Menjadi satu stigma dalam masyarakat yang ganja merupakan sejenis dadah yang mengkhayalkan. Namun di sebalik stigma ini, di luar negara pengunaan ganja sudah banyak dibenarkan bagi merawat penyakit seperti kanser. Di Malaysia pula, pasti anda pernah dengar atau baca mengenai kes penangkapan Dr.G atau nama sebenarnya Amiruddin Nadarajan Abdullah pada tahun 2017.

Dia yang sebelum ini merupakan seorang anggota tentera yang bertugas selama 22 tahun telah ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya Malaysia (DDA) dengan 36 kesalahan. Kisahnya menggunakan minyak biji ganja untuk rawatan alternatif bermula apabila dia menghidap pelbagai penyakit termasuklah barah. Kagum dengan kesan yang diperoleh, dia mula mengajak orang yang senasib ke rumahnya yang terletak di Klang, Selangor.

Puteri Kerabat DiRaja Pahang Ini Mahu Didik Masyarakat Tentang Penggunaan Ganja Dalam Perubatan
Prihatin dengan nasib yang menimpa Dr. G, YM Tengku Chanela Jamidah Tengku Ibrahim yang kini menetap di Amerika Syarikat telah menganjurkan satu majlis kutipan dana dan tayangan sebuah filem dokumentari memaparkan perjuangan Dr. G. “Saya mempunyai visi bahawa rakyat Malaysia akan menerima ganja sebagai hak asasi manusia, Keputusannya semudah akses ke penjagaan kesihatan.” katanya.

IKLAN

Puteri Kerabat DiRaja Pahang Ini Mahu Didik Masyarakat Tentang Penggunaan Ganja Dalam Perubatan
.

“Anak Dr.G, Siti telah memutuskan untuk terus mengumpulkan derma hingga tahun depan,” ujar wanita anggun ini. Semua yang prihatin boleh menyumbang untuk kempen kutipan dana awam Dr. G, dan semua kutipan akan digunakan terus untuk rayuan kesnya untuk dibebaskan. Dia yang merupakan penaung Malaysia Society of Awareness (MASA), sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang berusaha untuk membuang stigma serta menghalalkan pengeluaran dan penggunaan ganja di Malaysia berharap untuk mewujudkan jalan untuk perbincangan dan dialog cerdas dengan pemimpin agama dan profesional perubatan melalui inisiatif Halal Hemp yang dibawanya.

IKLAN

Tengku Chanela Jamidah merupakan anakanda kepada Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar bersama isteri Puan Sri Czarina Abdullah. Jadi dia merupakan cucu kepada Sultan Pahang Moden ke-4, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’assim Billah Shah. Sebelum menetap di Amerika Syarikat, ibu kepada dua cahaya mata ini aktif dalam dunia fesyen dan kecantikan tempatan dengan mengasaskan beberapa jenama seperti Ultra, Thavia dan Dida.

IKLAN

Sumber: Forbes, HYPE, scmp.com 

Sumber gambar: Instagram Tengku Chanela Jamidah

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI