Dengan skor 344.40 poin, Dhabitah Sabri sekali lagi melakar kejayaan di podium dengan menamatkan saingan di belakang Maddison Kenney (Australia) dan Jennifer Abel (Kanada).
Namun pada kali ini, bukan saja atlet berusia 19 tahun ini mengenggam sebutir pingat gangsa untuk Malaysia tetapi juga mencatat rekod tersendiri.
Ini kerana sejak kejohanan Diving World Series diperkenalkan pada tahun 2007, atlet terjun negara belum pernah menghabiskan saingan secara perseorangan di atas podium tersebut.
Ads
Maka, pingat gangsa yang dimenangi oleh Bitah semalam menjadikannya sebagai atlet solo pertama yang melangkah naik ke podium untuk acara 3m papan anjal wanita.
Ads
Sebelum ini, atlet terjun negara yang pernah menghadiahkan pingat untuk negara di DWS adalah menerusi acara 3m papan anjal seirama (Cheong Jun Hoong – Wendy Ng Yan Yee) dari tahun 2013 ke 2014.
Sudah tentu, Bitah bersyukur dengan kejayaannya itu. Menerusi sebuah posting di Instagram hari ini, Dhabitah berkata, “Alhamdulillah, saya tidak pernah terfikir saya akan memperolehi pingat dalam acara individu dan bertanding bersama penerjun berkelas dunia.
“Saya tak boleh lakukannya tanpa sokongan keluarga, rakan sepasukan dan penyokong Malaysia. Saya juga berbangga dengan rakan saya Syafiq dan Wendy Ng yang sama-sama berjuang bersama saya sehingga ke penghujung,” katanya lagi.
Congrats again Bitah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi, penerbit dan usahawan, Mizz Nina hari ini telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan yang dia sudah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka bernama Essam Muhammad dalam satu majlis yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
Pegumuman tersebut dibuat menerusi satu hantaran di laman Instagramnya memaparkan dia dan suami tampil berseri dalam persalinan rona putih sambil berpegangan tangan.
“Alhamdulilah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang indah ini ingin saya kongsikan kepada anda semua, dan itulah pengumuman rasmi bahawa saya baru sahaja bernikah pada suku kedua 2023 dengan suami tercinta, Essam Muhammad dalam suasana peribadi bersama keluarga dan rakan rapat,” kongsinya
Meninjau ke laman Instagram Essam, dibahagian biodata tertulis kerjayanya sebagai seorang penulis lirik, penyanyi dan pelakon.
Sama-sama terlibat dalam dunia seni, pemilik nama penuh Shazrina Azman ini menyatakan bahawa dengan restu kedua orang tua dia dan suaminya mampu menyempurnakan separuh daripada agama masing-masing. Mereka juga berniat untuk menggunakan bakat yang dimiliki ke arah dakwah.
“Allah adalah sebaik-baik perancang, dan telah menulis bab kehidupan kita ini dengan begitu indah. Alhamdulilah, dengan restu ibu bapa kami berdua dapat menyempurnakan separuh lagi agama masing-masing. Kami berdua telah mendedikasikan hidup kami untuk dakwah, kami berkongsi matlamat, aspirasi yang sama dan teruja untuk lembaran baru dalam hidup kami.
“Satu-satunya tujuan di sebalik semua usaha kita dalam kerja yang kita lakukan adalah berakar pada iman dan asasnya akan sentiasa kerana Allah. Dunia ini sementara dan hari esok tidak pernah dijanjikan.
“Kami memahami bahawa perkahwinan adalah untuk menumbuhkan cinta, mencari ketenangan dan mempunyai belas kasihan dan bahawa niat utama haruslah sentiasa untuk mencari keredhaan Allah agar kita dapat melangkah melalui pintu-pintu Jannah bersama.
“Semoga Allah menggunakan bakat dan rezeki yang kita ada untuk memberi manfaat dan memartabatkan Ummah. Semoga Allah menjaga keikhlasan kita, dan sentiasa melindungi kita dalam perjalanan,” ujarnya panjang perihal ini.
Essam Muhammad.
Mengenai majlis perkahwinannya pula, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkongsi, “Kami akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup tidak lama lagi di KL in shaa Allah.”
“Kami sentiasa bersyukur kepada Allah, keluarga dan kawan rapat kami. Kami menghargai sokongan, kasih sayang dan doa anda. Kami berdoa dan memohon yang terbaik untuk pegangan dunia & akhirat buat anda semua,” tambahnya lagi.
Sedikit informasi, sebelum ini Mizz Nina pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selama lebih sepuluh tahun sebelum mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu. Mereka juga memiliki seorang anak angkat yang dikenali dengan nama Musa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak pelik sekiranya wanita memilih pasangan yang lebih muda kerana ia bukanlah satu syarat yang mewajibkan seorang wanita itu memilih lelaki lebih berusia untuk dijadikan suami. Ramai diantara golongan selebriti yang berjodohan dengan pasangan lebih muda, bukan hanya di negara kita, malah di luar negara juga sama.
Jika di Malaysia, pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin antara yang sering mendapat perhatian peminat, di Korea juga situasi ini tidak menjadi sesuatu yang janggal kerana ramai diantara selebriti wanita mereka turut memilih pasangan yang lebih muda untuk dijadikan pasangan hidup.
Jom kita lihat antara selebriti Korea yang berkahwin dengan lelaki lebih muda.
1. Ham So Won & Jin Hua
Foto: Allkpop
Perbezaan umur yang agak jauh, selebriti wanita Korea Ham So Won telah memilih Jin Hua yang lebih muda 18 tahun sebagai pasangan hidup. Mereka telah mengejutkan peminat pada 18 Februari 2018 dengan mengatakan bahawa mereka telah bernikah. Akhirnya, pada bulan April, foto pasangan selebriti ini mulai tersebar.
Penyanyi Baek Ji Young telah bernikah dengan pelakon Jung Suk Won pada 2 Jun 2013 di Hotel Sheraton Walkerhill di Seoul. Jung Suk Won 10 tahun lebih muda dari isterinya dan mereka mula berhubungan pada tahun 2011.
Walaupun hanya berbeza 2 tahun lebih muda daripada Kim Tae Hee, personaliti ini ternyata berjodohan dengan lelaki yang lebih muda. Tae Hee dan Rain melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 Januari 2017 selepas bercinta selama 5 tahun.
Venny merupakan penyanyi yang membuat debut pada tahun 2004, manakala Ahn Yong seorang aktor yang memulakan kariernya pada tahun 2006. Ah Yong adalah 9 tahun lebih muda daripada Venny dan pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada tahun 2015 setelah 4 tahun bercinta.
Pelakon Han Hye Jin bertemu jodoh dengan pemain bola sepak Ki Sung Yueng yang pertama kalinya bertemu pada Jun 2011 di Doosan Asian Dream Cup. Mereka kemudiannya saling terpikat dan berkahwin pada 1 Julai 2013. Sung Yueng adalah tahun lebih muda daripada aktres itu.
Min Hyo Rin dan Taeyang melansungkan perkahwinan mereka pada 3 Februari 2018 dan kedua-duanya bertemu buat pertama kali ketika Min Hyo Rin menjadi model muzik video Taeyang, 1 AM pada tahun 2014. Aktres itu 2 tahun lebih muda daripada Taeyang.
Inilah yang dinamakan jodoh. Kalau dah jodoh, siapalah kita untuk menolak takdir kan? Hiks! Bukan hanya golongan selebriti, wanita biasa pun ramai sahaja yang pilih lelaki lebih muda. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Prihatin dengan nasib golongan memerlukan, usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi tampil menghulurkan bantuan apabila memberi sumbangan wang tunai lebih RM15,000 kepada keluarga pelakon Norish Karman.
Sumbangan tersebut difahamkan hasil jualan produknya menerusi siaran langsung yang berlangsung pada malam tadi.
Anggap Sebagai ‘Gaji’ Untuk Keluarga Norish
Menurut Aliff, wang yang diberikan itu dianggap sebagai gaji buat Norish dan anak-anaknya yang turut membantu melariskan jualan produk sepanjang sesi siaran langsung tersebut.
“Ini adalah gaji Norish dan anak-anak yang bantu melariskan jualan produk saya hari ini.
“Saya nak tegaskan, mereka hadir bukan sebab meminta-minta tetapi ingin beraya dan memohon diberikan kerja sama ada boleh menjadi hos ‘live’ TikTok atau staf di pejabat.
“Ini rezeki keluarga Norish. Saya beri ini sebab yakin Allah SWT menjadikan saya perantara untuk membantu meringankan beban mereka sekeluarga,” katanya.
Sebak Lihat Keadaan Hidup Keluarga Norish
Dalam pada itu, Aliff turut mengakui tidak dapat menahan rasa sebak melihat keadaan kehidupan Norish bersama lapan orang anaknya.
“Terima kasih kepada kalian yang menonton dan memberi produk saya.
“Saya percaya, Allah menjadikan saya senagai perantara untuk membantu dan meringankan beban hidup keluarga Norish.
“Saya sedih melihat keluarga Norish kerana mereka sangat gembira dan saling menyayangi walaupun realitinya hidup mereka susah.
“Manda datang pada saya beritahu tak mahu minta walau RM5 sebab masih ada kudrat dan memohon jadikan mereka sekeluarga hos live TikTok,” katanya lagi.
Ucapan Syukur & Terima Kasih Norish
Sementara itu, Norish yang tidak dapat menahan sebak dengan jumlah sumbangan diterima meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Aliff serta isterinya, Datin Shahida.
“Alhamdulillah, terima kasih datuk, datin dan semua rakyat Malaysia yang pemurah.
“Anggaplah ini satu perkongsian, semoga satu hari nanti kita boleh menjadi individu seperti Datuk Aliff yang sentiasa mebantu orang lain,” ujarnya.
Manda Mohon Peluang Pekerjaan
Dalam masa sama, anak sulung Norish iaitu Hanyz Amanda atau Manda turut berharap diberikan peluang pekerjaan bagi membantu menyara keluarga mereka.
“Berkali-kali saya menangis malam ini. Terkejut dengan jumlah sumbangan sebanyak ini.
“Datuk, panggil kami kerja, saya memang nak sangat bekerja. Kalau menjadi cef pun saya okey, nak memasak,” jelasnya.
Sebelum Ini Tular Isu Kesihatan Norish
Terdahulu, Manda mengejutkan ramai apabila berkongsi mengenai tahap kesihatan ibunya yang semakin merosot sehingga perlu dimasukkan ke wad bagi menerima rawatan.
Malah, dia juga difahamkan membuka tabung secara dalam talian bagi mendapatkan sumbangan orang ramai untuk menampung kos rawatan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.