Banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sebelum ini boleh diibaratkan sebagai ‘wake up call’ kepada semua pihak. Apatah lagi apabila ia membabitkan beberapa kawasan yang sebelum ini dianggap ‘selamat’ daripada segala malapetaka seperti Lembah Klang.
Adakah ini petanda bumi semakin tua dan nazak gara-gara perubahan iklim dunia yang semakin tidak menentu.?
Terbaru, menurut laporan Awani, Ikon Ais Kutub Utara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berkata, hasil pemerhatian beliau semasa beberapa kali ke Kutub Utara dan Antartika mendapati ais di sana semakin mencair, gunung berapi kini mula aktif di Antartika dan suhu di Kutub Utara pula bukan membeku tetapi hanya suam sahaja.
Malaysia Tidak Terkecuali
Akibat daripada pemanasan global, yang tidak pernah berlaku, tetapi semakin mendekatkan negara dunia, tanpa terkecuali Malaysia kepada iklim paling ekstrem yang beliau panggil ‘kiamat iklim’.
Jelas Sharifah Mazlina, semua petunjuk itu adalah kesan daripada pemanasan global, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, tetapi semakin mendekati negara di dunia.
Ads
“Melihat kepada perkembangan itu semua, berbaki 18 tahun lagi dari sekarang, iaitu pada 2040, dunia mungkin alami kiamat iklim yang akan turut sama menjejaskan Malaysia,” katanya.
Selain daripada itu, beliau dengan tegas mengakui Malaysia turut akan terjejas dengan pencairan ais di Antartika, memandangkan pasa masa ini negara sudah alami musim monsun yang berbeza daripada kebiasaan.
Beliau berkata, jika dilihat banjir kerap berlaku, banyak tempat rendah ditenggalami air. Ini antara, petanda di mana perubahan cuaca yang tidak menentu sekarang berlaku berikutan pemanasan global melampau. Lebih-lebih lagi, kedudukan geografi negara di bawah garis khatulistiwa, menyebabkan ia berpotensi dilanda kiamat iklim yang diramalkan berlaku itu.
Ramalan kiamat iklim turut disahkan oleh para saintis dunia
Kata Sharifah Mazlina, ramalan itu bukan sahaja berdasarkan pemerhatiannya sahaja, tetapi turut disahkan para saintis dunia termasuk dari Rusia dan Amerika Syarikat.
Ads
Foto Via Pexels
Tambahnya yang sudah beberapa kali menjelajah Kutub Utara dan Antartika, beliau melihat dengan mata kepala sendiri betapa banyaknya bongkah-bongkah ais pecah dan hancur.
Menurut beliau, saiz Antartika adalah dua kali ganda lebih besar dari negara Australia, sekiranya kesemua ais di sana mencair pada 2040, ia akan menyebabkan berlakunya limpahan ombak, tsunami, banjir teruk dan sebagainya.
Ambil tahu isu pemanasan global dan ketahui cara untuk kurangkannya
Susulan itu, Sharifah Mazlina turut menggesa rakyat Malaysia agar mengambil berat serta mendapat kesedaran mengenai isu pemanasan global ini. Tindakan seperti kitar semula, kurangkan penggunaan plastic dan karbon serta perbanyakkan penanaman pokok antara langkah kecil yang membawa kesan besar pada pengurangan pemanasan global.
plastik.
Ads
Foto Via Pexels
Untuk info, Sharifah Mazlina, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) All Women Empowerment To Accelerate (AWETA), ialah wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo.
Dan, terbaharu, pada 7 Mac 2022, Sharifah Mazlina dan pasukannya ke Antartika sekali lagi bagi menyertai misi pelayaran “Climate Force 2041 (CF2041) untuk mengkaji kesan pemanasan global di kawasan itu selama 12 hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malang tidak berbau, itulah perumpamaan yang boleh kita gambarkan dengan kes sambutan Hari Halloween tahun ini menjadi satu peristiwa hitam buat rakyat Korea Selatan.
Mengikut laporan terkini, Pesuruhjaya Polis Kebangsaan Yoon Hee-keun mengakui bahawa kawalan kesesakan ketika sambutan Halloween itu adalah ‘tidak mencukupi’ menerusi satu sidang media khas.
Pihak polis juga mendedahkan menerima beberapa laporan amaran mengenai kemungkinan insiden itu pada malam kejadian, lantas beliau berjanji akan menjalani siasatan untuk ‘menjelaskan kebenaran’.
Selain itu, Ketua Pegawai Keselamatan, Menteri Dalam Negeri Lee Sang-min memohon maaf dan berjanji untuk mencari tahu mengenai punca insiden itu selain memastikan kes yang sama tidak akan berulang lagi.
Chung Sung-jun/Getty Images
” Sebagai pegawai yang menjaga keselamatan orang awam, saya secara ikhlas memohon maaf dek kejadian itu.”
Malah lelaki tersebut mengatakan bahawa kerajaan menggalas tanggungjawab yang kurang bagi melindungi rakyatnya.
Kata Yoon Hee-keun lagi bagi mengenalpasti betapa serius kejadian itu,
Pihak polis akan menjalani siasatan yang intensif dan pantas selain menyelidik kesemua aspek tanpa berkira bagi menjelaskan kebenaran kejadian ini.
Menerusi laporan yang dikeluarkan, pihak polis menerima 11 panggilan seawal 6.30 petang pada hari kejadian di mana pemanggil memaklumkan mengenai situasi berbahaya yang mungkin berlaku di kawasan itu. Kata individu itu, ramai orang mula mengerumuni lorong kecil itu dan keadaan mungkin menjadi bahaya sekiranya ada yang terjatuh dek jalan curam itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelumba basikal junior negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri kini dianggap permata dalam pembikinan rentetan kejayaannya. Terbaru, pelumba cilik kelahiran Sungai Petani, Kedah ini mencipta detik sejarah negara apabila memenangi pingat emas acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, semalam.
Menariknya, Remaja berusia 19 tahun itu mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan itu apabila melakarkan catatan masa 35.499 saat (s) di Velodrom Kompleks Indira Gandhi, New Delhi.
Pencabar terdekat Kim Bomi dari Korea Selatan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 36.374s manakala wakil tuan rumah, Mayuri Dhanaraj di tempat ketiga dengan masa 36.481s, menurut laman rasmi kejohanan www.atcc2022.com.
Sementara itu, pelumba Olimpik, Muhammad Shah Firdaus Shahrom meraih pingat perak dalam acara akhir keirin lelaki selepas tumpas kepada pelumba Jepun, Kohei Teraski manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.
Seorang lagi pelumba keirin negara, Fadhli Zonis hanya mampu mengakhiri saingan di tempat ketujuh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru konsert pertama, nampaknya pentas Big Stage musim kedua sudahpun panas.
Tatkala persembahan para peserta pertandingan nyanyian di kalangan selebriti remaja, Big Stage yang berlangsung semalam dipuji oleh netizen, itu semua seakan dibayangi oleh insiden yang dicetuskan oleh salah seorang panel program tersebut.
Penyanyi Mark Adam semalam duduk di kerusi panel sebaris dengan Datuk Seri Situ Nurhaliza dan Cakra Khan.
Namun disebabkan satu patah ayat yang keluar dari mulutnya, netizen semalam dan hari ini tidak teragak-agak untuk mengecamnya.
Apa yang terjadi adalah Mark Adam bergurau mengenai saiz dan figura pengacara Big Stage, Sherry Al-Hadad dengan berkata, “This opportunity is very big, even the host is big.”
Walaupun mungkin dia tidak berniat untuk menjatuhkan air muka Sherry, tetapi komen body shaming seperti itu di atas pentas rancangan siaran langsung bukanlah sesuatu yang boleh dibawa bergurau.
Nampaknya, penyanyi itu juga sedar dan kesal dengan kenyataannya itu, lalu membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram-nya.
Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya nak minta maaf dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage Saya ni kalau bergurau, saya bergurau macam saya dekat rumah – dengan rakan artis dan kawan-kawan. Semalam saya salah. Sebenarnya ayat tu ada sambungan tapi saya tak sempat sambung.
Niat saya bukan untuk menghina Sherry, Alif atau pihak-pihak yang terasa. Saya mohon maaf. Apa yang saya lakukan semalam adalah tak professional dan saya akan pastikan benda ini tak lagi berlaku lagi.
Diharap Mark Adam ataupun sesiapa tidak lagi mengulanginya.
We felt it. Sama ada kita kurus, besar, cerah, gelap or whatever it is, rupa paras fizikal bukanlah sesuatu yang wajar diulas secara terbuka.
*
Sementara itu, selebriti seperti Alif Satar, Achey dan Sharifah Amani memuji tindakan Mark yang man up dan meminta maaf tersebut. Paling penting, Sherry sendiri tidak berdendam dengannya.
Instagram: Sherry Alhadad
Katanya, “Assalamualaikum semua. Mark sudah telefon saya dan minta maaf secara personal. Dia (atau) saya hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Maafkan dia kawan-kawan.”
Jaden Smith dan Jackie Chan kembali bertemu dalam momen penuh emosi yang mengimbau kenangan The Karate Kid serta hubungan mentor yang kekal hingga hari ini.