mengharapkan agar pasukan bola sepak kegemaran mereka itu berjaya mencapai ekspektasi yang diletakkan.
Selain Bendtner, turut hadir pada malam Ahad ini ialah dua penyanyi tempatan, SonaOne dan Nadeera Zaini yang akan melakukan persembahan untuk menghiburkan hadirin yang ada.
Adakah Manchester United mampu bangkit pada musim PL 2025/2026 setelah merundum pada musim lepas sehingga menamatkan saingan di tangga ke-15. Dan mampukah Arsenal menetapkan benchmark positif dengan memenangi saingan pertama kali ini menentang Manchester United?
Sama-sama kita nantikan di PL Watch Party pada 17 Ogos ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang sentiasa tercari-cari diskaun makanan dan minuman, jangan sesekali lepaskan peluang ini.
Kini, banyak promosi dilancarkan oleh restoran kegemaran ramai sepanjang bulan ni. REMAJA senaraikan promosi makanan dan minuman yang wajib korang serbu & grab.
1. Minuman Kedua Starbucks Hanya RM5 Sahaja
Minuman kedua Starbucks hanya berharga RM5 sahaja?!
Ya, tetapi promosi ini hanya valid dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari sahaja. Caranya, korang perlu membeli minuman handcrafted dan enjoy minuman kedua pada harga diskaun.
Tarikh Promosi: Sekarang hingga 28 Mac 2021 Waktu Promosi: Sabtu & Ahad (10am – 12pm) Lokasi Promosi: Semua stor Starbucks di Malaysia kecuali di KLIA, KLIA2, Sunway Lagoon dan Genting Highlands.
2. Baucar Burger King
Dengan menggunakan baucar Burger King, korang boleh mendapatkan beberapa menu menarik pada harga diskaun. Antaranya termasuklah set 2 burger Mushroom Swiss + Cheesy Fries + aiskrim vanila pada har RM16.90 dan cheeseburger + onan rings + fries pada harga RM9.90.
Tarikh Promosi: Sekarang – 15 April 2021 Lokasi Promosi: Hanya di Burger King Semenanjung Malaysia kecuali Sunway Lagoon, Medini Mall, JPO, GPO, Mitsui Outlet Park, Langkawi & lapangan terbang.
3. Family Mart Oden Diskaun 50%
Wow! Tapi ingat ya, diskaun ini hanya digunakan dengan pesanan bungkus oden melalui aplikasi online My Family Mart. Masukkan kod promo untuk mendapatkan diskaun 50%!
Tarikh Promosi: Sekarang sehingga 30 Mac 2021 Lokasi Promosi: MY FamilyMart ONLINE
4. Baskin Robbins Beli 1 PERCUMA 1
Korang hanya perlu beli Single Regular Scoop dan dapatkan PERCUMA satu lagi Single Junior scoop!
Tapi korang kena alert kerana promosi ini akan menukar perisa pada setiap hari. Segala update perisa akan diberitahu di media sosial mereka.
Tarikh Promosi: Sekarang sehingga 30 Mac 2021
Lokasi Promosi: Semua stor Baskin Robbins
5. Sushi King Bonanza
Berita baik untuk peminat setia makanan Jepun, Sushi King Bonanza kembali dengan harga sushi RM3.18 sepinggan.
Tawaran ini meliputi 45 jenis sushi. Namun, tempoh promosi adalah mengikut lokasi yang telah ditetapkan! Ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu 8 – 11 Mac (Pulau Pinang, Perlis, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak) dan 22 – 25 Mac (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Melaka, Kedah, Terengganu dan Sabah)
Tarikh Promosi: 8 Mac hingga 25 Mac 2021 Lokasi promosi: Sushi King Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!