Seorang lagi finalis Hero Remaja 2020, Jabir Meftah telah pun melangkah setapak kehadapan apabila dia kini sudah pun mengeluarkan produk cookiesnya sendiri, iaitu Dulcis Alma.
Walaupun sibuk dengan pelajaran, badan sukarelawan dan kerjaya seni, namun ia tidak menghalang anak muda ini untuk meneruskan impiannya bagi menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Sebelum ini dikenali sebagai Cookie Crumbles, kini Jabir Meftah dan rakan niaganya Shazana Khan mengambil peluang untuk rebrand jenama tersebut kepada Dulcis Alma. Dulcis membawa maksud manis dan Alma bermaksud jiwa.
Meskipun hanya dipromosikan melalui media sosial sewaktu musim PKP, Dulcis mampu mencipta hasil jualan sebanyak 15,000 kotak.
“Ada hikmah di sebalik PKP yang dilaksanakan Perdana Menteri dek kerana wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.
Ads
“Saya memang tak sangka Dulcis mampu mencipta hasil jualan sebanyak tu. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kelainan yang dibawa Dulcis memberi impak positif untuk bisnes ini diterima dalam pasaran di luar sana,”
“Dalam usaha sama ini, saya mengambil tugas dalam melakukan strategi pemasaran, memilih konsep look and feel serta memberikan nama bagi jenama yang kami pilih. Kami juga akan membuka peluang meniaga kepada anak muda untuk menjadi ejen, stokis dan dropship bagi menjual Dulcis Alma,” jelas Jabir.
Ads
Mempunyai dua perisa iaitu Chocolate Chips dan Red Velvet, biskut ini didatangkan dengan coklat dip sebagai ‘rencah’ istimewa buat peminat coklat. Turut menggunakan gula perang antara bahan utama, Dulcis juga sesuai dimakan buat mereka yang menghidap penyakit diabetes kerana rasanya yang tidak terlalu manis.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Maju Junction ini juga turut diraikan dengan kehadiran rakan-rakan Hero Remaja seperti Meerqeen, Haziq, Imran, Aniq dan Tom bagi memberi sokongan buat Jabir Meftah.
Ads
Haziq pun dah rasa dulcis. Korang bila lagi?
Fuh, macam ni la baru brotherhood kan? Hiks!
Dalam pada sibuk dengan tugasannya sebagai seorang pelajar dan bakal usahawan, Jabir juga kini sudah mula masuk ke set penggambaran drama terbarunya.
Tahniah Remaja ucapkan buat Jabir Meftah dan sama-sama kita doakan agar segala usaha yang dilakukan oleh anak muda ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebelakangan ini, tidak dinafikan memang terlalu kerap kita dengar kes cerai yang terjadi melibatkan artis, pempengaruh dan juga masyarakat di sekeliling kita.
Bagi pasangan yang sudah berkeluarga, sudah pasti ia bukanlah sesuatu yang ‘enak’ didengar kerana kadang-kala kita sebagai orang luar juga terfikir apakah nasib anak-anak apabila kedua ibu dan bapa mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama duduk sebumbung.
Seperti yang terjadi kepada industri hiburan tanah air baru-baru ini dihidangkan dengan khabar penceraian yang melibatkan beberapa selebriti terkenal sehingga mengundang persoalan “apakah yang sudah terjadi?” kepada orang ramai.
Ini disebabkan majoriti daripada pasangan tersebut nampak bahagia di media sosial tetapi rupa-rupanya ada kisah duka terpendam.
Hal ini, bukan sahaja memberi impak kepada masyarakat bukan sahaja kepada pasangan yang sudah berkahwin. Malah, bagi individu bujang atau masih belum berkahwin juga turut merasa cuak, risau jika hal seperti ini berlaku kepada mereka satu hari kelak.
Sama seperti pelakon terkenal, Azhar Sulaiman yang mengakui hal sama. Beliau menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya berkata, dirinya mula sedih, bimbang, dan takut apabila memikirkan isu rumah tangga yang melibatkan rakan-rakan artis.
“Tahun 2024 merupakan tahun yang buruk kepada ramai pasangan selebriti yang telah berpisah. Rasa sedih dan takut mula menyakat minda Behar”
Bapa kepada Kasih Iris Leona itu turut mengakui tahun 2024 seolah-olah menjadi tahun malang buat banyak pasangan selebriti yang telah bercerai.
Menerusi perkongsian sama, video bergambar yang dimuat naik oleh Azhar Sulaiman juga dipenuhi dengan kenangan manis bersama isteri tercinta, Chempaka Emalin Pahamin, serta ketiga-tiga cahaya mata mereka yang melengkapkan keluarga kecil itu.
Sementara itu, melihat di ruangan komen, warga internet dan peminat juga mendoakan agar kebahagiaan terus menyelubungi rumah tangga bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 itu bersama isteri tersayang.
Sekadar info, Azhar dan Chempaka telah mengikat tali perkahwinan pada 23 Julai 1995 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Kasih Leia Ixora, Andika Rees Pahamin, dan Kasih Iris Leona.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ekspektasi semakin tinggi, peluang semakin mengecil..
Episod separuh akhir Hero Remaja 2020 melabuhkan tirainya pada minggu ini dengan penuh kejutan.
Pertama sekali, 7 orang finalis tidak menyangka tugasan pada peringkat ini akan membawa mereka ke dua buah negeri berbeza untuk cabaran mini dan maxi.
Ditemani mentor jelita dan juara Puteri Muslimah Asia 2018 iaitu Uyaina Arshad, cabaran sebagai seorang standupper di bandaraya Melaka mencabar skil mereka untuk menghasilkan slot video pendek mengenai keunikan rumah tradisional Malaysia dalam tempoh yang singkat.
Tanpa sempat melepaskan lelah, mereka dibawa pula ke Kelantan untuk melaksanakan cabaran maxi sebagai seorang hos travelogue yang menyentuh tradisi serta adat masyarakat Melayu di sana
Menurut juri tetap, Dato’ Hans Isaac, ini bukan lagi masa untuk alasan seperti, ‘Saya akan cuba dan belajar.’
Kata beliau, “Kami sedang menilai mereka sebagai seorang penggiat seni profesional.” Scha Alyahya turut bersetuju dan tidak sabar untuk menantikan potensi masing-masing sebagai salah seorang finalis Top 5 Hero Remaja 2020.
Jom lihat apa komen juri mengenai 7 orang finalis tersebut.
JABIR
Sebagai pesaing yang memenangi cabaran mini, cara pengacaraan Jabir diakui okay di mata juri walaupun kadangkala ia kelihatan sedikit ‘forced’ ataupun kurang natural.
HANS: Cara pertuturan awak mengingatkan saya kepada diri saya dahulu semasa muda, kita bercakap terlalu pantas disebabkan campur-baur perasaan di depan kamera. Kita excited, kita nervous.
Cuma satu perkara yang ingin saya tegur, I think your ego gets in the way bila awak melakukan performance yang bagus. Kita kena ingat, sebagai hos dan pengemudi rancangan, it is not always about us. It is also about the crew.
MEERQEEN
Bagi peserta yang mendapat tugasan membuat keris ini pula, juri merasakan Meerqeen masih perlu belajar untuk melakukan tugasan berseorangan. Tanpa kehadiran rakan hero lain, kadangkala dia kelihatan lost.
SCHA: Saya suka presence awak di hadapan kamera tetapi awak perlu pandai adjust diri bila bercakap di depan kamera. Ya cuaca panas sebenarnya boleh mencepatkan degupan jantung dan ia selalu membuatkan mana-mana pengacara terlupa skrip dan rasa cemas.
Jadi awak perlu pandai untuk sesuaikan diri dengan cepat dan belajar teknik pernafasan yang betul.
UMAR
Seperti yang ramai telah tonton, Umar memperolehi komen yang agak pedas untuk cabaran mini sewaktu di Melaka. Disebabkan kesuntukan masa, Umar berdepan masalah untuk menyiapkan tugasan dengan cermat walaupun Scha Alyahya mengharapkan menjadi salah seorang finalis yang berjaya.
HANS: Satu perkara yang saya lihat, awak terlalu tensed. Ini Hero Remaja, tetapi cara pengacaraan awak seperti rancangan dokumentari. Jadi Umar, awak perlu tahu audience awak yang sedang menonton adalah remaja yang sebaya atau lebih muda dari awak.
HAZIQ
Haziq membuatkan juri berbelah bahagi. Bagi Scha, dia selesa dengan interaksi Haziq yang santai di hadapan kamera. Namun bagi Dato’ Hans, cara tersebut kelihatan terlalu kasual sehingga beliau beranggapan Haziq adalah selebriti jemputan rancangan, bukannya hos.
SCHA: Saya faham apa yang Dato’ cakapkan. Tetapi saya masih rasakan Haziq telah melakukan tugasan dengan baik. Smooth saja flow ketika awak membawa penonton di sekeliling Pasar Siti Khadijah.
IMRAN
Setelah muncul sebagai juara di episod keenam, Imran bergelut dengan tugasan pengacaraan pada minggu separuh akhir. Bukannya dia tidak mengacara dengan berkesan, namun hasil video dengan topik wayang kulit itu seakan tidak menjadi.
HANS: Wayang kulit adalah di antara budaya negara kita yang paling berharga bagi saya. Mengapa? Ramai remaja sekarang yang sudah tak mengenali wayang kulit. Jujurnya, video Imran mempunyai banyak loophole yang sepatutnya tidak berlaku.
Awak perlu fikirkan apa poin yang penonton ingin tengok, you have to be convincing as a host. Persembahan awak pada minggu ini bagi saya tersekat and that is unfortunate.
NADHIR
Finalis berusia 24 tahun ini menerima pujian daripada juri yang merasakan dia menunjukkan kesungguhan dalam tugasan pengacaraan. Walaupun berdepan dengan tetamu jemputan (pembuat wau bulan) yang gemar berceloteh, Nadhir kekal tenang dan tahu untuk melayan.
SCHA: Saya tahu awak inginkan ini secara serius. Jujurnya, awak stand out dan betul-betul membawa penonton dalam perjalanan cerita wau bulan. It is also good apabila awak mencuba elemen pantun dan menyanyi sedikit dalam bahasa Kelantan, ia membuatkan penonton lebih dekat dengan budaya di sana.
Bagaimanapun, awak perlu lebih berhati-hati dengan campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris apabila bercakap mengenai topik budaya seperti wau bulan.
ANIQ
Tanpa mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan, Aniq kurang berjaya untuk mengawal perasaan cemas mahupun mewujudkan suasana yang relaks di dalam set. Bertempat di kawasan pembuatan gasing, Aniq hanya mulai relaks sewaktu di penghujung penggambaran ketika bermain permainan tradisional itu.
SCHA: Banyak kesalahan dalam pemilihan kosa kata awak, ada yang tidak tepat untuk menggambarkan gasing. Malangnya awak tidak dapat menangkap perhatian kami berdua sebagai penonton. Pengacaraan akan bertambah lancar dengan pengalaman.
Jangan risau, peluang ini seharusnya membuatkan awak lebih bersungguh-sungguh untuk melakukan dengan lebih baik pada masa akan datang.
*
Episod berakhir apabila 5 orang finalis diumumkan sebagai peserta terakhir Hero Remaja 2020.
Tahniah kami ucapkan kepada Jabir Meftah, Haziq Nazimuddin, Umar Hisham, Meerqeen dan Nadhir Nasar. Untuk dua lagi finalis iaitu Aniq Suhair dan Imran Aqil, Scha dan Dato’ Hans masing-masing melihat mereka mempunyai potensi yang amat besar selepas Hero Remaja 2020.
“Imran dan Aniq merupakan di antara peserta yang termuda dan mereka berjaya membuktikan bahawa usia bukanlah segala-galanya. Kami ucapkan all the best kepada mereka berdua,” kata Scha.
Adakah korang setuju dengan keputusan episod separuh akhir ini? Dan bagaimana pula nasib episod finale setelah Malaysia masih dalam situasi perintah kawalan pergerakan?
Mungkin ada yang tidak tahu pencarian Hero Remaja sudah pun bermula sejak tahun 1990 lagi. Biasanya, ia akan diselang-selikan dengan Dewi Remaja pada setiap dua tahun.
Diam tak diam, dah 27 tahun program Hero Remaja dianjurkan kemenangan yang diraih Alif Muhaimin baru-baru ini sekali gus menempatkannya selaku Hero Remaja 2017.
Rupanya ramai selebriti lelaki yang asalnya dari platform ini juga.
Jom kita recap semula pemenang daripada kemunculan awal program sehinggalah yang terkini.
Hero Remaja 1990/91
Esma Daniel (Juara)
Badrul Muhayat (Naib Juara)
Azhar Sulaiman (Tempat ketiga)
Hero Remaja 1993/94
Norman Hakim (Hero Favourite)
Hero Remaja 1997
Wan Shalim (Juara)
Ashraf Sinclair (Tempat Ketiga)
Hero Remaja 1999
Kusyairi Ahmad (Juara)
Azlan Noordin (Naib Juara)
Hero Remaja 2000/2001
Zed Zaidi (Juara)
Hero Remaja 2004/2005
Zawen Anwar (Juara)
Hero Remaja 2007/2008
Kamal Adli (Juara)
Fizo Omar (Naib Juara)
Hero Remaja 2011/2012
Fattah Amin (Juara)
Syafiq Kyle (Naib Juara)
Saharul Ridzwan (Tempat ketiga)
Hero Remaja 2017
Alif Muhaimin (Juara)
Farhan Asri (Naib Juara)
Harris Annuar (Tempat Ketiga)
Nabil Aqil (Hero Favorite)
Adam Yusuf (Hero Inspirasi)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan menasihatkan sektor swasta mempertimbangkan kerja dari rumah WFH sebagai langkah fleksibiliti kerja yang membantu produktiviti, ekonomi dan kesejahteraan pekerja di Malaysia.