Setelah hampir setahun menyepikan diri dari bidang muzik, personaliti media sosial dan penyanyi, Sid Murshid kini kembali aktif dengan mempertaruhkan single dan video muzik terbaharu bertajuk ‘I X Kesah’.
Sid Murshid, sering menjadi bualan hangat di media sosial apabila dia mencipta lagu mengenai makanan kegemarannya seperti pisang goreng dan nasi lemak.
Menurut penulis lagu ‘Hiasi Duniaku’ dendangan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata bahawa dia berhasrat untuk menghadiahkan lagu ‘I X Kesah’ khas buat para pengikutnya di media sosial.
“Bagi mereka yang sudah lama mengikuti saya pasti sudah tahu pada awalnya saya ialah seorang penyanyi.
Ads
“Namun, seiring peredaran masa melalui aplikasi TikTok dan Instagram, saya cuba sesuatu yang baharu dengan mempamerkan bakat masakan saya dan ternyata orang ramai suka pada kandungan sebegitu sehingga berjaya mendapat sambutan.
“Walaupun saya semakin dikenali kerana masakan, akan tetapi muzik dan nyanyian masih merupakan keutamaan saya,” katanya.
Ads
Tambah jejaka berusia 30 tahun itu lagi, lagu baharunya yang bergenre pop memiliki mesej untuk disampaikan kepada setiap individu betapa pentingnya menyayangi diri sendiri sebelum mengutamakan orang lain.
“Dengan itu, saya berharap lagu ini menjadi inspirasi kepada orang ramai yang kadang-kadang lupa untuk menghargai diri sendiri.
Ads
“Saya juga berharap ia akan mendapat sokongan dan tempat di hati para peminat seperti lagu-lagu sebelumnya iaitu ‘Lelah’, ‘Biarkan’, ‘Rakaman’, dan banyak lagi,” tambahnya lagi.
Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Sid Murshid, manakala lirik lagunya pula adalah hasil nukilan Izi Faizal dan penyanyi ini sendiri.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bintang jelita, Nora Danish meraih perhatian warganet apabila tampil sopan mengenakan hijab menerusi perkongsian terbaharunya di entri Instagram.
Dalam hantaran tersebut, pelakon filem popular Bencinta itu memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dia dan keluarga kecilnya sedang berswafoto bersama di dalam kereta. Lebih manis lagi, Nora dilihat ayu menyarungkan hijab berona putih.
“Pagi yang sangat bermakna, buat kami sekeluarga. Bismillah,” coretnya ringkas.
Sempat Remaja menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya dan rakan artis tidak terlepas peluang memuji kecantikan aktres berkenaan.
Ruangan itu juga, ramai yang meniupkan doa buat pelakon berusia 41 tahun itu agar terbuka hati dan istiqamah untuk terus mengenakan hijab selepas ini.
“Semoga Nora kan terus kekal berhijab. Cantik sangat,” komen seorang peminatnya.
“Semoga istiqamah berhijab… Allah, cantik sangat,” komen juga peminat lain.
“MasyaAllah lawa kak Nora pakai tudung. Semoga diberikan kesempatan menutup aurat,” tulis juga pengikutnya lain.
“Nora please… please stay selamanya berhijab. Alhamdulillah, cantik sangat-sangat,” komen seorang pengikutnya.
Menerusi IG Story, pelakon drama popular Puteri itu juga ada memuat naik beberapa foto yang memperlihat dirinya berrhijab dalam persalinan serba putih. Difahamkan, Nora dan keluarga menghadiri sebuah majlis pernikahan ahli keluarga terdekat, pagi tadi.
Bukan mudah ya untuk berdepan dengan saingan hebat seluruh dunia sebelum berjaya dipilih masuk ke universiti berstatuskan Ivy League di Amerika Syarikat.
Namun, itu tidak bermakna impian itu mustahil buat dua orang remaja Malaysia ini. #proud!
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Harvard Club in Malaysia, dua orang pelajar yang dikenali sebagai Mohamed Aqil bin Azmi dari Shah Alam Selangor dan Zad Chin Qi Qi dari Ipoh Perak telah berjaya diterima masuk ke Harvard College untuk mengikuti jurusan sarjana muda.
Kedua-dua pelajar pintar ini kini sedang mengikuti program A-level sebagai persediaan ke sana di Kolej Yayasan UEM Banting di mana masing-masing menerima biasiswa daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Yayasan Khazanah.
Aqil terlebih dahulu menerima pendidikan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam manakala Zad mula merupakan pelajar SMJK Ave Maria Convent di Ipoh.
*
Sesiapa saja akan bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke Harvard College. Iyalah, institusi tersebut sentiasa berada dalam kedudukan 10 universiti terbaik dunia dalam mana-mana carta antarabangsa.
Untuk kemasukan batch 2024 ini, seramai 40,248 orang calon menghantar permohanan mereka dan hanya 1,980 orang pelajar saja dari seluruh dunia yang berjaya menempatkan diri.
Daripada jumlah itu pula, hanya 10.8 peratus saja merupakan pelajar antarabangsa (bukan warganegara Amerika Syarikat). Jadi bayangkan sajalah saingan yang perlu dilalui oleh Aqil dan Zad.
Menurut alumni Malaysia daripada institusi tersebut iaitu Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob, Aqil dan Zad telah membuatkannya kagum semasa sesi temuduga. 2 remaja tersebut dilihat bijak, matang dan mempunyai semangat yang hebat untuk menyumbang semula kepada masyarakat kelak.
Aqil bersiap sedia untuk mengambil jurusan Matematik dan Falsafah. Manakala Zad pula lebih meminati bidang Sains Komputer dan Pengajian Sosial. Kedua-duanya juga sangat aktif dengan aktiviti di luar kelas dan itu merupakan antara bonus kepada permohonan mereka.
Kali terakhir pelajar dari Malaysia diterima masuk adalah pada tahun 2017. Jadi ini merupakan satu perkembangan positif buat sektor pendidikan negara.
Sekali lagi, REMAJA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kalian!
Mereka telah membuktikan bahawa ramai sebenarnya remaja Malaysia yang bijak dan berbakat.
Persembahan medley menerusi lagu Selamat Jalan Romeo dan Peronda Jaket Biru memberi tuah buat Zehra Zambri setelah beliau menerima markah tertinggi pada minggu suku akhir Gegar Vaganza 11 (GV11).
Dengan mengutip markah 80 peratus, kemenangan tersebut melayakkan Zehra membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi berupa hadiah wang tunai RM2000 dan barangan Adabi brnilai RM500.
Mengulas mengenai persembahan Zehra itu, Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap GV11 memuji keupayaan Zehra untuk keluar dari zon selamat dan menyahut cabaran juri daripada minggu-minggu terdahulu.
“Yang Zehra persembahkan tadi (barulah memberi) kami rasa ‘oomph’. Ini barulah pertandingan, menepati aras Gegar Vaganza. Baru menarik.
“Tadi, kita boleh nampak dua genre berbeza (rock dan dangdut) dengan intonasi berbeza yang Zehra berjaya sampaikan.
“Dangdut lebih halus tonanya manakala rock pula lebih agresif. Kita semua tahu kelebihan Zehra terletak pada genre tradisional tetapi nyanyian dia malam ini buatkan kita tertanya-tanya jika dia ialah penyanyi dangdut atau rock.
“Saya secara peribadi lebih sukakan segmen rock Zehra, ia lebih memberi,” ulas Syafinaz.
Beliau turut berkongsi bahawa Zehra pernah berada di kedudukan corot beberapa minggu lalu. Melihat kepada perkembangan positif Zehra dari minggu ke minggu, Syafinaz menasihati agar Zehra tidak lagi ‘menyimpan taring’ apatah lagi GV11 hanya berbaki dua minggu sahaja lagi.
Dalam pada itu, Liza Aziz dan The Lima pula menduduki tempat kedua dan ketiga terbaik pada peringkat suku akhir pertandingan.
Manakala, nasib tidak menyebelahi Fairuz Selamat setelah gagal menambat hati juri menerusi lagu Hang Pi Mana dan Yang Penting Hepi sekaligus tersingkir daripada pentas GV11.