Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 80 dan awal 90-an, pastinya korang sangat mengenali suara ngilai dan susuk yang menakutkan yang sering menghiasi muka depan VCD pada suatu ketika dahulu. Siapa lagi kalau bukan Mak Lampir.
Walaupun kisah Mak Lampir ini berasal dari Indonesia namun ia cukup dekat bagi masyarakat Malaysia kerana penjualan VCD Mak Lampir pada ketika itu sangat memberangsangkan.
Namun, ada berita tidak baik untuk peminat Mak Lampir ini apabila beliau dikhabarkan sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir baru-baru ini pada usia 68 tahun.
Perkara itu dimaklumkan oleh cucunya, Ify Alyssa yang juga merupakan seorang penyanyi menerusi laman Instagram.
Mak Lampir atau nama sebenarnya, Farida Pasha juga merupakan pelakon popular di Indonesia. Pernah memegang watak dalam sinetron popular Misteri Gunung Merapi dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan pandemik Covid-19.
Takziah kami ucapkan buat semua ahli keluarga Farida Pasha dan Al-fatihah buat pelakon ini.
Sumber : Kompas , Instagram Ify Alyssa
8 Makanan Popular ‘Wajib Ada’ Untuk Kaki Travel
Sewaktu bercuti, makanan halal adalah perkara paling utama yang selalu kita fikirkan, terutamanya kalau ke luar negara.
Jadi, sebelum memulakan perjalanan biasanya kita dah bersiap sedia membawa bekalan makanan bersama sepanjang berada di tempat orang. Bukan saja untuk jaminan status halal, malah ia juga sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang.
Iye la, makanan dekat negara orang tu boleh tahan juga harganya. So, daripada membazir ada baiknya jika kita berjimat cermat kan. Tak gitu?
Untuk berkongsi pengalaman dan info yang boleh anda ikuti, berikut kami kongsi kan lapan makanan popular yang ringkas dan mudah untuk dibawa sewaktu travel.
1. Mi segera
Rasanya makanan ni memang wajib untuk dibawa kerana selain harganya yang murah, taste mi segera tu pun memang kena dengan tekak orang Malaysia, nak-nak time sejuk kan?
2. Sardin/Tuna
Mudah dan berbaloi kerana ia tidak perlu dimasak. Sumbat la sikit cili api, bawang dan limau nipis dalam luggage tu dan sampai je destinasi, potong cili serta bawang, kemudian perahkan dengan limau. Tak bau hanyir pun, jangan risau.
3. Minuman 3 in 1
Tak ada gula pun ok je bro. Cuma perlu tuang air panas dan gunakan la minuman 3 in 1 ni. Senang je kan? Jimat duit beli kopi dekat sana. Nak lagi jimat, boleh guna kod promo ni untuk booking hotel. Hiks!
4. Serunding
Kalau dah nama tekak Melayu makanan-makanan ni memang WAJIB ada!
5. Sambal ikan bilis kering
Dan…. yang ni pun WAJIB okay? Dah banyak pengusaha yang menghasilkan sambal ikan bilis kering yang mudah untuk dibawa.
6. Pes makanan
Ada pes makanan yang hanya perlu panaskan atau tuang saja air panas dalam bekas, masukkan pes dan gaul hingga sebati. Ada pula yang jenis boleh terus dimakan.
7. Roti
Walaupun nampak remeh dan roti juga ada dijual di mana-mana, tapi tak semua halal tau. So lebih baik bawa sendiri kan?
8. Coklat
Makanan kudapan yang senang nak dibawa. Letak dalam handbag pun boleh. Malam-malam dalam hotel terasa nak mengunyah, makan je coklat yang ada tu..
Nah, sebenarnya makanan-makanan ni bukan hanya popular dibawa bersama ketika travel ke negara-negara yang susah nak dapatkan makanan halal, tapi kalau travel ke negara yang majoritinya Islam sekali pun, ini antara makanan yang boleh dibawa untuk menyelamatkan poket daripada cepat kering. Hehe..
Ingin Hormati Arwah Ayah, Krisdayanti Tukar Nama Seperti Dalam Kad Pengenalan
Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti memutuskan untuk menukar nama pentas yang telah dipakainya selama 28 tahun baru-baru ini. Penyanyi yang kini menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) itu memilih untuk menukar nama pentasnya kepada Kris Dayanti.
ARTIKEL BERKAITAN: Menantu Kris Dayanti Kumpul RM600 Ribu Bagi Membantu Warga Palestin Yang Tertindas
Menurut beliau, keputusan tersebut diambil bagi menyelaraskan kembali nama pentasnya dengan nama asli beliau dalam sijil kelahiran yang diberikan oleh ibu bapanya.
“Sebenarnya Kris Dayanti nama saya sendiri dalam surat beranak,” katanya ketika sidang media Jumaat lepas.
Diva kesayangan rakyat Indonsia itu berkata, nama Krisdayanti itu mula melekat dengan dirinya setelah bekerjasama dengan Warner Music pada 1995. Menurutnya, syarikat rakaman ketika itu berpendapat nama itu lebih mudah diingati.
Bagaimanapun, selepas kematian arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2021, isteri kepada Raul Lemos itu mula berfikir untuk menggunakan semula nama kelahirannya itu.
Sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada arwah bapanya, dia meminta nama Kris Dayanti digunakan mulai sekarang oleh para peminat dan pihak media.
Selain itu, beliau sempat berkongsi tentang sejarah bagaimana nama panggungnya yang lain iaitu KD mula tercetus.
Dikatakan bahawa, ketika masih aktif sebagai penyanyi, ibu Aurel Hermansyah itu sempat berduet dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Gloria Gaynor. Namun kerana takut pasangan duetnya mengalami kesukaran menyebut namanya ketika itu, dia mengambil keputusan untuk memperkenalkan dirinya dengan nama KD.
“Susah dia (Gloria Gaynor) nak panggil ‘Krisdayanti’. Jadi, saya cuma suruh dia panggil KD. Lepas itu ramai yang panggil KD sebagai singkatan,” akhiri Kris Dayanti.
BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Kris Dayanti
10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!
Tinggal 17 hari saja lagi sebelum umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal.
Sudah tentu, persiapan baju Raya masih on-the-way untuk kebanyakan remaja yang menantikan momen harga turun menjunam. Ke ada di antara korang yang dah settle beli semua baju Raya untuk tahun ini?
Iyalah, kebanyakan daripada koleksi baju Raya paling laku keras adalah koleksi yang dijual secara online seawal 2 bulan yang lalu lagi. Dengan kempen dan promosi hebat oleh pengeluar koleksi baju Raya besar seperti Fashion Valet dan Zalora.my, tak hairanlah ramai orang termasuklah selebriti Malaysia sudahpun mendapatkan baju Raya masing-masing.
Jom tengok baju mana yang dipakai oleh mereka semalam di acara berbuka puasa dan screening program Raya Astro.
01
Yana Samsudin
Dah lama juga tak nampak Yana Samsudin di kaca TV. Tapi Yana pasti akan meluangkan masa setiap tahun untuk berada bersama kami di majlis berbuka puasa Astro seperti tahun-tahun sudah.
Tahun ini, Yana memilih warna merah menyala daripada koleksi mawar.red Lebaran 2018, specifically busana Maroon Malpua yang mempunyai rekaan draping di bahagian depan. Walaupun kelihatan lebih moden berbanding baju kurung biasa, ia boleh dipakai semula ke acara lain seperti open house nanti.
02
Scha Elinnea
Bercakap tentang Yana, semalam pelakon drama Mr. Grey, Scha Elinnea pun sempat untuk bergambar bersama. Memilih baju raya dengan keemasan dengan perincian puffed bell sleeves, Scha hanya membiarkan rambut dan aksesorinya ringkas saja dengan tas tangan Kenzo.
03
Adriana Adnan
Adriana pernah memuat naik baju ini beberapa hari yang lepas dan sejak itu, kami pun obses dengan baju Raya brocade oleh fabulousheejab ini! Ringkas tetapi cantik, busana Darleena Brocade berwarna krim ini memang laku keras. Setakat yang kami tahu, tinggal saiz S je yang masih available.
04
Daiyan Trisha
Bagi yang sukakan warna pastel dengan rekaan minimal lagi selesa, this is the perfect baju Raya for you. Daiyan memilih untuk mengganding busana Diana Modern Kurung daripada koleksi Alia B RTW oleh Zalora ini bersama subang mutiara dempak. Nampaklah padan dengan perincian manik pada baju.
05
Sweet Qismina
Apalah yang Sweet buat tu? Hehe. Ini adalah kali pertama kami mendengar tentang jenama Mayang By Anntsya and we just fell in love with this creation! Bukan saja ia moden, sopan tetapi kami pasti ia boleh dibawa ke banyak acara lain selepas tamat Syawal nanti. Kalau buat sebagai baju bridesmaids pun cantik kan.
06
Janna Nick
Ini merupakan salah satu baju kurung moden daripada koleksi Shades of Black Raya oleh Ezuwan ismail dan kami sukakan rekaan ini pada figura Janna yang tinggi lampai. Lebih glamor berbanding baju Raya kebiasaan, Janna bijak membiarkan saja dirinya tanpa solekan atau dandanan rambut berlebih-lebihan. Tas tangan metalik jadi pelengkap gaya untuk musim perayaan.
07
Elfira Loy
Boleh tak sesiapa beritahu kami dari mana boleh kami dapatkan baju yang dipakai oleh Elfira Loy ini?! Because we are just obsessed with it! Nampak manis dan ringkas, Elfira hanya memperlukan solekan untuk menjadikan look ini lebih wow. Mudah saja dengan teknik smokey eyes dan gincu coral.
08
Eyra Hazali
Bagi korang yang hendakkan momen dramatik semasa melangkah masuk ke open house kelak, boleh memilih busana Peplum Ross II oleh Shelle Belle Azura Couture ini. Siap ada rekaan mullet lagi di bahagian belakang, bolehlah korang kibar-kibar nanti hehe.
09
Liyana Jasmay & Lisa Surihani
Nampak gayanya, ada paten yang sama di kalangan koleksi baju Raya pilihan selebriti pada tahun ini. Lisa Surihani juga memilih Baju Kurung Pahang Cannes Tiles daripada jenama Emel by Melinda Looi. Kami pernah melihat beberapa lagi selebriti lain seperti Ayda Jebat dan Sharifah Amani turut memakai rekaan ini.
Liyana Jasmay pula cukup cantik dalam busana dusty lavender Kurung Shah Alam oleh Fiziwoo untuk Fashion Valet.
10
Scha Alyahya
Dan sudah tentulah, kami sukakan gaya Scha Alyahya dalam busana Jakel Textiles dengan potongan rambutnya yang baru! We just love any celebrity who can pull off their own collection dan Scha tidak teragak-agak untuk mewakili koleksi kolaborasi mereka sekeluarga dengan Jakel pada acara buka puasa semalam.
* * * * *
So siapa paling letop?