Di zaman dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan. Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan. Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya, agar tidak membebankan kehidupan anak-anaknya.
Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan. Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya . Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.
Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya. Si ibu yang tak terdaya tadi masih tenang.
Dalam senyumnya, dia berkata, ”Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah ”.
Sayangi ibu dan ayah kerana mereka tak pernah berhenti menyayangi kita
Kita juga akan tua dan mahukah jika kita tidak disayangi oleh anak-anak kita
Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.
Ads
Sahabatku semua, renung2kanlah.
”Orang tua ” bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam susah , hanya ”orang tua” yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.
”Orang tua” mereka tidak pernah meninggalkan kita, macam manapun keadaan kita.
Walaupun kita pernah melawan atau meninggi suara kepada orang tua namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita.
Ads
Banyak isu orang tua ditinggalkan di rumah orang tua dengan pelbagai alasan
Ibu bapa Menurut al-Qur’an..
Terdapat tiga ayat di dalam al-Qur’an yang saling berulang, yang dapat kita gunakan untuk mengetahui betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Ayat-ayat tersebut adalah:
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36][1]
Ads
Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]
Kasihi dan sayangi lah orang tua kita selagi mereka masih hidup.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasti ramai yang rindu nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Namun di sebalik wabak COVID-19 yang menyerang seluruh dunia, pasti kita akan tertanya-tanya adakah kerajaan Arab Saudi akan memberikan kebenaran ibadah ini dilakukan tahun ini kerana wabak ini masih ada dan vaksin pun belum ditemui sangat membimbangkan dunia.
Berita baik untuk seluruh umat Islam di dunia, apabila bermula 1 November ini kita bakal dibenarkan mengerjakan umrah selepas permit kebenaran untuk jemaah luar Arab Saudi dibuka secara rasmi. Namun mestilah berusia antara 18 hingga 50 tahun sahaja dibenarkan.
Bagaimanapun, dalam usaha mencegah jangkitan COVID-19, terdapat beberapa arahan yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah. Antaranya:
1. Jemaah perlu menjalani kuarantin selama 3 hari sewaktu ketibaan di negara itu. Menerusi laporan Saudi Gazette yang memetik sumber Kementerian Haji dan Umrah, kesemua syarikat umrah perlu mematuhi peraturan kementerian dan mengawal kehadiran jemaah dari luar negara.
2. Jemaah perlu mempunyai sijil ujian kesihatan PCR yang menunjukkan mereka bebas COVID-19, tidak lebih daripada 72 jam selepas sampel itu diambil dan dikeluarkan oleh makmal bertauliah di negara jemaah.
3. Jemaah juga perlu mendapat kebenaran untuk melakukan umrah selain lawatan ke dua Masjid Suci dan melakukan solat di Rawdah Sharif dengan mendaftar di aplikasi Eatmarna.
4. Setiap jemaah perlu mendapatkan tempahan penerbangan pulang selari dengan program yang diluluskan.
Peraturan itu termasuklah tempahan bagi tempat penginapan yang komprehensif yang turut membabitkan sekurang-kurangnya tiga kali hidangan sehari sepanjang tempoh tiga hari kuarantin.
5. Syarikat umrah perlu mengesahkan segala maklumat tepat berdasarkan pasport jemaah termasuklah tarikh lahir yang masuk ke dalam sistem umrah, sekurang-kurangnya 34 jam sebelum hari ketibaan.
Melalui sistem itu, data tiket penerbangan juga perlu ada dalam sistem, termasuk nombor tiket, nombor ketibaan pesawat, negara berlepas, masa dan tarikh pelepasan, negara ketibaan, masa dan tarikh tiba serta maklumat penerbangan lain.
6. Maklumat penginapan di Makkah dan Madinah perlu dilengkapkan juga. Ejen umrah asing yang bekerjasama dengan syarikat di Arab Saudi juga bertanggungjawab untuk melengkapkan data ini malah berdepan dengan tindakan sekiranya terdapat maklumat tidak benar.
7. Jemaah perlu dibahagikan kepada kumpulan dengan minimum seramai 50 jemaah dalam satu kumpulan dan syarikat umrah perlu melantik seorang ketua untuk mengawal setiap kumpulan berkenaan.
Rindunya nak jejak kaki di Tanah Suci ni kan…huhuhu
Rasanya rata-rata masyarakat kita sudah mengetahui tentang aplikasi Tik Tok, iaitu sebuah platform sosial video pendek yang diiringi dengan muzik. Ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk menghiburkan diri, termasuklah berlakon dan menari.
Namun begitu, ada yang menyalahgunakan aplikasi ini dengan membuat aksi lucah dan tidak senonoh. Impak kepada pengunaan aplikasi ini juga adalah sangat besar jika individu tersebut tidak mampu untuk menanganinya. Jika tidak bagaimana boleh berlaku insiden yang meragut nyawa di Pakistan dan India oleh pengguna Tik Tok.
Negara India juga turut mengharamkan aplikasi ini dan khabarnya Amerika Syarikat juga bakal mengharamkan penggunaan Tik Tok.
Walau bagaimanapun, ada yang bertanyakan apa hukumnya kegilaan anak-anak muda sekarang dengan aplikasi Tik Tok dimana mereka tanpa segan silu menunjukkan gaya menari sama ada lelaki dan perempuan ditayangkan kepada umum?
Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus menerusi laman Facebooknya.
Menari dikhalayak ramai tanpa ada perbuatan yang haram hukumnya adalah makruh dan terhitung sebagai perbuatan yang menunjukkan kekurangan dan kebodohan.
Jika ada ketika menari itu suatu yang haram seperti nampak aurat atau berpakaian ketat atau seksi atau gerakkan yang lucah atau keji maka hukumnya adalah haram dan pelakuan menari pada saat ini adalah maksiat dan yang melihatnya dikira melihat perkara maksiat.
Ustaz Azhar Idrus
Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:
Ertinya: “Maka ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanbali dan Al-Qaffal dari mazhab Syafie berpendapat menari adalah makruh dan berdalil dengan bahawa kerana pelakunya itu kurang dan bodoh dan menari itu setengah dari perbuatan yang menjatuhkan maruah dan sungguhnya ia termasuk perbuatan sia-sia.
Dan hukum makruh ini ialah selama tidak disertai suatu yang haram seperti arak dan terbuka aurat dan umpamanya maka jika ada yang tersebut itu maka haram menari dengan sepakat ulamak.”
Diharap agar penjelasan ini dapat memberikan pencerahan sebagai ilmu pengetahuan buat semua.
Kemunculan Remy Ishak dengan gaya rambut barunya menarik perhatian netizen apabila dia hadir ke Festival Filem Malaysia 30 bersama rambut ‘jambul’nya. Hiks!
Dengan caption “Sisi tepi saya bersama rambut sengol-sengolan,” IG pelakon popular tersebut dilimpahi dengan komen-komen nakal netizen yang memuji penampilan barunya.
Kalau korang pengikut setia Remy Ishak di Instagram, korang mesti dah tahu Remy ni macam mana orangnya. Caption yang ditulis, tak pernah tak lucu. Paling best, dia juga rajin melayan komen peminat di IG.
Jika sebelum ini kalau kita lihat kemunculan Remy Ishak di kebanyakan event, dia selalu berpenampilan kemas dengan rambut tersisir rapi, tetapi kali ni Remy nampaknya tampil dengan gaya rambut messy.
Rasanya kalau di hari-hari biasa, peminat semua memang dah tahu bahawa rambut Remy kerinting macam tu. Tapi mungkin sekarang dia lebih selesa untuk bergaya dengan rambut seperti itu di majlis-majlis formal.
Maka, ramailah wanita-wanita meninggalkan komen di ruangan IG dengan mengatakan tidak kira macam mana pun penampilan Remy Ishak, mereka tetap jatuh hati. Cewah!
Masih ramai yang tergila-gilakan kanda ya? Hiks! Ala, kami pasti yang komen tu pun nak bergurau dengan kanda kan? Janganlah serious sangat. Kanda okay je layan komen ‘nakal’ mereka. Hehe..
Apa-apa pun kami doakan agar karier Remy Ishak terus sukses dan semoga cepat-cepat bertemu jodoh. Eh! Okay gurau je.
All the best to you!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!