[MAHIR BAHASA MELAYU] Pengulangan Yang Berlebihan

Share

Pembentukan sesuatu kata berlaku melalui proses pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Proses penggandaan bagi sesuatu kata bermaksud sesuatu kata dasar yang diulang sama ada dalam bentuk penggandaan penuh, penggandaan separa, atau penggandaan berentak.

Menerusi penulisan kali ini, penulis akan membincangkan penggandaan yang melibatkan perbuatan yang berulang-ulang, misalnya menggeleng-geleng

dan mengangguk-angguk.

Dalam sesuatu ayat, jenis kata yang membawa maksud jamak tidak boleh diulang penggunaannya. Misalnya, katakuih-muih” telah menunjukkan jumlah yang banyak. Maka, ayat “Ibu menghidangkan pelbagai kuih-muih” tidak tepat.

Hal ini bertepatan dengan konsep perbuatan yang berulang-ulang dalam kata “menggeleng-geleng” dan “mengangguk-angguk”. Lihat contoh di bawah:

  1. Ali menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju.
  2. Ali menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju.
  3. Ramli mengangguk-angguk berulang kali kepalanya tanda setuju.
  4. Ramli mengangguk-angguk kepalanya tanda setuju.

Berdasarkan ayat di atas, hanya ayat (b) dan (d) tepat, manakala ayat (a) dan (c) menunjukkan kelewahan kerana disertakan dengan frasaberkali-kali” dan “berulang kali”, sedangkan makna “menggeleng-geleng” telah menunjukkan perbuatan yang berulangan.

Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Nor Fazilah binti Noor Din.

 

IKLAN