Siapa tidak kenal dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang merupakan antara di antara ketua kerabat diraja terkaya di dunia dengan hasil kekayaan daripada bekalan simpanan minyak Brunei yang melimpah ruah.
Baru-baru ini, heboh diperkatakan tentang majlis gilang-gemilang istiadat perkahwinan diraja Brunei melibatkan puteri kedua bongsu Sultan Brunei iaitu Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah yang berlanjutan selama 10 hari.
Fuh, lama betul! Majlis dimaklumkan telah membuka tirai sejak 16 Januari lalu dan bakal berlangsung hingga hari Selasa minggu hadapan.
Baru sebentar tadi pada petang Khamis 20 Januari 2022, Puteri Fadzilah yang mesra dengan panggilan Fad telah selamat bergelar isteri kepada Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi dengan sekali lafaz. Majlis yang berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien dekat Bandar Seri Begawan itu turut disiarkan secara langsung di saluran Radio Televisyen Brunei (RTB) menerusi platform digital.
Selepas istiadat hari ini, ia akan diteruskan lagi dengan istiadat bersanding pengantin diraja pada hari Ahad diikuti oleh majlis persantapan diraja serta majlis istiadat membaca doa selamat dan menutup gendang jaga-jaga di istana.
Mengulas lanjut mengenai Puteri Fadzilah, kami ingin ‘mengintip’ sedikit keperibadian beliau yang mudah mesra serta digemari oleh rakyat Brunei.
Ads
Jika ingin dibandingkan dengan adinda Putera Mateen, Puteri Fadzilah merupakan seorang puteri yang lebih pendia, lebih menjaga privasi serta tidak begitu ingin didedahkan kepada khalayak umum.
Anak Kepada Sultan Brunei dan Bekas Isteri ke-2
Foto Via tmski
Puteri Fadzilah merupakan anakanda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas isteri kedua baginda, Puan Hajah Mariam binti Abdul Aziz.
Justeru, adik-beradik seibu sebapa Puteri Fadzilah ialah Putera Azim, Putera Mateen dan Puteri Azemah Bolkiah.
Walaupun Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai ramai anak, adik-beradik Puteri Fadzilah merupakan kerabat diraja yang paling terkenal.
Ads
Salah Seorang Kerabat Diraja Yang Terkaya Di Dunia
Ayahanda Puteri Fadzilah iaitu Sultan Brunei merupakan seorang hartawan dan merupakan salah seorang kerabat diraja terkaya di dunia. Menurut laporan SCMP, anggaran nilai bersih hartanya adalah $28 bilion bersamaan RM117.25 bilion.
Sama seperti ahli kerabat yang lain, Puteri Fadzilah merupakan seorang yang dermawan. Terbaru, beliau telah menyokong usaha membina Pusat Perubatan Rimba untuk membantu mempromosi dan menambah baik penjagaan kesihatan di Brunei.
Miliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan Di Universiti Kingston Britain.
Ads
Pada usianya 22 tahun, Puteri Fadzilah memperoleh ijazah sarjana muda dalam Pengajian Antarabangsa dari Universiti Kingston, Britain.
Pada tahun 2015 pula, Puteri Fadzilah berjaya memperoleh ijazah sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Hult International Business School.
Gemar Bersukan & Menjadi Kapten Pasukan Bola Jaring
Foto – Borneo Bulletin Online
Paling menarik, Puteri Fadzilah dikenali sebagai ‘Puteri Sukan’. Beliau merupakan pemain polo dan ekuestrian; serta pernah menjadi kapten pasukan bola jaring kebangsaan Brunei.
Selamat pengantin baru REMAJA ucapkan buat Puteri Fadzilah dan pasangan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah nama perempuan, tak akan pernah cukup hijab yang dah ada dekat rumah tu. Asal keluar shopping je mesti bawa balik sehelai dua yang baru.
Sudahnya, habis bersepah-sepah dalam bilik kalau tak disusun dengan baik. Ramai juga yang mengeluh dan masih mencari jalan macam mana nak menyimpan koleksi hijab yang bertimbun tu dengan rapi.
Nah, jangan pening-pening lagi sebab kami nak kongsi kan dengan korang beberapa idea untuk mencipta rak penyangkut hijab. Lepas ni dah tak sakit mata nak tengok hijab bersepah dalam bilik lagi.
1. Paling mudah dan ringkas, gunakan rel tuala atau rod besi secara bertingkat. Lebih banyak hijab digantung dengan kemas.
2. Paip PVC dekat rumah tu jangan dibuang. Cipta satu ruang kreatif seperti dalam gambar untuk menyimpan hijab dengan susunan rapi. Tak guna kos yang tinggi pun uolls.
3. Kalau korang kreatif, lakukan DIY penyepit baju yang digam pada permukaan papan kayu untuk dijadikan sebagai penyangkut hijab. Pastikan guna gam yang kuat untuk digantung pada bahagian belakang pintu bilik.
4. Rak kasut pun boleh dijadikan sebagai tempat untuk menggantung hijab. Jangan pernah had kan daya kreativiti korang ok?
5. Kalau dapat rak yang macam ni pun ok juga kan? Kemas dan tersusun.
6. Untuk lebih stail dan bergaya, tangga kayu juga menjadi salah satu kaedah penyimpanan hijab yang menarik.
7. Kalau nak rak macam ni, cari saja di kedai-kedai perabot yang berdekatan. Pasti ada yang sesuai!
8. Nak simpan hijab dalam almari dengan kuantiti yang banyak? Boleh saja. Gunakan penyangkut langsir dan hanger seperti dalam gambar.
9. 2 in 1. Plastik penstoran kasut juga boleh korang jadikan sebagai tempat menyimpan hijab.
10. Mesti ramai yang kenal dengan penyangkut hijab ni kan. Ini merupakan kaedah paling mudah untuk korang dapatkannya.
Rasanya dah cukup banyak juga tip yang diberikan ini. Semoga bermanfaat dan bolehlah korang shopping banyak lagi nanti sebab dah tak ada masalah macam mana nak kemaskan tudung tu lagi kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada negara, Majlis Amanah Rakyat (MARA) bercadang menamakan semula MRSM Ulul Albab di Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di Facebook beliau.
Katanya, pihak MARA telah diminta menyediakan kertas cadangan penukaran nama tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Antara justifikasi penting bukan sahaja mengenang jasa Almarhum Tun Abdullah atau Pak Lah selaku bekas Perdana Menteri Malaysia.
“Bahkan zaman beliaulah agenda Ulul Albab ini mula diperkenalkan bagi membangunkan modal insan yang seimbang dan holistik bukan sahaja dalam ilmu sains dan teknologi tetapi menguasai Al-Quran di bawah dasar Islam Hadhari.
“Sebab itulah Pak Lah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan,” jelas beliau.
Untuk info, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada Isnin lalu dan telah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur semalam.
Tun Abdullah, yang dikenali ramai sebagai Pak Lah, merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari tahun 1978 hingga 2008, dan menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri kelima Malaysia dari 2003 hingga 2009.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTokrasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengguna lebuh raya membabitkan Kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) akan menikmati pengecualian bayaran tol selama dua hari pada esok, 8 Februari dan Jumaat, 9 Februari, bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan, kemudahan tol percuma itu diberikan hasil persetujuan dicapai melalui mesyuarat Jemaah Menteri.
Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 Februari 2024 (Khamis) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari 2024 (Jumaat) di mana implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.
“Pengecualian tol akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) sahaja di semua plaza tol, kecuali di sempadan negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.
“Tol percuma ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina kali ini,” katanya
KKR berkata, pelaksanaan pemberian tol percuma ini diharapkan dapat dimanfaatkan pengguna lebuh raya dengan merancang perjalanan sewajarnya dan dinasihatkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan.
“Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipatuhi supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta,” katanya.
KKR turut menasihatkan pengguna untuk mendapatkan rehat secukupnya dan memastikan baki kad Touch ‘n Go serta eWallet adalah mencukupi.
Pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook : Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di aplikasi X @LLMtrafik secara berkala.
Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!