Ready to kick start your 2026? Apa kata korang mulakannya bersama Jessica Jung!

Istimewa buat peminat bekas ahli kumpulan Girls’ Generation (SNSD) ini, Malaysia bakal menjadi destinasi pertama dalam senarai negara siri jelajah konsert terbarunya yang bertajuk Reflections pada awal tahun hadapan.

Tentunya, para Golden Stars ternanti-nantikan kemunculan semula Jessica Jung di Kuala Lumpur, apatah lagi dengan perkembangan kerjaya seni nyanyiannya yang semakin menyerlah dengan penghasilan lagu-lagu baharu yang penuh emosi dan karakter tersendiri.

Malaysia Destinasi Pertama Jelajah Konsert Jessica Jung ‘Reflections’ Awal 2026
Jessica Jung

Kerjaya Muzik Jessica Jung yang Versatil

Sebagai penyanyi dan penulis lagu, Jessica dikenali dengan gaya muzik versatil melalui EP With Love, J dan Wonderland pada tahun 2016 diikuti dengan My Decade pada tahun 2017 serta Beep Beep pada tahun 2023.

Populariti Jessica terus memuncak setelah dia muncul di kaca televisyen di China apabila meraih tempat kedua dalam program Sisters Who Make Waves 3 dan program The Treasured Voice musim keempat.

Ads

Lagu Popular dan Kolaborasi

Selain itu, Jessica turut popular menerusi lagu-lagu seperti Fly bersama Faabolous, Get It? Got It? Good bersama Amber Liu, Big Mini World, Summer Storm dan Falling Crazy In Love. Tak sabar rasanya untuk mendengarkan diskografi bintang berdarah kacukan Korea Selatan – Amerika Syarikat ini secara face-to-face.

Malaysia Destinasi Pertama Jelajah Konsert Jessica Jung ‘Reflections’ Awal 2026

Tarikh dan Lokasi Konsert Jessica Jung Reflections di Malaysia

Acara Jessica Concert Tour 2025 Reflections in Malaysia ini dijadualkan berlangsung pada 11 Januari 2026, hari Ahad pada jam 7.00 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting. Khabarnya, konsert ini bakal menjadi hadiah istimewa buat Golden Stars yang inginkan persembahan memukau dan serba artistik.

Ads

Kali terakhir Jessica berkunjung ke MAlaysia untuk siri jelajah konsert adalah pada 31 Januari 2024. Sudah tentu, Golden Stars masih ingat mengapa kemunculan Jessica mampu menambat hati semua yang hadir.

BACA: Setelah 6 Tahun, Jessica Jung Kembali Ke Malaysia. Tiket Konsert Dijual 2 Hari Lagi!

Harga & Penjualan Tiket

Tiket konsert akan mula dijual pada 20 November 2025 (Khamis) jam 3 petang pada harga RM288 (PS4), RM488 (PS3), RM588 (PS2), RM788 (PS1) dan RM988 (VIP). Korang boleh mendapatkannya di rwgenting.com dan www.fantopia.io.

Ads

Malaysia Destinasi Pertama Jelajah Konsert Jessica Jung ‘Reflections’ Awal 2026

Jadi, tandakan kalendar korang dan bersiaplah untuk malam yang penuh nostalgia dan keindahan muzik bersama Jessica Jung dalam jelajah Reflections di Malaysia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads