Pada usia 25 tahun, pemenang dua kali pingat emas Sukan Paralimpik dalam acara lompat jauh T20, Abdul Latif Romly telahpun dikurniakan pangkat Datuk. Fuh!
Melalui perkongsian di laman Instagram Majlis Sukan Negara (MSN), penganugerahan pingat itu kepada Latif membawa gelaran ‘Datuk’.
“Tahniah!!! Datuk Latif Romly. Atlet Para Olahraga Abdul Latif Romly terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk’,” kata MSN.
Latif Romly telah mempamerkan aksi yang cemerlang pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara akhir lompat jauh (T20).
Ads
Tidak cuma itu, atlet berusia 25 tahun itu turut memenangi pingat emas di Paralimpik Rio pada tahun 2016 dan merupakan pemegang rekod dunia bagi lompatan sejauh 7.64 meter di Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Selain Latif Romly, bekas atlet penerjun negara, Leong Mun Yee turut dikurniakan gelaran Datuk.
Ads
Congrats Datuk Latif Romly dan Datuk Leong Mun Yee.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam tular di media sosial kisah seorang makcik gelang pink yang didapati makan di sebuah café d Meru Raya, Ipoh.
Di saat gambarnya ditularkan, makcik berusia 72 tahun itu sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas didapati positif COVID-19 selepas menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari selepas kembali ke tanah air pada 4 Julai lalu.
Di saat “gambar makcik tertangkap” selamba makan di luar walau pun perlu menjalani kuarantin di rumah hingga ramai menyuarakan kemarahan, hari ini pula semakin banyak gambar individu-individu yang gambar mereka memakai gelang pink ditularkan di media sosial.
Ada dilihat selamba membeli belah, duduk minum di kedai mamak dan sebagainya.
Senang kata, bukan orang berusia saja ingkar arahan tapi anak muda pun ramai yang degil. Sama-sama tak mendengar nasihat perlu kuarantin di rumah.
Dalam satu perkongsian gambar dari Faizal St di fbnya, dapat dilihat anak muda selamba keluar membeli belah walau gelang masih di tangan. Walau lokasi tak dinyatakan di mana, tapi dengan sikap dan pemikiran begitu, rantaian COVID-19 sukar diputuskan apabila Pesakit Di Bawah Pengawasan selamba keluar ke mana-mana tanpa mempedulikan kesihatan orang lain. Secara tak langsung, orang-orang begini memperjudikan nasib orang lain pula.
Kalau dalam kes makcik gelang pink cafe perlu dibuat semburan, tak mustahil jugalah pasaraya yang telah dikunjungi oleh pemakai gelang pink ini juga perlu dibuat semburan dan pembersihan (setakat nie belum ada berita mengenainya lagi dan kita mungki terdedah kepada jangkitan. Betul tak?)
Ermm, kalau begini gayanya, kluster apalah bakal keluar ya?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hangat baru-baru ini di media sosial apabila orang ramai menggesa pihak berkuasa memantau pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan sesuka hati di sekitar Bukit Bintang semata-mata untuk menyaksikan persembahan ‘busking’.
Menerusi satu hantaran di X, difahamkan keadaan jalan raya di sekitar Bukit Bintang semakin sesak terutama sekali selepas waktu pejabat susulan ramai yang meletakkan motosikal di bahu jalan sehingga mengganggu pengguna lain.
“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) patut haramkan busking di tempat awam. Dahlah Bukit Bintang ini jem (sesak) teruk lepas itu ada pula yang jenis parking tepi jalan sesuka hati,” kata seorang pengguna X.
Dalam hantaran sama, turut dikongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan jalan yang sesak di sekitar kawasan di mana aktiviti busking diadakan.
Paparan motosikal yang di ‘park’ secara bersepah di kawasan Bukit Bintang cetus kemarahan warganet.
Bagaimanapun, tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna tidak setuju sekiranya aktiviti busking itu dilarang, tetapi sebaliknya mereka menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap penunggang yang meletakkan motosikal mereka di bahu-bahu jalan secara haram.
“Yang buat jem motosikal letak tepi jalan, tiba-tiba buskers pula terpalit,” kata Zul.
“Busking itu menarik, pelancong pun suka tengok. Polis atau pihak DBKL kena lebih tegas pantau yang letak motosikal tepi jalan ini sebab sebelum ini okey saja,” kata Suzi.
“Saya cadangkan DBKL buat satu kawasan tak jauh dari MRT Bukit Bintang dan Pavilion. Dekat situ boleh busking, jual-jual. Keluarga pula boleh bersantai makan shawarma sambil tengok persembahan,” cadang Opinion.
“Sepatutnya DBKL haramkan kenderaan masuk Bukit Bintang malam-malam terutama malam minggu,” kata Lita.
“DBKL patut pertimbangkan konsep ‘car free’ untuk Jalan Bukit Bintang. Dekat situ dah ada monorel dan MRT,” kata Azizul. – KOSMO
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keluarga Diraja sering mendapat perhatian masyarakat kerana mungkin ramai yang begitu kagum dengan kemewahan dan gaya hidup mereka. Namun, bukan semua keluarga Diraja mempamerkan kehidupan mewah semata-mata, malah ada juga yang lebih selesa untuk hidup bersederhana.
Kali ini, REMAJAnak berkongsi tentang dua Putera Diraja Denmark yang tidak kekok terjun ke bidang peragaan.
Putera Nikolai adalah anggota keluarga diraja Denmark yang berusia 21 tahun. Beliau menemui minatnya pada tahun 2018 dan mula berkerja sebagai model fesyen. Beliau membuat penampilan sulung di London Fashion Week dan membuat pertunjukan fesyen di Dior Homme 2020. Malah, si adik yang mengikuti jejak abangnya telah tampil dalam iklan barang kemas mewah Denmark, Georg Jensen awal tahun ini.
Putera Nikolai Foto Via prinsnikolaidior
Antara Pewaris Takhta Denmark
Nikolai dan adiknya Putera Felix, 19, merupakan anak kenapa Putera Joachim dan isteri pertamanya iaitu Countess Alexandra dari Frederiksborg. Menariknya, Putera Nikolai merupakan pewaris ketujuh dan Putera Felix pula pewaris kelapan dalam barisan pewarisan tahkta Denmark.
Putera Joachim dan Countess Alexandra telah bercerai pada tahun 2005. Sejak daripada itu mereka telah berkongsi hak penjagaan kedua-dua putera itu.
Setelah Putera Joachim berkahwin baru, Putera Nikolai dan Putera Felix mempunyai dua adik beradik tiri; Putera Henrik, 12, dan Puteri Anthena, 10.
‘Langgar’ Tradisi Keluarga Diraja
Sedia maklum kita tahu kalau keluarga diraja mesti berkait rapat dengan ketenteraan. Jadi setiap kerabat diraja diarah dan ‘diwajibkan’ melengkapkan kursus latihan ketenteraan selama 2 tahun.
Tapi beza pula dengan Putera Nikolai dan Puteri Felix apabila kedua-dua berhenti daripada menjalani kursus ketenteraan selepas dua bulan.
Putera Nikolai mengatakan dia tidak dapat merasakan dirinya mempunyai kerjaya dalam bidang ketenteraan. Manakala adiknya, Putera Felix tidak mendedahkan alasan sebenar kenapa dia berhenti.
Sentiasa Disokong Oleh Keluarga
Walaupun tidak ditentang oleh kedua-dua ibu bapanya, Putera Nikolai dan Putera Felix dikhabarkan tidak diberikan sebarang pendapatan daripada pewaris takhta oleh keluarga diraja.
Kongsi Putera Nikolai semasa membuat keputusan menjadi model, ibu bapanya sangat menyokongnya. Malah kini ibunya menjadi hairstylist peribadi memandangkan rambutnya sering dipotong oleh ibunya sejak kecil lagi.
“Tiada siapa yang menentangnya. Saya perlu buat apa yang saya suka. Jika saya ada pekerjaan baru dalam mana-mana industri atau belajar di universiti, saya perlu jelaskan kepada keluarga saya. Dengan cara yang baik dan jelas.”- Putera Nikolai.
Wah, seronoknya putera diraja Denmark ni, keluarga turut sokong apa yang mereka ceburi. Patut la berjaya jadi model popular sekarang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.